TAHUN 4. TMK.DK. 4.0 MEMAHAMI UKURAN DATA

 

Embed or link this publication

Description

TAHUN 4. TMK.DK. 4.0 MEMAHAMI UKURAN DATA

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2



[close]

p. 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Standard Sekolah Rendah TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MODUL DUNIA KOMPUTER: 4.0 Memahami Ukuran Data TAHUN 4 Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2013

[close]

p. 4

Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

[close]

p. 5

Draf 220912 MODUL DK9 Standard kandungan: Standard pembelajaran: Masa: 4.0 Memahami ukuran data 4.1 Menerangkan maksud data. 4.2 Menyatakan unit piawai ukuran data bit, bait, kilobait, megabait dan gigabait. 60 minit NOTA RUJUKAN Mengenal Data Data adalah item yang belum disusun. Setelah data-data itu diproses barulah ia membentuk Maklumat. Data boleh dalam bentuk nombor, huruf, simbol, bunyi (audio), gambar (imej) atau video. Contoh data: 10 Contoh Maklumat: Aiman KAD PELAJAR NAMA : Aiman UMUR : 10 tahun 1

[close]

p. 6

Draf 220912 Komputer hanya memahami data dalam bentuk ON (1) dan OFF (0) sahaja. Jutaan kombinasi 0 dan 1 inilah yang membolehkan komputer beroperasi. 01010111 01010111 Setelah data diproses, ia akan di tukar kembali kebentuk yang di fahami oleh pengguna dan dipaparkan sebagai output sama ada pada pencetak, monitor atau skrin. Jika nombor 0 hingga 9 yang biasa kita gunakan dikenali sebagai nombor perpuluhan atau digit perpuluhan, maka nombor 0 dan 1 yang digunakan oleh komputer dikenali sebagai digit binari. Komputer menggunakan unit BIT (Binary Digit) sebagai ukuran terkecil bagi data, di mana 1 bit boleh terdiri dari 0 atau 1. Bagi memudahkan komputer menterjemah bit-bit yang diterima, bit-bit ini digabungkan menjadi 8 bit membentuk 1 bait. Contoh : 01001110 bit adalah 1 bait 2

[close]

p. 7

Draf 220912 Unit Piawai Ukuran Data Berikut adalah contoh unit ukuran piawai yang biasa kita temui: Jisim ialah kilogram Isipadu dalam liter Panjang ialah meter Jadi, untuk setiap ukuran yang melibatkan jisim, panjang dan isipadu ada unit ukuran piawai masing-masing. Tahukah anda komputer juga ada unit piawai ukuran untuk mengukur data. Bagaimana data diukur? Kenapa data diukur? 3

[close]

p. 8

Draf 220912 Data diukur dengan menggunakan ukuran bit, bait, kilobait, megabait dan gigabait. Data diukur untuk mengetahui saiz data yang digunakan. Bit Bait Kilobait Megabait Gigabait Unit piawai ukuran data Unit Ukuran Data 8 bit 1 kilobait (KB) 1 megabait (MB) 1 gigabait (GB) Dalam Bait 1 bait 1000 (seribu) bait 1 000 000 (sejuta) bait 1 000 000 000 (sebilion) bait Contoh pada CDR di bawah. 700 MB Di sini kita tahu bahawa CDR ini boleh menyimpan data sehingga 700 megabait(MB). 4

[close]

p. 9

Draf 220912 Kesimpulan Data ialah item-item yang belum diproses seperti teks, nombor, simbol, imej, audio, dan video. Singkatan bagi kilobait ialah KB. Singkatan bagi megabait ialah MB. Singkatan bagi gigabait ialah GB. KEPERLUAN PERKAKASAN Komputer KEPERLUAN PERISIAN 1. Perisian Aplikasi – bagi menghasilkan jadual 2. DK1_A2L1.pps 3. Perisian Persembahan 5

[close]

p. 10

Draf 220912 AKTIVITI 1 Mengenali Data Aktiviti kumpulan Langkah 1: Berbincang dengan rakan sekumpulan untuk mendapatkan contoh-contoh data dari pelbagai bentuk seperti nombor, huruf, simbol, audio, imej atau video. Langkah 2: Gunakan perisian aplikasi untuk membina jadual bagi menyenaraikan bentuk data dan contoh data bagi setiap item. Contoh: Bentuk Data Video Contoh Data Cerita Upin dan Ipin Langkah 3: Wakil kumpulan dikehendaki membuat pembentangan jawapan kumpulan masing-masing. 6

[close]

p. 11

Draf 220912 AKTIVITI 2 Menerangkan Maksud Data Aktiviti Kumpulan Langkah 1: Sila buka slaid DK9_A2L1.pps untuk melihat contoh persembahan yang menerangkan maksud data. Langkah 2: Berpandukan pengetahuan dan kreativiti kumpulan anda, bina sebuah persembahan slaid yang boleh menerangkan maksud data. Langkah 3: Wakil kumpulan dikehendaki membuat pembentangan persembahan slaid bagi kumpulan masingmasing. Langkah 4: Wakil kumpulan lain diminta memberi pandangan sama ada slaid yang dibentangkan menunjukkan maksud data. AKTIVITI 3 Mengetahui Unit Piawai Bagi Data Aktiviti Individu Langkah 1: Perhatikan isipadu air di dalam jag di bawah. 7

[close]

p. 12

Draf 220912 Berapakah isipadu air dalam setiap jag di atas? Bagaimanakah hubungan antara isipadu air dengan banyaknya air di dalam jag? Langkah 2 : Teliti rajah-rajah di bawah. Tuliskankan unit piawai ukuran data yang anda jumpa. a) b) c) Langkah 3 : Dengan menggunakan kertas A4. Lukiskan kembali graf di bawah, tuliskan bentuk-bentuk data yang sesuai bagi saiz data ini. 8

[close]

p. 13

Draf 220912 Gigabait (GB) Megabait (MB) Kilobait (KB) Bait (B) Bit Langkah 4: Sebutkan saiz data yang telah anda tulis secara menaik. Langkah 5: Nyatakan kapasiti data yang boleh disimpan oleh storan-storan ini. 9

[close]

p. 14

Draf 220912 Langkah 6: Susun jawapan anda di langkah 1 mengikut urutan kapasiti data dari terkecil ke terbesar. TAHUKAH ANDA? Apabila menukar saiz fail dari Kilobait ke Megabait, komputer tidak membundarkan saiz fail. Contoh 56 780 KB akan terus ditukar kepada 56 MB. PENILAIAN 1 1. Apakah maksud data? Data ialah 10

[close]

p. 15

Draf 220912 2. Nyatakan contoh-contoh data. Bil 1. 2. 3. 4. 5. Contoh-contoh Data 2. Cuba tukarkan kod-kod berikut ke kod binari. A ( ✔ ✔ ✔ ✘ ✘ ✘ ✔ ✘ = = 1, = 0) B ( = 1, = 0) = C ( = 1, = 0) = 11

[close]

Comments

no comments yet