Peraturan Kewangan & Perakaunan Bhg7

 

Embed or link this publication

Description

Pengurusan Aset Alih

Popular Pages


p. 1

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

[close]

p. 2

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH BAHAGIAN 7 1. - PENGURUSAN ASET ALIH PENDAHULUAN Pengurusan Aset Alih merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan Universiti. Tatacara pengurusan Aset Alih ini disediakan mengikut dasar pengurusan Aset Alih Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kewangan Dan Pembangunan Bilangan 157 pada 2 April 2008. Semua aspek perkembangan semasa Universiti telah diambil kira dalam penyediaan dasar tersebut. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan UiTM(TPAAKU) meliputi: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Bab A – Penerimaan Bab B – Pendaftaran Bab C – Pemeriksaan Penggunaan, Penyimpanan Dan Bab D – Penyelenggaraan Bab E – Pelupusan Bab F – Kehilangan Dan Hapus Kira 2. KUMPULAN ASET ALIH Aset Alih terbahagi kepada dua (2) kumpulan iaitu:(a) Harta Modal adalah Aset Alih yang harga perolehan asalnya RM3,000 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu) dan ke atas setiap satu; Inventori (i) Aset Alih yang harga perolehan asalnya diantara RM500 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus) hingga kurang daripada RM3,000 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu) setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual; atau Aset Alih yang memerlukan penyelenggaraan secara berjadual yang harga perolehan asalnya diantara RM500 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus) hingga kurang daripada RM3,000 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu) setiap satu. (b) (ii) (iii) Penyelenggaraan secara berjadual merujuk kepada Aset Alih yang memerlukan Kemas kini : Januari 2014 1

[close]

p. 3

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH penyelenggaraan seperti yang telah disyaratkan dalam manual/buku panduan pengguna. (c) Barang Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus) dan tidak ekonomikal untuk diselenggara dalam daftar. Walau bagaimanapun barang guna-buang seperti kertas fotostat tertakluk di bawah Tatacara Stor dan perlu didaftar dalam Daftar Stor Unit Pusat Tanggungjawab. Manakala perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira harga perolehan asal didaftarkan sebagai inventori Pusat Tanggungjawab. 3. PEGAWAI ASET ALIH Pegawai Aset Alih bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod pengagihan, penempatan, pemindahan/pertukaran pemilik, penggunaan, penyelenggaraan, pelupusan dan kehilangan Aset Alih Pusat Tanggungjawab yang di bawah seliaannya. (a) Setiap Pusat Tanggungjawab diwajibkan supaya mencalonkan sekurang-kurangnya seorang pegawai (Timbalan Dekan/Timbalan Rektor UiTM Negeri/ Cawangan/Timbalan Ketua Pusat Tanggungjawab / Pegawai Pentadbiran daripada Gred 27 dan ke atas) di peringkat Pusat Tanggungjawab bagi lantikan sebagai Pegawai Aset Alih Pusat Tanggungjawab oleh Naib Canselor. Tempoh lantikan Pegawai Aset Alih (i) (ii) Pentadbir Akademik: Mengikut tempoh pelantikan jawatan yang disandang. Pegawai Pentadbiran: Mengikut tempoh penempatan di Pusat Tanggungjawab. Pegawai Pentadbiran yang dilantik sebagai Pegawai Aset Alih turut bertanggungjawab sebagai Setiausaha kepada Pemeriksa Aset Alih di peringkat Pusat Tanggungjawab. 4. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Aset Alih Universiti diurus mengikut peraturan yang Kemas kini : Januari 2014 (b) 2

[close]

p. 4

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH berkuat kuasa. (a) Bahagian/ Unit Pengurusan Aset Alih UiTM (i) Menyelaras pelantikan Pegawai Pemeriksa, Pegawai Aset Alih Pusat Tanggungjawab, Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa Penyiasat. Menyelaras penyediaan laporan bagi Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan – UiTM (JPAKUiTM). Mengurus tindakan Universiti. pelupusan Aset Alih (ii) (iii) (iv) (v) Mengurus pembentangan laporan kehilangan dan hapus kira. Menyelaras penyediaan dan pembentangan laporan berikut:     Harta Modal Dan Inventori Pemeriksaan Harta Modal Dan Inventori Pelupusan Aset Alih UiTM Tindakan Surcaj/Tatatertib Pekeliling Bendahari Bil 1/2010 – Manual Aset Alih Menyeluruh Kerajaan (b) Pegawai Aset Alih Pusat Tanggungjawab (i) Mengurus Aset Alih (penempatan, pemindahan, pertukaran custodian, penggunaan, penyelenggaraan dan pelupusan) Universiti di peringkat Pusat Tanggungjawab. Menyelaras pencalonan pegawai untuk dilantik sebagai Pegawai Pemeriksa (pemeriksaan fizikal) dan ahli Jawatankuasa Penyiasat (kehilangan). Menyelaras penjadualan pemeriksaan Aset Alih Pusat Tanggungjawab. Memastikan pemindahan penempatan Aset Alih atau pertukaran penjaga (custodian) Aset Alih:  Dimaklumkan kepada Bahagian/Unit Kewangan Zon/Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus bagi tindakan mengemas kini Daftar Harta (sebelum pelaksanaan modul Fine-Asset); atau 3 (ii) (iii) (iv) Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 5

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH  Mengemas kini perubahan lokasi dan custodian atas talian melalui modul FineAsset. (v) Menggunakan Laporan Aset Alih Pusat Tanggungjawab dalam perancangan pembelian, penyediaan keperluan penggantian, penambahan dan penyelenggaraan Aset Alih Pusat Tanggungjawab. Meneliti dan memastikan manual prosedur pengurusan, pengendalian serta penyimpanan/penempatan Aset Alih Pusat Tanggungjawab dikemas kini serta ciri-ciri keselamatan dimantapkan supaya Aset Alih Pusat Tanggungjawab sentiasa dalam keadaan terkawal dan selamat. Meneliti laporan kes kehilangan serta teguran/pemerhatian pihak audit berkaitan pengurusan Aset Alih Pusat Tanggungjawab dan melaksanakan tindakan pemantapan pelaksanaan dasar pengurusan Aset Alih UiTM di peringkat Pusat Tanggungjawab. (vi) (vii) Kemas kini : Januari 2014 4

[close]

p. 6

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH BAHAGIAN 7A - PENERIMAAN Pekeliling Bendahari Bil 2/2010 – Tatacara Pengurusan Aset Alih Universiti Teknologi MARA (Penerimaan) 5. TAKRIFAN (a) “Pegawai Penerima” ialah pegawai yang diberi tanggungjawab untuk menerima dan mengesahkan Aset Alih yang diperolehi. “Pegawai bertauliah” ialah pegawai yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu. (b) 6. OBJEKTIF (a) (b) (c) Memastikan setiap Aset Alih yang menepati spesifikasi yang ditetapkan; diterima Menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan; dan Memastikan Aset Alih diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan selamat untuk digunakan. 7. PERATURAN PENERIMAAN (a) Aset Alih yang diterima perlu dibuat pemeriksaan dengan teliti bagi memastikan ia menepati spesifikasi yang ditetapkan; Pemeriksaan teknikal oleh pegawai-pegawai UiTM yang bertauliah hendaklah dilakukan mengikut kaedah yang bersesuaian; Langkah-langkah berikut hendaklah semasa menerima Aset Alih :(i) dipatuhi (b) (c) Menyemak butiran dalam dokumen yang sah bagi memastikan Aset Alih yang diterima adalah betul; Memeriksa, mengira, mengukur, menimbang atau menguji (mana yang berkaitan) dengan serta-merta sebelum Aset Alih disahkan penerimaannya; (ii) (iii) Mengecap dokumen dengan cap ‘‘Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji”, sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan dengan serta-merta; Kemas kini : Januari 2014 5

[close]

p. 7

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH (iv) Menyediakan Borang Laporan Penerimaan Aset Alih UiTM KEW.PA.UiTM-1 jika terdapat kerosakan atau perselisihan, setelah disemak dan diperiksa; (v) Menghantar dengan serta-merta Borang KEW.PA.UiTM-1 yang telah disahkan dan ditandatangani oleh Ketua Pusat Tanggungjawab, kepada agen penghantaran atau vendor dan salinan dipanjangkan kepada Bahagian/Unit Kewangan Zon/Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus; (vi) Memastikan bahawa Aset Alih diterima berserta dengan Surat Jaminan daripada vendor yang mengesahkan bahawa mutunya menepati spesifikasi seperti dalam perjanjian pembelian; dan (vii) Memastikan Aset Alih yang diterima disertakan dengan manual penggunaan dan penyelenggaraan, jika ada. Kemas kini : Januari 2014 6

[close]

p. 8

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH BAHAGIAN 7B - PENDAFTARAN Pekeliling Bendahari Bil 3/2011 – Tatacara Pengurusan Aset Alih Universiti Teknologi MARA (Pendaftaran) 8. OBJEKTIF (a) (b) (c) (d) Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemas kini; Memudahkan pengesanan dan pemantauan; Membolehkan keadaan Aset Alih diketahui; dan Memudahkan penyelenggaraan, penggantian Aset Alih. pelupusan dan 9. TEMPOH PENDAFTARAN Setiap Aset Alih hendaklah didaftarkan dan ditanda HAK UiTM dan kod Aset Alih dalam tempoh yang ditetapkan. 10. PENDAFTARAN ASET ALIH HADIAH Aset Alih yang diterima secara hadiah bagi tujuan pameran dan latihan/pembelajaran tidak perlu didaftarkan. Walau bagaimanapun Pusat Tanggungjawab hendaklah mewujudkan satu senarai daftar Aset Alih berkenaan bagi tujuan rekod. 11. PUNCA MAKLUMAT Bagi mendaftar Aset Alih, dokumen berikut boleh dirujuk:(a) Aset Alih Yang Dibeli (i) (ii) Salinan Pesanan Tempatan UiTM; Salinan Nota Serahan; (iii) Salinan Invois; (iv) Salinan Baucar Bayaran; dan (v) (b) (i) (ii) (c) (i) Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Salinan Surat Ikatan Perjanjian; dan Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Salinan Daftar jika Aset Alih diterima secara 7 Aset Alih Yang Disewa Beli Aset Alih Yang Diterima Daripada Sumber Lain Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 9

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH pindahan; dan (ii) Salinan surat kelulusan menerima hadiah mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa berserta maklumat lengkap Aset Alih berkaitan. (d) Aset Alih Yang Belum Berdaftar Sekiranya tiada punca maklumat, pendaftaran hendaklah berasaskan maklumat di fizikal Aset Alih berkenaan atau sumber-sumber lain yang berkaitan. 12. DOKUMEN PENDAFTARAN (a) Bagi memudahkan urusan merekod dan mengesan sesuatu Aset Alih, dokumen versi UiTM yang digunapakai adalah seperti berikut:(i) (ii) (b) Daftar Harta Modal KEW.PA.UiTM-2; dan Daftar Inventori KEW.PA.UiTM-3. Bagi pendaftaran melalui sistem berkomputer, perkara berikut hendaklah dipatuhi:(i) (ii) Daftar hendaklah dicetak setiap kali maklumat Aset Alih dikemas kini; dan Ditandatangani oleh Ketua Pusat Tanggungjawab. Pengecualian Apabila Modul Harta Benda pada Fineportal digunapakai sepenuhnya, daftar tidak perlu dicetak kerana boleh dicapai melalui web. Tandatangan digital Ketua Pusat Tanggungjawab akan dimuat-turun daripada Modul Perolehan semasa Pengesahan Bekalan dilulus. 13. BUTIRAN MAKLUMAT Butiran maklumat dalam KEW.PA.UiTM-2 dan KEW.PA.UiTM-3 hendaklah dikemas kini dengan lengkap dan tepat. 14. PENANDAAN ASET ALIH Pelekat HAK MILIK UiTM dan kod Aset Alih UiTM hendaklah ditampal pada Aset Alih UiTM. Salinan kad/buku daftar Aset Alih berkaitan hendaklah disimpan di Bahagian/Unit Kewangan Zon/Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus bagi rujukan. Capaian bagi maklumat terkini Aset Alih boleh diperolehi melalui Fineportal. Kemas kini : Januari 2014 8

[close]

p. 10

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH 15. URUSAN PENDAFTARAN ASET ALIH (a) Perekodan (i) Semua Aset Alih hendaklah didaftarkan oleh Pegawai Aset Alih di Pusat Tanggungjawab dengan menggunakan dokumen KEW.PA.UiTM-2 dan KEW.PA.UiTM-3; Satu Senarai Daftar Harta Modal dengan menggunakan KEW.PA.UiTM-4 dan Senarai Daftar Inventori KEW.PA.UiTM-5 perlu disediakan/dijana melalui sistem; (ii) (iii) Salinan KEW.PA.UiTM-4 dan KEW.PA.UiTM-5 hendaklah dikemukakan secara tahunan seperti berikut: Pendaftaran Di Peringkat Pusat Tanggungjawab Bahagian/Unit Kewangan Zon/Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus hendaklah mengemukakan senarai daftar kepada Ketua Pusat Tanggungjawab untuk makluman dan rujukan maklumat keseluruhan Aset Alih di bawah kawalannya.  Pendaftaran Di Peringkat UiTM Senarai daftar Aset Alih UiTM disatukan dan dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi melalui Bahagian Pengurusan Harta Benda, Pejabat Bendahari untuk makluman. (iv) Daftar Aset Alih hendaklah dikemas kini apabila berlaku perkara berikut:   (b) Penambahan/penggantian/penaiktarafan Aset Alih Pemeriksaan Aset Alih Hapus kira Pelabelan Aset Alih (i) Semua Aset Alih hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabel, mengecat, emboss bagi menunjukkan tanda Hak UiTM (HU) dan kod Pusat Tanggungjawab berkenaan di tempat yang mudah dilihat dan sesuai pada Aset Alih berkenaan. Bagi kenderaan khas yang 9 Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 11

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH digunakan untuk tujuan penyamaran dan risikan hendaklah ditandakan di tempat yang tidak mudah dilihat. (ii) Setiap Aset Alih hendaklah ditanda dengan Nombor Siri Pendaftaran. Panduan menyediakan Nombor Siri Pendaftaran mengikut susunan seperti di bawah: Kod Universiti : UiTM  Kod Kumpulan Wang dan Kod : SA01 Kampus Contoh : Kumpulan Wang Pengurusan Shah Alam  Kod Kumpulan Aset Alih - Harta Modal - Inventori - Barang  Kod Pusat Kos Contoh : Pejabat Bendahari  Kod Harta yang meliputi tahun belian, mod bayaran dan nombor siri, yang diwujudkan secara turutan dalam sistem Contoh : Pelabelan Aset Alih yang dibeli menggunakan bajet Kumpulan Wang Pengurusan Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam pada tahun 2003 UiTM/SA01/0124001/20030303716 : (A) (I) (B) : 0124001 (c) Pergerakan Aset Alih Pergerakan Aset Alih bagi tujuan pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkod dalam Buku Daftar Pergerakan Harta Modal/ Inventori KEW.PA.UiTM6. Apabila Modul Harta Benda pada Fin e-portal digunapakai sepenuhnya, pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkod dan dikemas kini pada menu pindah atau pinjaman. (d) Penyimpanan Daftar 10 Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 12

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH (i) Daftar asal disimpan oleh Pegawai Aset Alih di Pusat Tanggungjawab dan salinan disimpan di lokasi; Salinan asal KEW.PA.UiTM-2 dan KEW.PA.UiTM-3 hendaklah difailkan dan disimpan dengan selamat; dan Salinan KEW.PA.UiTM-2 dan KEW.PA.UiTM-3 boleh dicetak daripada sistem atau modul Fine-Asset bagi tujuan auditan, pemantauan dan rujukan semasa pemeriksaan berkala di Pusat Tanggungjawab. (ii) (iii) (e) Senarai Aset Alih Di Lokasi (i) Senarai Aset Alih mengikut lokasi Aset Alih itu ditempatkan, hendaklah dijana dan dicetak oleh Pegawai Aset Alih melalui modul Fine-Asset dengan menggunakan format KEW.PA.UiTM-7. (ii) Senarai tersebut juga hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa oleh Pegawai Aset Alih di Pusat Tanggungjawab/Bahagian/Unit Kewangan Zon/ Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus berkenaan apabila terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai bertanggungjawab. 16. LAPORAN TAHUNAN HARTA MODAL DAN INVENTORI Laporan Tahunan Harta Modal dan Inventori KEW.PA.UiTM-8 hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi mengikut arahan berkala iaitu setiap suku tahun. Kemas kini : Januari 2014 11

[close]

p. 13

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH BAHAGIAN 7C - PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN 1. Pekeliling Bendahari Bil 4/2011 – Tatacara Pengurusan Aset Alih Universiti Teknologi MARA (Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan) 2. Kenderaan – Manual Pengurusan Kenderaan UiTM 2011, Edisi Ketiga, Keluaran Pejabat Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni 17. OBJEKTIF Semua Aset Alih Universiti hendaklah diguna dan dikendalikan dengan cekap, mahir dan teratur bagi tujuan:(a) (b) (c) (d) (e) Mengurangkan pembaziran; Menjimatkan kos; Mencapai / memanjangkan jangkahayat penggunaan; Mencegah penyalahgunaan; dan Mengelakkan kehilangan. 18. PENGGUNAAN (a) Penggunaan Aset Alih Universiti hendaklah mematuhi peraturan berikut:(i) (ii) (iii) (iv) (b) Digunakan untuk tujuan rasmi sahaja. Mengikut fungsi sebenar seperti yang terdapat dalam manual/buku panduan pengguna; Dikendalikan oleh pegawai berkelayakan; serta yang mahir dan Melapor kerosakan dengan menggunakan Borang Aduan Kerosakan Aset Alih KEW.PA.UiTM-9. Aset Alih yang dibawa keluar dari pejabat hendaklah 12 Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 14

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pusat Tanggungjawab. Aset Alih berkenaan hendaklah dipulangkan semula sebaik selesai penggunaannya atau mengikut tempoh kelulusan mana yang lebih awal. (c) Peraturan mengenai penggunaan, pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan adalah mengikut peraturan semasa yang berkuat kuasa. 19. PENYIMPANAN (a) Aset Alih Universiti hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. Seksyen 14(c) Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605), hendaklah sentiasa dipatuhi bagi mengelak berlakunya kerosakan atau kehilangan Aset Alih. Setiap pegawai adalah bertanggungjawab terhadap apaapa kekurangan, kerosakan atau kehilangan Aset Alih di bawah tanggungjawabnya. Aset Alih yang sangat menarik atau bernilai tinggi akan terdedah kepada risiko kehilangan, maka hendaklah sentiasa di bawah kawalan yang maksimum. (b) (c) 20. PEMATUHAN Pegawai yang gagal mematuhi peraturan di atas, boleh dikenakan tindakan termasuk surcaj di bawah Seksyen 18(c) Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) seperti berikut: “Seseorang yang adalah atau pernah berada dalam penggajian sesuatu badan berkanun boleh disurcaj jika ternyata kepada Lembaga orang itu – (c) adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang-barang simpanan atau harta lain badan berkanun itu;” 21. PEMERIKSAAN (a) Pemeriksaan Aset Alih dilakukan ke atas:(i) (ii) (b) Fizikal; Rekod; dan (iii) Penempatan Tujuan pemeriksaan adalah untuk:13 Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 15

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 7 – PENGURUSAN ASET ALIH (i) (ii) Mengetahui keadaan dan prestasinya; Memastikan setiap Aset Alih mempunyai daftar/rekod yang lengkap, tepat dan kemas kini; dan (iii) Memastikan setiap Aset Alih berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar. (c) Naib Canselor hendaklah melantik sekurang-kurangnya dua (2) orang Pegawai Pemeriksa yang tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan Aset Alih untuk membuat pemeriksaan ke atas harta modal dan inventori. Pemeriksaan hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. Pegawai Pemeriksa hendaklah mengemukakan Laporan Pemeriksaan Harta Modal KEW.PA.UiTM-10 dan Laporan Pemeriksaan Inventori KEW.PA.UiTM-11 kepada Ketua Pusat Tanggungjawab. Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah mengemukakan KEW.PA.UiTM-10 dan KEW.PA.UiTM-11 kepada Naib Canselor melalui Bahagian Pengurusan Harta Benda, Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam. Ketua Pusat Tanggungjawab atau wakil yang dilantik hendaklah melakukan sendiri pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa bagi memastikan peraturan ini dipatuhi. (d) (e) (f) Kemas kini : Januari 2014 14

[close]

Comments

no comments yet