Buletin MPT

 

Embed or link this publication

Description

Jun 2015

Popular Pages


p. 1

buletinTINTA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH I JUN 2015 I EDISI 01 Selamat Datang TEMERLOH Bandar Ikan Patin ke Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia

[close]

p. 2

EDISI 01 MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH Perutusan yang dipertua YH. dato’ syed mohd nor bIN syed jaafaR, DIMP Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya, kita telah berjaya menghasilkan Buletin MPT pada tahun ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sidang redaksi buletin MPT kerana telah berjaya menerbitkan buletin ini dalam tempoh yang singkat iaitu 3 bulan. Antara tujuan utama penerbitan buletin ini adalah untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak MPT sepanjang tahun 2014 yang lalu. Ia juga adalah sebagai satu platform saluran maklumat yang boleh dikongsikan bersama tentang informasi aktiviti yang telah dilakukan selari dengan perancangan di dalam takwim MPT khususnya. Saya menyeru agar kita semua dapat bergerak seiring dengan satu suara, satu harapan,bersama membentuk satu cita demi mencapai matlamat dan objektif jabatan serta merealisasikan impian kita untuk menjadikan MPT sebagai satu jabatan yang Unggul dan Lestari. Semoga semua usaha kita diberkati Allah. Aamiin. Sidang Redaksi Penaung YH. Dato’ Syed Mohd Nor Bin Syed Jaafar, DIMP KEPUTUSAN MGPWA TAHUN 2014 Ketua Pengarang En. Subhan Bin Shahudin Pen. Ketua Pengarang Pengarang En. En. En. En. Pn. Pn. En. Pn. Aslinda Binti Kamaluddin Hamizai @ Hamizzi Bin Mohamad Hairudin Bin Abu Hanipah Azmir Bin Yahaya Muhammad Mustafa Bin Aniwar Kamisah Binti Zainal Affuad Noor Izwana Binti Abd. Khalid Nor Hisham Bin Abd. Hadi Majlis Perbandaran Temerloh telah berjaya mendapat penarafan 5 Bintang di dalam Malaysia Government Portal Website Assessment 2014 (MGPWA 2014) yang dikendalikan oleh MDEC dan MAMPU. Syabas kepada Bahagian Teknologi Maklumat MPT di atas kejayaan ini !!! KEPUTUSAN PENILAIAN MGPWA IKUT TAHUN – MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH TAHUN BINTANG 2011 2012 2013 2014 Tahniah !!! 5 BINTANG 5 BINTANG 5 BINTANG Jurugambar Penerbit En. Azhar Bin Ibrahim Pn. Khairul Aimi Binti Mohd Ali En. Fazran Bin Ahmad 5 BINTANG 2 BULETIN TINTA

[close]

p. 3

exco kerajaan negeri pahang EXCO ALAMAT JAWATANKUASA i)  Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Islam Dan Pelajaran Negeri. ii)  Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian Negeri. iii) Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat Negeri iv) Pengerusi Jawatankuasa Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri • Pengerusi (Jawatankuasa Khas) i) Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan & Sistem Penyampaian Awam ii) Jawatankuasa Khas Perpaduan YAB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, SDSA., SSAP., DSAP., DGSM. Menteri Besar Pahang Pejabat Menteri Besar, Wisma Sri Pahang, Aras 2, Blok A, 25503 Kuantan. No.Telefon: 09-5121682 No.Faks: 09-5157766 Emel: mb@pahang.gov.my Tingkat 7, Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan. No.Telefon: 09-5126607 No.Faks: 09-5164971 Emel: YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin, msharkar@pahang.gov.my SIMP., DSAP., DIMP.  Tingkat 3, Blok B, Wisma Sri Pahang 25503 Kuantan No.Telefon: 09-5178442 No.Faks: 09-5178297 YB. Dato’ Ir. Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abd. Razak, Emel: soffi@pahang.gov.my SIMP., DSAP., DIMP., AMP.  Tingkat 3, Blok B, Wisma Sri Pahang 25503 Kuantan. No.Telefon: 09-5126606 No.Faks: 09-5164917 Emel: dwrosdy@pahang.gov.my Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbadanan Negeri. YB. Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, DSAP., DIMP., SMP., AMP. YB. Dato’ Haji Shafik Fauzan Bin Sharif, DSAP., SIMP., SMP. Tingkat 3, Blok B, Wisma Sri Pahang 25503 Kuantan. No.Telefon: 09-5126735 No.Faks: 09-5363533 Emel: soffi@pahang.gov.my Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri. YB. Dato’ Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin, SIMP., DSAP., DIMP., PKT. Tingkat 3, Blok B, Wisma Sri Pahang Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, 25503 Kuantan. Keusahawanan dan Kepenggunaan No.Telefon: 09-5126696 Negeri. No.Faks: 09-5126697 Emel: msharkar@pahang.gov.my YB. Dato’ Abu Bakar Bin  Haji Harun, DIMP., SMP. Tingkat 2, Blok B, Wisma Sri Pahang 25503 Kuantan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA No.Telefon: 09-5161598 Negeri. No.Faks: 09-5159125 Emel: dwandan@pahang.gov.my BULETIN TINTA 3

[close]

p. 4

EDISI 01 MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH YB. Dato’ Mohd Johari Bin Hussain, DIMP., PPA.  Tingkat 3, Blok B, Wisma Sri Pahang 25503 Kuantan. No.Telefon: 09-5126603 No.Faks: 09-5161753 Emel: dwrosdy@pahang.gov.my Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri. YB. Dato’ Norol Azali Bin Sulaiman, DIMP. Tingkat 3, Blok B, Wisma Sri Pahang 25503 Kuantan. No.Telefon: 09-5126605 No.Faks: 09-5163039 Emel: norolazalipahang.gov.my Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri. YB. Dato’ Shahaniza Binti Shamsuddin, DIMP., AMP., BCM. Tingkat 7, Blok B, Wisma Sri Pahang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan 25503 Kuantan. Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan No.Telefon: 09-5129414 Multimedia Negeri. No.Faks: 09-5141837 Emel: shahaniza@pahang.gov.my YB. Dato’ Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, DIMP.,AMP., AMN. Tingkat 3, Blok B, Wisma Sri Pahang 25503 Kuantan. No.Telefon: 09-5126734 No.Faks: 09-5145402 Emel: ibra@pahang.gov.my Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri.   Ahli-Ahli Rasmi Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Tingkat 1, Blok A, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan No.Telefon: 09-5126601 No.Faks: 09-5156106 Emel: ss@pahang.gov.my Pejabat Penasihat UndangUndang N.Pahang Tingkat 3, Wisma Sri Pahang. 25503 Kuantan No.Telefon: 09-5126611 No.Faks: 09-5141729 Emel:  legal@pahang.gov.my Pejabat Kewangan Negeri Pahang Tingkat 6, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan. No.Telefon: 09-5126801 No.Faks: 09-5134839 Emel: ybpkn@pahang.gov.my YB.Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Sri Muhammad Safian Bin Ismail SSAP., SIMP.,  DSAP., DIMP.,  PJN., AAP., AMP. YB.Penasihat Undang-Undang Negeri Dato’ Shamsulbahari Bin Haji Ibrahim, AMP. YB.Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Dzul-Kifly Bin Osman DSAP., DIMP., SMP., AAP., AMP. 4 BULETIN TINTA

[close]

p. 5

Majlis Angkat Sumpah AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2015 HINGGA 31 DISEMBER 2016 Pada 10 Februari 2015 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis dan Ahli Turut Hadir, Majlis Perbandaran Temerloh di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Temerloh. Semua Ahli-Ahli Majlis dan Ahli Turut Hadir telah mengangkat sumpah di hadapan YH. Dato’ Syed Mohd Nor Bin Syed Jaafar, DIMP. Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Tempoh khidmat Ahli Majlis ini adalah dari 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2016. Senarai Ahli Majlis dan Ahli Turut hadir yang telah dilantik adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. YH. Dato’ Wong Tat Chee, DIMP YH. Dato’ Shivalingam a/l Athimulam, DIMP., KMN., AMN., AMP En. Mohd Sabri Bin Aziz, PKT Puan Hajah Norehan Binti Abu Bakar, AMN., AMP., PJK Puan Rosyatina Binti Wahab En. Gan Wee Kuan, AMP En. Razmi Bin Sudin En. Megat Asri Bin Abd. Jalil En. Jamaluddin Bin Ibrahim, PKT En. Wong Ting Fatt Puan Juhanis Binti Abdul Aziz En.Ridzuan Hazimin Bin Ramli Puan Suhaya Elly Binti Rosli En. Zainuddin Bin Izharulhaq En. Azril Rizal Yusof Bin Dato’ Hj. Mohd Sarit 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. En. Ahmad Zailani Bin Junoh En. Othman Bin Chik En. Mohd Ali Hanafiah Bin Hj. Ahmad Tuan Syed Aiduddin Bin Syed Yahya En. Lim Choon Chuan En. Tan Kong Fook En. Chan Ah Choy En. Yap So Sun En. Ramamorthy a/l S. Pechar Pegawai Daerah Temerloh Jurutera Daerah JKR Temelroh Ketua Polis Daerah Temerloh Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh Pegawai Agama Islam Daerah Temerloh BULETIN TINTA 5

[close]

p. 6

EDISI 01 MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH MAJLIS ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG & Majlis Perpisahan SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 22. Encik Indera Raizuan bin Arifin 23. Puan Norhidayah binti Ismail ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013 Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPT 2013. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Encik Lee Yoke Tham 24. Encik Mohamad Suhaimi bin Mohamad Idris 25. Encik Muhammad Hanif bin Zainal Abidin 26. Encik Mohd Qusyairy bin Kamaruzaman Puan Norehan binti Manab Puan Gusdan binti Tahir Puan Nazilah binti Abdul Ghafar Encik Makhozaini bin Lias Puan Salmiah binti Seman Encik Ahmad Sabri bin Hussain Puan Faizah binti Abu Bakar ANUGERAH KHIDMAT SETIA Serentak dengan APC juga, MPT telah mengiktiraf kakitangan yang setia bersama perkhidmatan awam selama 25 tahun. Pada tahun 2013, seramai 3 orang warga MPT telah mencapai perkhidmatan 25 tahun. 1. 2. 3. Dato’ Syed Mohd Nor bin Syed Jaafar, DIMP Puan Norita binti Abdullah Sani 10. Encik Hazmi bin Mamat Encik Rohamat bin Abdul Rahman Tuan Haji Zainal Abidin bin Mohd Amin, DIMP 11. Puan Nurmaziah binti Mohd Nasir 12. Encik Ismail bin Ramat @ Rahmat 13. Tuan Haji Yusof bin Hussain 14. Encik Hasanuddin bin Idris 15. Puan Rope’ah binti Mohmad 16. Puan Khalijah binti A. Malek 17. Encik Hasbollah bin Ismail PERTUKARAN YH Dato’ Hj Ahmad Salhi bin Hj Abdul Latif SETIAUSAHA Pada tarikh 1 Mei 2014, Setiausaha MPT, YH Dato’ Hj Ahmad Salhi bin Hj Abdul Latif telah ditukarkan ke Majlis Daerah Pekan bagi menjawat jawatan Yang Dipertua. YH Dato’ mula bertugas di MPT mulai 16 April 2010. Pertukaran YH Dato’ ke Majlis Daerah Pekan menjawat jawatan Yang Dipertua sekaligus mencipta sejarah PBT Pahang sebagai perintis di mana Yang Dipertua dilantik dari kalangan kakitangan dalaman PBT. 18. Encik Mohd Shahrul Azaharul bin Ismail 19. Puan Norikhwana binti Jamaludin 20. Encik Zulkeranain bin Mohamad 21. Encik Ahmad Sapuri bin Rashid 6 BULETIN TINTA

[close]

p. 7

AKTIVITI JABATAN DAN BAHAGIAN MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH BAHAGIAN PUSAT SETEMPAT MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Majlis Perbandaran Temerloh telah bersidang sebanyak 24 kali pada tahun 2014 selaras dengan sasaran tahunan yang telah ditetapkan. Setiap bulan akan mengadakan sebanyak 2 kali mesyuarat bermula dari bulan Januari sehingga Disember. Pada tahun 2014 bahagian OSC , MPT telah memproses sebanyak 344 permohonan yang terkini daripada Pelan kebenaran merancang, Pelan bangunan dan Pelan kejuruteraan. Sumber : Bahagian OSC, MPT JABATAN PELESENAN Jabatan pelesenan Majlis Perbandaran Temerloh telah mengeluarkan sebanyak 9 kategori lesen perkhidmatan yang terdiri daripada Lesen premis berisiko tinggi, Lesen baru penjaja, Lesen baharu pekan sehari/ pasar malam/ pasar tani, Lesen hiburan, Premit sementara penjaja pasar malam/ pekan sehari/ pasar tani/ kawasan lapang/ kaki lima, Permit sementara musim perayaan, lesen papan tanda/ iklan/ kain rentang/ banting, pembaharuan lesen, pembatalan lesen dan rayuan permohonan lesen yang mana mematuhi prosedur ISO yang disediakan. Mesyuarat Jawatankuasa pelesenan akan dijalankan sebanyak sekali sebulan untuk meluluskan permohonan yang diterima. Pada tahun 2014, Jabatan Perlesenan telah menerima sebanyak 5,721 permohonan untuk diproses daripada pelbagai kategori lesen. Sumber : Bahagian Perlesenan, MPT Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia (TP-1M) merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang mana majlis perlancarannya telah disempurnakan Oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Januari 2010. Pada 20 April 2012, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk diperluaskan ke seluruh Negara. TP-1 Malaysia terbuka kepada Perbadanan Pengurusan (Management Corporation- MC) atau badan pengurusan bersama (Joint Management Body –JMB) atau persatuan penduduk (sekiranya tiada MC atau JMB) bagi perumahan kos rendah swasta dan kos sederhana rendah swasta di seluruh Malaysia. Lesen Baharu Pekan Sehari (Pasar Pagi Temerloh) Perjumpaan wakil Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama Flat Jln Ponniah bagi penerangan TP1M Mesyuarat Agung Badan Pengurusan Bersama (JMB – Join Management Body) telah dijalankan pada 8 Mei 2014 di Majlis Perbandaran Temerloh dengan usahasama COB. Sumber : Unit COB, MPT Car Boot Sale Temerloh BULETIN TINTA 7

[close]

p. 8

EDISI 01 MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH PERMIT MUSIM PERAYAAN 2014 Majlis Perbandaran Temerloh telah membuka peluang perniagaan sementara musim perayaan tahun 2014 iaitu melibatkan perniagaan di Bazaar Ramadhan dan perniagaan di musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. Sejumlah 805 permit sementara Bazaar Ramadhan telah dikeluarkan yang melibatkan sebanyak 12 lokasi perniagaan di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Temerloh. Sebanyak 330 permit sementara musim perayaan Aidilfitri dan bagi musim perayaan Aidiladha pula melibatkan pengeluaran sebanyak 200 permit sementara. Sumber: Bahagian Pelesenan MPT MINGGU PEMERIKSAAN KESIHATAN WARGA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH Minggu Pemeriksaan Kesihatan Warga Majlis Perbandaran Temerloh telah dirasmikan oleh Dato’ Syed Mohd Nor b Syed Jaafar pada 12 Mac 2014. Minggu ini menepati kehendak yang terdapat di dalam agenda Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan dalam masa yang sama memastikan kesihatan kakitangan MPT di dalam keadaan yang baik. Antara pemeriksaan yang dijalankan adalah pemeriksaan paras gula dalam badan, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan lemak dalam badan, pemeriksaan peratusan otot dalam badan dan BMI. Semua kakitangan MPT diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan rekod yang akan disimpan sebagai rujukan tahunan. Bagi kakitangan yang dikesan menghadapi masalah kesihatan, mereka dinasihatkan untuk merujuk doktor bagi pemeriksaan lanjut. Sumber : Jabatan Perkhidmatan masyarakat dan perbandaran Permit Sementara Musim Perayaan (Bazaar Ramadan 2014) KELAS MENGAJI MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH Menuntut ilmu agama dan mendalami Al Quran adalah Fardu Ain kepada semua umat Islam. Oleh hal yang demikian, Majlis Perbandaran Temerloh telah membuat pendekatan dengan mengadakan kelas mengaji kepada seluruh kakitangan majlis. Usaha ini diambil bagi mengimbangi diantara keperluan fizikal dan rohani kakitangan yang mana berminat untuk mempelajari Al Quran secara lebih mendalam. Kelas mengaji ini telah diperkenalkan pada tahun 14.1. 2005 yang mana semua kakitangan lelaki dan perempuan dijemput untuk menghadirinya. Sehingga tahun 2014, kelas mengaji ini masih dijalankan pada setiap Jumaat pada pukul 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi yang dipimpin oleh Ustaz Haji Abd Hamid b Isa. Sumber : Jabatan Khidmat Pengurusan, MPT Kembara Berakit Sungai Pahang Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama kerajaan negeri telah menganjurkan Kembara Berakit Sungai Pahang bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 pada 14 Mei sehingga 17 Mei 2014. Kembara ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang di Esplanade Temerloh. Melibatkan sejumlah 210 peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta bagi mengemudi sebanyak 25 buah rakit tradisi untuk mengharungi arus Sungai Pahang sejauh 69 kilomater. Ekspedisi ini melibatkan 3 hentian dengan bermula di Dataran Esplanade Temerloh ke Guai, Bera sejauh 32 kilometer dan terus ke Kampung Batu Bor, Bera sebelum ke Jeti lama Chenor pada hari terakhir. Majlis Perbandaran Temerloh telah menghantar 10 orang peserta sebagai wakil bagi menghadapi cabaran ini. Sumber : En Tarmizie b Ujang 8 BULETIN TINTA

[close]

p. 9

GOTONG-ROYONG ESPLANADE TEMERLOH 2014 Pada 30 April 2014 bertempat di Taman Esplanade Temerloh telah berlangsung gotong royong bagi meningkatkan keceriaan dan kebersihan kawasan berkenaan. Gotong-royong kali ini melibatkan penyertaan semua kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh dan turut disertai oleh pihak Alam Flora Sdn Bhd selaku pihak kontraktor pembersihan. Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa gotong-royong berkenaan seperti mengecat, pembersihan jalan, pemangkasan pokok, pembersihan sampah sarap termasuklah kerja-kerja pengindahan. Sumber: Jabatan Khidmat Masyarakat Dan Perbandaran MPT GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN PERINGKAT DAERAH TEMERLOH 2014 Pada 1 November 2014 telah berlangsung aktiviti gotongroyong pembersihan Peringkat Daerah Temerloh. YH Dato’ Hj Tarif bin Hj Abdul Rahman selaku Pegawai Daerah Temerloh telah menyempurnakan majlis perasmian pelancaran gotongroyong ini bertempat di simpang Songsang Temerloh. YH Dato’ Syed Mohd Nor bin Syed Jaafar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh berserta semua kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh turut menyertai gotong-royong ini. Gotong royong ini diadakan bagi meningkatkan komitmen dan kesedaran semua pihak bagi menjaga kebersihan dan mengambil langkah yang sesuai bagi menangani peningkatan kejadian demam denggi di daerah Temerloh. Sumber : Jabatan Khidmat Masyarakat Dan Perbandaran MPT BULETIN TINTA 9

[close]

p. 10

EDISI 01 MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH Pemohon dikehendaki memastikan kerja-kerja binaan dijalankan pada hari Isnin hingga Sabtu sahaja dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Pada Hari Ahad dan Cuti Umum adalah TIDAK DIBENARKAN. Pemohon dikehendaki sentiasa mematuhi kehendakkehendak yang dinyatakan di dalam surat kelulusan pelan. PENGUATKUASAAN TERHADAP KERJAKERJA TAMBAHAN / PINDAAN Majlis Perbandaran Temerloh telah menguatkuasakan pemantauan bagi kerja-kerja tambahan / pindaan yang dijalankan agar pemohon mematuhi pelan yang telah diluluskan. Sebarang percanggahan / pelencongan ubahsuai akan dikenakan tindakan tegas sama ada : i) Tindakan merobohkan binaan yang telah dibuat; atau ii) Tindakan mahkamah PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN 2014 Sepanjang tahun 2014, Majlis Perbandaran Temerloh melalui Jabatan Kejuruteraan telah berjaya melaksanakan berbagai projek pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Temerloh. Keseluruhan projek yang diterima sepanjang 2014 telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Melalui kejayaan pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen MPT selaku pihak berkuasa tempatan bagi menyediakan pelbagai prasarana bagi kemudahan penduduk setempat. Usaha sering dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan tahap perkhidmatan majlis sentiasa berada di tahap yang membanggakan. Sumber: Jabatan Kejuruteraan MPT KAEDAH PEMANTAUAN TERBAHAGI KEPADA 2 PERINGKAT : 1. Peringkat Mula Kerja Lawatan pemeriksaan akan dijalankan dalam tempoh 2 minggu selepas kelulusan dikeluarkan bagi memastikan kedudukan bangunan mengikut Garis Panduan MPT yang telah ditetapkan. 2. Peringkat Akhir Kerja Pemeriksaan akan dibuat semula bagi memastikan binaan yang siap mematuhi pelan yang diluluskan serta untuk tujuan pemulangan deposit. SENARAI PROJEK-PROJEK YANG DILAKSANAKAN OLEH MPT Membina Kompleks Ikan Patin, Bandar Lurah Semantan Menaiktaraf Pasar Besar Temerloh Pembinaan Padang Futsal Terbuka Menaiktaraf Gerai di Taman Sri Kemuning Taman Bahagia Taman Temerloh Jaya Taman Setia Jasa Penyelenggaraan PAKR Rumah Pangsa Sri Kemuning Membina Dewan Serbaguna Di Kampung Penderas, Jenderak Menaiktaraf Dewan Taman Saga, Mentakab 10 BULETIN TINTA

[close]

p. 11

OPERASI PENGUATKUASAAN 2014 Sepanjang tahun 2014, Majlis Perbandaran Temerloh telah berjaya mengadakan beberapa siri operasi bagi menguatkuasakan undang-undang kecil yang digunapakai dalam kawasan Majlis Perbandaran Temerloh. Antara beberapa operasi yang dijalankan melibatkan operasi bagi menangani iklan tanpa lesen, membasmi penjaja tanpa lesen, operasi premis perjudian, operasi menanggalkan iklan along, mengalihkan halangan, kacauganggu dan lain-lain. Operasi berkenaan diadakan bertujuan bagi menguatkuasakan peruntukan undang-undang kecil majlis. Objektif tindakan penguatkuasaan ini adalah bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan undangundang kecil berkaitan dan mendidik masyarakat dalam kawasan Majlis Perbandaran Temerloh. Tindakan yang diambil semasa operasi berkenaan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang kecil yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Temerloh. Sumber: Jabatan Perundangan Dan Penguatkuasaan MPT Operasi membasmi penjaja tanpa lesen Operasi menanggalkan iklan along Operasi premis perjudian Pusat Pentadbiran di TEMERLOH Balai Polis Temerloh Balai Bomba Temerloh Pejabat Tanah & Daerah Temerloh Wisma Persekutuan Temerloh Hospital Temerloh JPS Temerloh Mahkamah Temerloh JKR Temerloh BULETIN TINTA 11

[close]

p. 12

EDISI 01 MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH Istiadat Diraja Bersama Rakyat Istiadat Berkhatan & Bertindik Paduka-Paduka Anakanda Yang Mulia Tengku Ameera Asya binti Tengku Abdul Rahman Al-Haj Yang Mulia Tengku Eddie Akasya bin Tengku Abdul Rahman Al-Haj Yang Mulia Tengku Ahmad Firhan Shah bin Tengku Abdul Rahman Al-Haj Pada 18 April 2014 yang lalu telah berlangsungnya Istiadat Berkhatan dan Bertindik Paduka-Paduka Anakanda YAM Tengku Muda Pahang di Dataran Temerloh,Pahang. Produk-produk Pelancongan di TEMERLOH Tempat-tempat yang menarik di sekitar Temerloh yang boleh dilawati oleh orang ramai. Taman Esplaned Temerloh Kuala Gandah Elephant Santuary Temerloh Water Park 12 BULETIN TINTA

[close]

p. 13

Deerland Park, Lanchang Gunung Senyum Taman Bandar, Temerloh Taman Tasik Chatin, Mentakab Pekan Sehari Temerloh Sangkar Ikan Temerloh BULETIN TINTA 13

[close]

p. 14

EDISI 01 MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH KEJOHANAN CUBPRIX PETRONAS 2014 Pada 21 hingga 22 Jun 2014 telah berlangsung kejohanan Cubprix Petronas 2014 bertempat di Kawasan Perindustrian Temerloh. YH Dato’ Syed Mohd Nor bin Syed Jaafar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh telah diberikan penghormatan bagi menyampaikan hadiah kemenangan kepada peserta kejohanan berkenaan. Melalui penganjuran kejohanan sedemikian akan dapat memperkenalkan Temerloh ke mata dunia melalui hebahan media dan menarik pengunjung ke Temerloh. Sumber: Bahagian Perhubungan Awan MPT Pada 26 -27 September 2014 Harian Metro dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Majlis Perbandaran Temerloh telah menganjurkan siri perlumbaan basikal lasak Harian Metro Bike GP Cuti-cuti Malaysia 2014. Perlumbaan tersebut telah diadakan di Stadium Temerloh dan telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hj. Mohd Sharkar bin Hj. Shamsudin, Exco Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Lanchang. Bagi memeriahkan lagi acara selama 2 hari ini, telah diadakan juga pelbagai aktiviti sampingan seperti Klinik Basikal, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak dan geraigerai pameran oleh penaja dan para peniaga jemputan. TEMERLOH 26-27 SEPTEMBER 2014 14 BULETIN TINTA

[close]

p. 15

AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001:2008 Audit Pemantauan MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bagi tahun 2013 telah dijalankan pada 3 & 4 Julai 2014. Audit ini merupakan satu prosedur Pensijilan bagi memastikan pelaksanaan yang berterusan daripada organisasi yang melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti mengikut standard yang telah ditetapkan. Pasukan Audit diketuai oleh Tuan Haji Ali bin Borhan dan dibantu oleh Encik Mohamad Rafidi bin Mat Dahan. Audit dijalankan terhadap semua skop Pensijilan yang meliputi proses kerja di MPT. BENGKEL PINDAAN DOKUMEN MS ISO 9001:2008 Bengkel ini telah diadakan pada 4 & 5 November 2014 bertempat di Bilik Latihan Kemuning, Majlis Perbandaran Temerloh. Bengkel ini dibimbing oleh Encik Mohd. Bakri bin Jali, Juruperunding Kanan, SIRIM Training Services Sdn. Bhd. Program ini diadakan bertujuan untuk membuat semakan dan pindaan secara keseluruhan bagi kesemua prosedur yang sedia ada. di MPT. Hasil daripada Bengkel ini, 82 prosedur di MPT telah dikurangkan kepada 49 Prosedur. Ini berikutan pergabungan beberapa prosedur sedia ada dan penambahan beberapa prosedur baharu. Prosedur-prosedur ini digunapakai berkuatkuasa 01 Disember 2014. AUDIT PENSIJILAN SEMULA QE/5S Audit Pen sijilan semula QE/5S telah diadakan pada 20 Mac 2014 oleh pihak MPC yang diwakili Encik Andra Syahrizal Mohamad. Audit ini diadakan berikutan Sijil QE/5S MPT telah tamat tempoh pada 30 Januari 2014. Antara Zon yang dilawati ialah Zon Hail Amir, Zon A. Ramlie, Zon Man Kidal dan Zon P. Ramlee. MPT telah diperakukan untuk Pensijilan Semula QE/5S selama setahun dari 20 Mac 2014 hingga 19 Mac 2015 BULETIN TINTA 15

[close]

Comments

no comments yet