Laporan Tahunan 2014 Pejabat Pendaftar

 

Embed or link this publication

Description

LT2014

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

2

[close]

p. 3

3

[close]

p. 4

4 Institusi pengajian tinggi pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran monumental yang menuntut perubahan struktural bagi memastikan institusi tersebut sentiasa mempunyai kelebihan berdaya saing. Justeru Pejabat Pendaftar yang bertindak selaku pusat governan utama Universiti perlu beroperasi dengan cemerlang meliputi pelbagai proses penilaian semula dan penambahbaikan terhadap strategi, kaedah pelaksanaan, outcomes dan impak dilaksanakan secara berterusan. Tahun 2014 menyaksikan banyak perancangan Pejabat Pendaftar yang digubal dan dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antaranya; ● bagi tiga tahun iaitu tahun 2012, 2013 dan 2014 ● ialah sejumlah RM 1,898,497.00 ● RM417,225.90 ● RM710,300.00 Kejayaan menjadi finalis Anugerah Kualiti Pengurusan (AKP) Penjanaan pendapatan oleh Pejabat Pendaftar tahun 2014 Penjimatan perbelanjaan klinik panel sebanyak Penjimatan perbelanjaan tiket kapal terbang sebanyak 7 Inovasi yang cuba direalisasikan iaitu Inventori Personaliti Staf Baharu, Online e-Document Quality MS 9001:2008, ● UTM Smartcard Photo Uploader, Program MyLine, Individual Development Plan (IDP), Sistem Tempahan ePenerbangan dan e-Pembelajaran secara atas talian (EPSA)

[close]

p. 5

5 Selain itu, Pejabat Pendaftar juga tidak pernah lupa untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya berdasarkan pencapaian staf sepanjangan tahun 2014. Antaranya; PENGIKTIRAFAN/PENGHARGAAN Anugerah Perkhidmatan Cemerlang [35 0rang] Anugerah Jasa Bakti [2 orang] Anugerah Jasa Setia [1 orang] Penghargaan Pesara [5 orang] KENAIKAN PANGKAT Timbalan Pendaftar N48 [2 orang] Penolong Pendaftar Kanan N44 [2 orang] KENAIKAN PANGKAT KUP Pembantu Tadbir Gred N17→N22 [6 orang] Pembantu Am Pejabat N1→N4 [4 orang] Juruteknik J17→J22 [2 orang] Penolong Pegawai Penyelidik Q27→Q32 [1 orang] Pemandu Kenderaan R3→R6 [1 orang] Pengawal Keselamatan KP11→KP14 [1 orang] Selaras dengan ledakan teknologi dan revolusi digital menyaksikan perubahan dalam penilaian dan pemantauan prestasi sesebuah institusi dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik. Penggunaan kaedah Balance Score Card (BSC) contohnya, memberi impak yang besar kepada sistem pemantauan pelaksanaan strategi dan pengurusan di Pejabat Pendaftar. Sebanyak 20 Key Amal Indicator (KAI) di dalam empat (4) perspektif telah dikenal pasti sebagai KAI Pejabat Pendaftar bagi tahun 2014 yang mana 3 daripadanya adalah menyumbang secara langsung kepada KAI Universiti. Secara keseluruhannya, KAI Pejabat Pendaftar telah berjaya mencapai sasaran pada tahun 2014 dan ini menggambarkan prestasi cemerlang Pejabat Pendaftar pada tahun 2014, di mana kejayaan ini dijadikan dorongan untuk mencapai kejayaan yang lebih baik pada tahun ini.

[close]

p. 6

6 Kejayaan Pejabat Pendaftar pada tahun 2014 dapat dilihat melalui pengiktirafan yang diperoleh sama ada secara individu atau organisasi. Kepercayaan yang diberikan staf dalam memartabatkan pemikiran secara kreatif dan kritis telah membantu Pejabat Pendaftar untuk menghasilkan sebanyak 7 inovasi baharu sepanjang tahun 2014 untuk membuktikan kewujudan pembudayaan tadbir urus yang sentiasa ditambah baik. Staf Pejabat Pendaftar juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya mendapat pengiktirafan di dalam dan luar UTM dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh pencapaian Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang berjaya mengharumkan nama Pejabat Pendaftar sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa perlu diakui sebagai salah satu pencapaian yang sangat membanggakan. Selain itu, Pejabat Pendaftar juga telah melaksanakan program Individual Development Plan (IDP) melibatkan pegawai gred 44 (semua skim) mulai tahun 2014. IDP yang diinovasikan oleh Pejabat Pendaftar ini bakal menyediakan kualiti modal insan yang diperlukan oleh Universiti berasaskan permintaan dan penawaran kepimpinan Universiti. Selain itu, potensi modal insan Universiti juga akan dibangunkan selari dengan ‘kekuatan’ dan ‘room for improvement’ bagi keperluan pembangunan kompetensi staf Universiti. Sementara itu, prestasi kewangan Pejabat Pendaftar juga adalah berlandaskan instrumen belanjawan operasi yang cekap dan efektif bagi perbelanjaan pada tahun 2014. Pejabat Pendaftar telah berjaya menjana pendapatan sendiri sebanyak RM 1,898,497.00 hasil daripada jumlah kutipan/bayaran saman, geran program khas bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), penjualan pelekat kenderaan Universiti, pas kontrak, penyewaan ruang dan perundingan latihan. Selain itu, sebagai langkah dalam membantu hasrat Universiti untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah, Pejabat Pendaftar juga giat melaksanakan penjimatan dalam semua urusan penyampaian perkhidmatan; contohnya penjimatan perbelanjaan klinik panel sebanyak RM417,225.90 dan penjimatan perbelanjaan tiket kapal terbang sebanyak RM710,300.00 bagi tahun 2014. Transformasi merupakan salah satu cabaran kepada seluruh warga Universiti tidak terkecuali Pejabat Pendaftar. Kebijaksanaan untuk menanganinya juga adalah satu cabaran. Kejayaan menjayakan transformasi tidak datang dari usaha seorang tetapi dari usaha dan kerjasama berpasukan.

[close]

p. 7

7 Maka, Pejabat Pendaftar telah mengambil pelbagai inisiatif dalam memastikan transformasi Universiti dapat dijayakan contohnya dengan pengenalan dan pelaksanaan HR Blueprint UTM 2013-2020. Blueprint ini seterusnya perlu dijadikan sebagai panduan dan rujukan induk dalam membantu membangunkan kecemerlangan modal insan Universiti. Bagi memastikan hasrat ini dapat direalisasikan, Pejabat Pendaftar juga telah mula melaksanakan pengurusan kejat dari aspek pentadbiran dan operasi. Selain itu, seluruh warga Pejabat Pendaftar juga sedang berusaha dengan lebih gigih dalam merealisasikan Pelan Global UTM 2012-2020 fasa kedua bagi membantu Universiti mencapai misi dan visi yang dihasratkan. Pejabat pendaftar juga aktif dalam menjayakan program University Social Responsability (USR) pada tahun 2014 sebagai salah satu usaha untuk menyahut saranan Universiti agar setiap entiti pentadbiran perlu memberi sumbangan kepada komuniti. Sebagai kesimpulan, pencapaian dan prestasi Pejabat Pendaftar pada tahun 2014 berada pada tahap yang membanggakan. Peranan Pejabat Pendaftar terus relevan dan banyak membantu Universiti mencapai matlamatnya. Semoga pada masa hadapan Pejabat Pendaftar akan terus berjaya dan cemerlang. Tahniah dan syabas buat semua warga Pejabat Pendaftar kerana sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh komited untuk memastikan kecemerlangan Pejabat Pendaftar.

[close]

p. 8

8

[close]

p. 9

9

[close]

p. 10

10

[close]

p. 11

11

[close]

p. 12

12

[close]

p. 13

13

[close]

p. 14

14 BALANCE SCORECARD Pencapaian Key Amal Indicator (KAI) Pejabat Pendaftar 2014 University Corporate Scorecard 3 2 2 1 SKALA Cemerlang ≥ 100% Sangat Baik 95% - 99% Cemerlang Sangat Baik Baik Sederhana Registrar’s Corporate Scorecard 7 6 Baik 60% - 94% 3 Sederhana 0% - 59% Cemerlang Sangat Baik Baik 4 Sederhana

[close]

p. 15

15 PENSIJILAN AMALAN 5S (Persekitaran Berkualiti) Pada 15 Disember 2014, Pejabat Pendaftar berjaya melepasi Audit Pensijilan Semula Amalan QE (5S) yang dijalankan oleh Malaysian Productivity Corporation (MPC). PENSIJILAN SEMULA 15 Disember 2014 Management Walkabout November 2014 Audit Silang April, Jun, Oktober & November 2014 Penstrukturan JK Induk 5S Mac 2014 Pensijilan 5S 6 Disember 2013

[close]

Comments

no comments yet