ASM Annual Report 2013

 

Embed or link this publication

Description

Annual Report

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

Kandungan Content Misi dan Visi 2 Prakata 4 Titipan dari Presiden 6 Menasihati Penggubal Dasar 9 Memperkasa Komuniti Saintifik 23 Wacana 35 Keahlian 37 Perancangan Hadapan 43 Mission and Vision 46 48 50 Foreword 48 A word from Our President 51 52 Advising the Policy Makers 55 53 69 Empowering the Scientific Community 67 Gatherings 79 81 83 Membership 81 89 Looking Ahead 87 Laporan Kewangan 91 93 Financial Report Lampiran Appendixes I II V VI VII X XI XII XV XVI XVII XVIII XIX Ahli Majlis ASM ASM Council Members (2013-1014) Jawatankuasa Kerja dan Badan Bertindak Working Committees and Task Forces Mesyuarat Antarabangsa International Meetings Memorandum Persefahaman Memorandum of Understanding Program ASM ASM Programmes Penerbitan Publications Felo Kehormat dan Felo Kanan Honorary Fellows and Senior Fellows Felo Fellows ASM Associates 2012 Top Research Scientists Malaysia Young Scientists Network (YSN)-ASM Pengurusan ASM ASM Management Akronim Acronym 1

[close]

p. 3

Kami berusaha untuk Menjadi ‘Badan Pemikir’ yang diiktiraf bagi isu berkaitan sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi. Memupuk kecemerlangan dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi untuk kebaikan masyarakat keseluruhannya. Menjadi peneraju pemikir Menjadi Badan Penasihat Apex dalam hal berkaitan STI Misi Fungsi Menjadi penggalak yang efektif terhadap kesedaran dan pemahaman awam tentang STI Menjadikan STI sebagai asas bagi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat Memberi nasihat kepada Kerajaan berkenaan hal sains, teknologi dan inovasi yang berkepentingan kepada negara dan antarabangsa Memupuk budaya kecemerlangan sains dan teknologi di Malaysia Membantu meningkatkan kapasiti teknologi sektor industri di Malaysia Menggalakkan kesedaran dan pemahaman umum mengenai kepentingan sains, teknologi dan inovasi dalam kehidupan seharian Menjalin jaringan dan kerjasama antarabangsa Penerbitan saintifik Memanfaatkan pemikiran saintifik untuk menentukan hala tuju STI negara Memupuk budaya kecemerlangan STI Memberikan input STI yang berwibawa dan tepat pada masanya Menggalakkan pengunaan sains untuk kesejahteraan masyarakat Memudahcara pelaksanaan strategi ekonomi berasaskan inovasi Menggalakkan penggunaan STI bagi pembangunan luar bandar Kajian Strategik STI Program Strategik STI Strategi Aktiviti kami • Malaysia 2050 • Imbasan Horizon • Penjelmaan Teknologi Baru • Kelestarian Sains • Pembangunan Modal Insan • Pengantara • Konsortium Sains • Fora Perundingan 2

[close]

p. 4

Pihak Berkepentingan Dalaman • Felo • Associates • Young Scientists Network (YSN)-ASM • Pengurusan ASM Luaran • MOSTI dan agensinya • Kementerian lain dan agensi berkaitan • Industri • Institusi Penyelidikan • Institusi Pengajian Tinggi • Badan Profesional S&T • Organisasi antarabangsa STI • Komuniti bandar dan luar bandar 4 teras Piagam Pelanggan 1. Memberi khidmat nasihat yang bebas, boleh dipercayai berasaskan data yang tepat pada masanya 2. Komited dalam mewujudkan program yang berkualiti ke arah pembangunan asas STI negara yang kukuh 3. Mewakili Malaysia dan komuniti saintifiknya di arena antarabangsa 4. Menyebarkan pengetahuan saintifik 3

[close]

p. 5

Prakata Akademi Sains Malaysia (ASM), sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah mencapai kemajuan yang besar pada tahun lepas sebagai pemikir negara dalam meningkatkan prestasi sains, teknologi dan inovasi (STI) di Malaysia. Laporan tahunan ini mencerminkan sumbangan berharga Akademi Sains melalui kajian strategik dan program yang dilaksanakan pada tahun 2013. Akademi melengkapi usaha-usaha Kementerian dalam melaksanakan agenda STI bagi penemuan saintifik, penjanaan kekayaan dan kesejahteraan masyarakat. Ini juga telah membuka jalan bagi kerajaan untuk dapat menggunakan spektrum kepakaran yang luas, bukan sahaja di Akademi tetapi juga rangkaian kepakaran dan organisasi STI antarabangsa yang terkemuka. Salah satu kepakaran Akademi Sains adalah menjalankan kajian strategik melalui pendekatan lintas sektor, perundingan pelbagai pihak berkepentingan dan tinjauan futuristik yang saya yakin akan memberikan input-input yang relevan untuk perancangan jangka panjang dan inisiatif pembangunan nasional. Dalam era globalisasi dan cabaran sosio-ekonomi yang berat, Kementerian menyedari keperluan untuk menerapkan elemen-elemen STI dalam dasar-dasar pembangunan negara dan mengutamakan pelan tindakan yang bersepadu. Ini akan mempercepatkan pembinaan kapasiti dan kebolehan STI yang mampan untuk masa depan yang lebih cerah. Dalam konteks ini, saya mengalu-alukan peranan Akademi Sains untuk menangani komponen penjanaan idea yang diperlukan untuk mencetuskan penyelidikan, pembangunan dan usaha pengkomersilan yang efektif. Ini adalah usaha ke arah memberikan inspirasi kepada modal insan STI berfikir di luar batasan dan menemui penyelesaian berasaskan STI untuk menggerakkan negara ke hadapan. Datuk Dr Ewon Ebin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi “ 4 Akademi melengkapi usaha-usaha Kementerian dalam melaksanakan agenda STI bagi penemuan saintifik, penjanaan kekayaan dan kesejahteraan masyarakat. ” 5

[close]

p. 6

Prakata Tahniah kepada Akademi Sains Malaysia (ASM), yang merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di atas kejayaan melaksanakan program berlandaskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) sepanjang tahun 2013 seperti yang termaktub dalam Laporan Tahunan 2013 ini. Antara inisiatif STI yang telah dilaksanakan oleh ASM ialah penghasilan Laporan Penasihat kepada Kerajaan, penjanaan program Outreach ke sekolah, serta jalinan dan jaringan di peringkat tempatan dan antarabangsa, dan juga perkongsian strategik para Felo yang terdiri daripada para saintis, jurutera dan ahli teknologi terkemuka negara ini. Dalam usaha menyemarakkan inisiatif STI secara berterusan, pelaksanaan Kajian Agenda Mega Science 2050 dan Imbasan Horizon (Horizon Scanning) serta program pembangunan modal insan berjaya memberikan impak positif dalam memperkasakan komuniti saintifik negara. Selain itu, sebagai sebuah badan peneraju pemikir STI, ASM juga aktif dalam menghasilkan pelbagai penerbitan yang merangkumi isu-isu STI seperti kesihatan, tenaga serta keterkaitan jalur lebar dan isu-isu nasional yang lain. Peranan ASM dalam membina platform kecemerlangan STI adalah sejajar dengan usaha Kementerian dalam memperjuangkan pembangunan STI dan proses penjanaan idea dalam memastikan program-program Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (R,D&C) yang dibiayai oleh MOSTI dan Kementerian lain berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan sekaligus menjana perkembangan pengetahuan baru dalam bidang STI. Maka dengan adanya ekosistem STI yang kukuh ini, ia akan dapat mewujudkan platform komunikasi sains dalam usaha MOSTI mengetengahkan isu-isu sains yang terkini dan membawa perkembangan STI negara ke persada antarabangsa. Akhir sekali, saya yakin bahawa ASM, dengan sokongan MOSTI, akan terus memainkan peranannya dalam mengukuhkan lagi ekosistem STI negara. “ 6 4 Maka dengan adanya ekosistem STI yang kukuh ini, ia akan dapat mewujudkan platform komunikasi sains dalam usaha MOSTI mengetengahkan isu-isu sains yang terkini dan membawa perkembangan STI negara ke persada antarabangsa. ” Dato’ Sri Dr Noorul Ainur Mohd. Nur Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 5

[close]

p. 7

Titipan dari Presiden Tahun 2013 diraikan dengan hasrat untuk membuat perubahan. Pada tahun ini, Akademi Sains Malaysia telah melakukan perubahan yang ketara dengan terus memperkukuh asasnya untuk bertindak sebagai kumpulan pemikir utama STI di Malaysia. Struktur organisasi diubah bagi menyokong penekanan terhadap memperkasakan peranan sebagai penasihat dan bukan sebagai pelaksana. Susun atur semula struktur kerja kakitangan telah dilakukan bagi menggalakkan penglibatan secara aktif dalam menyokong fungsi Akademi sebagai badan penasihat. AS turut merekrut beberapa bakat baru bagi meningkatkan kebolehan analisis STI dan menyokong aktiviti utama yang berteraskan kajian, seperti kajian Mega Science. Kajian ini seterusnya telah melahirkan satu inisiatif baru - STI Outlook, yang dijangka akan terbit pada akhir tahun 2014. ASM telah berjaya mendapatkan sokongan daripada kementerian bagi kajian Mega Science agar ianya menjadi landasan yang efektif dalam menjana nasihat kepada kerajaan akan perkara yang berkaitan dengan teras akademi iaitu “Sains untuk Dasar”. STI Outlook ini diharapkan dapat menjana nasihat mengenai perkara yang berkaitan dengan teras akademi yang kedua iaitu “Dasar untuk Sains”. ASM mendapati tempat kerja yang kondusif merupakan elemen yang amat penting. Pada tahun ini, pejabat operasi kami telah berpindah ke premis baru bertempat di Matrade. Pejabat operasi yang baru ini menyediakan ruang kerja yang diperlukan serta mewujudkan persekitaran pemikiran kreatif. Kami mampu beroperasi dengan lebih cekap dan bersepadu di persekitaran baru ini yang terbuka. Perubahan ini telah menghasilkan pengembangan tenaga kerja dimana ASM telah mengalu-alukan bakat baru dari pelbagai bidang sains untuk menjadikan struktur ASM lebih fleksibel, serba boleh dan berkesan. Bersama-sama dengan 239 Felo dan 42 Associate, era baru ini menjanjikan sumbangan positif yang berterusan terhadap fungsi utama akademi dalam memberikan nasihat berkaitan STI kepada kerajaan. Selaras dengan semangat baru ini dan slogan “Think Science”, ASM telah menyiapkan beberapa kajian dalam bidang-bidang yang penting kepada negara. Kelestarian sains terus menjadi bidang tumpuan utama tahun 2013. Oleh hal yang demikian, jawatankuasa air ASM telah menghasilkan beberapa kajian yang menilai aspek kelestarian sumber air negara. Tahun 2013 menyaksikan permulaan rangka kerja ke-2 Mega Science untuk pembangunan negara yang berterusan. Kajian ini dijadualkan siap pada April 2014. Rangka kerja ke-2 ini merangkumi sektor perumahan, infrastruktur, pengangkutan, elektrik & elektronik, dan alam sekitar. Penemuan awal kajian ini telah mengetengahkan beberapa bidang yang memerlukan intervensi STI. Melalui program imbasan horizon, beberapa trend STI baru dapat didedahkan serta isu pembudayaan sains juga diketengahkan. Hal ini seterusnya akan memberi input berterusan kepada kajian Mega Science. Tahun ini juga menyaksikan sambutan sains tahunan. Pada peringkat global, pemenang baru bagi anugerah nobel dalam bidang sains telah diumumkan. Anugerah kimia telah dinobatkan kepada 3 orang saintis dari Amerika Syarikat dalam usaha membangunkan model komputer yang boleh meramalkan tindak balas kimia yang kompleks dan juga usaha seperti pembuatan ubatan baru. Pendekatan ini menggabungkan fizik klasik & kuantum. Pemenangnya adalah Martin Karplus (Universiti Strasbourg, Perancis dan Universiti Harvard) Michael Levitt (Sekolah Perubatan Universiti Stanford) dan Arieh Warshel (Universiti Southern California, Los Angeles). Teori tentang bagaimana zarah subatom mendapatkan jisim pula telah memenangi anugerah fizik. Teori ini menjadi tajuk utama di dalam akhbar pada tahun 2012 apabila penemuan zarah Higgs yang sukar difahami telah disahkan di makmal CERN CERN, Geneva. Anugerah tersebut dikongsi oleh 2 orang saintis: Peter Higgs dari Britain dan Francois Englert dari Belgium yang telah mencadangkan teori ini secara berasingan pada 1964. Bagi anugerah perubatan pula, penghormatan telah diberikan kepada penemuan dalam memahami bagaimana bahan utama bergerak di dalam sel. Proses ini berlaku melalui vesikel, buih-buih kecil yang menghantar kargo di dalam sel ke tempat yang betul tempat pada masanya. Gangguan dalam sistem penyampaian ini boleh menyebabkan penyakit saraf, kencing manis atau gangguan imunologi. Anugerah ini dikongsi oleh James E. Rothman (Yale) Randy W. Schekman (University of California, Berkeley) dan Dr Thomas C. Sudhof (Sekolah Perubatan Universiti Stanford). Manakala, Anugerah Sains Mahathir yang dianugerahkan kepada Dr Alan Cowman dari Australia, menjanjikan harapan baru melalui penyelidikannya dalam pencarian vaksin malaria. Usaha untuk menyemarakkan inovasi berlangsung secara berterusan sepanjang tahun. Seperti tahun-tahun lalu, kami menekankan usaha untuk meningkatkan kebolehlihatan ASM di kalangan orang ramai dan pihak berkepentingan. ASM telah mengambil bahagian di dalam beberapa siri wacana di televisyen mengetengahkan hasil kajian ASM. Felo ASM terus menjadi rujukan utama media untuk memberikan nasihat pakar berkaitan isu seperti air, tenaga, perubahan iklim dan inovasi secara umum. Beberapa artikel turut diterbitkan di media cetak bagi memaparkan aktiviti-aktiviti akademi. Intervensi media seperti ini umumnya telah menarik perhatian masyarakat akan peranan ASM dalam bidang sains dan pembangunan negara. Dalam usaha menjadi sebuah institusi yang relevan kepada negara, ASM juga telah 5 6 6

[close]

p. 8

“ mengambil lonjakan besar dalam arena komunikasi sains bagi mengukuhkan peranannya sebagai sebuah agensi penasihat sains negara. Usaha untuk memperkukuhkan peranan sebagai komunikator sains dilakukan melalui platform seperti idea exchange, perhimpunan tahunan, siri syarahan bagi menggalakkan Felo dan Associates mengutarakan isu-isu sains yang terkini. Media merupakan saluran komunikasi yang penting jika digunakan dengan baik. Saya merasakan bahawa dengan mewujudkan saluran untuk pakar sains negara sebagai jurucakap bagi isu STI, negara kita mampu mengelakkan kontroversi yang sering melahirkan rasa tidak percaya di kalangan orang ramai. Ini menunjukkan pelaburan dalam bidang sains adalah amat penting. Sudah tentu, bakat yang tepat adalah satu keperluan. Pemupukan bakat merupakan matlamat negara dan kita hanya boleh menanganinya melalui sistem pendidikan. Sehingga kini, negara hanya mempunyai 30% pelajar sekolah menengah dalam aliran sains. Pada hakikatnya, kita memerlukan nisbah 60:40; aliran sains kepada aliran sastera. Bagaimana kita sebagai sebuah negara membangun dapat mencapai kedudukan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dengan peratusan sebegini? Tidak ada gunanya memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk P&P jika kita kekurangan modal insan bagi tujuan tersebut. Tahun 2013 diraikan dengan hasrat untuk membuat perubahan. Jelas sekali, sistem yang mampan adalah amat penting bagi mengatasi isu ini. Sebelum ini, penghijrahan cendiakawan merupakan satu kebimbangan kerana kita menyaksikan kehilangan profesional ke negara-negara lain. Kini, kita sedang memberikan tumpuan untuk memupuk bakat dan membina kapasiti tanpa mengira kedudukan geografi. Walaubagaimanapun, kita tidak seharusnya berpuas hati dan perlu berusaha gigih untuk melonjakkan peratusan dan angka tersebut kerana tindakan kita pada hari ini hanya akan memberi impak dalam jangka masa 30-50 tahun dari sekarang. Impian kita untuk muncul sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi akan menjadi kenyataan sekiranya terdapat pembaharuan terhadap langkah-langkah yang sedia ada dalam pendidikan untuk meningkatkan pembangunan modal insan ke tahap yang lebih tinggi. ASM akan meneruskan usahanya untuk meningkatkan profil IBSE. Hasil daripada projek rintis di empat buah sekolah rendah di daerah Hulu Langat, didapati bahawa minat untuk mengikuti IBSE telah meningkat. Kami akan terus bekerjasama dengan kementerian pelajaran bagi mengarusperdanakan IBSE dalam pendidikan sains. Tidak dapat dinafikan salah satu faktor yang boleh memacu tadbir urus STI negara adalah menambah bakat dalam bidang santifik. Laporan “Public Research Assets Performance Evaluation: ” Unlocking Vast Potentials, Fast Tracing the Future” mendedahkan bahawa walaupun dana yang besar disalurkan untuk program yang terpilih bagi pembinaan dan pengkomersilan P&P, pulangan pelaburan masih tidak mencapai tahap minimum yang telah ditetapkan. Mengapa? Masalah utama ialah kerana ketiadaan sebuah badan penyelaras untuk mengkordinasikan aktiviti P&P negara. Di samping itu, tiada kesinambungan di antara sektor swasta dan awam. Kita cenderung untuk lupa bahawa kedua-dua sektor ini saling bergantungan di antara satu sama lain. Tanpa jalinan kerjasama kedua-dua pihak ini, ekosistem STI akan menjadi tidak lengkap. ASM memperkenalkan konsortium sains untuk menemukan institusi sains kebangsaan dengan institusi sains antarabangsa bagi memperkukuhkan kepakaran STI negara. Adalah diharapkan melalui pendekatan ini dapat menarik minat sektor industri untuk bekerjasaman dengan saintis. Inisiatif ini membolehkan kita untuk bersaing di pasaran global pada masa akan datang dan berkemungkinan mampu berkembang sejajar dengan perkembangan STI global. Saya berharap laporan tahunan 2013 ini akan terus mengetengahkan STI sebagai satu pelaburan yang tidak harus dikompromi sekiranya negara ingin mencapai aspirasi status negara membangun pada tahun 2020 dan seterusnya. Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali FASc 7

[close]

p. 9

8

[close]

p. 10

01 MENASIHATI PENGGUBAL DASAR ASM memenuhi keperluan untuk satu rangka kerja yang mantap, bersepadu yang merangkumi kapasiti S&T, sumber dan ecosystem tempatan. Rangka kerja ini membolehkan ASM memberi khidmat nasihat kepada kerajaan khususnya dalam penerokaan kelestarian sains, ramalan tahap pembangunan Malaysia pada 2050, mengenalpasti penjelmaan teknologi baru dan penerbitan laporan Science Outlook. 9

[close]

p. 11

Malaysia 2050 Kajian Rangka Kerja Mega Science untuk Pembangunan Negara yang berterusan bagi tempoh 2010-2050 (atau Agenda Mega Science: Malaysia 2050) adalah kajian kerangka yang mentranformasi ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI) Malaysia melalui pendekatan yang berstruktur, praktikal dan lestari. Output kajian akan memberikan input nasihat secara berterusan kepada kerajaan mengenai pilihan, peluang dan keutamaan STI dalam menyokong agenda sosio-ekonomi negara. Kajian Mega Science bertindak sebagai landasan untuk: 1. Menjana idea bagi bidang keutamaan P&P, dan 2. Mengenalpasti peluang untuk penjanaan kekayaan dan kesejahteraan masyarakat. Bidang Fokus Sektor Perumahan Penempatan manusia dalam skala yang besar / Bandar mega / Rumah pintar, sihat dan selamat, Bahan bangunan dan teknologi termaju Sektor Infrastruktur Bidang Fokus Kejuruteraan, Pemerolehan & Pembinaan (EPC), Lapangan terbang, Pelabuhan, Jalanraya & Lebuhraya dan Landasan keretapi “Perumahan merupakan pemangkin kepada pembangunan sosio-ekonomi dan penurunan kadar kemiskinan yang merentasi hampir setiap petunjuk pembangunan manusia. (UN, 2011)” Tumpuan utama bagi sektor perumahan di Malaysia berkisar tentang peningkatan kos, kesan bencana dan perubahan iklim negara dan juga kecekapan tenaga. Pembangunan lestari: Pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang dalam memenuhi keperluan mereka (UN, 1987) Infrastruktur yang cekap dan berkemampuan tinggi akan membolehkan negara atau sesebuah rantau untuk memainkan peranan mereka yang lebih tepat dalam ekonomi dunia. Infrastruktur yang memenuhi keperluan dan segmen utama masyarakat harus berdasarkan ketercapaian, kemampuan dan kelestarian. Semasa dan selepas pembangunan sesuatu infrastruktur, sistem, sumber dan kepelbagaian semulajadi, yang menjadi sandaran kepada masyarakat, perlu diselenggara dan ditingkatkan. Tay Yee Wei, arkitek Malaysia, mencadangkan pembinaan unit heksagon yang boleh digabungkan dengan modul lain untuk mewujudkan kawasan yang lebih luas untuk keluarga yang besar. Lima sektor utama telah dikenalpasti bagi kajian fasa kedua agenda Mega Science. Sektor-sektor ini adalah kritis berdasarkan peluang serta potensi sebagai penggerak pembangunan untuk memacu ekonomi negara. Setiap sektor dikategorikan kepada bidang-bidang tumpuan dan dibantu analisa pasaran dan data komersial berkaitan. Setiap bidang tumpuan diteliti dan dibantu oleh rantaian nilai berstruktur untuk pemahaman yang menyeluruh. Berikut adalah ringkasan bagi setiap sektor: Sektor infrastruktur dan pengangkutan 10

[close]

p. 12

Sektor Pengangkutan Bidang Fokus Pengangkutan kereta api, Pengangkutan Jalan Industri Aeroangkasa, Pengangkutan Laut dan Darat Khidmat Pengurusan Keselamatan dan Penguatkuasaan (SEMS) Sektor Elektrik dan Elektronik Industri Sebatian Semikonduktor, Penjanaan, Pengaliran dan Pengagihan Tenaga, Solar sebagai Tenaga Boleh diperbaharui yang Cekap, Keselamatan Siber Sektor Alam Sekitar Bidang Fokus Perubahan Iklim & Karbon, Air, Tenaga, Bahan Buangan & Tanah dan Hutan Bidang Fokus Industri pengangkutan yang pintar, cekap, bersih, selamat dan lestari adalah menjadi keperluan bagi kebanyakan bandar utama di dunia. Operasi yang optimum bagi semua komponen yang berkait – infrastruktur, perancangan bandar, kenderaan dan instrumen, prosedur operasi dan pengurusan serta aplikasi ICT – menentukan keupayaan untuk memindahkan manusia dan barang-barang secara cekap dan berkesan. Dengan mengoptimakan keupayaan rangkaian dan dengan menggunakan kelebihan setiap medium pengangkutan seperti kesesakan, pelepasan, kemalangan, pencemaran dan lain-lain, dapat dikurangkan. Saiz pertumbuhan penduduk Malaysia akan memberi tekanan yang besar ke atas industri pengangkutan bandar dan oleh kerana pertumbuhan penduduk yang ketara dijangka berlaku sebelum tahun 2050, adalah penting merancang dan meneliti pembangunan dan peluasan sektor pengangkutan di Malaysia. Sains dan teknologi boleh menjadi kunci kepada penyelesaian yang diperlukan untuk masalah ini. Industri Elektrik & Elektronik (E&E) merupakan salah satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara Malaysia (NKEAs) telah menyumbang 24.9% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2012. Industri ini telah membuahkan kejayaan firma tempatan serta menarik minat firma global terkemuka untuk beroperasi di Malaysia. Sejak tahun 1960-an, Malaysia menerajui pemasangan komponen E&E. Adalah perlu untuk meningkatkan rantaian nilai daripada menjadi pemasang komponen kepada penghasilan produk tambah nilai. Untuk ini, negara perlu melaksanakan penyelidikan dan pembangunan asas dan gunaan dalam sector E&E. RM231.23 49.2% 32.9% jumlah eksport Sumber: www.matrade.gov.my eksport pembuatan barangan Dalam pembangunan yang pesat, perancangan, rekabentuk dan pengurusan alam sekitar memerlukan penyelarasan yang teratur. Kekayaan sumber warisan asli Malaysia telah diiktiraf di atas sumbangan besarnya untuk pembangunan yang mantap dan berkekalan. Akan tetapi, terdapat keperluan untuk melindungi alam sekitar dan mengharmonikan pembangunan seiring dengan matlamat persekitaran. Oleh sebab itu, perkara ini memerlukan komitmen dalam meletakkan agenda pembangunan lestari di dalam dasar kebangsaan. Memandangkan masalah alam sekitar semakin kompleks dan tenat, terdapat keperluan untuk menggunakan Sains & Teknologi yang boleh mengatasi cabaran ini dengan cekap dan berkesan. Sektor elektrik dan elektronik bilion Jumlah nilai eksport Produk E&E Malaysia (2012) Destinasi eksport utama adalah China, USA, Singapura, Hong Kong dan Jepun HALAMANFAKTA Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI) menunjukkan prestasi negara dalam melaksanakan isu utama alam sekitar • 2012 EPI meletakkan Malaysia di kedudukan 25 daripada 132 negara • 2014 EPI meletakkan Malaysia di kedudukan 51 daripada 178 negara Sumber: epi.yale.edu Sektor alam sekitar 11

[close]

p. 13

Daripada 10 risiko tertinggi yang mendapat perhatian sejagat, 4 daripadanya adalah berkaitan dengan air” Kelestarian Sains Informasi dan pengetahuan yang menyumbang ke arah kefahaman berkaitan Planet (S&T), Keuntungan (Ekonomi) dan Manusia (Sosial) menghasilkan kelestarian sains. ASM berusaha untuk membawa agenda kelestarian sains dalam pengubalan dasar dengan memberikan fokus kepada kepada cabaran tempatan, dan juga perspektif serantau dan sejagat. Kajian Sektor Air Pemanasan global mengucar-kacirkan iklim dunia. USA dan sebahagian benua Eropah terkesan serta berhadapan dengan fenomena suhu rendah. Di rantau Asia Tenggara, Filipina telah terjejas oleh Taufan Haiyan pada 8 Nov 2013. Taufan Haiyan dinilai sebagai kategori 5-bersamaan dengan taufan ganas pada Skala Angin Taufan Saffir-Simpson. Kelajuan angin yang setara antara 230 km / h kepada 270 km / h diukur oleh pelbagai balai cerap di rantau ini. Sejumlah 6,230 kematian telah direkodkan dengan 1,785 orang masih hilang. Kerosakan telah ditaksirkan sebanyak USD $ 1.5 bilion. Baru-baru ini, pada tahun 2013, banjir besar telah menjejaskan sebahagian Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak, menyebabkan pemindahan besar-besaran ke pusat perlindungan mangsa banjir. Nilai kemusnahan masih belum ditaksirkan. Kerana itu, pada hari ini kita masih lagi menyaksikan peristiwa iklim yang melampau kesan daripada pemanasan global. Kini saintis meramalkan bahawa tahun 2014 berkemungkinan adalah tahun “El-Nino”, iaitu tahun di mana suhu akan meningkat. Tahun El-Nino terjadi apabila Asia Tenggara, dan bahagian-bahagian lain di rantau ini terjejas dengan keadaan kering yang luar biasa. Jadi, adakah Malaysia kini akan terjejas oleh kemarau? Lebih buruk lagi, kehidupan laut juga akan terjejas oleh El Nino melalui pengurangan dalam pembawaan zat-zat air yang kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk menyokong populasi besar ikan di perairan Malaysia. Pastinya, El Nino akan memberikan kesan kepada hasil pertanian kita secara umum dan sekuriti makanan secara spesifik. 10 risiko tertinggi yang mendapat perhatian sejagat, 4 daripadanya adalah berkaitan dengan air” 1. Krisis fiskal dalam ekonomi utama 2. Pengangguran / kekurangan pekerjaan yang tinggi 3. Krisis air 4. Jurang pendapatan yang tinggi 5. Kegagalan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim 6. Peristiwa cuaca yang melampau (contohnya banjir, ribut, kebakaran) 7. Kegagalan tadbir urus global 8. Krisis makanan 9. Kegagalan mekanisme / institusi kewangan utama 10. Ketidakstabilan politik dan sosial yang ketara Sumber: WEF Global Risks Report 2014 World Economic Forum Insight Report, Global Risks Perception Survey 2013-2014. SEKILAS Skala Angin Taufan Saffir-Simpson Skala Angin Taufan Saffir-Simpson adalah skala 1 hingga 5 berdasarkan kelajuan angin taufan yang berterusan. Skala ini berpontensi memusnahkan harta benda. Taufan yang telah mencapai Kategori 3 atau lebih tinggi dianggap taufan utama kerana potensi mereka menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan besar. Pada kategori 1 dan 2, ribut masih berbahaya, dan memerlukan langkah-langkah pencegahan. Sumber: http://www.nhc.noaa.gov/aboutsshws.php 12

[close]

p. 14

Kajian Air ASM Badan Bertindak Pengurusan Permintaan Air Badan Bertindak sedang melaksanakan kajian semula yang komprehensif mengenai status terkini Pengurusan Permintaan Air di Malaysia termasuk mengenalpasti kelemahan dan jurang berbanding norma-norma prinsip IWRM dan Amalan Pengurusan Terbaik. Kajian ini juga akan menghasilkan kerangka strategi dan pelan tindakan yang menyeluruh, holistik dan lestari dalam Pengurusan Permintaan Air. Laporan Nasihat ini dijangka siap pada tahun 2014 Badan Bertindak Air dan Pertanian Objektif Badan Bertindak ini adalah untuk mengkaji semula penggunaan air dalam sektor pertanian dan mengesyorkan strategi untuk menggiatkan semula sektor ini agar menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan produktif terhadap sumber air hujan dan pengairan pertanian, ternakan dan perikanan. Laporan Nasihat ini dijangka siap pada tahun 2014. Badan Bertindak Penyelidikan & Pembangunan (P&P) Air Tujuan utama Badan Bertindak ini adalah untuk menetapkan agenda P&P berasaskan keperluan dan keutamaan STI bagi sektor air. Adalah penting bagi menangani isu pengurusan air melalui pendekatan pelbagai disiplin, bersepadu dan selaras berasaskan kerangka P&P berdasarkan keperluan dan keutamaan negara. Laporan Nasihat ini dijangka siap pada tahun 2014. Badan Bertindak Bekalan Air dan Pengurusan Sisa Air Tinjauan komprehensif mengenai status terkini bekalan air dan pengurusan sisa air merupakan pendekatan pertama badan bertindak ini dalam usaha untuk mengenalpasti kelemahan dan jurang berbanding norma prinsip IWRM dan Amalan Pengurusan Terbaik ( BMPs ). Kajian ini juga akan mengenalpasti bidang dan peluang dalam aplikasi STI untuk penjanaan kekayaan dan kelestarian sumber dalam sub- sektor ini. Laporan Nasihat ini dijangka siap pada 2014. Badan Bertindak Pengurusan Bersepadu Lembangan Sungai (IRBM) Badan Bertindak Pengurusan Bersepadu Lembangan Sungai sedang menjalankan kajian untuk menyediakan Kertas Posisi IRBM di Malaysia bersama-sama dengan strategi untuk menanganinya serta menyediakan Laporan Nasihat ASM IRBM untuk dikemukakan kepada Kerajaan Malaysia. Laporan Nasihat ini dijangka siap pada tahun 2014. Kumpulan Kerja mengenai Dasar dan Undang-undang berkaitan Air Objektif Kumpulan Kerja ini adalah untuk mengenalpasti jurang didalam Dasar Sumber Air Kebangsaan (NWRP) dan pendekatan pertama adalah menjalankan tinjauan kritis mengenai NWRP bagi mengenalpasti kapasiti dasar ini mengadaptasi perubahan cuaca serta transformasi sosial dan ekonomi ; menilai kapasiti Institusi Sumber Air, terutamanya tahap penggunaan S&T serta P&P; membangunkan kerangka kerja yang menghubungkan diantara institusi Sumber air dengan institusi lain bagi membolehkan NWRP bertindak sebagai pelopor Pengurusan Sumber Asli Bersepadu serta mengenalpasti jurang dan isu berbangkit dengan NWRM serta undang-undang yang berkaitan. Kumpulan kerja ini akan menyiapkan Laporan nasihat secara berkala. 13

[close]

p. 15

ASM telah mengenalpasti tiga bidang air yang akan menerima impak hasil perubahan iklim. Berikut adalah syor bagi 3 bidang tersebut: Punca Air & Syor Sungai Menjalankan penilaian kesan perubahan iklim bagi sungai-sungai utama Perkhidmatan Air & Syor Tasik Melaksana strategi pengurusan tasik yang dibangunkan oleh ASM dan NAHRIM pada 2011 yang diguna pakai oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan disahkan oleh Majlis Sumber Air Negara (MSAN) pada 2012 Pertanian dan Saliran Bekalan Air Kawasan pantai Melaksanakan langkah-langkah dan strategi untuk meningkatkan kecekapan pengairan di lapan kawasan jelapang padi Mewujudkan sistem amaran awal untuk memantau perubahan dalam hasil padi dan tanaman kontan, menggalakkan penuaian air hujan di peringkat ladang, pengurusan air tanah dan penambahbaikan saliran Menjalankan R&D untuk mengenalpasti jenis tanaman tahan banjir dan sistem saliran pertanian perlu direka untuk kecekapan mengawal jadual air dan membuang air banjir dari tanah pertanian secepat mungkin Menjalankan R&D untuk meningkatkan unjuran pemodelan tanaman Menjalankan R&D untuk tanaman yang mampu bertahan kepada keadaan kemarau Menjalankan program jangka panjang pengukuran gelombang bagi pantai Malaysia untuk menyokong penyelidikan tentang kesan ribut pusuan dan pola gelombang kepada pantai Menjalankan pemerhatian jangka panjang bagi evolusi pantai semula jadi yang disebabkan oleh ribut pusuan dan pola gelombang Menjalankan penyelidikan bagi mengenalpasti kaedah terbaik untuk melaksana perhutanan semula di persisir pantai Menerima pakai dasar yang memerlukan semua pembangunan pantai berpandukan Pelan Pengurusan Pesisir Pantai Bersepadu (ISMP) Menyediakan sumber kewangan untuk membangunkan ISMP untuk pantai di negara ini dan mengenalpasti cara untuk memastikan pematuhan dengan syor ISMP seperti pelaksanaan Undang-Undang Kawalan Pembangunan Menjalankan pengurusan kawasan tadahan jangka sederhana dan panjang di kawasan tadahan dengan skim kuasa hidro untuk memastikan runoff yang mencukupi untuk penjanaan kuasa hidro Menggalakkan pelaksanaan kebangsaan panel solar bumbung yang disambung grid yang berkaitan untuk mengurangkan risiko gangguan dan menambah keperluan kapasiti kuasa hidro Kuasa hidro Air bawah tanah Melaksana strategi pengurusan air bawah tanah yang dibangunkan oleh NRE dan disahkan oleh MSAN pada 2008. Yang menjadi keutamaan adalah penilaian sumber air bawah tanah yang lebih terperinci di seluruh negara. Ekosistem Air Mewujudkan sistem inventori kebangsaan untuk tanah lembab di mana maklumat asas berkenaan tanah lembab termasuk maklumat pemantauan yang tetap dapat diperoleh Menjalankan kajian berkenaan kepentingan tanah lembab untuk mengenalpasti parameter fizikal dan biologikal yang terkesan dengan perubahan iklim Mewujudkan program pemantauan untuk mengenalpasti kesan perubahan iklim kepada tanah lembab 14

[close]

Comments

no comments yet