Buletin 2/2011

 

Embed or link this publication

Description

Buletin 2/2011

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

Edisi 2/2011 Buletin Rancang PERKARA MUKA SURAT    Perutusan Pengarah Pemakluman Inisiatif 7: Pengecualian Kebenaran Merancang (Exemption From Planning Approval) Inisiatif 13: Melaksanakan Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (Service Protocol) Pelaksanaan Pengubahan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) i 1 2  3  7

[close]

p. 3

Edisi 2/2011 Buletin Rancang Assalamualaikumwarahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia Alhamdullilah dengan rahmat dan inayahnya dapat kita menerbitkan Buletin Rancang yang kedua bagi tahun 2011. Buletin kedua bagi tahun 2011 memuatkan keterangan mengenai pelaksanaan hasil bagi Inisiatif Makmal Pembangunan Hartanah (MPH) iaitu Pengecualian Kebenaran Merancang (ExPA) dan Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (service protocol). Untuk makluman, pelaksanaan inisiatif MPH ini adalah untuk mempercepatkan tempoh memproses kelulusan cadangan pembangunan hartanah dan mempermudahkan proses permohonan pembangunan hartanah untuk mengatasi amalan rasuah. Selain itu, buletin ini turut mengandungi pengalaman JPBD Pahang di dalam melaksanakan pengubahan lima (5) Rancangan Tempatan Daerah di Negeri Pahang iaitu RTD Raub, RTD Kuantan, RTD Rompin, RTD Pekan dan RTD Bera. Semoga berita/kajian perancangan yang telah dimuatkan dalam buletin ini dapat memberi manfaat dalam menjalankan tugastugas pembaca sekelian. Sehingga bertemu lagi dalam keluaran akan datang. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pengarah JPBD Negeri Pahang Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Perancang Negeri 22 Disember 2011 i

[close]

p. 4

Edisi 2/2011 Buletin Rancang PEMAKLUMAN PEGAWAI PUSAT SETEMPAT (OSC) DI NEGERI PAHANG 2011 Tn. Haji Alias b. Mohd. Salleh Majlis Perbandaran Kuantan Tel: 09-5131173 Pelantikan Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Pahang Lembaga Rayuan Negeri Pahang telah ditubuhkan pada tahun 2005 selaras dengan peruntukan Seksyen 36(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Lembaga Rayuan merupakan satu badan berkecuali yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan pihak berkuasa perancang tempatan di mana Lembaga Rayuan ini memberikan peluang kepada orang awam untuk mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan. Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan ke atas kes-kes rayuan. Oleh yang demikian, seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi telah dilantik yang berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011 sehingga 28 Februari 2014 iaitu : En. Khaizal b. Maarip Majlis Perbandaran Temerloh Tel: 09-2901458 En. Shamsul Azlan b. Mohd. Anuar Majlis Perbandaran Bentong Tel: 09-2221148 Pn.Fairuz bt. Hashim Majlis Daerah Pekan Tel: 09-4211053 En. Kamarulzaman b. Tugiman Majlis Daerah Rompin Tel: 09-4146688 Cik Nor Syahida bt. Juhari Majlis Daerah Jerantut Tel: 09-2662205 En. Abd. Aziz b. Mokhter Majlis Daerah Lipis Tel: 09-3121253 En. Nor Hisham b. Baharuddin PENGERUSI YH. Dato’ Haji Haranay bin Md. Noor, DIMP. Majlis Daerah Cameron Highlands Tel: 05-4912097 Cik Mazmin bt. Alias Majlis Daerah Maran Tel: 09-4777911 En. Muhammad Afiq b. Omar Majlis Daerah Raub Tel: 09-3551175 TIMBALAN PENGERUSI YH. Dato’ Noorhuda binti Haji Alias, DSAP., DIMP. Kosong Majlis Daerah Bera Tel: 09-2501734 1

[close]

p. 5

Edisi 2/2011 Buletin Rancang INISIATIF 7 : PENGECUALIAN KEBENARAN MERANCANG (EXEMPTION FROM PLANNING APPROVAL) Tujuan Pelaksanaan 1. Inisiatif ini adalah untuk mengecualikan proses kebenaran merancang bagi permohonan pembangunan individu yang selaras dengan pelan susun atur dan garis panduan yang telah diluluskan bagi mempercepatkan tempoh kelulusan. (b) tidak melibatkan kawasan alam sekitar yang sensitif dalam suatu rancangan pemajuan. [ii] Pendirian, perobohan, pendirian semula atau pengubahan satu unit bangunan industri ringan sesebuah dengan ciri-ciri seperti berikut : (a) Industri ringan mengikut klasifikasi Jabatan Alam Sekitar (JAS); (b) Telah mendapat kebenaran merancang di peringkat pelan susun atur/pelan induk; dan (c) Kawasan tersebut telah mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap. [iii] Pendirian, perobohan, pendirian semula atau pengubahan suatu bangunan harta bersama dalam kawasan perumahan strata di atas mana-mana tanah yang baginya kebenaran merancang telah diberikan. [iv] Pengubahan untuk menaik taraf dan membaik pulih fasad bangunan, tidak termasuk kawasan yang dizonkan sebagai kawasan warisan dalam rancangan tempatan. [v] Pendirian, perobohan, pendirian semula atau pengubahan bangunan utiliti seperti Pencawang Masuk Utama (PMU), Pencawang Pembahagi Utama (PPU), Substation Utama (SSU), Pencawang Elektrik (PE), “Permanent Telecommunications Exchange” dan Loji Rawatan Kumbahan (STP), di atas mana-mana tanah yang baginya kebenaran merancang telah diberikan di peringkat pelan susun atur/pelan induk terdahulu. Objektif 2. Pengecualian kebenaran adalah seperti berikut: [i] merancang Mempercepatkan proses pembangunan hartanah terutama bagi pemajuan yang mudah dan ‘straight forward’; Menambahbaik prosedur permohonan kelulusan dengan mengurangkan proses yang berlapis dan berulang; dan [ii] [iii] Meningkatkan keberkesanan guna tenaga pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan. 5 Kategori Pemajuan Yang Dikecualikan 3. Untuk pengecualian merancang iaitu:[i] kebenaran Pendirian, perobohan, pendirian semula atau pengubahan satu unit rumah kediaman sesebuah dengan ciriciri seperti berikut: (a) telah mendapat kebenaran merancang di peringkat pelan susun atur/pelan induk atau terletak di dalam kawasan yang dizonkan sebagai kawasan perumahan dalam rancangan tempatan; dan 2

[close]

p. 6

Edisi 2/2011 Buletin Rancang INISIATIF 13 : MELAKSANAKAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN LALUAN KEMUDAHAN UTILITI (SERVICE PROTOCOL) Tujuan Pelaksanaan 1. Inisiatif ini adalah untuk menempatkan laluan kabel atau paip untuk kemudahan utiliti yang dikongsi bersama oleh penyediapenyedia perkhidmatan utiliti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Kabel elektrik Paip air Kabel komunikasi Paip gas Paip pembentungan; dan Lain-lain kemudahan utiliti yang memerlukan laluan (paip air pengudaraan sejuk, paip air pengairan, kabel lampu jalan, dll) i. Laluan Utiliti Bawah Tanah Tanpa Terowong 4. Laluan bagi pelbagai kemudahan utiliti wajar ditempatkan di dalam ruang khusus di bawah tanah. Ia tidak melibatkan pembinaan terowong tapi laluan dikongsi bersama oleh pelbagai kemudahan utiliti secara sistematik dan bersepadu. Garis Panduan Umum Objektif 2. Terdapat tiga (3) objektif utama garis panduan ini iaitu:i. Mengelakkan korekan terbuka dalam pemasangan laluan utiliti baru dan penambahbaikan akan datang; Meminima gangguan terhadap trafik dan orang awam; dan Memberi perlindungan kepada talian atau kabel utiliti. a) Laluan utiliti di bawah tanah perlu disediakan berdasarkan kepada keperluan pembangunan; b) Penyediaan laluan kemudahan utiliti hendaklah mengambilkira aspek geologi dan geoteknikal kawasan; c) Perlu mengelakkan pemotongan tanah dan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan penebangan pokok; d) Pemetaan bagi laluan utiliti sedia ada perlu dibuat secara digital mengikut spesifikasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk diintegrasikan dengan perancangan laluan utiliti baru. e) Perlu mematuhi dasar dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh PBT, atau yang diperakukan dalam mana-mana rancangan pemajuan berasaskan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172). 3 ii. iii. Laluan Kemudahan Utiliti 3. Merangkumi perancangan rizab di bawah tanah bagi pembangunan baru dan pembangunan semula yang terdiri dari dua (2) bentuk iaitu: i. Laluan utiliti bawah tanah tanpa terowong tapi berkongsi laluan bersama; dan Laluan utiliti bawah tanah di dalam binaan terowong utiliti bersepadu (common utility tunnel). ii.

[close]

p. 7

Edisi 2/2011 Buletin Rancang f) PBT digalakkan menggunakan teknologi elektronik dan perkomputeran dalam pengurusan perancangan, pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan utiliti. ii. Terowong Utiliti Bersepadu (Common Utility Tunnel) 5. Terowong Utiliti Bersepadu merupakan ruang untuk menempatkan wayar, conduits, paip, dan sebagainya yang digunakan untuk menyalurkan kemudahan utiliti. Tujuan 6. Untuk menyediakan laluan kepada penyedia utiliti untuk pemasangan, penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur utiliti tanpa mengganggu trafik atau nilai estetik kawasan persekitaran. Foto 1 : Laluan khusus untuk menempatkan pelbagai kemudahan utiliti di bawah tanah tanpa pembinaan terowong. Garis Panduan Khusus a) Laluan kemudahan utiliti perlu disediakan di kiri dan kanan jalan bagi jalan berkelebaran 20 meter – 60 meter. b) Saiz kelebaran minima koridor laluan utiliti ialah 3 meter . Penentuan saiz kelebaran sebenar adalah bergantung kepada bilangan utiliti, hierarki pengagihan dan keperluan rizab yang dicadangkan oleh penyedia utiliti. c) Laluan kemudahan utiliti perlu ditempatkan dalam mana-mana koridor yang telah dikenalpasti iaitu :  Laluan khas di luar rizab jalan; dan Laluan di dalam rizab lebuhraya, jalan dan lorong (tertakluk kepada persetujuan Pihak Berkuasa Jalan). Garis Panduan Umum a) Pembangunan terowong utiliti bersepadu perlu dipertimbangkan untuk: Pembangunan bandar baru dan bandar utama yang mempunyai keluasan lebih 100 hektar berdasarkan Sek.22 Akta 172; dan  Kawasan pembangunan utama (prime area) dan pembangunan berprofil tinggi. b) Terowong utiliti bersepadu boleh dibina di dalam koridor yang dikhaskan di bawah aktiviti guna tanah lain seperti jalan, kawasan lapang, dataran dan juga di bawah bangunan. c) Perincian rekabentuk terowong dan sistem keselamatan perlu merujuk kepada pihak perunding kejuruteraan bertauliah yang pakar dalam bidang berkaitan. d) Perlu mematuhi dasar dan garis panduan yang ditetapkan oleh PBPT serta diperaku dalam mana-mana rancangan pemajuan berasaskan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). 4

[close]

p. 8

Edisi 2/2011 Buletin Rancang Garis Panduan Khusus Rajah 1 : Keratan Rentas Menunjukkan Kedudukan Terowong Utiliti Bersepadu (CUT) Di Bawah Rezab Jalan. a) Rekabentuk  Penentuan rekabentuk dan saiz terowong perlu dibuat berdasarkan kepakaran Jurutera Bertauliah serta keperluan PBT. Ianya adalah bergantung kepada jenis, saiz dan kuantiti paip, kabel atau saluran yang akan ditempatkan di dalamnya; Perlu mengambilkira peruntukan bagi penyambungan masa hadapan disebabkan peningkatan pengguna dan pertambahan penduduk; Terowong boleh direkabentuk secara menegak, melintang ataupun kombinasi di dalam tanah dan boleh dibahagikan kepada galeri berasingan; Rekabentuk binaan perlu sesuai untuk menampung tanggungan atas (overburden) dan mengelak penerobosan air bumi);  Perlu disediakan binaan saluran longkang yang dilengkapi dengan sistem penyedut untuk menyalur keluar air; dan Terowong yang panjang boleh dipisahkan kepada beberapa segmen pada jarak yang sesuai untuk memudahkan kawalan keselamatan.     Foto 2 : “Compartment Barrier Wall Panel” yang memisahkan terowong utiliti yang panjang kepada bahagian-bahagian bagi memudahkan kawalan dan keselamatan. 5

[close]

p. 9

Edisi 2/2011 Buletin Rancang b) Laluan Masuk Perlu menyediakan laluan masuk bagi kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan. Manakala laluan pembinaan (construction access) juga perlu disediakan (dicadangkan bersaiz 1.5 x 15 meter) bagi laluan masuk paip-paip, mesin dan peralatan pembinaan yang besar semasa proses pembinaan, penyelenggaraan dan menaiktaraf. d) Susunan Utiliti Gas dan elektrik perlu diletakkan dalam galeri yang berasingan dengan laluan lain. Bagi meminimakan risiko suhu panas kepada bekalan air, utiliti yang mengeluarkan haba seperti elektrik perlu diletakkan di galeri yang berasingan dengan galeri. Foto 3 : Laluan masuk ke dalam Terowong Utiliti Bersepadu Putrajaya Foto 5 : Kabel elektrik ditempatkan di dalam galeri yang berasingan c) Penyambungan ke Lot Pengguna Terowong perlu disambungkan dengan bangunan melalui jaluran yang bersesuaian yang disediakan di setiap plot tanah bagi membolehkan penyambungan utiliti di antara terowong dengan plot pengguna dilakukan tanpa sebarang kerja pengorekan. Foto 6 : Susunan bagi paip dan rak komunikasi yang sesuai ditempatkan di dalam galeri yang sama Penerimapakaian Pahang Kerajaan Negeri Foto 4 : Laluan pembinaan yang disediakan untuk memasukkan peralatan dan bahan binaan yang besar ke dalam terowong tanpa memerlukan kerja korekan. Jawatankuasa Perancang Negeri Pahang Bil.2/2011 yang bersidang pada 15 Ogos 2011 dan telah bersetuju melaksanakan inisiatif ini di bawah seliaan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Semenanjung Malaysia 6

[close]

p. 10

Edisi 2/2011 Buletin Rancang PELAKSANAAN PENGUBAHAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH Tujuan 1. Memastikan bahawa semua projek pembangunan sama ada pelaburan ekonomi dan fizikal berimpak tinggi atau pelaburan hartanah sentiasa mematuhi RTD dari segi kawalan perancangan. Pada masa yang sama menjadikan RTD ini sebagai alat untuk memudahcara pembangunan fizikal dan ekonomi serta pelaburan hartanah di Negeri Pahang. 2. Pengubahan dan pindaan RTD ini adalah selaras dengan seksyen 16 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) menyatakan bahawa, “Pihak berkuasa perancang tempatan boleh pada bila-bila masa, membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan, atau penggantian suatu rancangan tempatan”. Pengubahan RTD 3. Berdasarkan kepada faktor tekanan pembangunan semasa, peningkatan permohonan Kebenaran Merancang dan permohonan tanah serta kemasukan projek pelaburan berimpak tinggi sejak dari tahun 2008 telah mendorong pihak PBT ke arah keperluan untuk menjalankan pengubahan ke atas RTD yang telah disediakan dan diwartakan seperti yang dinyatakan. 4. Sehubungan itu, sebanyak 5 RTD yang telah disediakan iaitu RTD Raub, RTD Kuantan, RTD Rompin, RTD Pekan dan RTD Bera. Kesemua RTD ini kecuali Kuantan hanyalah dipinda sebahagian sahaja, manakala RTD Kuantan telah dibuat kajian semula keseluruhannya. Secara terperinci, komponenkomponen yang telah diubah adalah di Jadual 1. Faktor-faktor Pengubahan RT Daerah i. Perubahan kepada corak penggunaan tanah yang disebabkan oleh projek-projek berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh ECER di mana projek ini dirancang selepas RTD disediakan; Pematuhan keperluan perundangan seperti yang termaktub di bawah Seksyen 19(5)(b), Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 (Akta 688) yang mengkehendaki RTD ini diselaraskan dengan perancangan di wilayah pantai timur; Keraguan dari aspek kriteria pengezonan gunatanah yang digunakan dalam RTD sebagai contoh zon hutan di mana semasa penyediaan RT telahpun digunakan untuk tujuan lain seperti tanaman kontan; dan RTD juga tidak mengambilkira keadaan sosio-politik dalam menentukan cadangan gunatanah. ii. iii. iv. Foto 7 : RT Daerah Yang Terlibat Dengan Pengubahan 7

[close]

p. 11

Edisi 2/2011 Buletin Rancang Jadual 1 : RTD Yang Diubah Beserta Justifikasi Pengubahan 8

[close]

p. 12

Edisi 2/2011 Buletin Rancang Sambungan dari Jadual 1… 9

[close]

p. 13

Edisi 2/2011 Buletin Rancang Tatacara Pengubahan Rancangan Tempatan Daerah Di Negeri Pahang i. Tatacara Pengubahan RTD b) Melantik perunding perancang bandar oleh pihak PBT Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis daerah Pekan dan Majlis Daerah Rompin telah melantik perunding perancang bandar untuk mengkaji semula cadangan guna tanah sebahagian/ keseluruhan peta cadangan untuk kawasan masing-masing. Proses pelantikan dan bayaran khidmat perunding diurus terus oleh PBT berkaitan. 5. Secara umumnya, tatacara pindaan kepada RTD – RTD di Negeri Pahang adalah selaras dengan Manual Penyediaan RT yang dikeluarkan oleh pihak JPBD Semenanjung Malaysia dari aspek tempoh publisiti, penubuhan Jawatankuasa Penyiasatan Tempatan dan Jawatankuasa Pendengaran Awam serta kelulusan terhadap pindaan oleh Pihak Berkuasa Negeri. iv. Program Publisiti Draf Pengubahan RTD 8. Boleh dikatakan semua pindaan kepada RTD dipublisitikan secara “low profile” iaitu melalui hebahan di dalam akhbar, pameran di beberapa lokasi strategik, penyediaan banner/ banting dan pengedaran risalah kepada agensiagensi kerajaan dan bukan kerajaan. Selain daripada itu, taklimat juga diberikan kepada ketua-ketua komuniti dan ahli-ahli majlis. (Rujuk Jadual 2). Jadual 2 : Tempoh Publisiti dan Maklumbalas Draf Pengubahan RTD ii. Tempoh Masa Pengubahan RTD 6. Masa yang diambil untuk meminda RTDRTD seperti di atas adalah selama 6 bulan bermula dari tarikh kelulusan bagi pengubahan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri hingga ke peringkat pewartaan. iii. Pendekatan Pengubahan RTD 7. Terdapat 2 pendekatan yang digunakan untuk meminda RTD iaitu:a) Kerjasama antara dengan PBT; dan JPBD, Pahang JPBD, Pahang telah membantu Majlis Daerah Raub, Pekan dan Bera meminda RTD bagi kawasan berkaitan. Pendekatan ini didapati dapat menjimatkan masa dan kewangan PBT berkenaan. JPBD, Pahang memberi bantuan ini untuk memudahkan dan memberi kefahaman mengenai proses pindaan dibuat. Bantuan yang diberikan termasuklah penyediaan peta cadangan, bahan-bahan pameran, borang maklumbalas dan penyediaan kenyataan akhbar untuk program publisiti. 10

[close]

p. 14

Edisi 2/2011 Buletin Rancang Ladang Teh Cameron Highlands, Pahang v. Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Penyiasatan Tempatan dan Pendengaran Awam 9. Ahli-ahli JK PTPA dilantik oleh JPN bagi mendengar dan menimbang maklumbalas dan bantahan yang dikemukakan oleh orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan selaras dengan keperluan perundangan (rujuk Jadual 3). Satu kaedah telah disediakan iaitu Kaedahkaedah Jawatankuasa Penyiasatan Tempatan dan Pendengaran Awam. Jadual 3 : Senarai Ahli-ahli JK PTPA Bukit Fraser, Raub Kesimpulan JPBD, Pahang mengambil inisiatif supaya RTD-RTD di negeri ini dipinda bagi memastikan RTD-RTD tersebut sentiasa menjadi rujukan utama dalam pembangunan hartanah di Pahang 11

[close]

p. 15

Edisi 2/2011 Buletin Rancang Keluaran Akan Datang……………. Keluaran pertama tahun 2012 akan memuatkan kertas kerja Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau, “Low Carbon Cities Framework And Assessment System” dan Perancangan Hijau – Pengalaman Pemaju (Kota SAS Sdn. Bhd.) yang telah dibentangkan di Seminar “Inisiatif Hijau Dalam Perancangan Bandar” serta dihadiri oleh seramai 132 peserta, terdiri daripada wakil jabatan teknikal, Pejabat Tanah dan Daerah, PBT, Penghulu dan pemaju/perunding hartanah. 12

[close]

Comments

no comments yet