Buletin 1/2011

 

Embed or link this publication

Description

Buletin 1/2011

Popular Pages


p. 1

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 Edisi 1/2011

[close]

p. 2

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 Assalamualaikumwarahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, Buletin Rancang 2011 ini berjaya dihasilkan. Buletin ini memuatkan keputusankeputusan yang telah dicapai oleh Jawatankuasa Perancang Negeri. Keluaran pertama tahun 2011 ini memuatkan keterangan mengenai penubuhan Unit GIS Negeri yang diletakan di bawah JPBD Pahang. Selain daripada itu, keluaran ini juga turut memaklumkan akan penjualan data geospatial bagi Rancangan Tempatan Daerah Negeri Pahang kepada perunding swasta dan pemaju hartanah. Untuk makluman, terdapat 2 projek penting yang telah mendapat kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara iaitu Cadangan Projek Pembangunan Bercampur Di Atas PT 10456 (HSD 34904), Mukim Penor, Daerah Kuantan dan juga Cadangan Pembangunan Kelompok Industri Minyak Sawit (POIC) Di Atas Tanah PKNP, Kawasan Perindustrian Gebeng, Mukim Sungai Karang, Kuantan, Pahang. Diharap buletin ini akan dapat menambah pengetahuan pembaca mengenai cadangan pembangunan dan projek-projek yang telah diluluskan di negeri Pahang serta kesannya terhadap pembangunan ekonomi negeri. Semoga berita/kajian perancangan yang telah dimuatkan dalam buletin ini dapat memberi manafaat dalam menjalankan tugas-tugas pembaca sekelian. Sehingga bertemu lagi dalam keluaran akan datang. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pengarah JPBD Negeri Pahang Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Perancang Negeri Julai, 2011 1

[close]

p. 3

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 PEMAKLUMAN PEGAWAI PUSAT SETEMPAT (OSC) DI NEGERI PAHANG 2011 Tn. Haji Alias b. Mohd. Salleh “Multipurpose Panel Board” (MPB) merupakan satu projek inovasi Kumpulan KIK jabatan (PEKA). Inovasi ini dihasilkan bagi mengatasi masalah penggunaan ‘panel board’ yang berat dan sukar dipasang semasa mengadakan pameran. Ianya telah mendapat sokongan daripada pihak SIRIM dan telah menjuarai pertandingan Inovasi Peringkat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia. Majlis Perbandaran Kuantan Tel: 09-5131173 En. Mohd. Khaizal b. Maa’rip Majlis Perbandaran Temerloh Tel: 09-2901458 En. Shamsul Azlan b. Muhammad Anuar Majlis Perbandaran Bentong Tel: 09-2221148 Pn. Fairuz bt. Hashim Majlis Daerah Pekan Tel: 09-4211077 En. Kamarulzaman b. Tugiman Majlis Daerah Rompin Tel: 09-4146688 Cik Norsyahida bt. Juhari Majlis Daerah Jerantut Tel: 09-2662205 En. Abdul Aziz b. Mohter Majlis Daerah Lipis Tel: 09-3121253 En. Nur Hisham b. Sharuddin Majlis Daerah Cameron Highlands Tel: 05-4912097 JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI : En. Zulkefle / En. Affandi DI TALIAN : 09-5721181 Cik Mazmin bt. Elias Majlis Daerah Maran Tel: 09-4771411 DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH LIPIS 2002 - 2015 Cadangan atau bantahan awam bagi Draf Rancangan Tempatan ini boleh dibuat di Majlis Daerah Lipis atau Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang pada waktu pejabat bermula 1 hingga 31 November 20011. Tarikh tutup menghantar borang cadangan atau bantahan awam ialah pada 31 November 2011. En. Muhammad Afiq b. Omar Majlis Daerah Raub Tel: 09-3551175 Kosong Majlis Daerah Bera Tel: 09-2501700 2

[close]

p. 4

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 UNIT GIS NEGERI PAHANG • Merancang dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia dan bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS). Menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempromosikan MyGDI ke seluruh Negara dan menggalakkan penggunaannya. Menjadi pusat penyelidikan pembangunan (R&D) bagi GIS. dan Fungsi Unit GIS Negeri : Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan Unit GIS Negeri pada April 2011. Antara fungsi yang dijalankan oleh Unit GIS Negeri ini adalah : • Menjadi penasihat kepada sektor awam dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar bagi urusan data geospatial. Bertindak sebagai badan penyelaras bagi pembangunan data geospatial dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Bertindak sebagai Pusat Penyebaran Maklumat Geospatial Negara (PPMGN). Menjadi pusat rujukan teknikal bagi khidmat nasihat dan pakar runding berkaitan pembangunan dan penggunaan data geospatial. Menyediakan infrastruktur data geospatial dan menyelaras aktiviti ‘clearinghouse’ (isu–su teknikal dalam pembangunan dan pelaksanaan GIS, contoh : workstation, network, software dan lain-lain). • • • • Mewakili sektor awam dalam forum dan mesyuarat berkaitan data geospatial di peringkat antarabangsa. • • • Perjawatan unit ini adalah seperti berikut:Jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Juruteknik Kanan Juruteknik Pelukis Pelan Gred J41 J29 F29 J22 J17 PL17 Jumlah Keseluruhan Bil. Perjawatan (orang) 1 1 1 1 2 2 8 3

[close]

p. 5

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 Produk Unit GIS Negeri : i. Portal GIS Negeri Pahang Portal melalui web-base yang memaparkan pelan dan maklumat perancangan bagi negeri Pahang. Portal ini boleh diakses secara terus oleh Agensi Pembekal Data dan Agensi Pengguna Khusus (APK). ii. Bank Data Geospatial Menyediakan data-data geospatial dalam bentuk peta/pelan yang boleh diakses terus melalui portal GIS termasuk data demografi, alam sekitar, saliran, gunatanah dan data perancangan yang lain. iii. Data Geospatial Digital (Spatial dan Attribute) Menyediakan data digital dalam format mapinfo table dan autocad bagi seluruh Negeri Pahang. Bagi maklumat tidak terperingkat, ianya turut dijual kepada orang awam. iv. Data Geospatial Bukan Digital (spatial) Termasuk semua jenis data daripada kajian yang dilakukan dibawah tanggungjawab jabatan, serta semua jenis data yang telah ditambah baik daripada data luar jabatan v. Perkhidmatan Pemetaan Termasuk semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam satu proses pemetaan. 4

[close]

p. 6

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 Kuasa Dan Tanggungjawab : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Pahang telah dilantik sebagai urusetia kepada Unit GIS Negeri, berperanan bagi mengumpul, menyelaras dan membekalkan data geospatial peringkat Negeri Pahang. Unit ini bertindak sebagai “One Stop Centre” bagi maklumat geospatial peringkat Negeri Pahang melalui Jawatankuasa Kumpulan Kerja Data Geospatial Negeri Pahang yang akan ditubuhkan. Semua jabatan dan agensi kerajaan perlu menyumbangkan data geospatial kepada GIS Negeri selaku urusetia Jawatankuasa Kumpulan Kerja Data Geospatial Negeri Pahang. Jawatankuasa ini merupakan medium peringkat negeri yang akan menyelaras dan membekalkan data kepada Jawatankuasa Pemandu MyGDI Negeri Pahang dan Jawatankuasa Kumpulan Kerja Pengurusan dan Pemantauan Data, JPBD Semenanjung Malaysia (rujuk Rajah 1.0). Rajah 1.0 : Carta Alir Unit GIS Negeri MaCGDI Jawatankuasa Pemandu MyGDI Negeri Pahang Maklumat Gunatanah Negara Jawatankuasa Kumpulan Kerja Pengurusan dan Pemantauan Data Portal/Bank Data Perkongsian Data Agensi Kerajaan, Swasta. OUTPUT Unit GIS Negeri (Server JPBD) ANALISIS UPTM Jawatankuasa Kumpulan Kerja Data Geospatial Negeri Pahang Keahlian di kalangan Agensi Pengguna Kursus GIS PDT GIS PBT 1. 2. 3. 4. 5. UPEN PTG JPBD JUPEM JAS 6. JKR 7. JPS 8. PBT 9. UPTM Agensi Pembekal Data INPUT 5

[close]

p. 7

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 PENETAPAN HARGA DATA GEOSPATIAL BAGI RANCANGAN TEMPATAN DAERAH DI NEGERI PAHANG Penetapan harga data geospatial dibuat selaras dengan Prosedur Pengeluaran Dan Pengagihan Data sepertimana ‘Standard Operating Procedures (SOP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia dan mengikut format Penentuan Kadar Harga Data Berdigit sepertimana Pekeliling Perlaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara Bil.1 Tahun 2005 yang disediakan oleh pihak MaCGDI. Maklumat-maklumat perancangan di JPBD Negeri Pahang adalah sangat penting dan bernilai kerana ia dapat membantu pihak pemaju atau orang awam di dalam merancang jenis pembangunan atau pemajuan yang akan dilaksanakan. JPBD Negeri Pahang terlibat secara langsung dalam penyediaan dokumendokumen penting yang berkaitan dengan perancangan dan pembangunan negeri. Harga data geospatial ini ditetapkan berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perlaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara Bil. 1 Tahun 2005 yang dikeluarkan oleh pihak MaCGDI Harga data geospatial yang disediakan oleh JPBD Semenanjung Malaysia yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan pada Februari 2004. Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Yang Pertama 2011 pada 05 Januari 2011 telah bersetuju dengan cadangan penetapan harga data geospatial bagi Rancangan Tempatan Daerah di Negeri Pahang iaitu pada kadar RM57.00 bagi setiap megabyte (MB). Persetujuan Pihak Berkuasa Negeri ini telah disiarkan dalam Warta Negeri Pahang No. 259 pada 3 Mac 2011. Data geospatial dijual kepada pihak swasta seperti perunding kajian yang mana telah terdapat kos pembangunan data dalam terma rujukan kajian. Kategori permohonan data geospatial dibahagikan kepada dua (2) iaitu : i. Tanpa dikenakan bayaran : • Pelajar institusi pendidikan ; dan • Pegawai agensi Kerajaan (Permohonan haruslah melalui Dekan bagi pelajar IPT dan Ketua Jabatan bagi agensi kerajaan) Dikenakan bayaran : • Perunding swasta dan pegawai penyelidik atau pensyarah institusi pendidikan yang menjalankan kerja perundingan. ii. 6

[close]

p. 8

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 CAJ PEMAJUAN PENGENALAN Kawalan perancangan guna tanah adalah tertakluk di bawah peruntukan Akta 172 Seksyen 19 (1) iaitu : “Tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan, boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apaapa pemajuan melainkan kebenaran merancang berkenaan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah Seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3)”. Namun begitu pertimbangan kebenaran merancang adalah tertakluk kepada rancangan tempatan yang mana Seksyen 18(1) Akta 172 memperuntukkan : “Tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan digunakan mana-mana tanah atau bangunan melainkan menurut rancangan tempatan”. Rancangan tempatan telah menetapkan cadangan guna tanah melalui persetujuan awam dan publisiti seperti mana termaktub di dalam Seksyen 13(1) Akta 172. Cadangan guna tanah ini boleh menaikkan nilai sesuatu tanah dan ini disebabkan oleh 3 perubahan iaitu perubahan penggunaan tanah, perubahan ketumpatan (kepadatan atau densiti) dan perubahan luas lantai. Cadangan guna tanah di dalam rancangan pemajuan memberi implikasi seperti berikut : Hak pemunya tanah dan orang awam; i. Kenaikan nilai tanah dan keuntungan sekiranya dimajukan mengikut rancangan pemajuan; dan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disebabkan pertambahan keperluan awam yang perlu disediakan. ii. 7

[close]

p. 9

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 Seksyen 33 (1) Akta 172 memperuntukkan : “Sebelum memberikan kebenaran merancang untuk mana-mana pemajuan, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menentukan sama ada caj pemajuan kena dibayar berkenaan dengan pemajuan itu dan, jika kena dibayar, menentukan amaunnya, dan hendaklah menyampaikan kepada pemohon untuk kebenaran merancang suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menuntut amaun itu dibayar”. Prinsip asas caj pemajuan adalah perkongsian keuntungan disebabkan kenaikan nilai tanah, antara pemunya tanah dan orang awam melalui PBT dan pengenaan caj terhadap pemajuan bagi membolehkan PBT menyediakan keperluan awam tambahan. Kaedah-kaedah caj pemajuan disediakan bagi PBT melaksanakan caj pemajuan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 35 Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172). KAEDAH PELAKSANAAN Seksyen 22 (4)(b) memperuntukkan pihak berkuasa perancang tidak boleh memberi kebenaran merancang jika (a) (aa) (b) ….. ….. pemohon untuk kebenaran merancang itu belum membayar caj pemajuan yang kena dibayar berkenaan dengan pemajuan itu atau belum mendapat kebenaran pihak berkuasa perancang tempatan di bawah subseksyen 34 (1) untuk membayar caj pemajuan secara ansuran. PERUNTUKAN AKTA MENGENAI CAJ PEMAJUAN Seksyen 32 (1) Akta 172 memperuntukkan ”Jika sesuatu Rancangan Tempatan atau sesuatu pengubahan Rancangan Tempatan mengakibatkan suatu perubahan penggunaan, ketumpatan, atau luas lantai berkenaan dengan mana-mana tanah sehingga menaikkan nilai tanah itu, suatu caj pemajuan hendaklah dilevi berkenaan dengan mana-mana pemajuan tanah yang dimulakan, diusahakan, atau dijalankan mengikut perubahan itu ”. 8

[close]

p. 10

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 Apabila permohonan kebenaran merancang dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat dan disyorkan untuk kelulusan, akan diletakkan syarat membayar caj pembangunan. Permohonan ini akan dirujuk kepada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) untuk mendapatkan ‘nilai semasa tanah’ dan ‘nilai tanah akan datang’ berdasarkan pembangunan yang dijalankan. Tujuan penilaian ke atas tanah permohonan adalah untuk menentukan kenaikan nilai tanah akibat dari menukar kegunaan tanah, menambah ketumpatan penduduk ataupun lebihan luas lantai. PBT perlu mempunyai suatu rancangan tempatan atau rancangan tempatan (pengubahan) yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebelum caj pemajuan dikenakan. Di dalam rancangan tempatan perlu mempunyai tiga jenis maklumat iaitu:i. ii. iii. Kelas kegunaan tanah; Ketumpatan (densiti); dan Nisbah plot dan kawasan ‘plinth’ KADAR CAJ PEMAJUAN Kadar caj pemajuan adalah suatu kadar yang digunakan untuk menentukan amaun caj pemajuan yang perlu dibayar untuk sesuatu pemajuan. Jenis-jenis kadar yang digunakan tertakluk kepada ketetapan PBT (hanya satu jenis kadar untuk setiap pemajuan). Contoh : 15%* yang mana : x perbezaan nilai tanah** * bergantung kepada ketetapan Berkuasa Negeri (PBN) ** Pihak perbezaan nilai tanah disebabkan oleh perubahan penggunaan tanah atau perubahan ketumpatan (densiti) atau perubahan luas lantai. 9

[close]

p. 11

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 PENUTUP Perancangan guna tanah bagi kawasankawasan yang berpotensi untuk pembangunan ini akan mengakibatkan kenaikan pada nilai hartanah tersebut. Sehubungan itu caj pemajuan dikenakan ekoran perubahan pada penggunaan tanah, ketumpatan atau luas lantai bagi mana-mana tanah sehingga menaikkan nilai tanah tersebut. Cadangan pembangunan ini juga akan mengakibatkan infrastruktur sedia ada memerlukan pembinaan infrstruktur yang besar seperti cadangan ‘interchange’, pelebaran jalan dan penyambungan ‘missing link’ yang mana sesetengahnya memerlukan kerja-kerja pengambilan balik tanah. Walau bagaimanapun peruntukan ini hanya boleh dikuatkuasakan sekiranya kaedahkaedah mengenakan bayaran caj pemajuan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri. Amaun caj pemajuan yang dibayar oleh pemohon akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang PBT di bawah subseksyen 34(4). Ia hendaklah dikendalikan mengikut peruntukan di bawah seksyen 40 Akta 171 iaitu untuk apa-apa kegunaan berkaitan pemajuan (contoh : melaksanakan notis pembelian). Caj pemajuan yang diterima untuk kawasan di luar PBT, satu kumpulan wang hendaklah ditubuhkan di bawah undangundang dan prosedur kewangan negeri masing-masing. PENGECUALIAN CAJ PEMAJUAN Di bawah subseksyen 32(3), Akta 172 sesuatu caj pemajuan boleh dikecualikan kepada badan kerajaan, badan bukan kerajaan atau orang perseorangan yang menjalankan pemajuan untuk kegunaan awam yang tidak menjana keuntungan. 10

[close]

p. 12

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 PEMBANGUNAN BERCAMPUR DI ATAS PT 10456 (HSD 34904), MUKIM PENOR, DAERAH KUANTAN Keputusan MPFN Bil.1/2011 pada 25 April 2011 Mesyuarat JKPN Bil 2/2010 bertarikh 16 Ogos 2010 Bahawa tapak cadangan dimiliki oleh SST Development dan akan dimajukan oleh Pembangunan Pekan Utama Sdn. Bhd. Bahawa tapak cadangan ini adalah tanah PSK dan diluluskan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Negeri Pahang ke 36/2001 dengan syarat : • Kerajaan Negeri bersetuju dengan cadangan pembangunan perumahan bercampur di KM 18, Jalan KuantanPekan, Mukim Penor seluas 500 ekar; Kelulusan tertakluk kepada sumbangan secara tunai oleh syarikat kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM6.5 juta untuk tanah seluas 500 ekar yang dinilaikan sebanyak RM13,000.00 seekar; • Keluasan lot rumah kos rendah dan kos sederhana rendah hendaklah tidak kurang 1,400 kp (20’x70’); Syarikat adalah dikehendaki menyumbangkan tapak perkuburan seluas 15 ekar (siap tambun), tapak masjid, sebuah surau, padang permainan dengan sebuah dewan serbaguna sebagai sumbangan tambahan selain daripada bayaran premium; dan Syarikat dikehendaki melaksanakan projek dalam tempoh 1 tahun daripada tarikh kelulusan MMK Negeri Pahang dan hendaklah kemukakan Jadual Pelaksanaan Projek kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri 3 bulan setelah keputusan dimaklumkan serta kemukakan Laporan Pelaksanaan setiap 6 bulan. • • • Tapak yang akan dibangunkan adalah seluas 202.34 hektar (500 ekar). Konsep pembangunan projek adalah pembangunan berpusat dimana kemudahan awam utama ditempatkan di bahagian tengah tapak cadangan dan dikelilingi cadangan perumahan dan perniagaan. MPFN Bil. 1/2011 telah bersetuju dengan cadangan pembangunan ini. 11

[close]

p. 13

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 CADANGAN PEMBANGUNAN KELOMPOK INDUSTRI MINYAK SAWIT (POIC) DI ATAS TANAH PKNP, KAWASAN PERINDUSTRIAN GEBENG, KUANTAN, PAHANG Bahawa tapak cadangan ini melibatkan tanah PKNP seluas 246.96 hektar dan terletak di dalam kawasan Perindustrian Gebeng dan merupakan sebahagian daripada komponen bagi Pelan Induk Bandar Pelabuhan Kuantan. Tapak cadangan boleh dihubungi dengan Jalan Gebeng By-Pass yang bersambung dengan Jalan Kuantan – Kemaman dan Jalan Jabur Jerangau. Tapak yang akan dibangunkan adalah seluas 246.96 hektar (610.25 ekar). Konsep pembangunan POIC adalah berlandaskan kepada pembinaan sebuah tanah perindustrian bersepadu yang mampu diri dan serba lengkap. Cadangan pembangunan POIC terdiri daripada kemudahan ’upstream’ dan ’downstream’ yang berkaitan dengan minyak sawit. Aktiviti di peringkat ’upstream’ terdiri daripada aktiviti pemprosesan bahan mentah yang diperolehi dari kawasan perladangan seperti ’crude and refine palm oil’ dan tandan/pelepah kosong. Aktiviti ’downstream’ terdiri daripada pembangunan ’oleochemical industry’ bagi menampung bahan-bahan pengilangan yang berasaskan makanan dan bukan makanan. Komponen utama pembangunan adalah komponen industrial, komponen perniagaan, komponen perntadbiran dan industri, kemudahan infrastruktur dan utiliti serta kawasan lapang. Bahawa, konsep pembangunan POIC adalah berlandaskan kepada pembinaan sebuah tanah perindustrian bersepadu yang mampu diri dan serba lengkap. Bentuk muka bumi tapak cadangan adalah rendah dan landai. Berdasarkan ukur aras bumi, aras ketinggian adalah diantara 6.4 meter hingga 9.8 meter. Bahawa tapak cadangan dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang dan akan dimajukan oleh East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) 12

[close]

p. 14

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 MPFN Bil. 1/2011 telah bersetuju dengan cadangan pembangunan ini. 13

[close]

p. 15

BULETIN RANCANG EDISI 1/2011 Bahagian Perancangan Korporat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang, Tingkat 4, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. Tel : 09 5721181 Fax : 09 5732001 Http://jpbd.pahang.gov.my

[close]

Comments

no comments yet