GARIS PANDUAN PELANTIKAN STAF AKADEMIK

 

Embed or link this publication

Description

HCM

Popular Pages


p. 1

 

[close]

p. 2

Edisi Pertama © Universiti Teknologi Malaysia Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Garis Panduan Polisi Kenaikan Pangkat Staf Akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1. 2. 3. Polisi Kenaikan Pangkat Staf Akademik Universiti Teknologi Malaysia. Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (UPM). Panduan Permohonan Kenaikan Pangkat ke Gred yang Lebih Tinggi bagi Kakitangan Akademik. Pereka Kulit : Unit Grafik, Bahagian Hal Ehwal Korporat, Pejabat Naib Canselor ISBN 978-983-9805-84-0 Diterbitkan di Malaysia oleh: Pejabat Pendaftar Seksyen Dasar dan Peraturan Bahagian Pengurusan Modal Insan Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai, Johor Darul Ta’zim, MALAYSIA Dicetak di Malaysia oleh:

[close]

p. 3

KANDUNGAN KATA PENGANTAR PRAKATA PENGHARGAAN KELULUSAN LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI PENDAHULUAN Sejarah Penubuhan UTM Latar Belakang Universiti Sejarah Pentadbiran Universiti Falsafah Universiti Carta Organisasi Objektif Penerbitan Punca Kuasa BAHAGIAN 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 BAHAGIAN 2 2.1 DEFINISI ISTILAH KENAIKAN PANGKAT Definisi Istilah Kenaikan Pangkat Peranan dan Tanggungjawab Urus Setia Kenaikan Pangkat Jawatankuasa Pemilih bagi Pelantikan ke Jawatan Guru Selain Kursi Jawatankuasa Pemilih bagi Pelantikan ke Satu Jawatan Kursi Iklan dan Hebahan Pelawaan Kenaikan Pangkat KRITERIA KENAIKAN PANGKAT Syarat Skim Perkhidmatan 2.1.1 Kenaikan Pangkat ke Jawatan Pensyarah Kanan (Gred DS52) 2.1.2 Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Madya (Gred DS54) 2.1.3 Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Gred Khas Gred C (VK7) i v vi vii viii 1 2 3 4 5 5 6 7 10 13 14 14 15 16 16 17 KANDUNGAN     i 

[close]

p. 4

2.1.4 Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) dalam Keadaan Istimewa 2.1.5 Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Gred Khas yang Lebih Tinggi 2.2 Syarat Minimum Kenaikan Pangkat Mengikut Skim 2.2.1 Syarat Umum 2.2.2 Kriteria Utama dan Taburan Markah Bagi Kenaikan Pangkat Staf Akademik UTM 2.3 Sub Bidang dan Kriteria Utama Kenaikan Pangkat 2.3.1 Bidang Sains dan Teknologi 2.3.2 Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan 2.4 2.5 BAHAGIAN 3 3.1 3.2 3.3 3.4 Ringkasan Peratusan Pemilihan PERIHAL MENGENAI KENAIKAN PANGKAT Prinsip Penetapan Gaji bagi Kenaikan Pangkat Tarikh Pergerakan Gaji Tahunan Tarikh Kenaikan Pangkat Staf yang Bercuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Belajar Berbiasiswa, Cuti Separuh Gaji, dan Tanpa Gaji Staf yang Dilantik Secara Kontrak, Sementara, Sambilan dan sebagainya Staf yang Dilantik Secara Pertukaran Sementara dan Pinjaman Staf yang Dilantik Memegang Jawatan Pentadbir Akademik Prestasi Staf Akademik Kelayakan Penilaian Tahap Kecekapan untuk Kenaikan Pangkat Staf Akademik 17 17 18 19 19 19 20 20 21 21 22 22 3.5 23 3.6 3.7 3.8 3.9 23 23 23 24 KANDUNGAN     ii 

[close]

p. 5

3.10 3.11 Jadual Tahap Kecekapan untuk Staf Akademik Laporan Penilai Luar untuk Permohonan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Madya Laporan Penilai Luar untuk Permohonan Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Laporan Jawatankuasa Penilai Kesepakaran bagi Permohonan Kenaikan Pangkat Staf Akademik Bayaran untuk Penilai Luar dan Jawatankuasa Penilai Kesepakaran Pengecualian Syarat Panduan Pelaksanaan Terma Rujukan Penilai Luar (Referee) Terma Rujukan Jawatankuasa Penilai Kesepakaran (Peer Review Committee) Contoh Surat Permohonan Kenaikan Pangkat Staf Akademik Pernyataan Peribadi Format Curriculum Vitae (CV) Carta Aliran Proses Kenaikan Pangkat Staf Akademik Sub-Bidang dan Kriteria Utama Kenaikan Pangkat Bagi Bidang Sains dan Teknologi (Pensyarah Gred DS52) Sub-Bidang dan Kriteria Utama Kenaikan Pangkat Bagi Bidang Sains dan Teknologi (Profesor Madya Gred DS54) Sub-Bidang dan Kriteria Utama Kenaikan Pangkat Bagi Bidang Sains dan Teknologi (Profesor Gred VK7) Sub-Bidang dan Kriteria Utama Kenaikan Pangkat Bagi Bidang Sains dan Teknologi (Profesor Gred VK6) Sub-Bidang dan Kriteria Utama Kenaikan Pangkat Bagi Bidang Sains dan Teknologi (Profesor Gred VK5) 25 25 3.12 26 3.13 26 3.14 3.15 3.16 LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2 27 28 28 29 30 LAMPIRAN 3 LAMPIRAN 4 LAMPIRAN 5 LAMPIRAN 6 LAMPIRAN 7a 31 33 34 35 36 LAMPIRAN 7b 37 LAMPIRAN 7c 38 LAMPIRAN 7d 39 LAMPIRAN 7e 40 KANDUNGAN     iii 

[close]

p. 6

LAMPIRAN 8a Sub-Bidang dan Kriteria Utama Kenaikan Pangkat Bagi Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan (Pensyarah Gred DS52) Sub-Bidang dan Kriteria Utama Kenaikan Pangkat Bagi Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan (Profesor Madya Gred D54) Sub-Bidang dan Kriteria Utama Kenaikan Pangkat Bagi Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan (Profesor Gred VK7) Sub-Bidang dan Kriteria Utama Kenaikan Pangkat Bagi Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan (Profesor Gred VK6) Sub-Bidang dan Kriteria Utama Kenaikan Pangkat Bagi Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan (Profesor Gred VK5) Kriteria Tambahan (Untuk Pertimbangan Panel Penilai/Temuduga) Ringkasan Peratusan Sub Bidang dan Kriteria Utama Kenaikan Pangkat Staf Akademik Proses Kerja Pengurusan Laporan Penilai Luar Proses Kerja Pengurusan Laporan Jawatankuasa Penilai Kesepakaran 41 LAMPIRAN 8b 42 LAMPIRAN 8c 43 LAMPIRAN 8d 44 LAMPIRAN 8e 45 LAMPIRAN 9 LAMPIRAN 10 46 47 LAMPIRAN 11 LAMPIRAN 12 48 49 RUJUKAN SETULUS PENGHARGAAN JAWATANKUASA PENGGERAK URUS SETIA 50 51 52 53                 Klik Ikon         Untuk Kembali Ke Halaman Kandungan  KANDUNGAN     iv 

[close]

p. 7

KATA PENGANTAR Assalamualaikum wr. wbt dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah di atas usaha dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak khususnya Bahagian Pengurusan Modal Insan (Seksyen Dasar dan Peraturan), Pejabat Pendaftar dalam menerbitkan buku Garis Panduan Polisi Kenaikan Pangkat Staf Akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini. Sebagai Universiti yang sejak awal penubuhannya berpaksi mendaulatkan tradisi ilmu, UTM akan mendokumentasikan buku Garis Panduan Polisi Kenaikan Pangkat Staf Akademik UTM ini sebagai satu naskah penting yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada seluruh warga UTM, khususnya staf akademik. Saya melihat tujuan penyediaan buku garis panduan ini adalah untuk memberikan maklumat yang tepat secara telus kepada semua staf akademik berhubung proses dan kriteria yang digunakan dalam menilai dan memberi kenaikan pangkat kepada staf akademik. Langkah ini sekaligus memperlihatkan hala tuju dan perancangan Universiti keseluruhannya untuk difahami dan dihayati oleh seluruh staf khususnya staf akademik. Penerbitan naskhah ini juga merupakan usaha Universiti untuk menyediakan polisi kenaikan pangkat staf akademik yang lebih mantap dan telus, selari dengan objektif sebagai “Research University” dan perjalanan mendapatkan penganugerahan sebagai APEX University. Kepada Jawatankuasa Penggerak dan Urus Setia yang bertanggungjawab, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah sekali lagi atas penerbitan buku Garis Panduan Polisi Kenaikan Pangkat Staf Akademik UTM. Sekian, terima kasih. Zaini bin Ujang Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia 2010 KANDUNGAN     v 

[close]

p. 8

PRAKATA Assalamualaikum wr. wbt dan Salam Sejahtera, Kenaikan Pangkat merupakan satu inisiatif Pihak Pengurusan Universiti di dalam mengiktiraf sumbangan dan pencapaian staf. Ia juga merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan tahap motivasi staf supaya lebih kreatif dan inovatif di dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sistem kenaikan pangkat staf akademik yang diperkenalkan ini secara tidak langsung mempunyai kekuatan yang tersendiri di mana kriteria utama yang ditetapkan mampu mengekalkan status Universiti Penyelidikan (Research University) yang telah dianugerahkan kepada Universiti Teknologi Malaysia. Di samping itu, kriteria penilaian kenaikan pangkat ini juga mengambil kira beberapa elemen di dalam membantu Universiti mencapai misi untuk menjadi sebuah Universiti APEX. Penerbitan buku panduan ini diharapkan dapat membantu kesemua pihak yang terlibat di dalam proses kenaikan pangkat staf akademik supaya mengamalkan sistem yang seragam untuk memastikan proses tersebut dilaksanakan secara adil dan telus. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penggerak dan Urus Setia di atas kerja keras dan usaha yang diberikan di dalam menyediakan sistem kenaikan pangkat staf akademik yang komprehensif dan teratur. Sekian, terima kasih. Marzuki bin Khalid Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia 2010 KANDUNGAN     vi 

[close]

p. 9

PENGHARGAAN Assalamualaikum wr. wbt dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya buku Garis Panduan Polisi Kenaikan Pangkat Staf Akademik Universiti Teknologi Malaysia dapat diterbitkan. Sebagai sebuah pusat pengurusan Universiti, Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Modal Insan, sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan akademik yang cekap, mantap, dan telus. Buku garis panduan ini diharap dapat membantu staf akademik bagi memahami konsep dan prosedur kenaikan pangkat yang dilaksanakan oleh Universiti ini. Penerbitan buku ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat yang jelas mengenai proses dan prosedur kenaikan pangkat yang sedang berkuatkuasa di UTM, di samping menetapkan satu peraturan yang standard bagi semua fakulti untuk diguna pakai oleh pemohon, Ketua Jabatan, Dekan, dan pentadbir yang terlibat. Selain itu, dengan terbitnya buku panduan ini secara tidak langsung akan memudahkan pemohon untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon kenaikan pangkat bagi sesuatu jawatan. Kepada pihak pentadbiran yang bertindak sebagai urus setia dalam proses kenaikan pangkat staf akademik, buku ini akan menjadi rujukan dan panduan untuk mengurus dan mengawal selia semua proses dan prosedur yang telah ditetapkan. Saya amat berharap dengan terbitnya buku ini akan dapat meningkatkan pengetahuan serta memberi manfaat yang besar kepada semua staf yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Sekian, terima kasih. Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abd. Rahman Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia 2010 KANDUNGAN     vii 

[close]

p. 10

    POLISI DAN PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA INI TELAH DILULUSKAN OLEH LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI DI DALAM MESYUARATNYA BIL. 57/2009 PADA 12 NOVEMBER 2009 & TELAH DILULUSKAN PELAKSANAANNYA BERMULA 1 SEPTEMBER 2010 OLEH JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI DI DALAM MESYUARATNYA BIL. 17/2010 PADA 23 OGOS 2010     KANDUNGAN     viii 

[close]

p. 11

PENDAHULUAN Sejarah Penubuhan UTM Latar Belakang Universiti Sejarah Pentadbiran Universiti Falsafah Universiti Carta Organisasi Objektif Penerbitan Punca Kuasa

[close]

p. 12

PENDAHULUAN Sejarah Penubuhan UTM Sejarah penubuhan institusi pengajian tinggi ini bermula pada tahun 1904 sebagai sebuah kelas pengajian teknik di Bangunan Dewan Bandaran Kuala Lumpur. Pada tahun 1906, kelas teknik telah dijadikan Sekolah Teknik, bertempat di Sekolah Batu Lane dan kemudian berpindah ke Bangunan Muzium, di Bukit Nanas. Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan raya dan jalan keretapi menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar persisiran Selat Melaka seperti Taiping di Larut, Kuala Lumpur di Selangor dan Seremban di Sungai Ujung. Pada tahun 1925, Sekolah Teknik yang baru telah dibuka di Jalan Brickfields (Jalan Tun Sambathan), Kuala Lumpur. Sekolah Teknik ini dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya untuk melatih kakitangan teknik Jabatan Keretapi, Jabatan Ukur dan Jabatan Kerja Raya. Kemudian, pada tahun 1930, Sekolah Teknik Kuala Lumpur telah diperbesarkan di tapak baru di High Street, iaitu kini di Jalan Bandar. Pada tahun 1941, sekolah Teknik ini telah disyorkan agar dinaik taraf ke peringkat maktab. Namun ia tidak dapat dilaksanakan akibat meletusnya Perang Dunia Kedua. Rancangan tersebut hanya dapat dilaksanakan pada tahun 1946, dengan dikenali sebagai Maktab Teknik. Ketika itu, Maktab Teknik menawarkan kursus peringkat diploma yang mengambil masa tiga tahun. Bidang yang ditawarkan ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan Elektrik, Senibina, Perancang Bandar dan Kampung, Ukur Tanah dan Ukur Bahan. Pembinaan Maktab Teknik yang baru di Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), Kuala Lumpur bermula dalam tahun 1951 dan mula digunakan pada bulan Mac 1955. Pada tahun 1960, Maktab Teknik telah mengorak langkah dengan mengendalikan kursus kejuruteraan di peringkat ikhtisas. Pelajar yang mengikuti kursus ini mengambil peperiksaan ikhtisas yang dianjurkan oleh Institution of      1 

[close]

p. 13

Civil Engineers dan Institution of Electrical Engineers, United Kingdom. Kursus ini adalah bertaraf ijazah dan kemajuan yang dicapai oleh para pelajar sangatlah menggalakkan. Pada tahun 1967, Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi telah memperakukan supaya Maktab Teknik dinaikkan perakuan tersebut hanya terlaksana tiga tahun kemudian, taraf iaitu sebagai dengan sebuah institusi bertaraf Universiti mulai tahun 1969. Walau bagaimanapun, tertubuhnya Institut Teknologi Kebangsaan pada 14 Mac 1972, di bawah Seksyen 6(1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pada 1 April 1975, nama institut ini telah ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Latar Belakang Universiti Bermula daripada Sekolah Teknik dan dinaik taraf kepada Maktab Teknik pada tahun 1946, perjalanan dari sebuah sekolah ke Universiti akhirnya sempurna apabila institusi ini menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1975. Semenjak penubuhannya, UTM telah diamanahkan untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berkebolehan dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan dan sehingga ke hari ini UTM kekal sebagai sebuah institusi terkemuka dalam bidang pembangunan sains dan teknologi, inovasi dan pencapaian. Kini UTM merupakan Universiti yang unggul dan ternama di rantau ini dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi. UTM berhasrat untuk menjadi Universiti Bertaraf Dunia, dan untuk menjadikan matlamat ini satu kenyataan, UTM telah merintis jalan ke arah menjadi organisasi pembelajaran yang menyemai dan memupuk budaya cemerlang dan terbilang. Dalam • • usahanya, UTM terus mencetuskan dan mengukuhkan kecemerlangannya dengan memastikan kualiti menerusi: Sistem tadbir urus yang berkesan yang disokong oleh staf pentadbiran (Pengurusan dan Sokongan) yang berkompetensi dan dinamik. Staf yang berwibawa dengan kelulusan terbaik, dedikasi dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi untuk penambahbaikan berterusan dalam disiplin atau bidang pengkhususan masing-masing.      2 

[close]

p. 14

• Staf yang berwibawa dengan reputasi tersohor dan kredibiliti terkemuka yang diiktiraf dan dikenali ramai atas kecemerlangan dalam penyelidikan dan budaya inovasi. • • Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan untuk memastikan modal insan yang cemerlang dan staf sokongan yang kompeten. Pengambilan pelajar yang berkualiti tinggi dan melahirkan graduan dengan pencapaian yang seimbang antara akademik dengan penglibatan kokurikulum untuk memastikan modal insan yang cemerlang dan berkualiti. • Perkongsian bestari dan jalinan strategik dengan pihak industri dan berkepentingan menghasilkan kerjasama dan sinergi yang bermakna. Sejarah Pentadbiran Universiti Selaras Universiti dari dengan semasa perkembangan ke semasa pesat telah Universiti, membuat pihak pengurusan semula penyelarasan pentadbiran berikutan bilangan pelajar, kursus, staf, dan fakulti yang bertambah. Atas keperluan ini, Universiti telah memperkenalkan sistem pengurusan berpusat kepada sistem pengurusan modular bermula pada tahun 1993. Asas ini telah diteruskan sehingga ke hari ini dan adanya penambahbaikan dari semasa ke semasa. berkesan. Ini dapat mengurangkan karenah birokrasi dan menjadikan sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus lebih mantap dan Sistem modular ini dilaksanakan bagi mengambil kira usaha untuk menyediakan pelan strategik ke arah Universiti Bertaraf Dunia.      3 

[close]

p. 15

Falsafah UTM Menjana Minda Kreatif dan Inovatif FALSAFAH UNIVERSITI Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka Universiti Teknologi Malaysia berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendak-Nya. VISI Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia. MISI Menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah Negara. COGANKATA UNIVERSITI “KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA”      4 

[close]

Comments

no comments yet