Blog Bisnes

 

Embed or link this publication

Description

Welcome to Semua2ada - Your Free Online Libarary

Popular Pages


p. 1

PANDUAN AKSES PAKEJ BLOG BISNES 1. BLOG WORDPRESS Blog anda akan disiapkan selepas admin Biz1M.com menerima nama domain dan tema pilihan anda. Email pengesahan bersama id dan password akan dihantar kepada anda apabila blog anda telah diaktifkan. Akses Blog Untuk melihat blog anda, hanya layari alamat nama domain anda di internet, contoh; http://www.nama-web-anda.com atau http://www.nama-web-anda.com/home Akses Halaman Admin http://www.nama-web-anda.com/wp-admin atau http://www.nama-web-anda.com/home/wp-admin 2. DOMAIN DAN HOSTING Domain Anda sudah mendapatkan nama domain pada langkah pertama untuk membuka akaun hosting dan mengaktifkan blog. Hosting Anda menerima akaun hosting sebaik selepas blog anda disiapkan. Email pengesahan dihantan bersama dengan id dan password untuk akaun hosting. Untuk masuk ke hosting, anda perlu login melalui Cpanel. Untuk akses cpanel anda melalui link berikut; http://nama-domain-anda.com:2082 Masukkan id dan password yang dibekalkan bersama email pengesahan tadi. Fungsi utama ialah muat naik fail ke server hosting menggunakan fungsi File Manager. Melalui File Manager, anda perlu muat naik fail ke folder Public_html . Selepas muat naik fail (fail web .html , .php atau gambar .jpg, .gif dll) , anda boleh lihat di internet melalui domain anda seperti ini http://nama-domain-anda.com/nama-fail.abc 3. TEMA BLOG Tema anda sudah pilih dan siap dipasang pada blog anda mempunyai ciri-ciri sebuah blog bisnes. Anda boleh tukar tema dihalaman admin. Sebarang pertukaran tema boleh memberi kesan kepada isi kadungan dan grafik sedia ada. Jadi berhati-hati dalam menukar tema blog anda. Disarankan untuk anda tukar tema yang mempunyai fungsi yang sama dengan tema yang lama.

[close]

p. 2

4. BORANG KUMPUL EMAIL (OPT-IN) Ini adalah cara kumpul email yang betul dalam membina senarai prospek untuk semua jenis bisnes sama ada bisnes anda sendiri, jual produk affiliate, MLM dan sebagainya. Anda perlu menawarkan sesuatu produk, perkhidmatan atau info yang menarik dan bermanfaat kepada pelawat blog/web anda secara percuma. Dengan adanya tawaran ini, pelawat akan mudah memberikan email mereka dan melanggan email daripada anda. Kebaikkan dengan cara ini email promosi anda tidak akan menjadi SPAM dan masuk ke INBOX peti simpanan email prospek anda. Berbanding anda menghantar email SPAM yang akhirnya hanya masuk ke peti SPAM/BULK yang langsung tidak dilihat oleh prospek anda. Kepentingan Kumpul Email Prospek. Senarai email prospek adalah KUNCI KEJAYAAN anda dalam bisnes internet. Semua usahawan internet yang berjaya pasti mempunyai senarai email prospek masing-masing. FAKTA: SENARAI EMAIL PROSPEK = DUIT . Semakin banyak senarai email yang anda kumpul, semakin besar pulangan yang anda akan perolehi dari internet. Contoh 1. Anda mempunyai senarai email prospek sebanyak 5,000. Anda jual produk (ebook) berharga RM10. Jika hanya 10%, bermakna ada 500 membeli produk anda berharga RM10, bersamaan hasil jualan sebanyak RM5,000. Inilah keuntungan anda! Contoh 2. Anda menyertai program affiliate, iaitu menjual produk usahawan internet yang lain berharga RM100 dengan komisen jualan sebanyak 50% (RM50). Anda membuat promosi kepada 5,000 email prospek dan hanya 1% sahaja yang membeli iaitu ada 50 pembeli. Komisen anda adalah sebanyak RM2,500.

[close]

p. 3

Kod Borang Optin
Masukkan Nama dan Email Anda Untuk Download Percuma!
Nama :

Email :

Kod di atas telah dipasang pada blod anda. Anda boleh tukar dengan produk yang lebih menarik supaya mudah untuk pelawat memasukkan email mereka. Untuk menukar gambar produk, anda tukar link “http://biz1m.com/images/40panduan_2.jpg” iaitu tempat dimana gambar produk itu disimpan. Jika gambar produk tersebut terlalu besar, anda boleh kecilkan saiz dengan mengubah width=”200” . Halaman Download Produk Halaman download produk percuma telah disediakan pada web anda. Apabila ada pengesahan pendaftaran email baru, secara automatik link download produk dihantar ke email pelawat blog anda. Halaman download anda ialah http://www.nama-web-anda.com/download.html Apabila anda layari halaman download ini, ia sudah disediakan 2 produk. Jika anda mahu tambah produk baru, anda perlu edit halaman ini. Download fail halaman download di sini http://biz1m.com/laman_download.zip , ekstrak ke komputer dan edit dengan software website. Masukkan gambar dan link download produk. Selesai edit, upload fail ke hosting anda dan simpan di folder public_html. Pasang Kod Borang Optin Pada Blog Masuk ke halaman admin, klik pada menu Appearance dan pilih menu Widget. Disebelah kanan adalah ruang Sidebar pada blog anda. Cari menu Download Percuma dan klik. Salin kod yang telah diubah tadi ke ruang yang disediakan, gantikan yang lama. Klik Save dan boleh lihat perubahan pada blog anda.

[close]

p. 4

5. PASANG KOD ADSENSE Adsense adalah program paling popular untuk mendapatkan pendapatan pasif dari internet. Anda akan mendapat komisen daripada setiap klik pada iklan google oleh pelawat di web/ blog anda. Anda perlu ikut peraturan yang ditetapkan kerana pihak Google akan terus membatalkan akaun anda dengan serta merta apabila ada pelanggaran syarat. Yang paling penting sekali, anda jangan klik sendiri pada iklan Adsense milik anda. Daftar Google Adsense Sila download percuma ebook panduan mendaftar Google Adsense melalui link berikut; http://peluangbuatduit.com/?e=admin@biz1m.com Ikut beberapa langkah yang dicadangkan supaya permohonan anda diluluskan. Pihak Google akan menilai laman web anda sebelum meluluskan akaun Adsense anda. Web yang tidak berkualiti atau melanggar syarat pihak Google akan ditolak. Kod Google Adsense Selepas akaun Adsense anda diluluskan, anda boleh login dan dapatkan kod adsense dengan beberapa pilihan warna, saiz dan border. Contoh kod Adsense bersaiz 250 X 250; Pasang Kod Adsense Pada Blog Masuk ke halaman admin, klik pada Appearance dan pilih menu Widget.

[close]

p. 5

Klik dan HOLD (klik terus dan jangan lepaskan) pada menu Text dan bawa ke ruang sebelah kanan (Sidebar1) dan lepaskan klik pada kedudukan yang sesuai.

[close]

p. 6

Pada ruang di sebelah kanan (sidebar1) akan kelihatan seperti di atas. Anda boleh masukkan Title untuk tajuk ruang iklan adsense tersebut. Kemudian salin kod Adsense anda pada ruang di bawahnya. Setelah selesai, klik Save dan lihat iklan adsense anda sudah dipaparkan di blog. Jika iklan anda tidak keluar iklan Adsense atau dipaparkan iklan layanan masyarakat. Anda mungkin boleh cuba teknik ini, masukkan sebaris kod dalam kod adsense anda seperti contoh di atas, iaitu; Google_page_url=”http://malaysia.nama-domain-anda.com/”; Sekarang anda sudah boleh menjana pendapatan melalui Google Adsense. Seterusnya anda boleh belajar bagaimana mendapatkan bayaran daripada Google daripada internet atau blog-blog usahawan internet yang lain.

[close]

p. 7

6. BANNER Kegunaan dan faedah ruang banner pada blog anda ; 1. Pasang banner untuk program affiliate yang anda sertai. Pelawat mungkin akan tertarik dengan banner yang dipaparkan dan akan klik pada web jualan affiliate milik anda. Jika pelawat berminat untuk membeli produk yang ditawarkan, maka anda akan mendapat komisen. 2. Buka untuk tempahan iklan banner. Anda boleh kenakan bayaran RM20 untuk 30 hari atau RM50 untuk 100 hari. Contoh banner untuk tempah iklan; Cara Pasang Banner Masuk ke halaman admin, klik pada Appearance dan pilih sub menu Theme Option. Kebanyakkan tema yang dipasang seperti yang dicadangkan, telah mempunyai fungsi sedia ada untuk memudahkan pasang banner. Gambar pasang banner 125x125 Di sini anda perlu masukkan banner mengikut format baris. Baris pertama untuk banner yang paling atas, baris kedua untuk banner nombor 2 dan seterusnya. Setiap baris ada 2 link, yang pertama ialah link untuk lokasi dimana banner itu disimpan. Dipisahkan dengan tanda koma, link kedua ialah untuk link destinasi laman web apabila banner itu di klik. Contoh; Anda simpan gambar banner (banner.gif) di server dalam folder public_html/images/ dan ingin tuju ke laman web affiliate, http://www.produk123.com/?id=anda . Kod baris yang anda perlu masukkan adalah seperti ini; http://domain-anda/images/banner.gif, http://www.produk123.com/?id=anda Selesai dan klik Save.

[close]

p. 8

7. FANPAGE FACEBOOK FanPage ialah cara untuk mendapatkan peminat untuk web anda melalui Facebook. Ikut langkah berikut untuk membuak FabPage; 1. Masuk ke http://www.facebook.com dan klik pada Create a Page 2. Anda dibawa ke halaman seterusnya iaitu kategori fanpage. Kik pada menu Brand or Product dan pilih kategori website. Masukkan nama fanpage seperti nama domain, contoh; bizmaju.com. Klik setuju dengan Facebook Terms dan klik Get Started. 3. Dihalaman seterusnya, jika anda sudah mempunyai akan facebook, anda hanya perlu login dengan email dan password anda. Jika belum ada akaun facebook, masukkan butir-butir yang diperlukan dan klik Sign UP untuk buka akaun baru. 4. Anda akan terus dibawa ke halaman FanPage untuk Web anda yang baru disiapkan.

[close]

p. 9

5. Anda boleh masukkan gambar, kenalkan kepada rakan, dan update status di wall fanpage web anda. Pasang Add Like Box Pada Web Pada halaman Get Started fanpage anda, lihat alamat fanpage milik anda pada addres bar. Salin link ini pada notepad. Kemudian pilih menu nombor 5 iaitu Promote this Page on you Website ;

[close]

p. 10

Anda dibawa ke halaman baru untuk dapatkan kod. Masukkan alamat fanpage anda dan saiz. Anda boleh tambah pilihan design untuk fanpage. Klik Get Code untuk dapatkan kod fanpage anda. Akan keluar kod untuk fanpage anda seperti berikut;

[close]

p. 11

Salin kod tersebut pada notepad. Sekarang kembali semula ke halaman admin bagi blog anda. Pada bahagian Appearance, pilih menu Widgets. Klik dan HOLD (klik terus dan jangan lepaskan) pada menu Text dan bawa ke ruang sebelah kanan (Sidebar1) dan lepaskan klik pada kedudukan yang sesuai.

[close]

p. 12

Salin kod pada ruang seperti gambar di atas. Tambah
di awal dan
di akhir kod supaya kotak fanpage anda berada kedudukan tengah pada sidebar. Klik Save setelah selesai. Sekarang anda boleh lihat paparan Like Box FanPage di web anda.

[close]

p. 13

8. LOGO HEADER Satu logo atau rekabentuk perkataan pada Header akan disiapkan oleh admin . Anda boleh juga menukar logo kepada yang lebih menarik melalui halaman admin. Menukar Logo 1. Upload logo ke server anda. Jika nama logo ialah logo.jpg disimpan di folder public_html/images/ , maka link logo ialah http://domain-anda.com/images/logo.jpg 2. Masuk ke halaman admin, klik pada Appearance dan pilih sub menu Theme Option. Kebanyakkan tema yang dipasang seperti yang dicadangkan, telah mempunyai fungsi sedia ada untuk memudahkan tukar logo. 3. Masukkan link logo anda pada ruang yang disediakan, gantikan yang lama. Klik Save stelah selesai dan lihat logo baru pada web anda.

[close]

p. 14

9. PLUGIN Berikut adalah plugin yang akan membantu anda mendapatkan pelawat khusus untuk blog WordPress. 1. All-In-One SEO Pack - Plugin ini akan membuat dan memudahkan SEO (search Engine Optimization) atau optimasi enjin pencari. Plugin akan ini memproses kandungan dan kata kunci dalam blog anda dan seterusnya memudahkan web anda berada dalam keputusan carian pada ranking diatas atau dihalaman awal. 2. LinkWithin - ini akan memaparkan tajuk lain yang berkaitan dengan taju utama yang sedang dibaca oleh pelawat. Ini akan memberitahu pelawat bahawa blog anda mempunyai info lain yang mungkin juga diminati oleh pelawat tersebut. Ini akan menyebabkan pelawat tersebut akan datang kembali atau berada dalam blog anda lebih lama. Plugin ini boleh didapati melalui http://www.linkwithin.com . 3. Google XML Sitemaps – Plugin ini akan membina sitemap bagi blog anda secara automatik bagi memudahkan robots enjine pencari seperti Google, Yahoo dan sebagainya untuk mencari semua post dan halaman yang ada pada blog anda. 4. Subscribe to Comments - Plugin ini akan membolehkan pelawat untuk daftar bagi menerima email setiap kali ada komen terbaru tentang tajuk yang dipaparkan dalam blog. 5. TweetMeme Button - Plugin ini akan memaparkan butang Retweet bagai memudahkan pelawat anda retweet isi kandungan blog anda kepada pengikut mereka dalam twitter.com 6. WP FB Like – Butang Like akan dipaparkan pada setiap post. Jadi mudah untuk pelawat menekan butang Like dan akan juga boleh dilihat oleh rakan-rakan facebook yang lain. Cara Pasang Plugin 1. Masuk ke halaman admin, klik pada menu Plugins. Klik butang Add New untuk pasang plugin. 2. Halaman Install Plugins, pada menu Search, masukkan nama pluggin di atas pada ruang kosong untuk carian dan tekan butang Search Plugins. 3. Hasil carian akan disenaraikan. Anda pilih plugin yang sama dengan carian anda dan klik Install Now. 4. Sistem akan upload plugins dan klik Activate untuk aktifkan plugin. ** Bagi plugin LinkWithin anda perlu download dari web www.linkwithin.com dan melalui halaman Install Plugins, klik Add New dan upload dari komputer anda. **Setiap plugin mempunyai setting yang tersendiri. Anda mungkin perlu edit mengikut kesesuaian anda. Setting tersebut boleh didapati di bahagian menu.

[close]

p. 15

10. IKLAN PERCUMA BIZ1M.COM Setelah selesai membuat blog anda, pekara yang anda perlu lakukan ialah membuat promosi . Salah satu bentuk promosi ialah dengan membuat link dari Web/blog lain menuju ke alamat blog anda. Ini bagi mempercepatkan enjin pencari seperti google dan yahoo membuat index untuk blog anda dan mudah dicari oleh pengguna internet. Langkah Untuk Iklan percuma di web Biz1M.com dan Facebook/bisnes1malaysia 1. 2. 3. 4. Buat karangan berkaitan blog anda dalam 150-200 perkataan. Masukkan kata kunci blog anda dalam tajuk dan isi kandungan Sediakan 1 gambar yang menarik untuk menggambarkan blog anda. Hantar semua maklumat ke admin@biz1m.com

[close]

Comments

no comments yet