Buletin 2/2010

 

Embed or link this publication

Description

Buletin 2/2010

Popular Pages


p. 1

BULETIN RANCANG EDISI KE 2

[close]

p. 2

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 Assalamualaikumwarahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Alhamdullilah dengan pertolongan Allah Ta’ala dan inayahnya dapat kita menerbitkan bulletin perancangan yang kedua bagi tahun 2010. Buletin ini diharap akan dapat menambah pengetahuan pembaca kepada dasar dan garispanduan berhubung dengan rangka pembangunan spatial negara dan pemeliharaan hutan sebagai khazanah negeri dan negara. Keluaran kedua bagi tahun 2010 menumpukan kepada 3 kajian penting yang telah mendapat kelulusan negeri untuk di terimapakai sebagai rujukan dalam usaha-usaha membangunkan negeri secara mampan iatu kajian Rancangan Fizikal Negara Kedua(RFN2), Kajian Central Forest Spine (CFS) dan Garis Panduan Perancangan “Gated Community” dan “Guarded Neighbourhood”. Buletin ini juga memuatkan pelaporan mengenai status kemampanan bandarbandar di negeri Pahang melalui pengukuran Petunjuk Kemampanan Bandar (MURNInet) yang dikendalikan oleh JPBD, Semenanjung Malaysia. Sebanyak sembilan (9) bandar telah berjaya mencapai status bandar mampan iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong, Pekan, Raub, Kuala Lipis, Jerantut, Maran dan Rompin. Syabas dan tahniah kepada PBT yang telah berjaya mencapai kejayaan ini. Manakala bagi bandar Bera dan Cameron Highlands, adalah diharapkan tindakan penambahbaikan dapat diambil bagi memastikan kesemua bandar di Negeri Pahang mencapai status bandar mampan menjelang akhir tahun 2011. Semoga berita/kajian perancangan yang telah dimuatkan dalam buletin ini dapat memberi manafaat dalam menjalankan tugas-tugas pembaca sekelian. Sehingga bertemu lagi dalam keluaran akan datang. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pengarah JPBD Negeri Pahang Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Perancang Negeri 17 Disember 2010 1

[close]

p. 3

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 PEGAWAI PUSAT SETEMPAT (OSC) DI NEGERI PAHANG 2010 PEMAKLUMAN Tn. Haji Alias bin Mohd. Salleh Majlis Perbandaran Kuantan Tel: 09-5131173 En. Khaizal b. Maarip Majlis Perbandaran Temerloh Tel: 09-2901458 Pn. Suraya bt. Haji Dahlan Majlis Perbandaran Bentong Tel: 09-2221148 Pn. Asfazilah binti Samad Majlis Daerah Pekan Tel: 09-4211053 En. Kamarulzaman b. Tugiman Majlis Daerah Rompin Tel: 09-4146688 Cik Nor Syahida bt. Juhari Majlis Daerah Jerantut Tel: 09-2662205 En. Abd. Aziz bin Mokhter Majlis Daerah Lipis Tel: 09-3121253 En. Nor Hisham b. Baharuddin Majlis Daerah Cameron Highlands Tel: 05-4912097 Cik Mazmin bt. Alias Majlis Daerah Maran Tel: 09-4777911 En. Muhammad Afiq bin Omar Majlis Daerah Raub Tel: 09-3551175 Cik Fauziah bt. Abdul Jalil Majlis Daerah Bera Tel: 09-2501734 AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S JPBD Pahang telah memperolehi pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE) daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia pada 2 September 2010. PERSIJILAN MS ISO 9001:2008 JPBD Pahang telah memperolehi pensijilan semula (re-certification) dan seterusnya di naiktaraf kepada versi MS ISO 9001:2008. Sijil tersebut telah diperolehi daripada pihak SIRIM pada 25 Januari 2010 dan sah sehingga 9 Februari 2012. 2

[close]

p. 4

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN KE-2) 1. Rancangan Fizikal Negara Kedua(RFN2) telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara yang bersidang pada 13 Ogos 2010. RFN2 merupakan kajian semula kepada RFN1 yang disediakan mengikut keperluan Seksyen 6, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976. 3. Berdasarkan kepada 8 tema, sejumlah 41 dasar telah dirumuskan berserta langkahlangkah pelaksanaan bagi setiap dasar. Dasar-dasar tersebut mengikut tema adalah seperti di Rajah 4 pada muka surat 5, yang menunjukkan dasar baru, dasar diubahsuai dan dasar gabungan. Dasar RFN2 juga telah mengambilkira teras Rancangan Malaysia Lima Tahun, pelaksanaan Model Baru Ekonomi, isu perubahan iklim dan pencapaian kepada sasaran “National Key Result Areas’ (NKRA). 2. RFN2 menggunapakai konsep pembangunan ‘concentrated decentralisation’ berbeza daripada konsep pembangunan RFN1 yang menggunakan konsep ‘selective concentration’. Ini bermakna jika dalam RFN1 memberi tumpuan kepada Kuala Lumpur, Johor Bahru, Georgetown dan Kuantan, RFN2 memberi tumpuan kepada bandar-bandar lain dan petempatan desa di dalam koridor pembangunan (Rujuk Rajah 1). 4. Bagi Negeri Pahang, RFN2 telah mensasarkan kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 1.73% setahun yang mana dijangkakan jumlah penduduk negeri ini akan meningkat daripada 1,288,400 pada tahun 2000 kepada 1,815,000 pada tahun 2020. Daripada jumlah ini, 70% daripadanya akan tinggal di kawasan bandar. Rajah 1 : Konsep Concentrated Decentralisation 5. RFN2 juga menetapkan supaya Kawasan Pertanian Utama (KPU) perlu dikekalkan bagi tujuan pertanian dan tidak menggalakkan kawasan tersebut dibangunkan untuk aktiviti perbandaran. Pahang mempunyai sejumlah 1,120,792 hektar KPU iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Lanchang, jelapang padi seperti Gugusan Merchong, Ganchong dan Pahang Tua/Langgar di Pekan serta Setajam di Rompin. Manakala Zon Industri Akuakultur (ZIA) adalah seperti di Tanjung Batu, Pekan. KPU telah dikategorikan kepada 3 kategori iaitu : Conurbation Pertumbuhan Negara Conurbation Pertumbuhan Wilayah Conurbation Pertumbuhan Sub-Wilayah Conurbation Pertumbuhan Negeri Forest Spine Conurbation Pertumbuhan Daerah Taman Negara 3

[close]

p. 5

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 i. Kategori 1 – jelapang padi; tidak boleh dibangunkan bagi lain-lain tujuan;. Kategori 2 – kawasan padi luar jelapang padi, taman kekal pengeluaran makanan, pertanian atas tanah gambut/organik; Perlu dikekalkan sebagai kawasan pertanian kecuali yang terletak dalam had bandar; dan Kategori 3 – pertanian tanpa musim kemarau, pertanian dengan musim kemarau pendek, pertanian atas kelas 1,2 dan 3 ; Perlu dikekalkan sebagai kawasan pertanian kecuali terletak dalam kawasan yang telah ditetapkan untuk dimajukan. 8. RFN2 juga menggalakkan penerapan teknologi baru yang berinovatif untuk meningkatkan produktiviti kerja, terutamanya penggunaan ICT. Ini bagi memastikan kecekapan ekonomi dan kualiti hidup dapat dipertingkatkan. Konurbasi Kuantan perlu dirancang sebagai ‘intelligent city’ untuk membentuk rangkaian perhubungan komunikasi dengan semua ibu negeri di seluruh Semenanjung Malaysia. Untuk itu, RFN2 mencadangkan supaya rezab tanah yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan komunikasi di dalam rancangan struktur dan rancangan tempatan serta kemudahan komunikasi yang bersesuaian perlu dirancang diperingkat awal pembangunan. 9. Sistem rangkaian lebuh raya akan diperluaskan dalam usaha untuk meningkatkan tahap rangkaian perhubungan antara negeri. RFN2 telah mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga (3) lebuh raya perlu disediakan untuk meningkatkan perhubungan antara pantai barat dan pantai timur. Cadangan jalan daripada Kemaman ke Lipis adalah merupakan salah satu usaha menghubungkan pantai timur dan pantai barat. ii. iii. 6. Perubahan iklim adalah antara perkara baru yang dikaji di dalam RFN2. Dijangkakan purata suhu tahunan akan meningkat kepada 31 darjah celcius. Keadaan ini akan menyebabkan kemarau serta menjejaskan aktiviti pertanian seperti kelapa sawit dan padi di Negeri Pahang. Oleh itu, dicadangkan supaya rancangan pengairan pertanian perlulah efisyen untuk memastikan penggunaan air yang optimum di kawasan pertanian. 7. Selain itu kenaikan paras air laut pada kadar 0.9cm/setahun akan menyebabkan kehilangan kawasan paya bakau dan meningkatkan hakisan pantai. Ancaman kepada perubahan iklim akan dapat dikurangkan melalui pembangunan bandar yang padat (compact city) dan cekap tenaga, penggunaan pengangkutan awam serta melarang pembangunan bandar di kawasan rendah yang terdedah kepada banjir akibat kenaikan paras laut. 4

[close]

p. 6

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 10. Bagi pembangunan pengangkutan berasaskan rel, satu laluan baru Rel Pantai Timur akan dibangunkan menghubungkan Kuala Lumpur, Kuantan, Kuala Terengganu dan Tumpat. Selain itu, RFN2 turut mencadangkan supaya semua konurbasi utama termasuk konurbasi Kuantan dilengkapi dengan kemudahan pengangkutan awam berasaskan rel seperti LRT atau MRT bagi memudahkan pergerakan di dalam bandar. 12. JPBD, Pahang akan mengadakan program hebahan mengenai RFN2 di sepanjang tahun 2011 terutamanya kepada jabatan teknikal, agensi kerajaan negeri dan institut pengajian tinggi di negeri ini. 11. Lapangan Terbang Kuantan telah dikenalpasti sebagai lapangan terbang domestik tetapi perlu dinaiktaraf untuk menyokong pembangunan industri dalam kawasan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER). Pelabuhan Kuantan pula perlu bertindak sebagai hub utama antarabangsa yang memberi perkhidmatan kepada kawasan di dalam ECER dan Timur Asia. Rajah 4 : Menunjukkan dasar baru, dasar diubahsuai dan dasar gabungan. Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara Tema 1 Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara Tema 2 Pemeliharaan Sumber Pertanian & Pembangunan Desa Kawasan Pertanian Utama Tema 3 Pembangunan Pelancongan Mampan Tema 4 Pengurusan Petempatan Manusia Tema 5 Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar Kawasan Sensitif Alam Sekitar Central Forest Spine Tema 6 Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Bandar dan Negara Rangkaian Pengangkutan Bersepadu Rangkaian Rel Rangkaian Jalanraya Lapangan Terbang dan Pelabuhan Pengangkutan Awam dan Bandar Pembangunan Berorentasikan Transit (TOD) Tema 7 Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian Tema 8 Serakan Tertumpu Perancangan Gunatanah Bersepadu Keseimbangan Wilayah Kawasan Jelapang Padi Strategik Mempromosi Pembangunan Pelancongan Mampan Pertumbuhan Conurbations Conurbation Utama Pembangunan Semula Bandar Perkhidmatan Infrastruktur Bersepadu Bekalan Air Pembentungan Sisa Pepejal Kawalan Banjir Bekalan Elektrik Gas Asli ICT Tanaman Padi Kerjasama ASEAN Produk Pelancongan Bandar Berciri Khas Bandar Kecil dan Sederhana Persekitaran Tempat Tinggal Ekosistem Marin dan Pantai Pembangunan Tanah Tinggi Pembangunan Desa Infrastruktur Pelancongan Sumber Air Pembangunan Industri Petempatan Orang Asli Piawaian Perancangan Maklumat Gunatanah Perubahan Iklim Teras Misi Nasional RMK-9 TERAS 1 TERAS 3 DASAR UBAHSUAI TERAS 1 TERAS 4 DASAR GABUNGAN TERAS 4 TERAS 4 TERAS 4 DASAR BARU 5

[close]

p. 7

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 KAJIAN CENTRAL FOREST SPINE (CFS) Keperluan kepada Pelan Induk Central Forest Spine (CFS) 1. Menyedari betapa pentingnya kewujudan penyatuan fragmen hutan, kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, telah menjalankan satu kajian yang akan memastikan wujudnya semula hubungan dan jaringan, serta mengekalkan/memulihara hubungan tersebut bagi kawasan hutan yang telah terpisah di kawasan CFS Semenanjung Malaysia. 2. CFS merupakan tulang belakang bagi rangkaian persekitaran kawasan sensitif dalam Semenanjung Malaysia, yang terdiri daripada empat kelompok hutan (rujuk rajah 1) : i. ii. iii. iv. Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan; Taman Negara-Banjaran Timur; Pahang Tenggara, Chini dan kawasan berpaya Bera, dan Taman Negara Endau Rompin-Rezab Hidupan Liar Kluang. FOREST COMPLEXES IN PENINSULAR MALAYSIA’S CENTRAL FOREST SPINE : 1. 2. 3. 4. Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan Taman Negara-Banjaran Timur South East Pahang, Chini and Bera Wetlands Endau Rompin Park-Kluang Wildlife Reserves Rajah 1 : Empat Kelompok Hutan Utama Kawasan Liputan Pelan Induk 3. Dua Pelan Induk telah disediakan bagi CFS di semenanjung Malaysia iaitu Pelan Induk CFS1 dan Pelan Induk CFS2. Pelan Induk ini akan menyumbang kepada visi keseluruhan CFS untuk mewujudkan kawasan pemuliharaan yang sesuai dan bersambung terdiri dari kawasan hutan dan bukan hutan yang akan dikekalkan sebagai ’green lung’ bagi rangkaian kawasan sensitif alam sekitar di Semenanjung Malaysia. 4. Pelan Induk CFS 1 dan Pelan Induk CFS2 bagi Koridor Ekologi merangkumi kawasan CFS di utara dan selatan Semenanjung Malaysia yang melibatkan lapan negeri iaitu Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan. Di Negeri Pahang, koridor yang terlibat adalah di dalam keduadua Pelan Induk iaitu CFS1 dan CFS2. Pelan Induk CFS1 5. Pelan Induk CFS1 meliputi kawasan dari barat negeri Kedah sehingga timur Terengganu ( Negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang). Ia merangkumi kawasan seluas kira-kira 3 juta hektar. 6

[close]

p. 8

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 Pelan Induk CFS2 6. Pelan Induk CFS2 pula meliputi bahagian selatan Semenanjung Malaysia (diantara Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor). Ia merangkumi kawasan seluas 2.3 juta hektar. Objektif Pelan Induk 7. Pelan Induk ini menitikberatkan objektif jangka panjang dalam membina semula, mengekalkan dan meningkatkan hubungan di antara baki kawasan hutan utama di Semenanjung Malaysia. Kawasan CFS yang dikenalpasti akan mewujudkan satu rangkaian hutan secara fizikal dan bersambung dari Johor sehingga ke kawasan perhutanan di negeri-negeri di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Rangka kerja Pelan Induk ini termasuklah:i. Strategi rangkaian dalam menghubungkaitkan gugusan kawasan hutan yang utama atau kepulauan hutan di mana rangkaian utama dan rangkaian sekunder akan dikenal pasti; Cadangan bagi pencegahan, inisiatif dan tindakan yang diperlukan dalam Strategi Rangkaian yang telah dicadangkan,dan Dana dan cara yang perlu digunapakai bagi memulakan sambungan koridor tersebut. iii. iv. v. Eksploitasi Potensi Rekreasi dan Pelancongan Alam Semulajadi; Promosi Program Hutan Negeri Secara Berintegrasi; dan Peningkatan Prestij Peringkat Antarabangsa. Koridor Ekologi bagi CFS 9. Dua jenis koridor ekologi iaitu Rangkaian Utama (Pimary Linkages (PL)) dan Rangkaian Sekunder (Secondary Linkages (SL)), telah diwujdkan dalam kajian CFS. 10. Setiap koridor akan membentuk sama ada sambungan ‘linear corridor’ (iaitu rangkaian habitat hutan menghubungkan kepulauan hutan) atau ‘stepping stones’ (iaitu sekelompok habitat yang sesuai) sepertimana dinyatakan dalam Jadual 1 dan Rajah 2. Rajah 2 : Konsep Rangkaian Utama (PL) dan Rangkaian Sekunder (SL) KORIDOR ‘LINEAR’ Reserve A Reserve B ii. iii. Rangkaian Utama (PL) : • Paling kritikal • Penting kepada mamalia besar • ‘Linear corridors’ 8. Kepentingan dan keperluan mewujudkan rangkaian hutan secara fizikal dan bersambung adalah termasuk:i. ii. Pemeliharaan Alam Sekitar dan Biodiversiti; Melindungi Pengurusan Kawasan Tadahan Air; Reserve A “STEPPING STONE” Reserve B Rangkaian Sekunder (SL) : • Keadaan di mana PL tidak sesuai diwujudkan • Spesis burung dan mamalia kecil •Pendekatan ‘stepping stone’ 7

[close]

p. 9

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 Jadual 1 : Kriteria untuk Rangkaian Utama dan Sekunder KRITERIA RANGKAIAN UTAMA ● ● ● RANGKAIAN SEKUNDER Rangkaian membolehkan terdapatnya sambungan di antara kepulauan hutan berstatus tinggi. Rangkaian membolehkan terdapatnya sambungan di antara kompleks hutan. Rangkaian penting untuk pergerakan pelbagai spesis di antara kompleks/kepulauan hutan. Kepulauan hutan yang disambungkan merupakan habitat yang tidak sesuai untuk ‘landscape species’ sekaligus pergerakan spesis ini tidak diperlukan Kepulauan hutan telah terpisah (seperti lebih 3km kawasan pertanian/petempatan dari kejiranan terdekat) ● ● Rangkaian Utama 11. Pembangunan dalam kawasan Rangkaian Utama adalah terhad dan tiada penempatan di benarkan. Bagi kawasan penempatan yang telah sedia ada di antara Rangkaian Utama, ianya akan dipindahkan manakala bagi tanah persendirian, tanah tersebut akan dibuat pengambilan balik tanah jika perlu. Jenis pembangunan yang boleh dijalankan adalah bergantung kepada syaratsyarat yang telah ditentukan di dalam garis panduan rangkaian utama seperti; i. ii. iii. iv. Kemudahan bagi pengurusan hutan dan hidupan liar; Penyelidikan secara saintifik; Pembangunan Infrastruktur dan utiliti; dan Pembangunan Pertanian terpilih. Rangkaian Sekunder 13. Bagi kawasan dalam Rangkaian Sekunder pula, tidak dibenarkan sebarang perluasan kawasan penempatan sedia ada. Jenis pembangunan yang akan dibenarkan adalah bergantung kepada pematuhan syarat kepada garis panduan yang berkaitan seperti:a) Di antara ruang penempatan manusia, pembangunan yang bersesuaian dan aktiviti manusia tanpa mendatangkan kesan kacau ganggu; Kemudahan bagi pengurusan hutan dan hidupan liar; Penyelidikan secara saintifik Pembangunan Infrastruktur dan utiliti; dan Bangunan pertanian terpilih. b) c) d) e) 12. Pemasangan pagar yang bersesuaian atau lain-lain jenis mitigasi perlu diambil kira di sekitar kawasan penempatan untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin. 8

[close]

p. 10

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 Koridor yang terlibat di Negeri Pahang 14. Keseluruhannya, sebanyak 32 rangkaian telah dikenalpasti yang merangkumi 15 PL dan 17 SL. Bagi Negeri Pahang, sebanyak enam (6) PL dan tiga (3) SL telah dikenalpasti iaitu (Rujuk Jadual 2) :3. Tiada pelebaran jalan di dalam koridor. PL6 : Untuk Menghubungkan Ulu Jelai FR-Hulu Lemoi FR-Bukit Bujang FR-Bukit Jerut FR Tindakan : 1. Mewujudkan koridor riparian; 2. Mengawal pertukaran guna tanah di sepanjang jalan di dalam koridor; dan 3. Pengurusan guna tanah bagi tanah pertanian : ladang getah perlu mematuhi amalan pertanian mampan. RANGKAIAN UTAMA 2 (CFS2) PL2 : Untuk Menghubungkan FR – Lesong FR Resak Jadual 2 : Koridor yang terlibat di Negeri Pahang CFS 1z PL1 PL6 SL2 Tanum FR (Greater Taman Negara) – Sg Yu FR (Main Range) Ulu Jelai FR (Main Range) – Hulu Lemoi FR (Main Range) Krau WR – Bencah FR – Som FR – Yong FR CFS 2 PL2 PL4 PL5 PL6 SL1 SL2 Lesong FR-Resak FR Sungai Marong FR-Bukit Ibam FR Ibam FR-Kedondong FR Bera FR-Ibam FR Lepar FR-Berkelah FR Chini FR-Lepar FR Tindakan : 1. Kekalkan hutan simpan Resak, Nenasi dan Lesong; 2. Kawasan diasingkan untuk projek Tanaman Makanan Kekal (TKM) sejauh 100m koridor ekologi; dan 3. Estet kelapa sawit dalam dan bersebelahan PL2 mengambil amalan dan garis panduan pertanian mampan. PL4 : Untuk Menghubungkan Ibam FR – Sg Marong FR dan Lesong FR Strategi Pelaksanaan Mengikut Rangkaian Ekologi 15. Antara Strategi pelaksanaan yang telah dirumuskan dan tindakan-tindakan yang perlu diambil di dalam rangkaian ekologi tersebut adalah seperti berikut : RANGKAIAN UTAMA 1 (CFS1) PL1 : Untuk Menghubungkan Sungai Yu FR-Tanum FR-Taman Negara Tindakan: 1. Penubuhan koridor riparian corridor/habitat dalam estet ladang persendirian; 2. Bina pembetung/jambatan baru untuk hidupan liar atas Sg Aur (Jalan Muadzam Shah – Ibam; dan 3. Hadkan perluasan perkampungan sedia ada dalam koridor. Tindakan : 1. Membina lintasan hidupan liar (overpass) dan (viaduct); 2. Memasang papan tanda dan kawalan had kelajuan; dan 9

[close]

p. 11

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 PL5 : Untuk Menghubungkan Ibam FR – Kedondong FR, Pekan FR Dan Nenasi FR Cadangan Struktur Pelaksanaan 16. Struktur Pelaksanaan yang dicadangkan terdiri daripada tiga peringkat iaitu peringkat kebangsaan, agensi utama dan agensi sampingan. Peringkat tertinggi adalah Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dan Majlis Biodiversiti Negara (MBN). Dalam memastikan keberkesanan dan kesinambungan dalam keputusan yang diambil di peringkat MPFN bakal digunapakai di peringkat MBN, urusetia MPFN yang sama perlu turut serta dalam mesyuarat di peringkat MBN dan sebaliknya. Peringkat kedua adalah agensi utama iaitu diketuai oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang merupakan agensi utama di dalam merancang dan menyelaras program-program pelaksanaan bersamasama agensi-agensi peringkat negeri yang akan menyelaras dan mengambil tindakan susulan bagi rangkaian-rangkaian masingmasing. Peringkat ketiga pula merangkumi agensiagensi tertentu yang akan melaksanakan tugas spesifik bagi rangkaian masing-masing. Tindakan : 1. Luaskan sempadan Pekan dan Pekan Tambahan FR untuk sampai ke Kedondong FR; 2. Gazet perluasan kawasan sebagai Hutan Terlindung (di bawah seksyen 10 NFA, Perlindungan Hutan untuk Hidupan Liar; dan 3. Bina struktur ubahsuai (pagar, dsb) untuk memudahkan lintasan haiwan. PL6 : Untuk Menghubungkan Bera Ramsar Reserve – Ibam (Temerloh) FR Tindakan : 1. Pasang papan tanda pemberitahuan hidupan liar dan kawalan kelajuan di jalan Sebertak-Bera Selatan; dan 2. Kejuruteraan semula jambatan/ p embetung sedia ada atas Sg Tekai berhubung ke Sg Bera sepanjang jalan Sebertak-Bera Selatan Penerimapakaian Kerajaan Negeri Pahang SL2 : Untuk Menghubungkan Chini FR –Lepar FR 17. Jawatankuasa Perancang Negeri Pahang Bil. 3/ 2009 yang bersidang pada 8 Disember 2009 dan telah telah meluluskan Kajian Central Forest Spine (CFS) yang mana Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang (BPEN) sebagai badan penyelaras pelaksanaan strategi kajian ini. Tindakan : 1. Kekalkan hutan simpan sedia ada; 2. Kawalan daripada mencarak dan perdagangan hidupan liar; dan 3. Pembangunan pertanian dalam dan sekeliling SL2 untuk ambil dan amalkan pertanian mampan. 10

[close]

p. 12

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 GARISPANDUAN PERANCANGAN “GATED COMMUNITY” DAN “GUARDED NEIGHBOURHOOD” Latar Belakang 1. Keperluan untuk mendapatkan tahap keselamatan yang lebih baik telah menarik penduduk, khususnya di kawasan bandar untuk memilih skim-skim kediaman yang menawarkan sistem kawalan keselamatan secara berpagar (gated) dan berpengawal (guarded). Selain daripada skim-skim kediaman berbilang tingkat (high-rise) berhakmilik strata, pembangunan hartanah kediaman bertanah (landed property) yang memperkenalkan konsep ‘gated and guarded community’ turut dan mula menjadi pilihan dan tarikan penduduk. Oleh yang demikian, garis panduan ini disediakan bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan kepada pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menguruskan pembangunan “Gated Community (GC)” dan “Guarded Neighbourhood (GN)”. PBN Pahang telah bersetuju menerimapakai garis panduan ini. i. ii. GC hanya dibenarkan di lokasi tertentu dan terhad di kawasan bandar. Luas minimum skim GC ialah 1.0 hektar, manakala luas maksimum setiap skim adalah 10.0 hektar. Kemudahan harta bersama, termasuk jalan dalam skim GC adalah milik komuniti. Ia perlu diselenggara sendiri oleh penduduk melalui perbadanan pengurusan (MC) yang dilantik. Pembinaan tembok/pagar yang mengasingkan sepenuhnya di antara penduduk GC dan bukan GC adalah tidak dibenarkan. iii. iv. Garis Panduan Khusus 4. Garis panduan khusus merangkumi piawaian-piawaian perancangan yang perlu dipatuhi di dalam menyediakan pelan susun atur skim GC seperti berikut :i.Keluasan setiap skim GC adalah antara 1 hektar hingga 10 hektar atau 200 hingga 500 unit kediaman setiap skim. ii.Jika skim pembangunan keseluruhan melibatkan kawasan yang besar (> 10 hektar), ia perlu dipecahkan kepada skim kecil. Definisi “Gated Community” 2. Kumpulan penduduk yang tinggal di kawasan berpagar dan berpengawal sama ada di kawasan kediaman berbilang tingkat atau di kawasan kediaman bertanah. GC lebih tertumpu kepada kumpulan penduduk yang tinggal di kawasan kediaman bertanah berhakmilik strata (yang dibangunkan mengikut peruntukan Seksyen 6(1A) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318). Garispanduan Umum 3. Garis panduan umum adalah merupakan perkara-perkara umum yang perlu diberi perhatian dalam mempertimbangkan permohonan GC seperti berikut :10 Ha 10 Ha 10 Ha 40 Ha. 10 Ha 11

[close]

p. 13

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 iii. Hanya boleh dibenarkan di kawasan bandar, khususnya di kawasan yang kurang selamat (mempunyai kadar jenayah yang tinggi berdasarkan rekod PDRM). Tidak digalakkan di kawasan perkampungan bagi mengelakkan impak negatif dan kesan pengasingan sosial yang ketara. Menyediakan dua laluan keluar-masuk (jalan masuk utama / laluan kecemasan). Hanya pembangunan perumahan sahaja dibenarkan dalam satu-satu GC. Hanya dibenarkan di kawasan yang tidak melibatkan jalan raya terus (through road). iii. Definisi “Guarded Neighbourhood” 5. ‘Guarded Neighbourhood’ (GN) adalah merupakan satu kawasan kediaman terkawal secara keseluruhan atau sebahagian yang pemilikan tanahnya adalah hakmilik individu. iv. Garis Panduan Perancangan i. Skim GN hanya dibenarkan di kawasan bandar (kawasan operasi PBT), khususnya di kawasan yang kurang selamat. GN tidak dibenarkan jika di dalam kawasan kejiranan terdapat kemudahan awam utama serta jika merupakan laluan pengangkutan bas awam. Cadangan menubuhkan GN perlu dimaklum kepada PBT melalui persatuan penduduk (RA) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). Cadangan untuk mewujudkan GN perlu mendapat persetujuan majoriti penduduk (ketua isi rumah), tertakluk kepada tiada sebarang paksaan dan tekanan kepada penduduk yang tidak bersetuju. Jika cadangan binaan pondok pengawal di kawasan bahu jalan (rizab jalan) adalah berstruktur kekal, pemohon perlu memohon TOL (seksyen 65, KTN 1965). Pagar (perimeter fencing) mengelilingi sempadan skim GN tidak dibenarkan. v. vi. ii. vii. viii. 50% daripada pagar perlu terbuka dan dapat dilihat daripada luar serta tidak mengganggu kenampakan (permeability) di kawasan tersebut. iv. v. ix. Pondok pengawal dibenarkan dibina di dalam kawasan skim GC. Landskap dan pokok mestilah tidak mengganggu ‘permeability’ dan menghalang pandangan. Ketinggian pokok renek yang ditanam tidak melebihi ketinggian pagar. Ketinggian maksimum bangunan bagi banglo/semi-D/kluster/teres adalah 4 tingkat daripada basement (18.5 meter). vi. x. vii. Pegawai Pengawal yang dilantik perlu berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). viii. Cadangan pelepasan atau pembubaran status GN kepada status asal (tidak berpengawal) perlu dimaklumkan kepada PBT. xi. xii. 12

[close]

p. 14

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 PELAKSANAAN PETUNJUK BANDAR MAMPAN (MURNInet) NEGERI PAHANG TAHUN 2010 Latarbelakang 1. Pada tahun 2010, program Petunjuk Bandar Mampan (MURNInet) telah dilaksanakan dan disertai oleh kesemua sebelas (11) daerah di Negeri Pahang dan data telah dimasukkan ke dalam Gerbang MURNInet iaitu aplikasi pangkalan data kemampanan bandar. Sembilan (9) bandar telah mencapai tahap mampan iaitu Kuantan, Bentong, Temerloh, Raub, Kuala Lipis, Jerantut, Pekan, Maran dan Rompin, manakala dua (2) bandar mencapai tahap sederhana mampan iaitu bandar Bera dan Cameron Highlands. Pencapaian 2. Terdapat peningkatan tahap kemampanan bandar pada tahun 2010 yang mana pada tahun 2009 hanya empat (4) bandar sahaja mencapai tahap bandar mampan (Rujuk Jadual 1). 3. Peningkatan ini disebabkan oleh terdapat empat (4) bandar pada tahun 2009 yang berada pada tahap sederhana mampan telah mencapai tahap mampan pada tahun 2010. Bandar-bandar tersebut adalah Lipis, Pekan, Rompin dan Maran. Manakala bandar Jerantut yang tidak melaksanakan program pada tahun 2009 telah menyertai dan memasukkan data ke dalam Gerbang MURNInet seterusnya mencapai status mampan pada tahun 2010. 4. Bagi bandar Bera dan Cameron Highlands walaupun mencapai tahap sederhana mampan pada tahun 2010, namun ianya menunjukkan peningkatan dari segi peratusan berbanding pencapaian pada tahun 2009. Jadual 1 : Tahap Kemampanan Bandar pada Tahun 2009 dan 2010 BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 BANDAR Bentong Temerloh Raub Kuantan Kuala Lipis Pekan Rompin Maran Bera Cameron Highlands Jerantut TAHUN 2009 (%) 90.30 82.50 80.95 80.70 77.19 76.32 78.95 75.93 73.87 69.75 Tiada Maklumat TAHAP KEMAMPANAN Mampan Mampan Mampan Mampan Sederhana Mampan Sederhana Mampan Sederhana Mampan Sederhana Mampan Sederhana Mampan Sederhana Mampan TAHUN 2010 (%) 85.96 80.70 81.58 84.21 83.33 81.58 80.27 80.70 76.07 75.15 82.86 TAHAP KEMAMPANAN Mampan Mampan Mampan Mampan Mampan Mampan Mampan Mampan Sederhana Mampan Sederhana Mampan Mampan CATATAN Menurun Menurun Meningkat Meningkat Meningkat Meningkat Meningkat Meningkat Meningkat Meningkat Meningkat 13

[close]

p. 15

BULETIN RANCANG EDISI KE 2 Jadual 2 : Tahap Kemampanan Mengikut Tahun 2010 SEKTOR BENTONG KUANTAN K.LIPIS JERANTUT PEKAN RAUB TEMERLOH MARAN ROMPIN BERA C. H’LANDS Demografi Perumahan Ekonomi Bandar Utiliti & Infrasrtuktur Kemudahan Masyarakat dan Rekreasi Alam Sekitar Sosiologi & Impak Sosial Guna Tanah Pelancongan & Warisan Pengangkutan & Aksessibiliti Pengurusan & Kewangan / / / / / / / X / / / / / / / / / - / / / / / / / / X - / / / / X / / / / / / / - / / / / / / / - / / / / / / X - / / / / / / / X - / / / / / / / - / / / / / X - / / / X / Nota : Tanda ( ⁄ ) menunjukkan sektor yang mencapai tahap mampan Tanda (-) menunjukkan sektor yang mencapai sederhana mampan Tanda (x) menunjukkan sektor yang mencapai kurang mampan 5. Terdapat penurunan pada dua (2) bandar bagi pencapaian tahun 2010 berbanding tahun 2009 iaitu pada bandar Bentong dan Temerloh. Penurunan ini disebabkan oleh penurunan pada sektor utiliti dan infrastruktur iaitu dari aspek kadar kehilangan air manakala dalam sektor alam sekitar, aspek Indeks Pencemaran Udara (IPU) juga menunjukkan penurunan. Kenaikan peratus kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian turut menyumbang kepada penurunan bagi sektor pengangkutan dan aksessibiliti. 6. Peningkatan pencapaian pada tahun 2010 tersebut juga adalah disebabkan oleh sektor-sektor dan petunjuk yang mencapai skor mampan terutama sektor perumahan dari aspek peratus stok perumahan tidak terjual yang rendah. Manakala di dalam sektor ekonomi bandar pula, terdapat penurunan pada kadar pengangguran dan juga kadar kemiskinan penduduk. 7. Berdasarkan kepada Jadual 2, didapati bahawa sektor yang menunjukkan skor sederhana mampan dan kurang mampan yang paling banyak adalah sektor utiliti dan infrastruktur, alam sekitar, pelancongan dan warisan, pengangkutan dan aksessibiliti serta pengurusan dan kewangan. 8. JPBD Pahang sebagai penyelaras pelaksanaan MURNInet akan membantu dan memantau semua PBT memasukkan maklumat ke Gerbang MURNInet sebelum bulan Oktober 2011 kelak. Pihak PBT pula bolehlah menyampaikan cadangan kepada JPBD Pahang agar pengisian maklumat boleh dibuat dengan tepat dan cepat. 14

[close]

Comments

no comments yet