BULETIN 3

 

Embed or link this publication

Description

MARI BACA

Popular Pages


p. 1

BIL 1/2015 http://jpnkedah.moe.gov.my/ppdlangkawi JAN - JUN 2015 Pelaksanaan yang Mantap, Tindakan yang Pantas - Mentaliti Pemimpin Selaku Juara Profesional Strong Implementation, Rapid Execution - Excellence: Ultimate Reach of an Organization TAGLINE DATO’ SRI KPPM ‘ SIRE - UERO’ Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengingatkan kita tentang betapa perlunya ada pelaksanaan yang sewajarnya daripada PPPM 2013-2025. PPPM adalah suatu perancangan yang hebat, penuh teliti, telah diterima dan ditulis dengan baik. Walaupun kita sememangnya sudah dikenali diperingkat global sebagai penggubal pelan yang cemerlang, namun kita tidak begitu berjaya dalam aspek pelaksanaan. Dua perkara yang perlu ditegaskan adalah pelaksanaan PPPM yang mantap dan tindakan yang pantas. Kajian telah menunjukkan bahawa ramai guru bersetuju bahawa antara perancangan dan pelaksanaan, mereka lebih cenderung untuk memilih membuat perancangan. Apabila ditanya tentang perkara yang tidak suka dilakukan, mereka lebih ramai yang memilih aspek pelaksanaan sesuatu perancangan. Dapatan kajian ini mempunyai korelasi apabila lebih 90% daripada Pelan Transformasi gagal disebabkan pelaksanaan dan tindakan yang lemah. Terdapat enam jurang yang wujud antara perancangan dan pelaksanaan yang perlu diberi fokus atau penekanan oleh semua pihak dalam memastikan PPPM dapat dilaksanakan dengan mantap. Semua pihak perlu peka dan berusaha ke arah merapatkan jurang yang ada bagi implementasi yang mantap dalam aspek: 1. 2. 3. Kejelasan (Clearity) Komitmen (Commitment) Terjemahan (Translation) 4. Menjadi Pemangkin (Enablers) 5. Synergi (Synergy) 6. Akauntability (Accountability) Sambungan tagline penuh “SIRE” di ms 3 ANTARA YANG MENARIK...       VISI PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA     SIRE - EURO TASK FORCE BUKA SEKOLAH 2015 DIALOG PRESTASI 1/2015 NADWAH KEPIMPINAN ISLAM 2015 LAWATAN MENGEJUT TKPPM KE LANGKAWI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSDL 2015 HARI GURU 2015 SENAMROBIK LONTARAN ILMU LENSA 2015 MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi SAW bersabda, "Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat . Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempah tempat duduknya di dalam neraka" (Riwayat Bukhari) Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 2

Sekapur Sirih… Seulas Pinang Assalamualikum dan Salam Sejahtera… Alhamdulillah, setinggi-tinggi puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya, sidang redaksi berjaya menerbitkan Buletin PPD Langkawi Bilangan 1/2015 (Jan-Jun 2015). Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan wahana terbaik bagi menjamin kemajuan masa depan sesebuah negara. SIDANG REDAKSI PENASIHAT TN HAJI MARZUKI BIN HJ DAUD PENGERUSI EN HALID BIN ALI NAIB PENGERUSI EN RAZALI BIN TAHRIM Pemimpin sekolah perlu sentiasa merancang, mengawal selia, memantau dan mencerap PdP guru di samping menguasai pelbagai kemahiran antaranya pengurusan, komunikasi, interpersonal, intrapersonal dan peka terhadap perkembangan semasa. Pengetua dan Guru Besar perlu memainkan peranan yang penting dalam membangunkan modal insan cemerlang di sekolah masing-masing. Marilah kita bekerja bersama-sama dengan lebih gigih, penuh iltizam dan komitmen yang tinggi demi merealisasikan Langkawi Setanding. Sekian, terima kasih. KETUA PENGARANG EN SUKRI BIN HJ ISA PENGARANG EN ZAMRI BIN HANAFI PN ZAINAB BT MOHD SAID EN ROSLAN BIN MUSTAFA EN AHMAD SUFIAN BIN ABDUL RAHMAN GRAFIK & SUSUN ATUR EN AHMAD YANI BIN GHAZALI EN MUHAMMAD FAIZ BIN MISWAN “LANGKAWI SETANDING” PERCETAKAN Ikhlas daripada, Halid bin Ali Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. UNIT AKADEMIK PPD LANGKAWI UNIT KEWANGAN PPD LANGKAWI PENGEDARAN UNIT PENTADBIRAN PPD LANGKAWI 2 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 3

MEMAHAMI TAGLINE YBHG. DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA “SIRE” Adalah menjadi misi KPPM untuk memfokuskan usaha KE ARAH PEMBUDAYAAN AMALAN dengan menekankan aspek pelaksanaan yang mantap dan tindakan yang pantas (strong implementation and rapid execution). Pelaksanaan yang mantap merujuk kepada: 1) PEMANTAUAN YANG RAPI (CLOSE MONITORING) terhadap apa-apa yang telah kita putuskan bersama. Dalam hal ini, pemantauan juga adalah bagi menilai kecekapan, pencapaian termasuk halangan serta menyegerakan tindakan pembetulan dan penambahbaikan. Think ahead, think across, and think again. Apa yang penting sekarang ialah memastikan kesemua tenaga pengurusan pada peringkat Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah digerakkan untuk melaksanakan inisiatif yang telah sama-sama dipersetujui. KEDUA ADALAH SETIAP KETUA JABATAN DI SEMUA PERINGKAT MENGAMBIL LANGKAH KAWALAN (A CONTROLLER) terhadap pegawai dan kakitangan di bawahnya termasuk pelaksanaan tindakan agar tidak terpesong daripada visi, misi dan objektif yang ditetapkan. KETIGA ADALAH KEUPAYAAN KITA MEMBEZAKAN PENCAPAIAN SEBENAR DAN PENCAPAIAN YANG DISASARKAN iaitu yang dapat menentu dan menilai tahap keupayaan dan pencapaian sebenar organisasi di samping dapat menilai keupayaan mencipta dan mencapai tahap sasaran. Sementara pelaksanaan mantap juga perlu dilaksanakan melalui kawalan struktur organisasi di semua peringkat melibatkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah-Pengarah Bahagian di Kementerian Pendidikan, Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri, PegawaiPegawai Pendidikan Daerah serta Pengetua dan Guru Besar. Pada peringkat sistem atau System Level, tumpuan diberikan kepada 3 perkara untuk pemantauan yang rapi : PERTAMA, PELAKSANAAN DI PELBAGAI PERINGKAT SEHINGGA KE BILIK DARJAH. Saya telah mengambil tindakan awal pemantauan menggunakan teknologi dan menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada. KEDUA ADALAH FUNGSI PENGAWALAN dengan memastikan semua pengurus pelaksana iaitu Timbalan-timbalan KPPM, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah untuk digerakkan bagi melaksanakan inisiatif. YANG KETIGA, PIHAK-PIHAK YANG BERKAITAN PERLU SENTIASA MENILAI PROGRES SASARAN yang dicapai berbanding dengan yang disasarkan. Pada peringkat individu, misi KPPM adalah untuk tindakan pantas atau rapid execution. Pertama, Y. Bhg. Dato KPPM telah MEMBENTUK KUMPULAN PELAKSANA melalui Whatsapp untuk berhubung secara langsung dengan segera dan mudah dengan semua Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri untuk membentuk satu komuniti pembelajaran profesional (Professional Learning Community). Keduanya ialah dengan menggerakkan PROGRAM TURUN PADANG KPPM kerana kepercayaan bahawa kita perlu melihat apa yang berlaku di dalam kelas atau pembelajaran di bilik darjah. The classroom is the source of energy - the nucleus of change - positive vibrations, slight ripple of improvement in the classroom will create a strong wave of transformation. Dalam hal ini, terdapat LIMA PERKARA PENTING apabila kita bercakap tentang tindakan pantas ini. Pertama, PENGHAYATAN SEMUA WARGA PENDIDIKAN adalah penting supaya mereka dapat memahami hasrat dan pelan yang dilaksanakan. Jiwa warga pendidikan perlu dimenangi. Kedua, kita perlu MENILAI KEMAMPUAN KITA untuk melaksanakan sesuatu inisiatif (assess). Ketiga, adalah penting untuk kita cuba MEMBINA APA YANG PERLU DILAKSANA (ARKITEK). Keempat, BERTINDAK BERDASARKAN SETIAP PERANCANGAN dengan memberi keutamaan kepada tugas yang penting dan segera dan mempunyai keberhasilan yang tinggi serta kelima, berupaya untuk MEMBUAT ANJAKAN DAN LONJAKAN untuk merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan. Sesungguhnya THE HEART OF TRANSFORMATION IS THE TRANSFORMATION OF THE HEART. Untuk kita menjayakan inisiatif PPPM, bukan sahaja anjakan minda dan cara kerja perlu berubah, tetapi hati dan jiwa juga perlu kita halakan ke arah kiblat yang sama. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 3

[close]

p. 4

Pada tarikh 26 Januari 2015 Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia telah disambut dengan meriahnya oleh warga Pendidikan Negeri Kedah Khasnya sempena JPN Kedah selaku tuan rumah pada kali ini. Peserta terdiri daripada 15 Kontigen Negeri, 8 Pejabat Pendidikan Daerah, 7 Kontigen Sekolah Menengah dan 7 Kontigen Sekolah Rendah Seluruh Negeri Kedah. Kontigen Langkawi disertai oleh Warga PPD Langkawi dan Guru Besar Sekolah Daerah Langkawi Perarakan bermula di Perkarangan Pejabat PPD Kota Setar dan berakhir di Kolej Universiti Insaniah Mergong, Alor Setar Kedah. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) YBhg. Dato' Haji Ahmad Tajuddin bin Jab . NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM 1/2015 Pada 22 hingga 24 Januari telah diadakan satu program untuk melatih para pelajar supaya berketerampilan untuk memimpin. Nadwah Kepimpinan Islam kali pertama ini, di laksanakan untuk melahirkan pemimpin yang berjiwa islamik,yang berkarisma,serba boleh,serba tahu batasan hiburan,batasan pergaulan serta membina mahabbah dan mawaddah di kalangan peserta , anak-anak yang mempunyai sahsiah diri yang mulia disamping menyuburkan keimanan seterusnya melahirkan permata-permata muslim yang dapat mengenal allah dan rasul tercinta. Untuk mencapai hasrat tersebut pihak Pendidikan Daerah langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi serta Masjid Al-Hana Kuah merancang dan Alhamdulillah terlaksana selama 3 hari 2 malam. Pengisian program termasuklah sesi suai kenal, aktiviti kumpulan, solat berjamaah dan pengucapan awam. 4 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 5

TASK FORCE BUKA SEKOLAH 2015 Pada 11 Januari 2015, minggu pertama persekolah telah bermula dan Daerah Langkawi telah dipilih sebagai Daerah untuk dibuat pemantauan oleh Tuan Pengarah Pendidikan berserta kumpulan Pemantau dari JPN Kedah. Tuan Pengarah telah membuat pemantauan di beberapa sekolah mulai jam 7.00 pagi ke SJKC Min Nam, SMK Ayer Hangat, SK Penghulu Ahmad, SK Kilim, SK Ladang Sungai Raya dan SMK mahsuri. Secara keseluruhannya Tuan pengarah JPN Kedah berpuas hati dengan perjalanan hari pertama persekolahan dan mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidikan Daerah Langkawi DIALOG PRESTASI BERFOKUS JPN BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH LANGKAWI KALI 1/2015 Pada 01 Februari 2015, telah diadakan Dialog Prestasi Berfokus JPN Kedah bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah Langkawi. Antara pengisian Dialog adalah berkaitan dengan Peningkatan Peratus Kehadiran, Masalah displin, peningkatan Peratusan peperiksaan Awam dan lain-lain. Ini juga bertujuan untuk merealisasikan moto ‘Kedah Top 5’ tahun 2015. Majlis dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JPN Kedah dan turut disertai oleh semua Ketua Sektor JPN Kedah. Secara keseluruhannya dialog ini telah mencapai objektif yang diharapkan, semoga matlamat ‘Kedah Top 5’ menjadi kenyataan tahun ini. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 5

[close]

p. 6

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSDL 2015 MERIAH... Pada Sabtu 7 Februari 2015 telah diadakan pertandingan Merentas Desa Peringkat MSSDL 2015 bertempat di SK Ulu Melaka, Langkawi. Semua sekolah Daerah Langkawi telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki dan Perempuan bawah 12 tahun, Kategori Lelaki dan perempuan bawah 15 Tahun dan Kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun. Seramai 6 Orang peserta setiap kategori diwakili oleh setiap sekolah. Majlis pelepasan peserta dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan PPD Langkawi. Bagi kategori perempuan bawah 12 tahun Johan keseluruhan telah dimenangi oleh SK Kedawang sementara bawah 12 tahun lelaki dimenangi oleh SK Bayas. Hasil kejayaan cemerlang beberapa atlit mereka SK Kedawang telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Sekolah Rendah pada tahun ini . Bagi Sekolah Menegah pula, Kategori bawah 15 Perempuan diungguli oleh SMK Kedawang, Bawah 15 Lelaki dimenangi oleh SMK Kelibang. Bagi kategori 18 Perempuan pula Johan Keseluruhan dimenangi oleh SMK Ayer Hangat dan Kategori Lelaki bawah 18 Johan Keseluruhan diungguli oleh SMK Kelibang. Dengan kejayaan beberapa ketegori , yang disertai Johan Keseluruhan sekolah menengah telah disandang oleh SMK Kelibang. Tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang mengambil bahagian dan yang telah mendapat tempat mengikut acara yang dipertandingkan. Kepada yang tidak Berjaya cuba dan cuba lagi ... 6 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 7

WAVE OF ENGLISH 2015 TAHNIAH KEPADA SEMUA SEKOLAH DAERAH LANGKAWI 15 Febuari 2015 – Program Waves Of English telah dilancarkan di semua sekolah Daerah Langkawi. Program ini merupakan kesinambungan daripada Program tahun lalu yang telah dilancarkan pada 22 Mei 2014 oleh Yang Berhormat Dato’ Ir Nawawi bin Haji Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi. Objektif program bertujuan mendidik pelajar agar menggunakan Bahasa Ingeris dalam setiap bidang seterusnya dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan semua pelajar dan juga pendidik di daerah ini. Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya Panitia Bahasa Inggeris sekolah dan semua Pegawai PPD Langkawi yang turut serta dalam program ini. LAPORAN VLE 2015 PENINGKATAN UNTUK SEMUA SEKOLAH DAERAH LANGKAWI Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 7

[close]

p. 8

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK PPPM PPD LANGKAWI 2015 LANCAR DAN MENCAPAI OBJEKTIF 06 HINGGA 08 JANUARI 2015 telah diadakan satu Bengkel Perancangan Strategik PPPM PPD Langkawi oleh unit Kualiti PPD Langkawi. Hasil perbengkelan yang telah dilaksanakan itu satu pelan tindakan pembangunan pendidikan daerah Langkawi untuk tahun 2015 telah turut diterbitkan untuk rujukan dan panduan semua pegawai PPD Langkawi. Peserta kursus juga turut dibawa melawat kawasan perhutanan Royal Belum yang di dalamnya terdapat fauna dan flora yang menarik seperti bunga reflisia, pokok jati dan lain-lain. Aktiviti pusing tasik menggunakan bot laju juga telah disediakan oleh pengajur di mana semua peserta dibawa dengan bot untuk melawat kawasan tasik Banding dengan menggunakan 4 buah bot laju. Selain itu peserta turut dibawa melawat perkampungan orang asli yang baru saja ditenggelami air banjir. Di perkampungan itu, satu majlis penyerahan bantuan banjir turut diadakan. Bantuan berupoa pakaian terpakai, makanan dan peralatan persekolahan turut disumbangkan oleh peserta baik secara individu mahupun berkumpulan. Secara keseluruhannya program yang dirancangkan ini telah mencapai objektif yang diharapkan dan semua peserta berpuashati dengan pengalaman yang dirasai. “Harta adalah pelayan kita,bukan majikan kita,maka dari itu jangan jadikan harta seperti majikan ”. (Imam Ghazali) 8 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 9

TAKLIMAT GURU J-QAF OLEH USTAZ MOHD ZAMRI B BASIR KETUA UNIT PROGRAM JQAF, BPI KPM Majlis Taklimat Jqaf telah diadakan pada 09.02.2015 di PPD Langkawi. Majlis ditaklimatkan oleh Ustaz Mohd Zamri bin Basir Ketua Unit Program Jqaf Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam Taklimatnya Ustaz Zamri menegaskan kedudukan guru Jqaf sehingga hari ini. Beliau juga menyarankan agar semua guru Jqaf mempertingkatkan kefahaman masing-masing untuk mendidik pelajar di sekolah. MINGGU WACANA ILMU DAN UKHWAH ANJURAN PPDL DAN LADA Pada tanggal 13 hingga 15 Januari lepas satu program wacana ilmu dan ukhwah anjuran Lada dan PPD Langkawi telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini bertujuan melatih modal insan khas di Langkawi agar lebih berefisyen dan berdaya saing seiring dengan pembangunan di Langkawi yang semakin pesat. Program selama 3 hari 2 malam ini turut disajikan dengan Ceramah agama, motivasi diri dan pameran serta majlis amal. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 9

[close]

p. 10

Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi dengan kerjasama Majlis Guru Besar Daerah Langkawi telah melancarkan majlis “Langkawi Setanding” ke arah kecemerlangan UPSR 2015 pada 28.01.2015 yang lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi Tn Haji Marzuki bin Haji Daud, Tuan Guru Besar Sekolah terpilih dan 160 pelajar yang dijangkakan akan memperolehi keputusan ‘5A’ dalam UPSR pada tahun ini. Dalam majlis ini juga pelajar telah disematkan lencana ‘UPSR 5A’ dan berikrar akan memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti. Sementara itu, semua wakil sekolah turut diberikan tauliah untuk memastikan keberkesan program ini di sekolah masing-masing. Diharapkan majlis ini akan membakar semangat semua warga sekolah rendah Daerah Langkawi untuk Berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti dan seterusnya mencapai matlamat yang ditetapkan dalam menjadikan ‘Langkawi Top 3’ tahun 2015. “Belajarlah! Kerana ilmu akan menghiasi ahlinya, dia keunggulan & pertanda semua pujian. Berenanglah ke tengah samudera pengetahuan ”. (Hukama) 10 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 11

LAWATAN YANG BERBAHAGIA DATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG TIMBALAN KPPM KE PPD LANGKAWI Pada 8 Mac 2015, Yang Berbahagia Dato’ Haji Khairil bin Haji Awang Timbalan KPPM dengan diiringi Ketua sektor Pengurusan Kualiti JPN Tuan Haji Halim bin Mansor telah mengadakan lawatan mengejut ke PPD Langkawi. Objektif lawatan ialah untuk memantau pencapaian talian Schoolnet dan penggunaan VLE. Ini berikutan hasil tinjuan beliau di dalam pemantauan atas talian mendapati sekolahsekolah di Daerah Langkawi tidak aktif dalam penggunaan VLE. Selain menekan tentang ‘Tag Line’ KPPM, beliau turut menambah 3 perkara utama yang patut di titikberatkan iaitu :    Think The Head - Lihat ke hadapan Think Across - Jangan lihat pada diri kita sahaja Think Again - Tengok balik aktiviti yang kita buat capai atau tidak secara berkala Sebagai mengakhiri lawatan, beliau berharap agar dasar-dasar yang telah diluluskan oleh kementerian perlulah dilaksanakan sebaik mungkin seperti Ithink, VLE dan sebagainya untuk meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah khususnya. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 11

[close]

p. 12

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSD LANGKAWI 2015 TARIKH : 07-09 MAC 2015 TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL Kejohanan balapan dan padang MSSD Langkawi telah berlangsung dengan meriahnya selama 3 hari mulai 7 hingga 9 Mac bertempat di Padang Kolej Vokasional Langkawi. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Ir Nawawi Haji Ahmad dan turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato’ V. Saravanan. Seawal jam 8.00 pagi 7 Mac acara Perbarisan Kejohanan dimulakan dengan pelbagai ragam dan tema yang ditetapkan pada tahun ini iaitu ‘Budaya Langkawi’. Johan perbarisan telah disandang oleh SK Kilim untuk Sekolah Rendah dan SMK Kelibang bagi Kategori Sekolah Menengah. Acara penutup telah disempurnakan oleh Tuan PPD Langkawi. Kejohanan kali ini telah memberi kejutan apabila SK Kuala Teriang telah muncul Johan Keseluruhan bagi Sekolah Rendah dan SMK Tunku Putra bagi Sekolah Menengah. Nota: Olahragawati MSSD telah mendapat emas yang pertama untuk Kontigen Negeri Kedah di Kejohanan MSSM. Tahniah... 12 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 13

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) DAERAH LANGKAWI 2015 Pada 30.03.2015 telah diadakan majlis Tadarus Al-Quran Peringkat PPD Langkawi. Program ini bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim antara guru dan semua pelajar yang terlibat selain mencukil bakat pelajar untuk diketengahkan diperingkat Negeri. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Timbalan CEO Lada. Semua sekolah rendah dan menegah daerah ini telah sama-sama mengambil bahagian dalam setiap kategori yang dipertandingkan iaitu Nasyid, Hafazan, Tilawah bercerita kisah Al-Quran dan pidato Johan Keseluruham Sekolah Menengah disandang oleh SMA Solihah dan Sekolah Rendah jatuh kepada SK Penghulu Ahmad. Ta h n i a h k e p a d a s e m u a y a n g menjayakan majlis ini dan yang berjaya muncul selaku pemenang. Dari Abu Mas’ud r.a : Nabi saw bersabda,”Apabila seorang laki-laki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu sama dengan (pahala) sedekah.” Dari Abu Hurairah : Rasulullah saw bersabda, “Orang kaya (berkemampuan) yang melambat-lambatkan (membayar hutang, zakat harta dan lain-lain kewajipan yang perlu dibayarnya) adalah zalim. Apabila seorang di antara mu dipindahkan hutang piutangnya kepada orang yang berpunya (kaya) hendaklah diturutinya (ditagih).” Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 13

[close]

p. 14

PROGRAM OUTREACH PEMULIHAN KHAS LANCAR TARIKH : 21 APRIL 2015 ; TEMPAT : PPD LANGKAWI Bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, Program Outreach Pemulihan Khas telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Unit Linus PPD Langkawi. Program ini merupakan satu program untuk memastikan masalah pembelajaran pelajar dari segi p e n de n g a r a n , p e n g li h a t a n d a n pertuturan Program ini telah diadakan pada 21 April 2015 yang melibatkan muridmurid linus dan pemulihan khas dan turut dibantu oleh pihak Kementerian Kesihatan dan Bank Simpinan Nasional. Antara objektifnya ialah meningkatkan penguasaan murid program LINUS 2.0 dalam kemahiran 3M. Pemeriksaan kesihatan secara percuma turut diadakan bagi memeriahkan program yang diadakan setiap setahun sekali ini. PENGURUSAN KEJOHANAN CATUR MSSK CEMERLANG 23 HINGGA 25 APRIL 2015 Kejohanan Catur MSSK telah berlangsung dengan jayanya pada 23 hingga 25 April 2015. Kejohanan ini telah diadakan di Kolej Vokasional Langkawi dan disertai oleh 280 peserta dari seluruh Daerah Pendidikan Negeri Kedah. SK Bayas yang bertindak selaku Pengelola Kejohanan menguruskan kejohanan dengan baik dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang khasnya kepada peserta Daerah Langkawi bawah 15 Tahun Lelaki yang muncul selaku juara bagi kategori tersebut. 14 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 15

PERTANDINGAN “OH MY JAWI” MERIAH... TARIKH : 06 MEI 2015 ; TEMPAT : PPD LANGKAWI Unit Pendidikan Islam PPD Langkawi telah menganjurkan Pertandingan “Oh My Jawi” Peringkat Daerah Langkawi pada 6 Mei 2015 dan mendapat sambutan menggalakkan daripada semua sekolah Daerah Langkawi. Program ini merupakan satu program untuk meningkatkan penguasaan membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar sekolah. Pertandingan ini dilaksanakan mengikut kategori Sekolah menengah Lelaki dan perempuan dan Sekolah Rendah Kategori Lelaki dan perempuan. Memandangkan penyertaan yang menggalakkan 2 saringan wal telah dipertandingkan dan pemilihan peserta akhir diambil daripada hasil markah tertinggi dalam saringan yang dijalankan. Pemenang bagi Kategori Lelaki Sekolah menengah disandang oleh SMK Kelibang, tempat kedua Mahtab Mahmud dan ketiga SMK Mahsuri. Bagi kategori pelajar perempuan sekolah menengah Johan jatuh kepada SMK tunku Putra, Naib Johan disandang oleh MRSM dan ketiga jatuh kepada SMK Langkawi. Bagi kategori Sekolah Rendah Lelaki Johan disandang oleh SK Langkawi diikiuyti SK Kuala Teriang dan SK Pulau Tuba di tempat ketiga. Sementara itu bagi kategori perempuan sekolah rendah Johan dan naib Johan telah dibolot oleh SK Seri Lagenda sementara tempat ketiga jatuh kepada SK seri Negeri Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan haji Kamal bin Haji Hashim Penolong PPD Pengurusan Sekolah Daerah Langkawi Pihak Buletin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua sekolah yang menang dan kepada semua yang menjayakan pertandingan ini. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 15

[close]

Comments

no comments yet