Peraturan Kewangan & Perakaunan Bhg9

 

Embed or link this publication

Description

Perakaunan

Popular Pages


p. 1

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

[close]

p. 2

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN BAHAGIAN 9A - PERAKAUNAN KUMPULAN WANG 1. SISTEM PERAKAUNAN Universiti mengamalkan Sistem Perakaunan Kumpulan Wang (Fund Accounting) dan Perakaunan Cawangan (Branch Accounting). 2. PERAKAUNAN KUMPULAN WANG Sistem Perakaunan Kumpulan Wang adalah sistem perakaunan yang memberi penekanan kepada akauntabiliti daripada mementingkan keuntungan dan digunakan oleh badan-badan dan agensi kerajaan. 3. KUMPULAN WANG Kumpulan Wang ialah satu akaun yang diwujudkan bagi mencapai tujuan tertentu berdasarkan kepada undangundang dan peraturan yang telah ditetapkan. Satu jumlah peruntukan kewangan (bajet) akan diluluskan dan perlu dibelanjakan berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. 4. JENIS KUMPULAN WANG Pada masa ini Universiti mempunyai sepuluh (10) Kumpulan Wang dengan tujuan dan fungsi yang berbeza seperti berikut: (a) Kumpulan Wang Pengurusan Memperakaunkan urusniaga belanja mengurus atau belanja operasi Universiti yang menggunakan peruntukan/geran kerajaan. (b) Kumpulan Wang Pembangunan Memperakaunkan urusniaga belanja pembangunan Universiti yang menggunakan peruntukan Rancangan Lima Tahun Malaysia (RMK) bagi pembiayaan projek-projek pembangunan Universiti. Kumpulan Wang Pembangunan terbahagi kepada dua (2) jenis: (i) Kumpulan Wang Pembangunan Pusat Memperakaunkan urusniaga belanja pembangunan Universiti mengikut projek yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia (RM) untuk tempoh lima (5) tahun bagi setiap rancangan. Kemas kini : Januari 2014 1

[close]

p. 3

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN (ii) Kumpulan Wang Pembangunan Cawangan Memperakaunkan urusniaga pembangunan Cawangan yang dipindahkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan Pusat apabila projek-projek pembangunan Cawangan berkenaan telah siap. (c) Kumpulan Wang INTEC (International Education College) Memperakaunkan urusniaga bagi program pengajian persediaan pelajar-pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan seumpamanya, yang akan melanjutkan pelajaran di universiti luar negeri dan tempatan. (d) Kumpulan Wang Amanah Memperakaunkan urusniaga yang berkaitan dengan penerimaan dan perbelanjaan bagi sesuatu aktiviti di bawah Kumpulan Wang Amanah. Kumpulan Wang Amanah ditubuhkan bertujuan untuk membantu membiayai aktiviti-aktiviti Universiti yang tidak dapat ditampung oleh peruntukan Kumpulan Wang Pengurusan. Jawatankuasa Akaun Amanah (Trustee) akan mengendalikan operasi Akaun Amanah mengikut Arahan Amanah (Trust Deed) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kewangan Dan Pembangunan. (e) Kumpulan Wang Penyelidikan berkaitan rujukan dengan kontrak Memperakaunkan urusniaga yang penyelidikan berdasarkan terma penyelidikan. (f) Memperakaunkan urusniaga yang perundingan berdasarkan terma perundingan. (g) Kumpulan Wang Kolej hasil dan belanja Memperakaunkan urusniaga penyelenggaraan dewan makan. Kumpulan Wang Perundingan berkaitan rujukan dengan kontrak (h) Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan Memperakaunkan urusniaga pinjaman kenderaan kepada Kemas kini : Januari 2014 2

[close]

p. 4

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN staf Universiti. (i) Kumpulan Wang Pinjaman Komputer Memperakaunkan urusniaga pinjaman komputer kepada staf Universiti. (j) Kumpulan Wang Pendapatan Memperakaunkan urusniaga yang berkaitan dengan penerimaan pendapatan daripada hasil dalaman (hasil yang diterima selain daripada yuran dan kenaan kepada pelajar) dan juga memperakaunkan perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti untuk Kumpulan Wang ini, mengikut Arahan Amanah dengan kelulusan Jawatankuasa Kewangan Dan Pembangunaan. Kumpulan Wang ini juga merupakan sebagai dana sokongan kewangan (financial buffer) kepada Kumpulan Wang lain yang memerlukannya. 5. KUASA KE ATAS KUMPULAN WANG Semua Kumpulan Wang ini diuruskan mengikut peraturan yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti. 6. PERAKAUNAN CAWANGAN (a) Sistem Perakaunan Cawangan (Branch Accounting) merupakan satu sistem kewangan di mana akaunakaun cawangan diwujudkan secara berasingan bagi mengendalikan urusniaga dan aktiviti-aktiviti yang telah diluluskan di peringkat cawangan. Satu akaun ibu pejabat (Head Office-Interbranch Account) akan diwujudkan bagi mengawal dan memantau akaunakaun cawangan ini. Pada akhir tahun, akaun cawangan dan akaun ibu pejabat perlulah seimbang. Setiap UiTM Negeri/Cawangan/Kampus menguruskan kewangannya sendiri dengan dikawal selia oleh Kampus Induk. Kampus Induk, selaku Ibu Pejabat, memberikan imbuhan kepada UiTM Negeri/Cawangan/Kampus mengikut keperluan, tertakluk kepada had maksimum agihan peruntukan tahunan. UiTM Negeri/Cawangan/Kampus dikehendaki menyimpan akaun dan rekod-rekod yang berkaitan, dengan sempurna mengikut prinsip-prinsip perakaunan yang telah ditetapkan. UiTM Negeri/ Cawangan/ Kampus dikehendaki 3 Pekeliling Bendahari Bil. 11/2008 – Penubuhan Kumpulan Wang Pendapatan UiTM Sebagai Dana Khas Universiti (b) (c) (d) Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 5

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN menyediakan penyata berikut:(i) (ii) (e) Penyata Kewangan bagi setiap Kumpulan Wang yang ditubuhkan. Penyata Kewangan yang disatukan. Kampus Induk akan menyediakan Penyata Kewangan disatukan mengikut Kumpulan Wang di peringkat Universiti setelah mengambil kira pelarasan interbranch dan interfund. Kemas kini : Januari 2014 4

[close]

p. 6

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN BAHAGIAN 9B - POLISI PERAKAUNAN 7. ASAS PERAKAUNAN Akaun Universiti disediakan mengikut konvensyen kos sejarah dan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan. 8. POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (a) Instrumen kewangan Universiti bergantung kepada kepelbagaian risiko kewangan termasuk risiko hutang, risiko kadar faedah, risiko pasaran, risiko kecairan dan aliran tunai. Objektif pengurusan risiko kewangan Universiti adalah untuk mengenal pasti dan mengawal risiko yang terdedah kepada Universiti bagi meminimumkan atau mengelak kerugian kesan daripada risiko tersebut serta meningkatkan pulangan. Lembaga Pengarah Universiti bertanggungjawab untuk menangani risiko tersebut dengan menyediakan polisi serta prosedur untuk menguruskannya. Risiko-risiko tersebut diuruskan dengan cara sentiasa menyemak keadaan risiko semasa, sistem kawalan dalaman, mematuhi polisi risiko kewangan dan mendapatkan perlindungan insurans di mana perlu. (b) (c) (d) 9. JENIS RISIKO (a) Risiko Tukaran Asing Universiti beroperasi hanya di Malaysia dan dengan itu tidak terdedah kepada risiko tukaran asing. (b) Risiko Kadar Faedah Universiti tidak terdedah kepada risiko kadar faedah kerana ia tidak mempunyai aset jangka panjang yang menanggung faedah atau hutang yang menanggung faedah. (c) Risiko Kredit (i) Risiko kredit adalah risiko kerugian kewangan daripada kegagalan mematuhi akujanji oleh pihak yang mempunyai kontrak dengan Universiti. 5 Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 7

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN (ii) (iii) Universiti terdedah kepada risiko terutamanya terhadap penghutang. kredit Risiko kredit ditentukan oleh pihak pengurusan Universiti yang menetapkan polisi, penilaian serta mengambil tindakan yang bersesuaian. (d) Risiko Kecairan Dan Aliran Tunai Universiti tidak terdedah kepada risiko ini kerana ia tidak memiliki profil hutang dan memiliki wang tunai atau aset yang boleh ditukarkan kepada wang tunai yang cukup untuk memenuhi keperluan kesemua modal kerja. 10. HARTA TETAP (a) Harta Mudah Alih (i) (ii) Mulai tahun 1995, buku tidak lagi diambil kira sebagai harta tetap. Mulai tahun 1996, harta tetap Universiti diambil kira bagi pembelian barang yang bernilai RM3,000 dan ke atas seunit kecuali bagi pembelian langsir, permaidani, peralatan makmal dari gelas dan perisian komputer tanpa mengambil kira kos, dikelaskan sebagai perbelanjaan bukan harta tetap. Mulai tahun 1998, komponen kos harta tetap yang dibeli dengan menggunakan kaedah FOB (Free On Board) tidak mengambil kira kos insuran dan pengangkutan sebagai kos harta. Ini adalah disebabkan masalah pentadbiran untuk memperakaunkan kos-kos yang berkenaan sebagai kos harta tetap. Mulai tahun 2005, semua jenis perabot termasuk perabot built-in diiktiraf sebagai inventori tanpa mengira kos perolehan. Komponen kos bagi harta mudah alih adalah terdiri daripada kos harta, pemasangan, penghantaran dan ujilari. Mulai tahun 2011, kos bangunan baru dan kemudahan baru adalah termasuk kos ubahsuai, kos naik taraf dan kos tambahan. 6 (iii) (iv) (v) (b) Kos Ubahsuai / Tambahan (i) Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 8

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN Walaubagaimanapun kos penyelenggaraan dan penambahbaikan untuk bangunan dan kemudahan adalah dikecualikan. (ii) Mulai tahun 2011 juga, nilai bangunan dan kemudahan telah ditingkatkan daripada RM50,000.00 kepada RM500,000.00. Perbelanjaan sewa yang dibayar kepada penyewa adalah dikira sebagai perbelanjaan operasi Universiti sekiranya mengikut perjanjian sewa di antara Universiti dan penyewa bangunan menyatakan di akhir tempoh penyewaan bangunan yang disewa perlu diserahkan kembali kepada penyewa bangunan. Sebarang perbelanjaan ubahsuai, naik taraf dan pembaikan ke atas bangunan akan direkod sebagai perbelanjaan operasi dalam tahun perbelanjaan dibuat. Sekiranya mengikut perjanjian, diakhir tempoh penyewaan menyatakan Universiti diberi pilihan untuk membeli bangunan tersebut, proses memperakaunkan bangunan adalah mengikut prinsip memodalkan harta bangunan yang sedang berkuat kuasa dan bersesuaian dengan Malaysian Accounting Standard (MASB) 10 – Sewaan. (c) Polisi Memodalkan Bangunan Yang Disewa (i) (ii) (iii) 11. KLASIFIKASI BANGUNAN Mulai tahun 2005 bangunan diklasifikasikan kepada dua (2) kategori seperti garis panduan di bawah :(a) Bangunan Jangka hayat 50 Tahun Susut nilai bagi bangunan yang dijangka mempunyai jangka hayat 50 tahun adalah 2% setahun. Walau bagaimanapun, penentuan jangka hayat sesebuah bangunan adalah di bawah pertimbangan Bahagian Pembangunan. (b) Bangunan Jangka hayat 10 Tahun Susut nilai bagi bangunan yang dibina bernilai melebihi RM500,000.00 tetapi jangka hayatnya tidak akan melampaui 50 tahun, adalah 10% setahun. Kemas kini : Januari 2014 7

[close]

p. 9

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN Walau bagaimanapun, penentuan jangka hayat bangunan tersebut adalah di bawah pertimbangan Bahagian Pembangunan. 12. SUSUT NILAI (a) Susut nilai terhadap harta tetap dikira untuk melupuskan kos harta dengan menggunakan kaedah garis lurus ke atas jangka hayat sesuatu harta tersebut. Susut nilai pada kadar tahunan dikenakan dalam tahun sesuatu harta tetap dibeli dan tidak dikenakan bagi tahun harta tetap dijual atau dilupuskan. Pekeliling Bendahari (Akaun) Bil. 1/1996 – Perubahan Polisi Perakaunan ITM (b) 13. KADAR SUSUT NILAI (a) Mulai tahun 1995, kadar susut nilai harta tetap Universiti adalah seperti berikut:- BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. BUTIRAN HARTA Tanah (Pegangan Kekal) Tanah (Pegangan Pajakan) Bangunan 10 tahun Bangunan 50 tahun Kemudahan Kenderaan Jentera Kelengkapan Pejabat, Perabot Dan Lengkapan BUTIRAN HARTA Kelengkapan Elektronik KADAR SUSUT NILAI 0% Jangkamasa Pajakan 10% 2% 5% 20% 20% 20% BIL 9. KADAR SUSUT NILAI 20% 20% 20% 20% 10. Kelengkapan Elektrik 11. Kelengkapan Perhubungan Dan Penyiaran 12. Kelengkapan Fotografi, Perubatan, Muzik, Percetakan Dan Riadah Kemas kini : Januari 2014 8

[close]

p. 10

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN 13. Kelengkapan Bekalan Air Dan Elektrik 14. Kelengkapan Keselamatan Dan Kebersihan 15. Kelengkapan Yang Lain (b) 20% 20% 20% Mulai tahun 2005, susut nilai tahunan komputer telah ditingkatkan daripada 20% kepada 25% setahun untuk jangka hayat selama 4 tahun. 14. PENGWUJUDAN KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN PUSAT CAWANGAN (a) (b) Mulai tahun 2001 Kumpulan Wang Pembangunan Pusat Cawangan telah diwujudkan. Sumber pendapatannya adalah imbuhan daripada Kumpulan Wang Pembagunan Pusat Kampus Induk, manakala perbelanjaannya dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan Cawangan, mengikut Kampus dalam tahun kewangan yang sama. Contoh - Kumpulan Wang Pembangunan Cawangan Kampus Kota Samarahan. (Kampus Kota Samarahan dan Kampus Mukah dikira dua (2) entiti kampus yang berlainan). (c) Semua kenaan bank dan hasil simpanan bank dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan Pusat, Kampus Induk. 15. PENGIKTIRAFAN PENDAPATAN Mulai tahun 2008, hasil kod akaun 73000 dan 74000 Kumpulan Wang Pengurusan dipindahkan ke Kumpulan Wang Pendapatan Shah Alam. Kriteria untuk menentukan hasil Universiti yang boleh diambil kira sebagai pendapatan dalam akaun adalah seperti berikut. (a) Jualan Barang Dan Perkhidmatan Hasil jualan barang dan perkhidmatan diambil kira sebagai pendapatan apabila barang atau perkhidmatan telah dihantar kepada pelanggan dan dokumen pengesahan penerimaan barang atau perkhidmatan telah dibuat oleh Kemas kini : Januari 2014 9

[close]

p. 11

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN pelanggan. (b) Hasil Pecah Kontrak Biasiswa Staf Hasil pecah kontrak biasiswa staf diambil kira sebagai pendapatan apabila bayaran diterima. Jumlah kenaan pecah kontrak akan diperakaunkan sebagai Hasil Tertunda dan akan dilunaskan apabila dibayar. (c) Hasil Pelajar Mulai tahun 2007, Universiti telah meminda polisi perakaunan di dalam mengiktiraf hasil pelajar daripada menggunakan prinsip asas tunai kepada prinsip akruan berdasarkan tempoh. Bagi setiap sessi pengajian (1 semester = 6 bulan) yang melangkaui tahun semasa, perkiraan akruan akan dilakukan berdasarkan tempoh bulan yang terlibat. (Contoh: Sessi September 2011 – Februari 2012, tempoh dua bulan iaitu Januari dan Februari mewakili 2/6. Terimaan yang diterima di dalam tahun semasa akan diakrukan sebanyak 2/6 sebagai hasil terakru yang diterima dalam tahun semasa. Pengiktirafan hasil semasa adalah berdasarkan 4/6 dari jumlah terimaan tahun semasa bagi sessi pengajian tersebut) (d) Hasil Simpanan Tetap Pelaburan Jangka-Panjang Al-Mudharabah dan Pekeliling Bendahari Bil. 10/2008 – Pindaan Polis Perakaunan Di dalam Mengiktiraf Hasil Pelajar Daripada Menggunakan Prinsip Asas Tunai Kepada Prinsip Akruan Universiti Teknologi MARA Hasil Simpanan Tetap Al-Mudharabah dan hasil pelaburan jangka-panjang diambil kira sebagai pendapatan apabila faedah diterima oleh Universiti iaitu apabila simpanan tetap telah matang dan bukan mengikut konsep akruan. 16. PENGIKTIRAFAN PERBELANJAAN Mulai Tahun Kewangan 2008, kriteria bagi pengiktirafan pemiutang dalam akaun adalah seperti berikut: “Apabila barang telah diterima atau perkhidmatan /kerja telah disempurnakan dan semua dokumen berikut telah diterima sebelum atau pada 31 Disember sesuatu tahun tetapi belum dibayar dalam tahun yang sama hendaklah diambil kira sebagai piutang tahun tersebut.” (a) (b) (c) (d) Waran perbelanjaan Borang (Pindaan1/2002) telah diluluskan. Pesanan Tempatan telah dikeluarkan. Bil atau inbois daripada vendor telah diterima. Borang Perakuan Penerimaan Barang atau Borang Pengesahan Kerja/Perkhidmatan telah diterima. 10 PB 3/80 Pekeliling Bendahari Bil. 1/2009 – Pindaan Polisi Perakaunan Piutang Universiti Teknologi MARA Pada Akhir Tahun Kewangan Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 12

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN 17. BAYARAN BALIK PERBELANJAAN Mulai tahun 1989, bayaran balik perbelanjaan bagi telefon, perubatan, belanja konvokesyen, penyediaan makanan dan sewa rumah telah dikreditkan ke kod perbelanjaan berkenaan. 18. PENYATUAN (a) Mulai tahun 1998, akaun-akaun Kumpulan meliputi semua Kumpulan Wang Universiti dan anak syarikatnya yang disediakan pada setiap akhir tahun kewangan. Urusniaga dan baki antara anak syarikat adalah dikeluarkan semasa penyatuan dan akaun yang disatukan hanya meliputi urusniaga luaran sahaja. Kaedah ekuiti digunakan untuk menyatukan akaun Universiti dengan akaun anak syarikat. (b) (c) 19. ANAK SYARIKAT Kumpulan menganggap syarikat sebagai anak syarikat apabila ia menguasai lebih separuh daripada komposisi Lembaga Pengarah atau lebih separuh daripada kuasa mengundi, atau memegang lebih separuh daripada modal saham biasa yang diterbitkan. (a) UiTM Holdings Sdn Bhd (i) UiTM Holdings Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada 5 Jun 2007 dengan modal dibenar, diterbit dan dibayar sepenuhnya sebanyak RM10 juta. UiTM Holdings Sdn Bhd adalah seratus peratus anak syarikat Universiti dan pemegang saham utama UiTM Hospitality Management Services Sdn Bhd dan UiTM Document Services Sdn Bhd. UiTM Hospitality Management Services Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 28 November 1997 dengan modal dibenarkan sebanyak RM100,000 manakala modal diterbitkan dan berbayar sepenuhnya sebanyak RM50,000. Dalam tahun 1999 modal dibenarkan telah ditambah kepada RM5 juta manakala modal 11 (ii) (b) UiTM Hospitality Management Services Sdn Bhd (i) (ii) Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 13

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN diterbitkan dan berbayar ditambah kepada RM4,322,454. (iii) (iv) UiTM Hospitality Management Services Sdn Bhd adalah 100% anak syarikat Universiti. Mulai tahun 2004, UiTM Johor Services Sdn Bhd. yang merupakan anak syarikat UiTM Hospitality Management Services Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dengan modal saham biasa berjumlah RM2 seunit. UiTM Document Services Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 23 Oktober 1999 dengan modal dibenarkan sebanyak RM100,000 manakala modal berbayar sepenuhnya sebanyak RM100,000. UiTM Document Services Sdn. Bhd. 100% anak syarikat Universiti. adalah (c) UiTM Document Services Sdn Bhd (i) (ii) (iii) Penyatuan akaun-akaun anak syarikat dalam tempoh 18 bulan. 20. PERBEZAAN POLISI PERAKAUNAN Sebahagian daripada polisi perakaunan anak syarikat berbeza daripada polisi perakaunan Universiti. Perbezaan tersebut adalah seperti berikut:(a) UiTM Hospitality Management Services Sdn Bhd (i) (ii) Nilai minimum bagi memodalkan harta tetap ialah RM1,000. Langsir, linen dan pinggan mangkuk telah dimodalkan sebagai harta walau pun nilainya kurang daripada RM1,000. Susut nilai dikenakan kepada kumpulan akaun ini dengan kadar 20%. (b) UiTM Document Services Sdn Bhd Nilai minimum bagi memodalkan harta tetap ialah RM1,000. 21. STOK (a) Kaedah penilaian stok yang digunapakai oleh Universiti ialah “First in, First Out” (FIFO). Kemas kini : Januari 2014 12

[close]

p. 14

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN (b) Mulai tahun 2002, stok bagi Kampus Induk dan semua UiTM Negeri/Cawangan/Kampus telah tidak dikenakan kepada Penyata Pendapatan kerana Universiti berpendapat bahawa rekod yang ada tidak dapat memberi penilaian stok yang tepat dan telah mengakibatkan perbelanjaan Universiti terlebih diambil kira dan harta semasa terkurang dinyatakan atau sebaliknya. 22. PEMBERIAN KERAJAAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN (a) Mulai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2001 Universiti telah mengubah polisi perakaunan yang berkaitan dengan Pemberian Kerajaan bagi projek pembangunan, bersesuaian dengan kehendak MASB 31 – Accounting For Government Grants And Disclosure Of Government Assistance. Pemberian (Geran) Kerajaan untuk projek pembangunan diiktiraf sebagai Geran Kerajaan Tertunda dan akan dilunaskan mengikut susut nilai projek yang telah siap dan aset yang dibeli serta belanja operasi projek yang tidak dimodalkan. (b) 23. PERUNTUKAN HUTANG RAGU Mulai tahun 2002, Universiti telah melaksanakan polisi hutang ragu seperti berikut:(a) Peruntukan Am Semua hutang yang melebihi satu tahun, diperuntukkan hutang ragu pada kadar 5%. (b) Peruntukan Khas Semua hutang melebihi satu tahun yang tidak dapat dikutip selepas tindakan mahkamah atau jumlahnya kurang daripada jumlah kos mahkamah, diperuntukkan hutang ragu pada kadar 100%. 24. PENYATA ALIRAN TUNAI KAEDAH LANGSUNG (a) Mulai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2003, Universiti telah menukar format Penyata Aliran Tunai daripada Kaedah Tidak Langsung kepada Kaedah Langsung. Sehubungan itu, butiran berikut telah diklasifikasikan semula daripada aktiviti kendalian 13 (b) Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 15

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 9 - PERAKAUNAN kepada aktiviti pelaburan seperti berikut:(i) (ii) (iii) (iv) 25. Aset Kumpulan Wang Pembangunan Keuntungan Daripada Pelupusan Harta Tetap Skim Pembiayaian Pembelian Komputer Dan Kenderaan Staf Serta Keuntungannya Hasil Dividen DALAM PEMBAYARAN ANSURAN KERJA-KERJA PELAKSANAAN : BUKAN HARTA MODAL (a) Mulai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2002, pembayaran ansuran kerja-kerja dalam pelaksanaan (bukan harta modal) diiktiraf sebagai belanja pada tahun perbelanjaan dibuat iaitu dikenakan terus kepada kod belanja tanpa perlu dikenakan kepada kod kerja-kerja dalam pelaksanaan. Universiti berpendapat bahawa kerja-kerja dalam pelaksanaan, bukan harta modal merupakan daripada jenis di mana manfaatnya diperolehi Universiti semasa kerja sedang dilaksanakan. (b) 26. KERJA-KERJA DALAM PELAKSANAAN (HARTA MODAL) (a) Kerja-kerja Dalam Pelaksanaan (Work In Progress – WIP) adalah kerja-kerja pembinaan bangunan yang masih belum disempurnakan pada akhir tahun kewangan. Jumlah yang diambil kira adalah kos yang terlibat berdasarkan kepada Perakuan Bayaran Interim. Nilai kerja-kerja dalam pelaksanaan akan dipindahkan ke dalam aset tetap apabila sekurangkurangnya Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC – Certificate of Practical Complition) dikeluarkan. Sebarang bayaran tambahan akan dicaj terus kepada aset berkenaan dalam tahun berkenaan. (b) 27. ASET CUKAI TERTUNDA (a) Mulai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2003, UiTM Hospitality Management Services Sdn. Bhd. membuat peruntukan cukai tertunda menggunakan kaedah liabiliti atas perbezaan sementara asas cukai dan nilai dibawa aset dan liabiliti pada tarikh lembaran imbangan. Sebelum MASB 25 digunapakai : Cukai Pendapatan 14 (b) Kemas kini : Januari 2014

[close]

Comments

no comments yet