Minda Sinergi Vol.36

 

Embed or link this publication

Description

Minda Sinergi Vol.36

Popular Pages


p. 1

BULETIN PEJABAT PENDAFTAR UTM EDISI 2015 VOL.36/PEJ.PENDAFTAR/UTM UTM UNIVERSITI TEKNLOGI MALAYSIA http://registrar.utm.my Gaya Hidup Sihat Soft Launching Programme Program Berbasikal Healthy Living Know And Love Our Campus Pegawai Gred 41 Program IDP Program Pelan Pembangunan Individu (IDP) Staf P & P Inovasi Tuntutan Pergigian Dilancarkan SESI KUPASAN BUKU Program Liaison Officer Pejabat Pendaftar Terus Galakkan Penggunaan Naib Canselor Engagement Pendaftar Inovasi Baru UTM-EMS ‘SYSMEL ’ UMG RETREAT Know and love our Campus

[close]

p. 2

Kata Aluan Assalammualaikum dan salam sejahtera Kata Aluan Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana di atas limpah kurnia dan izinNya dapat saya sampaikan sepatah dua kata di dalam Buletin Pejabat Pendaftar pada kali ini. Pertama sekali tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua jawatan kuasa yang terlibat di dalam menerbitkan buletin pada kali ini. UTM adalah sebuah institusi ilmu dan pendidikan dan teras aktivitinya adalah pendidikan dan pembangunan modal insan; penerokaan, perkembangan dan perkongsian ilmu melalui pendidikan dan penulisan; dan penyelidikan, pembangunan dan penjanaan kekayaan; dan peranannya sangat penting dalam pembinaan bangsa, negara dan kemakmuran sejagat. Sebagai penjana modal insan berkualiti,Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar berperanan penting dalam memastikan hala tuju Pelan Global UTM 2012-2020 Fasa 2: 2015 – 2017 iaitu Pelaksanaan Program Berimpak Tinggi (High Impact Program) terlaksana. Fasa ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan beberapa program berimpak tinggi yang menggunakan sumber kewangan dan modal insan yang besar daripada segi bidang serta fokus pengajian, penyelidikan, kokurikulum, jaringan antarabangsa, penjenamaan dan pemasaran. Fasa ini juga memberi penekanan kepada kualiti dan impak program yang dijalankan bukannya kuantiti program yang berjaya dilaksanakan. Kerjasama antara PPP dengan staf akademik juga diharapkan dapat dipupuk bagi memacu kejayaan UTM dalam membangunkan modal insan yang perlu diterapkan dengan nilai budaya Kerja berprestasi tinggi . Antara ciri budaya kerja berprestasi tinggi ini antaranya penyampaian berteraskan kreativiti dan inovasi, kepantasan membuat keputusan dan bertindak, penyampaian berteraskan kepada nilai wang, memartabatkan nilai integriti dan amanah, suasana kerja yang kondusif, bijaksana mengurus krisis, kerja berpasukan dan multitasking. Saya amat berbesar hati dengan penerbitan Buletin Pejabat Pendaftar- Minda Sinergi Bil.36 ini dan amat berharap agar usaha murni ini akan menjadi medium penyebaran dan perkongsiang maklumat serta aktiviti oleh Pejabat Pendaftar kepada seluruh warga kampus. Buletin ini juga diharap akan menjadi pemangkin semangat kepada HCD khususnya untuk bergerak secara lebih proaktif, inovatif dan kreatif dalam usaha membangun seterusnya melahirkan modal insan dari kalangan staf PPP yang cemerlang dan mampu berdiri megah seiring ahli akademik. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada sidang redaksi! ABDUL JALIL BIN MAULANI Timbalan Pendaftar Bahagian Pembangunan Modal Insan 1 MINDA SINERGI 2015 Vol.36

[close]

p. 3

Pada tanggal 19 Januari 2015, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Program Engagement YBhg Tuan Pendaftar bersama Pegawai dengan Gred N41 dan Gred N44. Program ini adalah program pembuka tirai bagi siri program engagement YBhg Tuan Pendaftar pada tahun 2015. Program ini telah dikendalikan secara santai dan disertai oleh Timbalan Pendaftar Bahagian Pengurusan Modal Insan (HCM), Timbalan Pendaftar Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Timbalan Pendaftar Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO) dan Pengarah Keselamatan UTM sebagai barisan panel dalam menyampaikan maklumat terkini yang berkaitan dengan kebajikan dan perkhidmatan staf Gred N41 dan Gred N44. Manakala YBhg Tuan Pendaftar pula telah memberikan amanat tahun baharu sebagai mukadimah program ini. Kehadiran peserta/staf bagi program ini adalah amat memberangsangkan iaitu seramai 90 orang. Antara inti pati penting yang disampaikan semasa program ini adalah seperti berikut; Ulasan Buku Amanat Tahun Baharu Kenaikan pangkat secara flexi Program attachment staf pengurusan profesional dan pelaksana Pengenalan Program CPD UTM Penambahbaikan perkhidmatan rawatan Pergigian Staf Selepas sesi taklimat, YBhg Tuan Pendaftar dan wakil pengurusan eksekutif Pejabat Pendaftar telah mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama para peserta semasa menikmati jamuan yang disediakan. Satu sesi fotografi berkelompok bersama YBhg Tuan Pendaftar juga diadakan sempena program ini. Program Engagement Pendaftar Bersama Pegawai N41 dan N44 Vol.36 MINDA SINERGI 2015 2

[close]

p. 4

UMG Retreat UTM Managemant Retreat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menganjurkan program UTM Management Retreat 2015 pada 30 hingga 31 Januari 2015 sebagai salah satu program tahunan yang telah dimulakan sejak 2009 lagi. Pelaksanaan program ini adalah satu inisiatif dalam pengukuhan DNA Institusi UTM di kalangan Pegawai Pengurusan UTM. Objektif lain pelaksanaan program ini adalah sebagai satu pemangkin dalam mengeratkan lagi ukhuwah dan semangat kerja berpasukan di kalangan Pegawai Pengurusan Universiti, memantapkan kefahaman dan penghayatan DNA Institusi mengenai jatidiri, identiti korporat dan jenama UTM serta memahami dan menghayati persekitaran UTM Kampus Johor Bahru dengan lebih dekat. Program tahunan UTM Management Retreat pada kali ini menampilkan tema Know & Love Our Campus yang berteraskan kepada eco-tourism di persekitaran UTM Kampus Johor Bahru. Dalam prorgam kali ini, hampir 120 orang Pegawai Pengurusan UTM yang diketuai oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM turut sama terlibat sebagai peserta dalam program 2 hari tersebut. Antara peserta yang turut terlibat adalah Timbalan Naib Canselor UTM, Dekan Fakulti, Dekan Penyelidikan, Pengarah Jabatan, Pengetua Kolej serta Pensyarah Gred B dan Pentadbir Pengurusan Profesional. Para peserta turut menginap di UTM Scholar's Inn, iaitu sebuah hotel penginapan yang terdapat di UTM Kampus Johor Bahru. Program ini turut menggunakan kepakaran dan khidmat urusetia dalaman yang dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Pendaftar UTM dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan UTM Sport Innovation & Technology Centre (SITC). Program ini dilaksanakan bertemakan explore race yang mana terdapat enam (6) check point yang perlu ditempuhi dan menyelesaikan tugasan di setiap check point tersebut. Antara check point yang harus dilalui adalah UTM Equine Park, Tasik Ilmu UTM, Dusun UTM, Balai Cerapan dan Hutan Rekreasi UTM, UTM Golf Driving Range dan Kompleks Sukan UTM. Program ini dilaksanakan pada 30 Januari 2015 yang dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Naib Canselor UTM, Ybhg. Prof. Datuk Dr. Wahid bin Omar di Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana, UTM Kampus Johor Bahru pada pukul 8.00 malam. Seterusnya program ini turut diselitkan dengan unsur kerohanian dimana para peserta adalah diharuskan untuk menyertai sesi qiyamulail, solat subuh berjemaah dan tazkirah subuh bermula pada pukul 4.00 pagi, 31 Januari 2015 di Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana. Seterusnya sesi explore race Know & Love Our Campus dimulakan tepat pukul 7.30 pagi dengan pelepasan dilaksanakan oleh Pengarah Sport Innovation & Technology Excellence iaitu Prof. Dr. Abdul Hafidz bin Haji Omar. Peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan akan bergerak secara berasingan berdasarkan peta dan susunan check point yang telah ditentukan. Program ini ditamatkan pada pukul 1.00 petang di UTM Scholar's Inn, UTM Kampus Johor Bahru. Sesi seterusnya adalah sesi ulasan pelaksanaan oleh setiap kumpulan peserta serta program ini ditamatkan dengan ucapan penutup oleh Ybhg. Naib Canselor UTM. 3 MINDA SINERGI 2015 Vol.36

[close]

p. 5

UMG Retreat Sekitar Vol.36 MINDA SINERGI 2015 4

[close]

p. 6

Gaya Hidup Sihat Soft Launching Programme JOHOR BAHRU, 09 Februari – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Pprogram Gaya Hidup Sihat UTM pada 08 Februari 2015 bertempat di Stadium UTM, UTM Johor Bahru. Objektif pelancaran Program Gaya Hidup Sihat UTM adalah bertujuan untuk memupuk budaya gaya hidup sihat kepada seluruh warga UTM serta memupuk DNA UTM yang sentiasa aktif untuk berdaya saing di arena global. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM, yang turut dihadiri oleh Ybhg. Tn. Hj. Wan Mohd Zawawi bin Wan Abdul Rahman, Pendaftar UTM yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Gaya Hidup Sihat UTM. Program ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar dengan kerjasama UTM Sports Excellence dan Pejabat Harta Bina. Kehadiran peserta ke program ini hampir 1,200 orang peserta. Bersempena dengan majlis pelancaran ini juga, beberapa ruang pameran informasi gaya hidup sihat turut dibuka sebagai satu pemangkin dan dorongan kepada majlis pelancaran ini serta pembudayaan Gaya Hidup Sihat UTM. Antara ruang pameran yang dibuka adalah Perpustakaan UTM, Pusat Kesihatan Universiti, UTM Sports Excellence, Pusat Kaunseling Universiti, Institut Bio Pr o d u k serta Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar. 5 MINDA SINERGI 2015 Vol.36

[close]

p. 7

Gaya Hidup Sihat Program Berbasikal Melalui Program Gaya Hidup Sihat ini juga, Pengurusan UTM bersama Jawatankuasa Induk Program Gaya Hidup Sihat UTM telah bersetuju untuk melaksanakan Program Berbasikal Seluruh UTM yang akan dihoskan oleh Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ) secara dwimingguan. Untuk julung kalinya, Program Gaya Hidup Sihat UTM – Riadah Berbasikal Yang Dihoskan oleh Pejabat Pendaftar telah dilaksanakan pada 21 Januari 2015 bermula dari Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru. Kayuhan berbasikal ini dimulakan tepat pada pukul 5.30 petang dengan melalui beberapa lokasi utama dan tumpuan warga UTM. Antaranya Balai Keselamatan UTM, Tasik UTM, Koleh Mahasiswa dan check point utama di Stadium UTM. Seterusnya, kayuhan diteruskan ke UTM New Cluster, Pintu Utama Senai dan seterusnya berpatah balik ke Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim sebagai check point penamat. Urusetia utama Program Gaya Hidup Sihat iaitu Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Pejabat Pendaftar mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga UTM yang telah turut serta dalam menjayakan program berkenaan. Vol.36 MINDA SINERGI 2015 6

[close]

p. 8

Program Healthy Living UTM Gaya Hidup Sihat PROGRAM HEALTHY LIVING UTM – Be Healthy, Eat Well, Live Well Konsep Sejahtera (Wellness Concept) atau keafiatan merupakan pendekatan yang telah diperkenalkan oleh mantan Naib Canselor UTM iaitu YBhg Dato' Seri Ir Prof. Zaini bin Ujang pada tahun 2011. Ia merupakan salah satu pendekatan yang diambil untuk mencegah dan mengurangkan beban penyakit dengan menjalankan kawalan faktor risiko penyakit tidak berjangkit melalui Gaya Hidup Sihat. Program ini menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang konsisten, mengelakkan stress dan konflik. Staf UTM dari pelbagai fakulti dan jabatan telah mengikuti Program Healthy Living ini secara intensif setiap tahun. Sesi perjumpaan secara berkala setiap bulan dikendalikan oleh fasilitator, YBhg Datin Seri Zainah binti Moktar. Objektif utama kursus adalah untuk memperkasakan para peserta dengan ilmu kesihatan. Kemahiran tingkah laku yang sihat akan mencegah penyakit kronik yang boleh menganggu prestasi kerjaya, organisasi dan kehidupan secara keseluruhannya. Antara pengisian utama program adalah memberi pendedahan awal tentang penyakit kronik. Topik lain yang dibentangkan adalah Obesiti dan Tips Penurunan Berat Badan. Fasilitator juga membincangkan tentang Nutrisi dan Kalori Makanan. Peserta juga diajar bagaimana untuk mempraktikkan senaman ringkas di tempat kerja. Senaman ini boleh dilaksanakan pada bilabila masa ketika bekerja. 7 MINDA SINERGI 2015 Vol.36

[close]

p. 9

Program Liaison Officer PEMERKASAAN PROGRAM BAHASA INGGERIS DI UTM Saban tahun pemerkasaan Bahasa Inggeris dikalangan staf UTM telah dilaksanakan secara berjadual dan terancang oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Akademi Bahasa & Konsultan luar. Melalui Perancangan Latihan Tahun 2014 yang dirangka oleh HCD, program ini mula digerakkan secara intensif hasil cadangan daripada UTM Board Retreat 2013, dengan pengenalan Program Pembudayaan Bahasa Inggeris kepada staf Pengurusan Profesional & Pelaksana (PPP). Antara inisiatif yang diperkenalkan oleh HCD dan Akademi Bahasa adalah:I ii. iii. iv. Minggu ketiga sebagai Minggu Berbahasa Inggeris di seluruh UTM. Pelantikan English Liaison Officer di setiap PTJ/Fakulti. Perancangan program latihan Bahasa Inggeris secara intensif kepada Staf Hadapan UTM (Frontliner Staff) dengan kaedah penilaian kompetensi yang komprehensif. Penggunaan instrumen penilaian melalui Program MyLINE English Assessment dan latihan secara komprehensif yang perlu diduduki oleh setiap staf Pengurusan Profesional & Pelaksana (PPP) untuk kenalpasti juga kompetensi berbahasa Inggeris dikalangan staf Pengurusan Profesional & Pelaksana (PPP). Menjadi KAI Pejabat Pendaftar bermula tahun 2014, dibawah skop Learning & Growth Perspective dengan penetapan sasaran :Number of non- academic staff achieving Level 3 (passing mark 70%) of English Proficiency Assessment. v. Sesi Kupasan Buku Naib Canselor Sesi kupasan buku Menerajui Inovasi Ke arah Kemakmuran Sejagat telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 5 Februari 2015 dan 26 Februari 2015. Pengarah Penerbit UTM Press, Prof. Madya Hj. Kassim bin Thukiman dan Prof. Madya Dr. Mohd. Shafry bin Mohd. Rahim dari fakulti Komputeran adalah dua ahli panel jemputan yang menyampaikan intipati yang terkandung didalam buku tersebut. Sesi kupasan ini diadakan sememangnya bertujuan menjadi medium penyebaran dan penyampaian hasrat dan aspirasi Universiti agar dapat dihayati dan diselami serta didokong bersama oleh segenap lapisan staf UTM. Malahan kewibawaan kedua-dua ahli panel ini dalam menerang dan menyampaikan setiap intipati telah berjaya menarik minat staf untuk bersama-sama menyertai sesi kupasan ini. Vol.36 MINDA SINERGI 2015 8

[close]

p. 10

Inovasi Tuntutan Pergigian Dilancarkan “Automated Dental Claim” (ADEC) adalah sistem permohonan tuntutan rawatan pergigian staf dan tanggungan secara atas talian. Sistem ini telah dilaksanakan secara rasmi pada 1 April 2015 bagi menggantikan proses permohonan secara manual sebelum ini. Dengan adanya ADEC staf boleh mengakses sendiri sistem tersebut untuk mengetahui jumlah kelayakan yang boleh dituntut dan memudahkan staf untuk mengetahui status permohonan tuntutan yang telah dibuat. Sehubungan dengan itu, satu taklimat telah diadakan pada 18 Mac 2015 bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru. Seramai 66 orang wakil Jabatan/Fakulti telah menghadiri taklimat tersebut. Tujuan taklimat adalah untuk memberi penerangan tentang kaedah penggunaan sistem tersebut agar maklumat yang diberi dapat disampaikan kepada semua staf di Jabatan/Fakulti. Inovasi Baru ‘SYSMEL ’ Bahagian Pengurusan Organisasi menambahbaik proses kerja pengurusan mel Universiti dengan membangunkan sistem permohonan mel secara online dengan kerjasama Pusat Komunikasi & Teknologi maklumat (CICT) yang diberi nama SYSMEL. Sistem akan mula digunakan bermula 28 April 2015. Bagi memastikan penggunaan SYSMEL berjalan lancar, latihan kepada wakil Jabatan/ Fakulti telah diadakan pada 31 Mac 2015. Latihan juga diadakan khas kepada Pembantu Operasi pada 27 April 2015. Latihan berjalan lancar dan peserta telah boleh menggunakan sistem dengan baik. Pejabat Pendaftar Terus Galakkan Penggunaan UTM-EMS Latihan UTM EMS sekali lagi telah diadakan pada 2 dan 30 Mac 2015 di UTM JB dan 25 Mac 2015 di UTM KL. Latihan penggunaan ini diadakan bagi memberi pengetahuan cara penggunaan sistem kepada Pembantu Tadbir (Fail) dan Pembantu Tadbir (Kanan) di Jabatan/ Fakulti. Latihan ini juga sebagai satu galakkan kepada Jabatan/ Fakulti supaya meneruskan penggunaan sistem serta menggunakannya secara optimum. 9 MINDA SINERGI 2015 Vol.36

[close]

p. 11

Program IDP Program Pelan Pembangunan Individu (IDP) Staf P & P Kompetensi merujuk kepada kemahiran dan pengetahuan serta tingkah laku dan nilai-nilai (ciri-ciri Attitude, Skill, Knowledge). Melihat dari aspek kompetensi tugas, kemahiran dan pengetahuan amat diperlukan untuk penjelasan pelaksanaan dan penetapan sasaran kerja. Kompetensi juga merupakan antara kayu ukur dalam proses pemilihan dan pelantikan staf (hiring the best and right person). Kompetensi adalah mudah dikenalpasti dan dibangunkan berbanding tingkah laku dan nilai-nilai yang lebih sukar dikenalpasti dan dibangunkan. Terjemahan kepada tingkah laku dan nilai merujuk kepada deskripsi perilaku yang membantu membezakan antara yang cemerlang dengan biasa. Aspek ini amat penting dalam menyokong pelan penggantian dan kepimpinan sesebuah organisasi. Apa itu IDP?? IDP atau Pelan Pembangunan Individu (Individual Development Plan) merupakan profil kejayaaan kepimpinan, penyeliaan dan pengurusan kumpulan bakat. Faktor penting kepada keperluan kejayaan profil ini adalah faktor kepimpinan, interpersonal, komunikasi, pengurusan kendiri, motivasi diri dan kumpulan, kapabiliti pemikiran, pengetahuan dan kepakaran, dan pengurusan. Mengapa IDP diperlukan?? IDP diperlukan untuk menyediakan kualiti modal insan yang diperlukan oleh Universiti berasaskan permintaan dan penawaran kepimpinan Universiti. Selain itu, potensi modal insan Universiti perlu dibangunkan selari dengan ‘kekuatan’ dan ‘room for improvement’ bagi keperluan pembangunan kompetensi Universiti. IDP juga amat penting dalam menyokong program pembangunan organisasi Universiti seperti pengurusan kumpulan bakat dan pelan penggantian. IDP juga berupaya menyokong UGGI bagi Autonomi Universiti secara berterusan dalam aspek pengurusan dan pembangunan modal insan. Ini kerana IDP menyediakan pelan pembangunan individu staf (diri dan kerjaya) melalui profil latihan individu staf dan analisis jurang keperluan latihan serta penyediaan staf kepada kumpulan bakat dan seterusnya pelan penggantian. IDP bagi Kumpulan PPP di UTM mula dilaksanakan pada tahun 2014 (salah satu penyumbang kepada KAI Universiti 2014). Pada tahun 2014 seramai 244 orang (57.3% dari 60% sasaran KAI) staf Kumpulan Pengurusan & Profesional telah terlibat dalam program IDP yang dilaksanakan antara bulan April hingga Ogos 2014. Manakala sebanyak 31 profil latihan dan analisis jurang keperluan latihan telah disediakan hasil dari penilaian yang dilaksanakan kepada staf Gred44 (Kumpulan 1) dari lima skim perkhidmatan iaitu Skim N, W, Q, F, S (Sosial) dan S (Pustakawan). Manakala 26 lagi profil berjaya disediakan setelah penilaian kumpulan 2 bagi Gred 44 selesai dilaksanakan pada 9-12 Februari 2015. Vol.36 MINDA SINERGI 2015 10

[close]

p. 12

Abum Know & Love Our Campus Pegawai Gred 41 Sepintas Lalu 25 Januari 2015 25 Januari 2015 Lawatan Naib Canselor ke HCD Audit Silang 5S Bil.1/2015 9 Mac 2015 10 Mac 2015 Lawatan Benchmarking oleh Tabung Haji 11 MINDA SINERGI 2015 Vol.36

[close]

p. 13

Sidang Redaksi PENAUNG Wan Mohd Zawawi Wan Abd. Rahman KETUA EDITOR Abd Jalel Ahmad PENGURUS EDITOR Nor Qamariah binti Othman GRAFIK SIDANG EDITOR Raudah Md Auzair Haliza Abdul Hamid Mohamad Redha Md Dali Zaiton bin Othman Siti Norhayati Saiaan Hamshariman Hamdan Roselaile Samah Md Ajis Saman Mohd Najib Masroom JURUFOTO Muhammad Marzuqi Zainal Khairul Fadzli Daud Mohd Khirie Mutalib Mat Kassim Shahrizan Haris Muhamad Hafiz Ismail Md Rashid Musa Mohd Izham Ibrahim Khairul Fadzli Daud EDITOR TAMU Mohamed Ayyub Bin Hassan Muhammad Radzi Abdul Razak Shiraz Yasmin Muhidin Amirul Shahrin Amir Nur Shahda Md Esa Fatahiyah Kasim URUS SETIA Ramlah Abdul Aziz Vol.36 MINDA SINERGI 2015 12

[close]

p. 14

UTM UNIVERSITI TEKNLOGI MALAYSIA http://registrar.utm.my

[close]

Comments

no comments yet