Laporan Tahunan 2013

 

Embed or link this publication

Description

Laporan Tahunan 2013

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

ISI KANDUNGAN Rasional Logo Rationale for Logo Profil Korporat Corporate Profile Tadbir Urus Korporat Corporate Governance Struktur Organisasi Majlis Organisational Structure of the Council Perutusan Pengerusi Chairman’s Statement Urus Setia Secretariat Kawalan Dalaman dan Jaminan Kualiti Pengurusan Internal Control and Management Quality Assurance Laporan Pencapaian Performance Reports Mesyuarat Utama Pengurusan Top Management Meetings Mesyuarat Peringkat Urus Setia Secretariat Level Meetings Jaminan Kualiti Quality Assurance Laporan Peperiksaan Examination Reports Peningkatan Profesionalisme Modal Insan Professional Development of Human Capital Prestasi Kewangan Financial Performance Badan Kebajikan, Kebudayaan, dan Sosial Kakitangan (BKKSK), dan PUSPANITA Staff Welfare, Culture and Social Body (BKKSK) and PUSPANITA CONTENTS ii 3 19 39 63 71 79 87 97 103 111 119 195 229 249

[close]

p. 3



[close]

p. 4

PROFIL KORPORAT Corporate Profile

[close]

p. 5

Sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 bagi Pengurusan Peperiksaan STPM dan MUET daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ISO 9001:2008 Quality Management System Certificate for the Management of STPM and MUET Examinations from SIRIM QAS International Sdn. Bhd. 4 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 2013 ANNUAL REPORT

[close]

p. 6

Sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 bagi Pengurusan Peperiksaan STPM dan MUET daripada The International Certification Network (IQNet) ISO 9001:2008 Quality Management System Certificate for the Management of STPM and MUET Examinations from The International Certification Network (IQNet) LAPORAN TAHUNAN 2013 ANNUAL REPORT MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL 5

[close]

p. 7

VISI Vision Visi kami adalah untuk menjadi badan pentaksiran yang menjanakan pentaksiran jitu yang dapat mengukur potensi seseorang insan secara holistik bersesuaian dengan nilai dan norma murni sejagat menjelang tahun 2025. Our vision is to become an assessment body that generates accurate assessment which will be able measure the potential of an individual holistically in line with universal norms and values by the year 2025. Misi Mission Misi kami adalah untuk membangunkan dan mengurus pelbagai bentuk pentaksiran yang menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berwibawa, versatil, dan berdaya maju. Our mission is to develop and manage various forms of assessment which contribute to the development of credible, versatile and comprehensive human capital. 6 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 2013 ANNUAL REPORT

[close]

p. 8

OBJEKTIF MPM Objectives of MEC Menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan dan spesifikasi ujian yang lengkap dan sesuai bagi peperiksaan/ujian STPM dan MUET To prepare and publish appropriate and comprehensive examination syllabuses and test specifications for the STPM and MUET examinations/ tests Mendaftarkan calon bagi peperiksaan/ujian STPM dan MUET dengan cekap To register candidates for the STPM and MUET examinations/tests efficiently Menyediakan kertas peperiksaan/ujian yang jitu, sah, boleh dipercayai, saksama, dan adil bagi peperiksaan/ujian STPM, MUET, psikometrik, dan ikhtisas To prepare examination/test papers that are accurate, valid, reliable and equitable for the STPM, MUET, psychometric, and professional examinations Mentadbirkan peperiksaan/ujian STPM, MUET, psikometrik, dan ikhtisas dengan cekap dan adil To administer the examinations/tests efficiently and fairly for the STPM, MUET, psychometric, and professional examinations Mengeluarkan keputusan peperiksaan/ujian STPM, MUET, psikometrik, dan ikhtisas yang standardnya diiktiraf oleh institusi penerima lulusan To issue the STPM, MUET, psychometric, and professional examinations/ tests results of which the standards are recognized by receiving institutions. SINGKATAN: STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia MUET - Malaysian University English Test LAPORAN TAHUNAN 2013 ANNUAL REPORT MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL 7

[close]

p. 9

DASAR KUALITI Quality Policy Pihak pengurusan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mempunyai komitmen untuk membangunkan dan melaksanakan sistem pengurusan kualiti berdasarkan International Standard ISO 9001 serta senantiasa menambah baik keberkesanan sistem tersebut untuk mencapai objektif MPM dalam reka bentuk dan pembangunan kurikulum serta pengurusan peperiksaan bagi STPM dan MUET. Pihak pengurusan MPM akan memastikan bahawa dasar kualiti MPM: • Bersesuaian dengan objektif MPM; • Merangkum komitmen untuk mematuhi keperluan dan senantiasa menambah baik keberkesanan sistem pengurusan kualiti; • Menyediakan kerangka kerja untuk mewujudkan dan mengkaji semula objektif kualiti; • Disampaikan dan difahami oleh warga MPM; • Dikaji semula supaya senantiasa sesuai dengan objektif MPM. The top management of the Malaysian Examinations Council (MEC) is committed to developing and implementing a quality management system based on International Standards ISO 9001. It is also continuously improving the effectiveness of the system to achieve the objectives of MEC, in the design and development of the curriculum, and the management of the STPM and MUET examinations. The management of MEC shall ensure that the quality policy of MEC: • Is in line with the objectives of MEC; • Includes the commitment to comply with the requirements of the quality management system and continuously improving its effectiveness; • Provides a framework to establish and review the quality objectives; • Is communicated to and understood by MEC staff; • Is revised so that it is continually in line with the objectives of MEC. 8 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 2013 ANNUAL REPORT

[close]

p. 10

PIAGAM PELANGGAN Client’s Charter Komitmen kami adalah untuk menyediakan sukatan pelajaran dan mengendalikan peperiksaan dengan cekap dan teratur. Dalam melaksanakan tugas ini, kami akan memastikan yang berikut: • Peraturan dan skema peperiksaan serta sukatan pelajaran peperiksaan STPM dikeluarkan dalam tempoh 8 bulan sebelum peperiksaan penggal 1. • Peraturan, spesifikasi, dan format ujian bagi MUET dikeluarkan 18 bulan sebelum ujian. • Keputusan peperiksaan STPM dikeluarkan dalam tempoh 15 minggu selepas tarikh akhir peperiksaan. • Keputusan MUET dikeluarkan dalam tempoh 10 minggu selepas tarikh akhir ujian. • Sijil STPM dikeluarkan selewatlewatnya pada bulan Julai. • Penyata keputusan peperiksaan STPM dan penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh dua hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima. • Salinan Sijil STPM yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh dua hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh dua jam selepas permohonan diterima. Our commitment is to prepare syllabuses and conduct examinations in an efficient and organised manner. In carrying out these tasks, we shall ensure the following: • STPM regulations and examination schemes as well as syllabuses are produced 8 months before the examination for the first term. • MUET regulations, specifications and test format are produced 18 months before the test. • STPM examination results are released within 15 weeks after the last date of the examination. • MUET results are released within 10 weeks after the last date of the test. • STPM certificates are issued by July. • STPM and MUET statements of results which are requested by post are sent to applicants within two working days after the applications are received by MEC, and within 30 minutes for over the counter applications. • Copies of STPM certificates which are requested by post will be sent to applicants within two working days after the applications are received by MEC, and within two hours for over the counter applications. LAPORAN TAHUNAN 2013 ANNUAL REPORT MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL 9

[close]

p. 11

LATAR BELAKANG MPM Background Of MEC Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Parlimen Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun persekutuan yang mempunyai perkhidmatan tertutup dan beroperasi di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu, iaitu Y.B. Dato’ Musa bin Hitam pada 22 April 1980. Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaanpeperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES). Selepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selain itu, penubuhan MPM juga bertujuan untuk merealisasikan pengendalian peperiksaan tersebut dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya. Hal ini bersesuaian dengan pelaksanaan dasar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dari peringkat pendidikan rendah hingga peringkat pendidikan prauniversiti, iaitu tingkatan enam. The Malaysian Examinations Council (MEC), which was established on 1 February 1980 under the Malaysian Examinations Council Act (Act 225), is a statutory body which operates under the aegis of the Ministry of Education. It was officially launched on 22 April 1980 by the then Minister of Education, Dato’ Musa bin Hitam. The objectives of the establishment of MEC are to conduct specified examinations and all other matters necessary or related to such examinations. The examinations gazetted are the Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), which was first implemented in 1982 to replace the Higher School Certificate (HSC) and Sijil Tinggi Persekolahan (STP) examinations which were previously conducted by the University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES). After the handover of the STP and HSC examinations to MEC, the names of these examinations were changed to STPM. MEC was also established to realise the aim of conducting the examination wholly in the Malay language. This is in line with the implementation of the policy to use the Malay language as the medium of instruction in the national education system from the primary level to the pre-university level, namely the sixth form. 10 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 2013 ANNUAL REPORT

[close]

p. 12

Di samping itu, pihak UCLES sendiri yang tidak sanggup lagi mengendalikan peperiksaan (HSC/STP) di Malaysia berikutan dengan perubahan dasar penggunaan bahasa pengantar telah menyebabkan perlunya sebuah badan peperiksaan, iaitu Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), ditubuhkan untuk mengambil alih fungsi UCLES itu. Selepas beberapa siri rundingan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak UCLES telah menyerahkan tanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengendalikan peperiksaan tersebut sepenuhnya mulai tahun 1982. Selepas 31 tahun berlalu, MPM masih mengekalkan hubungan kerjasama dengan UCLES (kini dikenali sebagai Cambridge Assessment, United Kingdom), iaitu dalam bentuk khidmat nasihat bagi penetapan standard STPM. In addition, UCLES was unable to conduct the HSC/STP examination in Malaysia following the change in the medium of instruction, thus necessitating the establishment of an examination body, MEC, to take over the functions of UCLES. After a series of negotiations with the Ministry of Education, UCLES handed over the responsibility of conducting the examination to the Ministry of Education with effect from 1982. 31 years have passed and MEC still maintains close relations and co-operation with UCLES (renamed Cambridge Assessment, United Kingdom) in the form of consultancy services for the setting of STPM standards. LAPORAN TAHUNAN 2013 ANNUAL REPORT MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL 11

[close]

p. 13

KEANGGOTAAN MAJLIS MPM diurus oleh lembaga pengelola yang disebut “Majlis”. Berdasarkan Akta MPM Seksyen 4(1) (a) hingga (f), keahlian Majlis terdiri daripada semua naib canselor universiti awam tempatan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah Peperiksaan, lima orang ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Berdasarkan Akta MPM Seksyen 4(2) dan 4(3), Pengerusi Majlis dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan naib canselor bagi satu tempoh tidak lebih dari 3 tahun sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan dan boleh dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis apabila tamat tempoh jawatannya sebagai Pengerusi. Pada tahun 1980, iaitu pada tahun pertama penubuhan MPM, Ahli Majlis adalah sebanyak 13 orang yang terdiri daripada: MEMBERSHIP OF THE COUNCIL MEC is managed by a board of governors called “the Council”. Based on MEC’s Act Section 4(1) (a) to (f), members of the Council consist of the vice chancellors of all local public universities, the SecretaryGeneral of the Ministry of Education, the Director-General of Education, the Director of Examinations, the Chief Executive of MEC and five members appointed by the Yang di-Pertuan Agong. The chairman of the Council is appointed by the Yang di-Pertuan Agong from among the vice-chancellors. At present the membership of the Council totals 28. In 1980, vice-chancellors from five universities were appointed as members of the Council, namely: Pengerusi/Chairman 1. YM. PROF. DIRAJA UNGKU ABDUL AZIZ BIN UNGKU ABDUL HAMID Naib Canselor/Vice-Chancellor Universiti Malaya (UM) Ahli/Members 2. YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI HAMDAN BIN SHEIKH TAHIR Naib Canselor/Vice-Chancellor Universiti Sains Malaysia (USM) 3. YBHG. DATO’ PROF. DR. AWANG HAD BIN SALLEH Naib Canselor/Vice-Chancellor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 4. YBHG. TAN SRI PROF. DR. MOHD RASHDAN BIN HAJI BABA Naib Canselor/Vice-Chancellor Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 5. YBHG. TAN SRI AINUDDIN BIN ABDUL WAHID Naib Canselor/Vice-Chancellor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 6. YBHG. DATO’ HAJI OTHMAN BIN ABDUL MALIK Ketua Setiausaha/Secretary-General Kementerian Pelajaran Malaysia/Ministry of Education 7. YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI MURAD BIN MOHD NOR Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia/ Director-General of Education Kementerian Pelajaran Malaysia/ Ministry of Education 8. ENCIK OMAR BIN MOHD HASHIM Pengarah Peperiksaan/Director of Examinations Lembaga Peperiksaan/Examinations Syndicate Kementerian Pelajaran Malaysia/Ministry of Education 9. YBRS. PROF. DR. YIP YAT HOONG Dekan/Dean Institut Pengajian Tinggi/Institute of Higher Education Universiti Malaya 12 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 2013 ANNUAL REPORT

[close]

p. 14

10. ENCIK M. SOCKALINGAM Pengurus Besar, Asia Tenggara/ General Manager, Southeast Asia Oxford University Press 11. PUAN KHALIDAH ADIBAH BINTI HAJI MOHD AMIN Pengarang Kumpulan (Bahasa)/English Group Editor The New Straits Times 12. YBHG. DATUK DR. A.R. LO SU FOOK Lo Klinik 131, Jalan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah 13. YBHG. DATUK ARNI BIN HAJI LAMPAM Pengarah Pentadbiran/Director of Adiministration Sarawak Shell Berhad Dengan perkembangan semasa, dan selaras dengan Malaysia dijadikan hub pendidikan tinggi, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia telah bertambah. Selaras dengan Akta MPM, keanggotaan Majlis juga bertambah sebanyak 28 orang. Senarai Pengerusi MPM sejak ditubuhkan pada 1980 hingga tahun 2013 adalah seperti yang berikut: Bil. No. Nama Pengerusi Chairman In line with Malaysia being the hub of higher education, the number of public institutions of higher learning has increased. In accordance with the Malaysian Examinations Council Act, members of the Council has increased to 28. The list of MEC Chairman since its inception in 1980 to 2013 are as follows: Tempoh Perkhidmatan Years of Service 1 YM. Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid Naib Canselor/Vice-Chancellor Universiti Malaya YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin Naib Canselor/Vice-Chancellor Universiti Pertanian Malaysia YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Musa bin Mohamad Naib Canselor/ Vice-Chancellor Universiti Sains Malaysia YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Sham bin Mohd Sani Naib Canselor/ Vice-Chancellor Universiti Kebangsaan Malaysia YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim Naib Canselor/ Vice-Chancellor Universiti Putra Malaysia YBhg. Prof. Datuk Dr. Anuwar bin Ali Naib Canselor/ Vice-Chancellor Universiti Kebangsaan Malaysia 1 Februari 1980 hingga 27 Februari 1988 1 February 1980 until 27 February 1988 2 28 Februari 1988 hingga 4 Jun 1994 28 February 1988 until 4 June 1994 5 Jun 1994 hingga 30 September 1995 5 June 1994 until 30 September 1995 1 Oktober 1995 hingga 25 Mac 1998 1 October 1995 until 25 March 1998 26 Mac 1998 hingga 25 Mac 2001 26 March 1998 until 25 March 2001 3 4 5 6 26 Mac 2001 hingga 31 Mei 2003 26 March 2001 until 31 May 2003 LAPORAN TAHUNAN 2013 ANNUAL REPORT MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL 13

[close]

p. 15

Bil. No. Nama Pengerusi Chairman Tempoh Perkhidmatan Years of Service 7 YBhg. Tan Sri Prof. Datuk Seri Panglima Prof. Dr. Abu Hassan bin Othman Naib Canselor/Vice-Chancellor Universiti Malaysia Sabah YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak Naib Canselor/Vice-Chancellor Universiti Sains Malaysia YBhg. Prof. Datuk Mohd. Noh bin Dalimin Naib Canselor/Vice-Chancellor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 1 Jun 2003 hingga 17 Mac 2005 1 June 2003 until 17 March 2005 8 17 Mac 2005 hingga 27 September 2011 17 March 2005 until 27 September 2011 2 Disember 2011 since 2 December 2011 9 URUS SETIA MAJLIS Operasi Majlis Peperiksaan Malaysia dilaksanakan oleh Urus Setia Majlis yang bertanggungjawab kepada Majlis. Urus Setia Majlis diketuai oleh Ketua Eksekutif (sebelum tahun 2002 digelar Setiausaha Agung), berdasarkan Akta MPM 15(1), Ketua Eksekutif MPM hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Pentadbir, dan Ketua Pegawai Akademik Majlis. Senarai Ketua Eksekutif MPM adalah seperti yang berikut: COUNCIL SECRETARIAT The operations of MEC are carried out by the Secretariat which is responsible to the Council. The Secretariat is headed by the Chief Executive (prior to 2002, known as the Secretary-General) who is the Chief Executive, Chief Administrative and Chief Academic Officer. The list of Chief Executives to date is as follows: Bil. No Nama Setiausaha Agung/Ketua Eksekutif Chief Executive Tempoh Perkhidmatan Years of Service 1 YBhg. Dato’ Syed Abu Bakar bin Dato’ Syed Ahmad Barakbah YBrs. Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohd. Ali 1 Ogos 1980 hingga 3 April 1995 1 August 1980 until 3 April 1995 12 Jun 1995 hingga 11 Jun 1997 12 June 1995 until 11 June 1997 12 Jun 1997 hingga 31 Mac 2005 12 June 1997 until 31 March 2005 1 April 2005 hingga 17 Disember 2011 1 April 2005 until 17 December 2011 28 Disember 2011 hingga 1 Mei 2013 28 December 2011 until 1 May 2013 2 3 YBhg. Dato’ Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz 4 YBrs. Tuan Haji Omar bin Abu Bakar 5 Puan Maziyan binti Hamzah 14 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA LAPORAN TAHUNAN 2013 ANNUAL REPORT

[close]

Comments

no comments yet