Buletin MPJBT Bil 3 2014

 

Embed or link this publication

Description

Buletin MPJBT Bil 3 2014

Popular Pages


p. 1

3 MPJBT ANJUR RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 2014 ACARA PERBARISAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-57

[close]

p. 2

SIDANG EDITOR PENASIHAT Haji Salehuddin bin Haji Hassan Yang Dipertua Abdul Malik bin Haji Ismail Setiausaha Mariam binti Hj. Ahmad Pegawai Tadbir ISI KANDUNGAN PERISTIWA Program Perhimpunan Pagi MPJBT Julai September “Jasamu Dikenang” Tuan Haji Farizal bin Ismail, Mantan Setiausaha MPJBT Diari Lawatan Audit Pensijilan MS ISO 9001:2008 Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat MPJBT Semarakkan Erti Kemerdekaan Tahlil dan Doa Selamat Bakal Haji Warga MPJBT Sekitar Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MPJBT 2014 Pelaksanaan Audit Pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) Antara Zon MPJBT Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 Sekitar Majlis Perpisahan Mantan Setiausaha dan Meraikan Kedatangan Tuan Setiausaha baharu MPJBT Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MPJBT ke Peringkat Negeri Johor 2014 Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Ke-2 Sesi 2014-2017 ANULAE Cawangan MPJBT KETUA EDITOR Salwa binti Abd. Rashid EDITOR Norayu binti Hj. Mohd. Tahir SIDANG EDITOR Mazlan bin Sahid Hajah Nor Azrah binti Ayub Sofia binti Mohd Sidin Maziah binti Zainal Mohd Sharir bin Mohd Nor Nor Ardiza binti Md. Amin Mohamad Nor Azhar bin Noor Mohamad Hanan bin Mohamad Mazlina binti Abdul Majid Morni binti Haji Ahmad Suhaila binti Othman Antasya binti Mohamed Norsuhaila binti Mohd Salleh Mohd Zahari bin Saat Mohamad Afiq bin Mahmood Syed Shah Redza bin Syed Mohamed Rehanna binti Hashim Noraini binti Zulkifly KEMASYARAKATAN Local Agenda (LA 21) Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang MPJBT Program Bubur Lambuk MPJBT 2014 Program Keusahawanan Ibu-Ibu Tunggal dan Belia Menganggur 2014 Sumbangan Bantuan Raya 2014 LATIHAN Diari Seminar dan Kursus Warga MPJBT (Jul-Sep) INFO Operasi Gempur Pusat Hiburan Keluarga (PHK) DYMM Sultan Johor Mencemar Duli ke Bazar Ramadan Gotong Royong Bersih Stor MPJBT Jalan Pontian Lama Depoh Simpanan Kenderaan MPJBT JURUFOTO Mohd. Farithrizal bin Md. Zain Juhari bin Abdul Rahman PENERBIT Unit Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah 81300 Skudai, Johor. SUKAN Kejohanan Tenis sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat MPJBT Telefon Talian Aduan Awam Faks Emel Whatsapp Aduan Twitter Facebook : 07-5555124 : 07-5582009 : 07-5567831 : admin@mpjbt.gov.my : 019 7555404 : @MPJBT : Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT)

[close]

p. 3

p e r i s t iwa PROGRAM PERHIMPUNAN PAGI MPJBT 06 Julai 2014 Bil 3/2014 Yang Dipertua MPJBT, Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan berkesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada warga MPJBT yang terlibat dalam Program Frotilla yang diadakan di Putrajaya iaitu “Magic Of The Night”. Beliau juga bersyukur segala penat lelah selama 3 minggu meninggalkan keluarga dibalas dengan keputusan yang membanggakan. Kemenangan yang telah diraih ialah “Most Popular” dan “Most Creative”. Beliau turut memaklumkan MPJBT telah menerima beberapa penghargaan berbentuk sijil serta cek antaranya berkaitan Penilaian Penarafan Bintang, Yayasan Penyayang MPJBT, Geran Tahunan dan Portal PBT pada Majlis Konvensyen Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor Sesi 2014-2015 yang telah diadakan selama 3 hari bermula dari 26 hingga 28 Jun 2014 di Persada Convention Centre. Akhir kata, beliau mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadan dan seterusnya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga kerja MPJBT. 01 September 2014 Encik Abdul Malik bin Haji Ismail, Setiausaha MPJBT memeriksa barisan penghormatan “Selamat Datang” oleh anggota Penguat Kuasa MPJBT. Sesi Penyerahan Tugas Setiausaha MPJBT daripada Mantan Tuan Haji Farizal bin Ismail kepada Setiausaha baharu MPJBT, Encik Abdul Malik bin Haji Ismail disaksikan oleh Yang Dipertua, Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan. 3

[close]

p. 4

p e r i s t iwa Bil 3/2014 Penyerahan trofi kemenangan yang dirangkul oleh Kontinjen MPJBT sempena Hari Kemerdekaan Ke-57 Peringkat Daerah Johor Bahru pada 31 Ogos 2014 di Dataran Bandaraya Johor Bahru iaitu Pakaian Tercantik kategori Terbuka dan Perbarisan Terbaik kategori Terbuka. Taklimat ringkas oleh Ketua Jabatan / Bahagian / Unit MPJBT bersama Tuan Setiausaha baharu di Bilik Mesyuarat Eksekutif 1, Aras 11, MPJBT pada 1 September 2014. “Jasam Dikenan ” Tuan Haji Farizal bin Ismail Mantan Setiausaha MPJBT 1 September 2014 Bila menjemur papan panjang, Baik disusun tegak berdiri, Bila ada umur panjang, In Syaa Allah kita bersua lagi. 4

[close]

p. 5

p e r i s t iwa DIARI LAWATAN Bil 3/2014 Lawatan Ramah Mesra oleh wakil Peniaga Pasar Tani seluruh kawasan MPJBT sempena Hari Raya Aidilfitri pada 22 Julai 2014 bertempat di Bilik Perbincangan Tuan Yang Dipertua MPJBT. LAWATAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) MPPG KE MPJBT Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) telah menerima kunjungan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada 27 Ogos 2014. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk membuat persembahan inovasi bertajuk “Kelewatan Menerima Maklumat Berlaku Suis Utama Terpelantik di Dewan Milik MPPG” dan bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak MPJBT mengenai inovasi tersebut. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Tuan Haji Mohamed Ali bin Mohamed Abu Backer, Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPPG disertai seramai 6 orang ahli KIK MPPG iaitu dari Kumpulan Karisma-X. LAWATAN KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI NEGERI SARAWAK KE MPJBT Seramai 9 orang terdiri daripada Pegawai dan Penolong Pegawai Penilaian dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan sambil belajar ke MPJBT pada 30 September 2014. Sesi taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Sophia binti Haji Salleh, Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPJBT dan pembentangan kertas kerja berkaitan kaedah yang digunakan pihak MPJBT bagi penilaian harta tanah khas di dalam kawasan MPJBT telah disampaikan oleh Puan Nawal binti Haji Mohd Khudzairi, Pegawai Penilaian, MPJBT. 5

[close]

p. 6

p e r i s t iwa AUDIT PENSIJILAN Bil 3/2014 MS ISO 9001:2008 Audit Pensijilan MS ISO 9001:2008 di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) telah dijalankan selama tiga (3) hari iaitu pada 30 Jun sehingga 2 Julai 2014. Pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah dilantik bagi menjalankan sesi pengauditan secara menyeluruh agar Prosedur Kualiti MPJBT dapat dipatuhi. Secara keseluruhan, MPJBT telah menjalankan sistem pengurusan kualiti di tahap yang memuaskan. MPJBT sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa kepuasan pelanggan diutamakan dan berdasarkan kepada Kajian Kepuasan Pelanggan yang dilakukan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 95.2% memberikan maklumbalas yang sangat memuaskan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPJBT. Memandangkan tiada Laporan Ketakuran (NCR) yang dikeluarkan, MPJBT di bawah skop yang dipilih telah diberikan Sijil MS ISO 9001:2008 untuk tempoh tiga (3) tahun lagi. Penyerahan Laporan Audit oleh Ketua Pasukan Audit, Cik Hanida Ghazali kepada Tuan Yang Dipertua, MPJBT. Sesi auditan yang dijalankan di Jabatan Pelesenan. Yang Dipertua MPJBT, Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan menandatangani pengesahan Laporan Audit. 6

[close]

p. 7

p e r i s t iwa TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT MPJBT Bil 3/2014 Satu Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran peringkat Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) telah diadakan sempena Nuzul Al-Quran pada 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadan 1435 bertempat di Dewan Serbaguna Skudai. Majlis tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Hambali bin Abd. Rahman Al-Hafiz daripada Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor dengan penyertaan seramai lebih 400 orang kakitangan MPJBT daripada pelbagai lapisan jawatan. Seramai 19 orang kakitangan terdiri daripada ketua jabatan/bahagian telah terpilih sebagai peserta bagi bacaan “Surah Lazim”. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan, Yang Dipertua MPJBT, Tuan Haji Farizal bin Ismail, Setiausaha MPJBT serta beberapa orang Ahli Majlis. Majlis diserikan lagi dengan tazkirah oleh Ustaz Mohd Hambali bin Abd. Rahman Al-Hafiz. SEMARAKKAN ERTI KEMERDEKAAN Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57 Peringkat MPJBT yang diadakan pada 19 Ogos 2014 bertempat di perkarangan bangunan MPJBT. Pada majlis tersebut, beliau turut berharap penduduk di kawasan MPJBT akan bersama-sama mengambil langkah proaktif dan membeli bendera negara untuk dikibarkan tanpa berharap kepada bendera percuma sahaja. Usaha itu adalah penting sebagai satu langkah menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan anak muda yang dikhuatiri semakin kurang menghayati kemerdekaan berbanding generasi terdahulu. Pada majlis sama, Tuan Yang Dipertua turut Perasmian Kenderaan Kaunter Bergerak merasmikan Kenderaan Kaunter Bergerak MPJBT baharu yang MPJBT yang baharu. akan beroperasi sepanjang hari bekerja bagi memudahkan urusan pembayaran penduduk di sekitar kawasan MPJBT. Antara perkhidmatan bayaran yang disediakan adalah cukai harta, lesen perniagaan, sewa gerai, kompaun letak kereta serta bil air. Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MPJBT sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57. MPJBT turut mengedarkan sebanyak 2,000 bendera kepada orang awam. 7

[close]

p. 8

p e r i s t iwa TAHLIL DAN DOA SELAMAT Bil 3/2014 BAKAL HAJI WARGA MPJBT Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena meraikan kakitangan MPJBT yang bakal menunaikan haji. Majlis tersebut telah diadakan pada 21 Ogos 2014 bersamaan 25 Syawal 1435 bertempat di Dewan Serbaguna Skudai. Bakal haji turut menerima sumbangan berupa wang tunai. Seluruh warga kerja MPJBT mendoakan semoga mereka mendapat haji yang mabrur. Bakal Haji : Encik Abd. Rahman bin Bidin Pembantu Kesihatan Awam U22 Bakal Haji : Encik Samsuri bin Umar Pembantu Kesihatan Awam U17 8

[close]

p. 9

p e r i s t iwa SEKITAR MAJLIS RUMAH TERBUKA Bil 3/2014 HARI RAYA AIDILFITRI MPJBT 2014 26 Ogos 2014 Bersamaan 30 Syawal 1435h Dewan Serbaguna Skudai, MPJBT 9

[close]

p. 10

p e r i s t iwa Bil 3/2014 PELAKSANAAN AUDIT PERTANDINGAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S) ANTARA ZON MPJBT PADA 27 DAN 28 OGOS 2014 PERBARISAN DAN PERARAKAN “Malaysia... Di sini Lahirnya Sebuah Cinta” SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-57 JOHAN Perbarisan Terbaik Kategori Terbuka JOHAN Pakaian Terbaik Kategori Terbuka Penyertaan Kontinjen MPJBT di Majlis Perhimpunan dan Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 Peringkat Daerah Johor Bahru pada 31 Ogos 2014 10

[close]

p. 11

p e r i s t iwa Bil 3/2014 SEKITAR MAJLIS PERPISAHAN TUAN HAJI FARIZAL BIN ISMAIL MANTAN SETIAUSAHA DAN MERAIKAN KEDATANGAN ENCIK ABDUL MALIK BIN HAJI ISMAIL, SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH 7 September 2014 bersamaan 12 Zulkaedah 1435H Pulai Springs Resort, Johor 11

[close]

p. 12

p e r i s t iwa KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) MPJBT KE PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014 Bil 3/2014 Kursus Penambahbaikan Peserta KIK MPJBT Peringkat Negeri Johor 2014 pada 8 & 9 September 2014 bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Johor. Tuan Setiausaha MPJBT menyampaikan amanat kepada Peserta KIK MPJBT Peringkat Negeri Johor 2014 pada 25 September 2014 bertempat di Bilik Audio, Dewan Serbaguna Skudai, Johor. Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Sektor Awam Peringkat Negeri Johor Kali Ke-27 Tahun 2014 pada 29 & 30 September 2014 bertempat di Hotel Renaissance, Johor. Kategori Teknikal : Kumpulan Inspirasi Kategori Pengurusan : Kumpulan Mutiara TEMPAT KE-3 Kategori Pengurusan : Kumpulan Mutiara (Jabatan Khidmat Pengurusan) “Kelewatan Memproses Per�ohonan Jawatan” 12

[close]

p. 13

p e r i s t iwa Bil 3/2014 MESYUARAT AGUNG TRI-TAHUNAN KE 2 SESI 2014 – 2017 ANULAE CAWANGAN MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia atau The Amalgamated National Union Local Authorities Employees (ANULAE) Ke-2 Sesi 2014 – 2017 pada 21 September 2014 di Dewan Serbaguna Skudai, MPJBT. Mesyuarat Agung ANULAE Cawangan MPJBT ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Abdul Malik bin Haji Ismail selaku Setiausaha MPJBT serta turut hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Datuk Azih bin Muda selaku Presiden CUEPACS Malaysia merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia. Objektif penubuhan Kesatuan Sekerja adalah untuk mengaturkan perhubungan yang baik di antara majikan dan pekerja supaya keharmonian dapat dikekalkan di samping meningkatkan produktiviti, kualiti dan hasil di sesebuah organisasi Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh itu, Kesatuan Sekerja merupakan satu badan yang sewajarnya disertai oleh semua kakitangan yang berada dalam sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan dan sehingga kini seramai 378 orang kakitangan MPJBT berdaftar di bawah ANULAE Cawangan MPJBT. ANULAE Cawangan MPJBT juga telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti kursus/program dan lawatan yang bertujuan memberikan ilmu pengetahuan dan motivasi serta secara tidak langsung dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien kepada pihak pelanggan terutama sekali orang ramai yang memerlukan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Di samping itu, ANULAE cawangan juga memberikan sumbangan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli sepertimana berikut :1. Dermasiswa kepada anak-anak ahli yang cemerlang; 2. Saguhati kepada pesara-pesara; dan 3. Saguhati kepada pewaris yang ahlinya telah meninggal dunia. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ANULAE Cawangan MPJBT dalam tahun 2011 hingga 2014 untuk ahli-ahli adalah sepertimana berikut :- BIL. 1. 2. 3. AKTIVITI Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Kali Pertama bagi Sesi 2011 – 2014 Mesyuarat Jawatankuasa ANULAE Kali Pertama bagi Sesi 2011 – 2014 Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung Kali Ke-7 bagi Sesi 2009 – 2011 dan Majlis Malam Jasamu Dikenang - Bengkel Cadangan Pindaan Peraturan, Skim Baharu Perkhidmatan dan Prospek Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung Khas bagi Sesi 2009 – 2011 ANULAE Semenanjung Malaysia Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Kali Ke-24 Mesyuarat Jawatankuasa Khas Masalah, Keahlian dan Tindakan Kali Pertama Sesi 2011 – 2014 Kursus Transformasi Gagasan 1Malaysia TARIKH 30/09/2011 10/10/2011 9& 10/11/2011 TEMPAT Dewan Serbaguna Skudai, MPJBT Bilik Mesyuarat Eksekutif 1, Aras 11, MPJBT Dewan Ibrahim Musa, Ibu Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 23/12/2011 24 & 25/11/2011 10/02/2012 06-08/04/2012 Stadium Negeri, Kuala Terengganu Darul Iman Stadium Negeri, Kuala Terengganu Darul Iman Dewan Ibrahim Musa, Ibu Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia Sandy Beach Resort, Pulau Langkawi, Kedah Seminar, Majlis Jamuan Makan Malam dan Perhimpunan Hari 30/04/2012 & Dewan Silk, Tingkat 3, Hotel Zenith, Pekerja Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Kuantan, Pahang Darul Makmur 01/05/2012 Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung Kali Kedua Bagi Sesi 2011 – 2014 ANULAE Semenanjung Malaysia Taklimat Pemahaman Pengurusan Kewangan Kesatuan Sekerja Kursus Pengurusan Jenazah dan Ceramah Kekeluargaan Sakinah Seminar Keanggotaan Bersama ANULAE dan Koperasi Kospeta Malaysia Berhad 12/07/2012 18/10/2012 20/11/2012 (perempuan) 06/12/2012 (lelaki) 06/02/2013 Dewan Ibrahim Musa, Ibu Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia Bilik Mesyuarat Gunamasa, Tkt 2, Blok A, Bangunan Persekutuan MPJBT Bilik Audio Visual, Dewan Serbaguna Skudai, MPJBT Hotel Pelangi, Muar (5 orang peserta) 12. 13

[close]

p. 14

p e r i s t iwa BIL. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. Bil 3/2014 AKTIVITI Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kursus Anjuran Bersama MPJBT dengan UTM – Integriti dan Kesedaran Kesihatan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung Kali Keempat Bagi Sesi 2011 – 2014 ANULAE Semenanjung Malaysia Majlis Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2013 Mesyuarat Persidangan Perwakilan Khas CUEPACS Bahagian Johor Sesi 2013 – 2016 Kursus Kepimpinan Muda anjuran Jawatankuasa Pendidikan ANULAE Semenanjung Malaysia Kursus Terapi “Positive Work Attitude” untuk Ahli-ahli Kesatuan ANULAE MPJBT Program Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Lawatan Ke Muzium Kesenian Islam Malaysia Bengkel Kajian Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Sektor Awam anjuran Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Taklimat Penambahbaikan Perkhidmatan dan Isu-isu Semasa oleh Yang Bahagia Dato’ Haji Omar bin Haji Hassan selaku Presiden CUEPACS Malaysia Konvensyen Tri Tahunan CUEPACS Ke-26 (Sesi 2013-2016) Program “Jom Memasak Bersama Dato’ Chef Ismail” anjuran Bersama ANULAE Cawangan MPJBT dan HELWA Daerah Johor Bahru Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung Kali Kelapan bagi Sesi 2011 – 2012 ANULAE Semenanjung Malaysia TARIKH 11/03/2013 26/03/2013 03/04/2013 01/05/2013 03/07/2013 17/09/2013 23/09/2013 18/10/2013 19/10/2013 28-29/10/2013 11/12/2013 TEMPAT Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (5 orang peserta) Bilik Audio Visual, Dewan Serbaguna Skudai, MPJBT (40 orang peserta) Dewan Ibrahim Musa, Ibu Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan (4 orang peserta) Dewan Serbaguna Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor (4 orang peserta) Hotel Grand Crystal, Alor Setar, Kedah Bilik Audio Visual, Dewan Serbaguna Skudai, MPJBT (40 orang peserta) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (30 orang peserta) Muzium Kesenian Islam Malaysia (30 orang peserta) Hotel GoodHope, Skudai, Johor (2 orang peserta) Dewan Jubli Intan Johor Bahru (10 0rang peserta) 24. 25. 17-19/12/2013 Dewan Wawasan Menara PGRM Kuala Lumpur (1 orang peserta) 19/12/2013 Dewan Serbaguna Skudai, MPJBT Dewan Ibrahim Musa, Ibu Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia 26. 01/09/2014 Mesyuarat Agung Tri Tahunan Ke-2 Sesi 2014 – 2017 ANULAE Cawangan MPJBT telah melakukan pemilihan jawatankuasa baharu bagi sesi tersebut. Seramai 4 orang EXCO dan 16 orang wakil kumpulan telah menghantar borang pencalonan serta semua calon menang tanpa bertanding. Senarai nama ahli jawatankuasa bagi sesi tersebut telah diumumkan secara rasmi dalam mesyuarat agung dan seramai 4 orang Pemeriksa Undi Sulit dan 2 orang Juruaudit Dalam telah dilantik semula dan mendapat persetujuan sebulat suara oleh semua ahli ANULAE Cawangan MPJBT. Ahli ANULAE Cawangan MPJBT juga diberikan cenderahati dan elaun kehadiran pada mesyuarat tersebut. 14

[close]

p. 15

p e r i s t iwa SENARAI AHLI JAWATANKUASA ANULAE SESI 2014 - 2017 CAWANGAN MPJBT BIL. 1. Bil 3/2014 NAMA KUMPULAN PEGAWAI KANAN JAWATAN Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa JAWATANKUASA Encik Emrizal bin Abdul Rahman Encik Hanan bin Mohamad Puan Hajah Norliah binti Hussin Puan Serimah binti Sahak Puan Siti Komariah binti Hj. Shafie Puan Siti Saliha binti Ahmad Puan Zurina binti Ibrahim Cik Norhidayah binti Saad Puan Rodzalinda binti Ariffin Encik Raventharan a/l Achu A.D. Halim Edros bin Musa Abd. Halim bin Mohd Sulaiman Puan Zariah binti A. Rahman Encik Mohamad Zul Feka bin Kamri Puan Nor Faezah binti Juma’at Encik Mohamad Hafiz bin Kamaldin Puan Lina binti Haji Ramli Encik Iskandar bin Zorkarnain Encik Mohd Yunus bin Ban Encik Haris Fadzillah bin Esa 2. KERANI DAN PENTADBIRAN 3. PENGUATKUASA & LAIN-LAIN Ahli Jawatankuasa 4. 5. KESIHATAN & PERUBATAN TEKNIKAL Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa 6. 7. BURUH BIASA (AM) BURUH ADA LATIHAN Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Sehubungan itu, kepada ahli jawatankuasa baharu yang dilantik pada sesi 2014 – 2017 yang diberi tanggungjawab akan berusaha bersama-sama bagi menjalankan aktiviti/program yang telah dirancang agar dapat dilaksanakan sepenuhnya serta memberikan pandangan kepada pengurusan ANULAE Pusat dalam memperjuangkan hak-hak pekerja dalam soal mendapatkan gaji, elaun, ganjaran setimpal yang lebih adil serta berpatutan. Selain memastikan pekerja-pekerja mendapat kemudahan pekerjaan, masa, syarat-syarat bekerja yang berpatutan, mematuhi peraturan yang diperuntukan dalam Undang-undang Buruh serta memberi nasihat dan bantuan sekiranya diperlukan dari semasa ke semasa. 15

[close]

Comments

no comments yet