Buletin 1/2010

 

Embed or link this publication

Description

Buletin 1/2010

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

SENARAI PEGAWAI PUSAT SETEMPAT (OSC) DI NEGERI PAHANG Tn Haji Alias bin Mohd. Salleh Majlis Perbandaran Kuantan Tel: 09-5131173 En. Khaizal b. Maarip Majlis Perbandaran Temerloh Tel: 09-2901458 Pn. Suraya bt. Haji Dahlan Majlis Perbandaran Bentong Tel: 09-2221148 Pn. Asfazilah binti Samad Majlis Daerah Pekan Tel: 09-4211053 Cik Nor Syahida bt. Juhari Majlis Daerah Jerantut Tel: 09-2662205 En. Abd. Aziz bin Mokder Majlis Daerah Lipis Tel: 09-3121253 En. Nor Hisham bin Baharuddin Majlis Daerah Cameron Highlands Tel: 05-4912097 Cik Mazmin bt. Alias Majlis Daerah Maran Tel: 09-4777911 En. Muhammad Afiq Bin Omar Majlis Daerah Raub Tel: 09-3551175 Cik Fauziah bt. Abdul Jalil Majlis Daerah Bera Tel: 09-2501734 En. Kamarulzaman bin Tugiman Majlis Daerah Rompin Tel: 09-4146688 MAKLUMAN LAMAN WEB JPBD PAHANG Laman web JPBD Pahang telah mendapat penarafan empat bintang dalam Penilaian Laman Laman web JPBD Pahang telah 2009 mendapat Web dan Portal Kerajaan Malaysia yang penarafan empat dalam Penilaian Laman dijalankan oleh bintang Perbadanan Pembangunan Web dan Portal Kerajaan Malaysia 2009 yang Multimedia (MDEC). dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC). PROGRAM LIMA S (5S) Jabatan sedang ke arah Persekitaran Berkualiti 5S. Polisi 5S Persijilan Amalan Kami sentiasa bekerjasama dalam mewujudkan persekitaran jabatan yang bersih, kemas dan teratur demi meningkatkan kualiti dan kuantiti perkhidmatan. Slogan 5S Persekitaran Teratur, Perkhidmatan Berkualiti Logo 5S DOKUMEN MS ISO 9001:2008 Dokumen MS ISO 9001:2008 JPBD Pahang telah dikuatkuasakan pada 10 Disember 2009. Pengauditan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dijadualkan akan diadakan pada 11 dan 12 Januari 2010.

[close]

p. 3

PERUTUSAN YAB MENTERI BESAR PAHANG SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Enakmen Sumber Air 2007 telah menetapkan bahawa perkara-perkara berkaitan pengurusan kawasan tadahan air, pelesenan dan caj jualan air mentah dan pengawalseliaan berkenaan sumber air dan air mentah adalah di bawah Pengarah Sumber Air Negeri. Oleh itu, sebarang urusan berkaitan pengurusan, pengawalan dan penyelarasan sumber air adalah dilaksanakan oleh Pengarah Sumber Air Negeri melalui Badan Kawal Selia Air, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli Lembaga Rayuan yang baru dilantik bagi sesi 20082011. Dengan adanya Lembaga Rayuan ini adalah diharapkan supaya sistem perancangan bandar akan menjadi lebih baik dan berkesan. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas di atas penerbitan Buletin Rancang ini. Semoga segala maklumat yang dimuatkan akan menambah pengetahuan masyarakat berhubung dengan bidang perancangan bandar dan desa di negeri ini. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang kerana berjaya menyediakan Buletin Rancang ini selaras dengan keperluan peruntukan Seksyen 4C, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Penerbitan Buletin Rancang ini adalah merupakan satu daripada usaha Kerajaan Negeri Pahang dalam menyiarkan maklumat berkaitan perancangan guna tanah di negeri ini kepada jabatan/agensi kerajaan dan orang awam. Pada masa kini, banyak papan-papan iklan dipasang di sepanjang jalan dan di atas bangunan sehinggakan mengganggu kualiti persekitaran serta keselesaan awam. Sehubungan dengan itu, Garis Panduan Papan Iklan Luar telah disediakan bertujuan bagi memandu pemasangan dan kawalan papan iklan luar secara seragam di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Adalah diharapkan dengan berkuatkuasanya garis panduan ini, semua PBT dapat menjalankan penguatkuasaan terhadap papan-papan iklan yang ada di kawasan masing-masing. Selain itu, kajian Penyelarasan Pembangunan Di Kawasan Tanah Tinggi Bukit Fraser yang telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Mineral dan Geosains juga menunjukkan kepentingan untuk memelihara kawsan tersebut. Oleh yang demikian kerajaan telah bersetuju supaya tiada pembangunan baru dibenarkan di kawasan Bukit Fraser dan pembangunan sedia ada perlu dipelihara dan dinaiktaraf. (DATO’ SRI HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB, SSAP., DSAP., DGSM.) Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG BULETIN RANCANG 2

[close]

p. 4

Garis Panduan Papan Iklan Luar Apa Itu Papan Iklan Luar ? Paparan besar yang mengiklankan barangan, aktiviti atau perkhidmatan yang tidak semestinya dijual di mana pengiklanan itu ditempatkan. ™ Mesyuarat Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 2 Disember 2008 bersetuju untuk menerimapakai Garis Panduan Papan Iklan Luar (GP PIL) yang seragam di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semua permohonan baru hendaklah mengikut garis panduan ini. ™ Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bilangan 2 Tahun 2009 telah mengarahkan pelaksanaan GP PIL mulai 22 Januari 2009. ™ Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Pahang Bil. 2/2009 pada 7 Ogos 2009 telah bersetuju supaya GP PIL ini diterimapakai oleh bagi mengawal papan iklan luar di Negeri Pahang. Mesyuarat JPN juga bersetuju supaya mekanisme Pusat Setempat (OSC) digunakan bagi memproses permohonan pemasangan papan iklan luar manakala tindakan penguatkuasaan dilaksanakan oleh PBT. 3 Jenis Papan Iklan Luar 1. Free-standing billboard; 2. Iklan dinding; 3. Iklan bumbung; 4. Building wrap; 5. Spectacular gantry; 6. Gantri 7. Iklan jejantas; 8. Iklan jejambat; 9. Pillar/column wrap pada LRT; 10. Iklan pagar; 11. Projecting sign; 12. Iklan mekanikal trivision; 13. Iklan mekanikal scrolling; 14. Iklan elektronik; 15. Iklan kain rentang (poster); 16. Iklan perabot jalan; dan 17. Iklan bergerak. BULETIN RANCANG JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my

[close]

p. 5

Empat Prinsip Pemasangan Papan Iklan Luar Menjamin keselamatanawam dengan memastikan papan iklan tidak menghalangpenglihatan atau kacau ganggu kelancaran operasi pemanduan Memulihara visual persekitaran dengan memastikan papan iklan tidak mencemarkan atau menutup pemandangan Menjamin keselesaan awam dengan memastikan papan iklan tidak memudaratkan penduduk Memastikan kandungan iklan bersesuaian dengan imej dan budaya masyarakat tempatan Tiga Prinsip Keutamaan Papan Lalu Lintas Mesej Kerajaan Papan Iklan Swasta JENIS IKLAN YANG PERLU MERUJUK KEPADA JABATAN BERKENAAN Jenis Iklan Iklan ubat, rawatan perubatan dan fasiliti perubatan serta iklan makanan dan minuman yang terkawal Iklan racun makhluk perosak Iklan Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara Iklan elektronik Jabatan Berkenaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kementerian Pertanian Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (garis panduan dan tatacara di bawah Kod Kandungan) PAPAN IKLAN LUAR YANG DIBENARKAN DAN TIDAK DIBENARKAN Billboard yang menyebabkan lutter Papan Tanda Lalu Lintas 2 Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my 3 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG BULETIN RANCANG 4

[close]

p. 6

PAPAN IKLAN LUAR YANG DIBENARKAN DAN TIDAK DIBENARKAN 2 3 2 3 2 2 5 3 3 Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my BULETIN RANCANG JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG

[close]

p. 7

PAPAN IKLAN LUAR YANG DIBENARKAN DAN TIDAK DIBENARKAN Billboard dan iklan jejambat menyebabkan kekeliruan Papan Tanda Lalu Lintas 2 SAIZ PAPAN IKLAN LUAR 4m (15’) 18m (60’) 6m (20’) 6m (20’) 3 3m (10’) 3m(10’) 12m (40’) 5mp (50 kp) 3m (10’) 9m (30’) 7m (27’) 4m (15’) 3m (10’) Papan Iklan Besar Papan Iklan Sederhana Papan Iklan Kecil KETINGGIAN BILLBOARD MENGIKUT GARIS PANDUAN PAPAN IKLAN LUAR 18m(60’) 9m(30’) 6m(20’) 12m(40’) 12m (40’) 3m(10’) 12m(40’) 6m (20’) 9m(30’) 4.5m(15’) 6m(20’) 3m(10’) 4.5m(15’) 9m(30’) 6m(20’) Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG BULETIN RANCANG 6

[close]

p. 8

KATEGORI PAPAN IKLAN LUAR YANG DIBENARKAN DENGAN KAWALAN DAN TIDAK DIBENARKAN Kategori Papan Iklan Luar 1 Free-Standing Billboard Dibenar dengan Kawalan √ Tidak Dibenar Penerangan Dikategorikan di dalam 3 saiz iaitu besar, sederhana dan kecil. Dibenarkan dipasang mengikut hierarki jalan dan zon guna tanah. Dibenarkan pada dinding yang tiada permukaan terbuka dan pada struktur yang dijarakkan dari dinding. Dibenarkan pada bumbung yang telah ada in-built structure dan yang boleh kompromi dengan roofscape persekitaran. Dibenarkan sekiranya menggunakan bahan yang membolehkan pengudaraan dan pencahayaan bangunan seperti yang disyaratkan pada UBBL. Dibenarkan sekiranya tidak menutup garisan langit dan rupa bentuk bandar serta berada di luar koridor scenic. Mesej-mesej kerajaan dibenarkan dipasang pada tempoh-tempoh tertentu. √ √ √ √ Tidak dibenarkan dipasang iklan kecuali papan tanda lalu lintas dan mesej kerajaan. Tidak dibenarkan dipasang iklan. Dibenarkan sekiranya tidak menutup garisan langit dan rupa bentuk bandar. Dibenarkan sekiranya kandungan iklan ringkas dan menarik dan tidak menjejas keberkesanan peralatan kawalan lalu lintas serta melindungi papan tanda lalu lintas. Dibina pada struktur yang dijarakkan dari tiang. Digalakkan bagi menutup visual tertentu. Dibenarkan sekiranya kandungan iklan ringkas dan menarik. Dibenarkan di kawasan berorientasikan pejalan kaki. 2 Iklan Dinding √ 3 Iklan Bumbung √ 4 Building Wrap √ 5 Spectacular Gantry √ 6 7 8 9 Gantry (Gantri) Iklan Jejantas Iklan Jejambat Pillar/Column Wrap Pada LRT 10 11 12 Iklan Pagar Projecting Sign Iklan Kain Rentang (Poster) Iklan Mekanikal Trivision Iklan Mekanikal Scrolling Iklan Elektronik Iklan Perabot Jalan Iklan Bergerak √ √ √ 13 14 15 16 17 √ √ √ √ - Digalakkan kerana dapat mengoptimumkan ruang. Digalakkan kerana dapat mengoptimumkan ruang. Digalakkan kerana dapat mengoptimumkan ruang. Digalakkan di kawasan pusat perdagangan dan institusi yang berorientasikan pejalan kaki. Di bawah bidang kuasa Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my 7 BULETIN RANCANG JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG

[close]

p. 9

Garispanduan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi . GARIS PANDUAN UMUM Kawasan bukit, tanah tinggi, lereng bukit dan kawasan sekitarnya perlu dikawal dan dipantau pembangunannya supaya aspek keselamatan penduduk dan kesensitifan alam sekitar dapat dipelihara. TUJUAN Garis panduan ini disediakan untuk merancang dan mengawal aktiviti pembangunan di kawasan tanah berbukit, tanah tinggi, lereng bukit dan puncak bukit serta kawasan sekitarnya. Fungsi garis panduan ini adalah untuk: i. Kawasan Berkecerunan Yang Perlu Dipelihara ƒKawasan berbukit yang telah diisytiharkan sebagai tanah bukit di bawah peruntukan Bahagian II, (Seksyen 3, Akta Pemuliharaan Tanah 1960) (Akta 385) (Disemak 1989); ƒKawasan yang mempunyai nilai sejarah, daya tarikan pelancongan dan kepelbagaian biologi yang tinggi; ƒKawasan yang mempunyai kepentingan geologi yang telah dikenal pasti atau diwartakan sebagai kawasan kajian atau ƒpenyelidikan; ƒKawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mengandungi sumbersumber mineral yang penting tetapi mempunyai kesan risiko yang tinggi; ƒKawasan yang terletak di kawasan tadahan air; ƒKawasan yang diwartakan sebagai hutan simpanan kekal termasuk kawasan hutan pengeluaran atau hutan produktif dan lindungan; dan ƒKawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana. ƒ digunakan oleh pihak berkuasa negeri (PBN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) secara seragam di dalam mempertimbang permohonan kebenaran merancangdan laporan cadangan pemajuan (LCP); dan digunakan oleh agensi pelaksana, pemaju dan pihak awam sebagai panduan dalam memilih, merancang dan membangun tapak-tapak dalam kawasan berbukit, tanah tinggi, lereng dan puncak bukit serta kawasan sekitarnya. ƒ ƒ ƒ Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG BULETIN RANCANG 8

[close]

p. 10

Garispanduan Contoh : Kawasan tanah tinggi yang mempunyai nilai sejarah dan daya tarikan pelancongan perlu dipelihara. Contoh : Kawasan tadahan air perlu dipelihara kerana ia merupakan sumber bekalan air bersih negara di samping menjamin kemampanan alam sekitar. ii.Kawasan Warisan Kebangsaan Mana-mana kawasan yang terletak di dalam kawasan tanah berbukit, tanah tinggi, lereng bukit dan puncak bukit serta kawasan sekitarnya yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan mengikut Akta Warisan Kebangsaan, 2005. Contoh : Pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi perlu memelihara topografi semulajadi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. iii.Pemeliharaan Topografi ƒ Subseksyen 21A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1979 (Akta 172) memperuntukkan supaya laporan cadangan pemajuan (LCP) yang dikemukakan antara lainnya perlu mengandungi perihal tanah termasuk alam sekitar fizikal, topografi, lanskap, geologi, air dan bentuk semulajadi di atasnya; ƒ Semasa penyediaan pelan susun atur, subseksyen 21B(1) Akta 172 memperuntukkan supaya langkah-langkah bagi melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal, memelihara topografi semulajadi, memperelok lanskap serta memelihara dan menanam pokok dikawasan pemajuan perlu dilaksanakan; ƒ Penyusunan bagi sesuatu pemajuan hendaklah mengikut kontor asal tanah termasuk tebing tasik, aliran sungai dan sebagainya; dan ƒ Mempelbagaikan penyusunan bangunan termasuk penyusunan secara tidak berderet seperti berek. 9 BULETIN RANCANG JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my

[close]

p. 11

GARIS PANDUAN UMUM i. Anjakan Bangunan Anjakan bangunan yang terletak di tepi tebing hendaklah mempunyai jarak minimum seperti berikut:Struktur berhampiran kaki bukit dan rabung ƒ Struktur yang dibina berhampiran kaki cerun yang dipotong atau cerun semulajadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70) ْ di mana tidak ada sebarang langkah kejuruteraan untuk memperbaikinya diambil untuk menstabilkan cerun itu atau menebat kesan-kesan gelongsoran tanah, hendaklah tidak terletak di dalam zon sekurangkurangnya dua (2) kali ganda ketinggian cerun; dan ƒ Struktur yang dibina di atas rabung cerun yang dipotong atau cerun semulajadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70) ْ di mana terdapat langkah kejuruteraan bagi penstabilan cerun dijalankan hendaklah tidak terletak di dalam zon sekurang-kurangnya sekali (1) ganda ketinggian cerun itu. Tinggi Cerun(H) 100m Jarak Zon Penampan = 2H (200m) Jarak Zon Penampan = 1H (100m) Sumber : Adaptasi daripada Garis Panduan Zon Bahaya bagi Bukit Batu Kapur, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) (2003) Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG BULETIN RANCANG 10

[close]

p. 12

GARIS PANDUAN UMUM Pembangunan di atas puncak bukit Pembangunan hanya sesuai untuk aktiviti eko pelancongan dan rekreasi yang tidak melibatkan kerja tanah berkaitan. . Sekiranya pembangunan di bahagian puncak bukit dilaksanakan ia akan menggangu keseimbangan ekologi dan kesensetifan alam sekitar serta memberi impak kepada pembangunan di kawasan bawah dan sekitarnya (keselamatan, kestabilan cerun, pencemaran dan sebagainya. 11 BULETIN RANCANG JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my

[close]

p. 13

GARISAN ANJAK BELAKANG BANGUNAN DAN JALAN PERKHIDMATAN BAGI PEMBANGUNAN BARU DI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PENGENALAN Pertambahan pembangunan yang kian pesat terutamanya di Negeri Pahang Darul Makmur menyebabkan pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang mengambil inisiatif dan tindakan menguatkuasakan arahan-arahan yang terkandung di dalam Arahan Teknik Jalan. Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bilangan 2/2009 pada 8 Ogos 2009 telah bersetuju supaya cadangan garis anjak belakang bangunan dan jalan persekutuan digunapakai bagi pembangunan baru di Negeri Pahang. ASAS PERTIMBANGAN Garis Anjak Belakang Bangunan (Building Setback) dan Jalan Perkhidmatan merupakan salah satu garispanduan yang terkandung di dalam Arahan Teknik Jalan 3/85 Pindaan 1/88 di Lampiran D para (a) PERMOHONAN MENDIRIKAN BANGUNAN. “Bagi rezab 40 meter garisan anjak belakang bangunan mestilah tidak kurang daripada 38 meter (20m + 12m + 6m) manakala bagi rizab 30 meter, garisan anjak belakang bangunan mestilah tidak kurang daripada 33 m (15m + 12m + 6m) daripada tengah rizab Jalan Persekutuan”. LATARBELAKANG 38 meter Garisan Anjak Belakang Bangunan dan Jalan Perkhidmatan ini telah dirangka supaya ianya praktikal untuk digunapakai bagi semua kawasankawasan pembangunan baru. Bagi pembangunan di kawasan in-fill development, pertimbangan untuk pengecualian bolehlah diberikan. Garisan Anjak Belakang Bangunan dan Jalan Perkhidmatan ini akan menjadi panduan kepada pihak pemaju atau pemilik tanah dalam merangka dan merancang pembangunan di kawasan mereka supaya ianya menjadi lebih teratur dan terusun serta mengambilkira aspek keselamatan dan keselesaan semua pihak. 6m 12m 20m Garisan anjak belakang bangunan bagi rezab 40 meter 33 meter 6m 12m 15m Garisan anjak belakang bangunan bagi rezab 30 meter Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG BULETIN RANCANG 12

[close]

p. 14

Garis anjakan dan jalan perkhidmatan ini ditekankan adalah untuk memastikan aliran pergerakan kenderaan terutamanya di jalanrayajalanraya utama berada di dalam keadaan selesa seiring dengan perningkatan pembangunan. Walau bagaimanapun, semakan yang dijalankan mendapati garisan anjak belakang bangunan dan jalan perkhidmatan ini tidak dipraktikkan atau dikuatkuasakan sepenuhnya. Ini dapat dilihat dari dari pembangunan-pembangunan yang telah dimajukan. Semakan juga mendapati, sesetengah kelulusan menggunapakai anjakan bangunan adalah lima belas (15) meter iaitu dua belas (12) meter jalan perkhidmatan dan tiga (3) meter ruang tempat letak kenderaan manakala sebahagiannya mensyaratkan simpanan dua belas (12) meter jalan perkhidmatan sahaja dan terdapat juga kelulusan tanpa sebarang anjakan bangunan iaitu direct access ke jalan-jalan utama (main road) dan primary road. Ketiadaan jalan perkhidmatan telah menyebabkan banyak kes kemalangan dan kesesakan jalan raya terutama diwaktu puncak. JALAN KTNGAMBANG setback Jalan Perkhidmatan KEPENTINGAN i. Memastikan pengguna-pengguna kenderaan berada di dalam keadaan selesa samaada semasa berada di atas jalan-jalan utama dan jalan perkhidmatan (service road); Mengurangkan kemalangan dan kesesakan aliran kenderaan di jalanraya-jalanraya utama (main road) terutamanya semasa waktu puncak (peak hours); Mengatasi masalah dan mengelakkan tempat letak kereta berada di atas jalan-jalan perkhidmatan; Membolehkan lorong dua (2) hala dapat diadakan di atas jalan perkhidmatan; Mengurangkan kos pengambilan balik tanah oleh pihak kerajaan; Mengurangkan masalah merancang dan merekabentuk jalanraya utama dan primary road yang akan dinaiktaraf; proses utama pembinaan yang akan x. tanah Mengelakkan masalah dan kerugian dipihak pembeli-pembeli aset bilamana proses menaiktaraf jalan-jalan dilakukan sehingga ke hujung Right of Way. Dengan adanya jalan perkhidmatan dan anjak belakang bangunan, ia dapat memberikan keselesaan kepada pengguna jalanraya. ROW Jalan Utama ii. iii. iv. v. vi. ix. vii. Mempercepatkan jalanraya-jalanraya dinaiktaraf; Mengelakkan pengambilan balik tanah ke atas kawasan-kawasan yang akan, sedang dan sudah dimajukan atau dibangunkan; dan Mengelakkan masalah dan kerugian dipihak pembeli-pembeli aset bilamana proses menaiktaraf jalanraya-jalanraya utama dan primary road dilakukan sehingga ke hujung Right of Way. Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my viii. Memastikan pengambilan balik sekiranya perlu, adalah lebih praktikal; 13 BULETIN RANCANG JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG

[close]

p. 15

PELAKSANAAN 1. 2. Jalan Perkhidmatan selebar 12 meter selepas ROW Jalan Persekutuan/Negeri. Garisan Anjak Belakang Bangunan sejauh 6 meter dari ROW Jalan Perkhidmatan. Kedudukan Jalan Perkhidmatan Dan Garisan Anjak Belakang Bangunan Bagi Kategori Perumahan 20m/12m 12m 6m setback 6m setbac k 12 m Jalan Perkhidmatan ROW Jalan Utama Primary Road 6m setback 12m Jalan Perkhidmatan Jalan Persekutuan/Negeri 20m/15m Kedudukan Jalan Perkhidmatan Dan Garisan Anjak Belakang Bangunan Bagi Katogeri Komersial 20m/12m 12m 6m setback 6m setback 12 m Jalan Perkhidmatan ROW Jalan Utama Primary Road 6m setback Jalan Perkhidmatan 12m Jalan Persekutuan/Negeri 20m/15m Edisi 1/2010 http://jpbd.pahang.gov.my JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI PAHANG BULETIN RANCANG 14

[close]

Comments

no comments yet