Peraturan Kewangan & Perakaunan Bhg5

 

Embed or link this publication

Description

Pengurusan Perolehan

Popular Pages


p. 1

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

[close]

p. 2

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN BAHAGIAN 5 - PENGURUSAN PEROLEHAN BAHAGIAN 5A - AM 1. DEFINISI PEROLEHAN Perolehan ialah proses untuk mendapatkan atau memperolehi bekalan/perkhidmatan/kerja yang diperlukan oleh Universiti, dengan cekap dan pada kos yang paling menguntungkan, untuk menghasilkan output yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. 2. JENIS PEROLEHAN (a) Bekalan Perolehan bekalan merangkumi barangan yang dibekalkan bagi menjalankan sesuatu program, aktiviti atau projek Universiti. (b) Perkhidmatan Perolehan perkhidmatan merangkumi khidmat guna tenaga manusia, teknologi atau kepakaran untuk melaksanakan atau menyiapkan sesuatu program, aktiviti atau projek Universiti. (i) Perkhidmatan Fasiliti Perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan, pembersihan bangunan dan kemudahan infrastruktur fizikal. (ii) Perkhidmatan Am Perkhidmatan sewaan, pengiklanan, pengangkutan, makanan bermasak, dobi dan seumpamanya. (iii) Perkhidmatan Perundingan Perolehan perkhidmatan perunding merangkumi semua jenis kajian seperti kajian ekonomi, penswastaan, pengurusan, pembangunan fizikal yang memerlukan input seperti seni binaan kejuruteraan, kerja-kerja ukur bangunan serta perundingan dan perkhidmatan kepakaran dalam bidang khusus seperti alam sekitar, pertanian dan pengurusan Kemas kini : Januari 2014 1

[close]

p. 3

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN projek. (c) Kerja Perolehan kerja merangkumi kerja-kerja pembinaan sivil, mekanikal dan elektrikal. 3. PRINSIP PENGURUSAN PEROLEHAN Prinsip pengurusan perolehan adalah bagi memastikan wujudnya akauntabiliti awam, ketelusan dalam pengurusan (transparent), nilai faedah yang terbaik (best value for money), saingan terbuka, serta adil dan saksama. 4. KONSEP PENGURUSAN PEROLEHAN (a) (b) (c) Kualiti yang betul mengikut spesifikasi barang/perkhidmatan/kerja yang diperlukan. Kuantiti yang betul iaitu mengikut keperluan pada satu satu masa. Masa yang betul iaitu memastikan agar barang/perkhidmatan/kerja diperolehi tepat pada masa yang diperlukan. Vendor yang betul iaitu:(i) Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mengenai barang/perkhidmatan /kerja yang diperlukan oleh Universiti; Prestasi memuaskan; dan (d) (ii) (e) (f) (g) 5. (iii) Mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Tempat yang betul iaitu menepati tempat serahan yang telah ditentukan. Harga yang betul iaitu harga yang paling menguntungkan Universiti. Peruntukan mencukupi dan telah diluluskan. DASAR KHUSUS PEROLEHAN (a) (b) (c) Penggunaan tempatan. bahan/barangan/perkhidmatan Keutamaan kepada vendor Bumiputera. Perolehan secara Percuma Ke atas Kapal (Free On Board). 2 Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 4

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN (d) (e) 6. Pemindahan teknologi industri tempatan. dan pengembangan Penggunaan borang-borang piawai. KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB TANGGUNGJAWAB (a) Ketua Pusat Tanggungjawab berkewajipan memastikan perolehan bekalan/ perkhidmatan/ kerja adalah bertepatan dengan spesifikasi yang telah ditentukan dan dibuat mengikut peruntukan yang telah diluluskan bagi Pusat Tanggungjawabnya. Ketua Pusat Tanggungjawab adalah bertanggungjawab sendiri termasuk bertanggungjawab membayar balik jika berlaku kerugian berhubung dengan penyeliaan, penyelenggaraan dan pengawalan am barangbarang, kerja dan perkhidmatan yang diterima atau dipegang oleh Pusat Tanggungjawabnya. (b) 7. PERWAKILAN KUASA Ketua Pusat Tanggungjawab boleh memberi kuasa kepada pegawai kanan di Pusat Tanggungjawabnya untuk menentukan perolehan bekalan/ perkhidmatan/ kerja mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, perwakilan kuasa ini tidak pula mengurangkan tanggungjawab Ketua Pusat Tanggungjawab terhadap peraturan-peraturan yang berkaitan. 8. KERAHSIAAN MAKLUMAT PEROLEHAN Semua pihak yang menguruskan perolehan Universiti hendaklah melaksanakan Integrity Pact dan adalah bertanggungjawab untuk merahsiakan semua maklumat yang berkaitan dengan perolehan yang diuruskan. Pegawai yang mempunyai kepentingan dengan petender/penyebut harga hendaklah mengisytiharkan secara bertulis mengenai 2. Pekeliling Bendahari kepentingannya dan menarik diri daripada Bilangan menguruskannya. 1. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2010 – Garis Panduan Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan 7/2011 – Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Kemas kini : Januari 2014 3

[close]

p. 5

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN Perolehan Di Universiti Teknologi Mara 9. KAJIAN PASARAN DALAM PEROLEHAN Adalah menjadi kewajipan pegawai yang memerlukan sesuatu barang/perkhidmatan/kerja membuat kajian pasaran yang berpatutan bahawa barang/perkhidmatan/kerja yang akan diperolehi atau dilaksanakan itu adalah yang paling sesuai dan menguntungkan Universiti dengan mengambil kira kualiti, harga, kegunaan, kos penyelenggaraan, tempoh penggunaan dan faktor-faktor lain yang berkaitan. Sumber kajian pasaran meliputi maklumat daripada vendor, pembelian terdahulu, pembelian oleh organisasi lain dan Internet. Arahan Perbendaharaan 169 – Kajian Pasaran Dalam Perolehan 10. DASAR KEUTAMAAN KEPADA VENDOR BUMIPUTERA Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. - BEKALAN DAN PERKHIDMATAN Semua pelawaan bekalan dan perkhidmatan secara sebut harga rasmi yang bernilai tidak melebihi RM100,000 hendaklah dipelawa di kalangan vendor Bumiputera sahaja. (a) Keutamaan Harga Bagi tender dan sebut harga rasmi yang melebihi RM100,000, Universiti hendaklah memberi keutamaan harga kepada vendor Bumiputera untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut peratusan seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (b) Melebihi RM100,000 hingga RM500,000 Melebihi RM500,000 hingga RM1.5 juta Melebihi RM1.5 juta hingga RM5 juta Melebihi RM5 juta hingga RM10 juta Melebihi RM10 juta hingga RM15 juta Melebihi RM15 juta - 10% 7% 5% 3% 4 Tahun 1995 – Dasar Keutamaan Kepada Syarikat Bumiputera Dalam Perolehan Kerajaan - 2.5% - Tiada Pembuat Bumiputera Sekiranya perolehan bekalan berkenaan dilaksanakan secara tender terbuka di kalangan Kemas kini : Januari 2014 4

[close]

p. 6

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN pembuat tempatan, keutamaan harga hendaklah diberi kepada pembuat Bumiputera seperti berikut : (i) (ii) (iii) 11. Sehingga RM10 juta Melebihi RM10 juta hingga RM100 juta Melebihi RM100 juta 10% 5% 3% DASAR KEUTAMAAN KEPADA VENDOR BUMIPUTERA - KONTRAK KERJA (a) (b) Kerja-kerja bernilai kurang daripada RM50,000 dikhaskan kepada Bumiputera. 30% daripada peruntukan tahunan untuk projek kerja khas Bumiputera (tidak termasuk kerjakerja kurang daripada RM50,000). Sekurang-kurangnya 50% bagi projek bernilai RM50,000 hingga RM350,000 dikhaskan untuk ditandingi dalam kalangan Bumiputera. 1. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2002 – Penggunaan Bahan/Baranga n/ Perkhidmatan Tempatan Dalam Perolehan Kerajaan Pekeliling Bendahari Bilangan 10 /2009 – Peringatan Kepada Agensi Mengenai Keperluan Mewajibkan Penggunaan Bahan/ Barangan/ Perkhidmatan Tempatan Dalam Perolehan (c) 12. PEROLEHAN BARANG IMPORT (a) Perolehan barang import hanya boleh dilaksanakan setelah dipastikan bahawa ianya tidak boleh diperolehi secara tempatan. Setiap jenis item barangan import bernilai melebihi RM50,000 hendaklah mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI). (b) (c) (d) Barang import yang telah ada di dalam negara (ex-stock) bernilai melebihi RM50,000 tidak boleh dipertimbangkan. 2. Barang import penyelidikan, perubatan dan latihan yang bernilai melebihi RM5 juta atau barang import bukan penyelidikan, perubatan dan latihan melebihi RM200,000 bagi satu kontrak hendaklah diuruskan secara FOB ( Free on Board). Urusan pengangkutan barang import secara FOB hendaklah dikendalikan oleh Multimodal Transport Operator (MTO) yang dipilih daripada vendor yang dilantik oleh Kerajaan. (e) Kemas kini : Januari 2014 5

[close]

p. 7

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN Kerajaan 3. Surat Pekeliling Bendahari Bilangan 3/ 2012 – Garis Panduan Perolehan Bekalan Dan Penghantaran Buku Terbitan Dan Cetakan Luar Negara 13. KAEDAH PEROLEHAN (a) (b) (c) (d) (e) (f) Perolehan Melalui Pembelian Terus Perolehan Melalui Sebut Harga Rasmi Perolehan Melalui Tender Terbuka/Terhad Perolehan Melalui Rundingan Terus Perolehan Melalui Kontrak Perbendaharaan Perolehan Kerja-kerja Requisition 14. PENENTUAN KAEDAH PEROLEHAN Pusat Tanggungjawab adalah bertanggungjawab untuk membuat perancangan pembelian tahunan, agar kaedah perolehan yang paling sesuai dan menguntungkan Universiti, dapat diuruskan. (a) Kaedah perolehan ditentukan mengikut nilai keseluruhan tahunan bagi setiap jenis item. Jika item yang hendak dibeli dalam sesuatu tempoh itu tidak sama jenis, tetapi boleh dibeli daripada vendor atau kumpulan vendor dalam bidang yang sama atau item berkenaan akan digunakan secara bersama (sama ada secara set atau bukan set), pembelian hendaklah dibuat secara bersama-sama, dengan kaedah perolehan yang ditentukan berdasarkan nilai keseluruhan tahunan. Contohnya pembelian LCD projektor dan skrin adalah merupakan jenis item yang berbeza tetapi perlu dibeli bersama kerana akan digunakan bersama. (b) Bagi item yang berlainan diperlukan secara berulang jenis atau tetapi boleh 6 Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 8

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN dikumpulkan dalam satu pembelian seperti alat tulis pejabat, kertas dan fail, pembelian hendaklah dikumpulkan bersama-sama dan kaedah perolehan akan ditentukan mengikut nilai keseluruhan tahunan. (c) Bagi perolehan kerja atau perkhidmatan yang melibatkan tawaran kadar harga, penentuan kaedah perolehan hendaklah berdasarkan nilai siling untuk setiap pelawaan. 15. JENIS ITEM Jenis item dibahagikan kepada dua (2) kategori. (a) (i) Item Sama Jenis Persamaan dari segi spesifikasi asas atau spesifikasi umum dan persamaan dari segi fungsi dan penggunaannya.; atau Perbezaan atau variasi dari segi saiz/warna atau seumpamanya, tetapi tidak menjejaskan fungsi asas atau fungsi umum penggunaannya. Contoh item sama jenis ialah kerusi plastik untuk dewan makan dan bilik rekreasi pelajar, paku 1 inci, paku 2 inci dan seumpamanya. (b) Item Yang Tidak Sama Jenis Setiap item dikira sama jenis, jika terdapat: (ii) Setiap item dikira tidak sama jenis jika terdapat perbezaan dari segi spesifikasi asas atau spesifikasi umum, yang mana menyebabkan perbezaan dari segi fungsi serta tujuan penggunaannya. Contoh item yang tidak sama jenis ialah kasut sukan, kasut pengawal, komputer desktop, notebook. 16. LARANGAN MEMECAH KECIL PEROLEHAN Tindakan memecah kecil perolehan barang/ perkhidmatan / kerja bagi item yang sama jenis, untuk mengelakkan kaedah perolehan sebut harga rasmi / tender adalah tidak dibenarkan kerana boleh melibatkan tawaran harga yang kurang kompetitif dan tidak berdaya saing. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2001 – Had Nilai Perolehan, Kuasa, Tanggungjawab Lembaga Perolehan Dan Jawatankuasa Sebut Harga Kemas kini : Januari 2014 7

[close]

p. 9

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN BAHAGIAN 5B - PEMBELIAN TERUS Urusan pembelian terus bagi bekalan dan perkhidmatan Arahan dibuat oleh Pusat Tanggungjawab tertakluk kepada syarat- Perbendaharaan 173 – Pembelian Terus syarat dan peraturan yang ditetapkan. 17. HAD NILAI PEMBELIAN TERUS (a) Perolehan bekalan atau/dan perkhidmatan bagi sesuatu Pusat Tanggungjawab sehingga RM50,000 setahun, bagi setiap jenis item. Perolehan bekalan atau/dan perkhidmatan yang terdiri daripada beberapa jenis item sehingga RM50,000 bagi setiap pelawaan. (b) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 2007 - Had Nilai Dan Syarat-Syarat Pembelian Terus Bagi Bekalan Dan Perkhidmatan 18. BEKALAN YANG BERNILAI SEHINGGA RM10,000 (a) Perolehan bekalan yang bernilai sehingga RM10,000, memadai dengan mendapatkan satu (1) sebut harga daripada mana-mana vendor yang diketahui sentiasa menawarkan harga yang berpatutan, sama ada yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan, bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera, serta memastikan tidak tertumpu kepada vendor tertentu. Pelawaan kepada vendor bertaraf Bumiputera hendaklah diberi keutamaan. (b) Perolehan bekalan yang bernilai melebihi RM10,000 sehingga RM50,000, hendaklah dapatkan sekurang-kurangnya dua (2) sebut harga daripada mana-mana vendor yang diketahui sentiasa menawarkan harga yang berpatutan, sama ada yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan, bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera, serta memastikan tidak tertumpu kepada vendor tertentu. Pelawaan kepada vendor bertaraf Bumiputera hendaklah diberi keutamaan. Pekeliling Bendahari Bilangan 4 /2012 – Garis Panduan Mengenai Perolehan Bekalan Dan Perkhidmatan Secara Pembelian Terus 19. PERKHIDMATAN RM20,000 YANG BERNILAI yang SEHINGGA Perolehan perkhidmatan Kemas kini : Januari 2014 bernilai sehingga 8

[close]

p. 10

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN RM20,000, memadai dengan mendapatkan satu (1) sebut harga daripada mana-mana vendor yang diketahui sentiasa menawarkan harga yang berpatutan, sama ada yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan, bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera, serta memastikan tidak tertumpu kepada vendor tertentu. Pelawaan kepada vendor bertaraf hendaklah diberi keutamaan. 20. PERKHIDMATAN YANG BERNILAI RM20,000 HINGGA RM50,000 Bumiputera MELEBIHI Perolehan perkhidmatan yang bernilai melebihi RM20,000 sehingga RM50,000 hendaklah dapatkan sekurang-kurangnya dua (2) sebut harga daripada mana-mana vendor yang diketahui sentiasa menawarkan harga yang berpatutan, sama ada yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan, bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera, serta memastikan tidak tertumpu kepada vendor tertentu. Pelawaan kepada vendor bertaraf hendaklah diberi keutamaan. 21. PENGECUALIAN Peraturan di Para 18(b) dan Para 20 tidak diwajibkan bagi perolehan bekalan / perkhidmatan seperti berikut :(a) Perolehan daripada vendor atau pembuat tunggal dengan syarat disertakan surat atau sijil pelantikan sebagai vendor tunggal atau surat akuan pembuat tunggal. Perkhidmatan yang ditetapkan secara dirunding seperti konferens, sewaan seumpamanya. mana kadar harga telah umum dan tidak boleh yuran kursus/ seminar/ hotel / kemudahan dan Bumiputera (b) 22. KUASA MELULUSKAN PEMBELIAN TERUS BEKALAN / PERKHIDMATAN (a) Pembelian Terus Yang Mempunyai Bilangan Sebut harga Seperti Mana Yang Disyaratkan. 9 Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 11

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN Ketua Pusat Tanggungjawab adalah diberi kuasa untuk meluluskan pembelian terus bagi Pusat Tanggungjawab masing-masing, untuk perolehan bernilai sehingga RM50,000 bagi setiap pelawaan yang melibatkan beberapa jenis item; dan/atau sehingga RM50,000 setahun bagi setiap item. (b) Pembelian Terus (Khas) Sekiranya bilangan sebut harga yang diterima untuk sesuatu pembelian terus itu kurang daripada yang telah ditetapkan, Ketua Bahagian/Unit Kewangan Zon/Ketua Pejabat Bendahari UiTM Negeri/ Cawangan /Kampus /Rektor/Penyelaras Kampus diberi kuasa untuk meluluskan pembelian terus bagi Pusat Tanggungjawab di bawah kendalian masingmasing tertakluk kepada nilai dan syarat berikut :(i) (ii) Sehingga RM50,000 bagi setiap pelawaan yang melibatkan beberapa jenis item. Sehingga RM50,000 setahun bagi setiap jenis item dengan syarat Ketua Pusat Tanggungjawab perlu membuat pengesahan harga yang ditawarkan oleh vendor adalah munasabah iaitu dalam lingkungan 20% daripada harga pasaran. 23. PELAWAAN SEBUT HARGA (a) Pelawaan untuk menyertai sebut harga hendaklah diberikan kepada vendor tempatan (yang terdapat di sekitar lokasi Kampus yang membuat pembelian) sama ada melalui fax/surat/e-mel, dengan menyertakan ’senarai/spesifikasi’ barang/perkhidmatan yang hendak dibeli, mengikut format yang ditetapkan. Vendor yang dipelawa hendaklah digilirkan untuk memastikan perolehan tidak tertumpu kepada vendor tertentu. Pelawaan hendaklah dibuat kepada setiap vendor secara berasingan. Pelawaan kepada satu vendor untuk mendapatkan lebih daripada sebut harga adalah tidak dibenarkan. (b) (c) (d) Kemas kini : Januari 2014 10

[close]

p. 12

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN 24. TEMPOH PELAWAAN SEBUT HARGA Tempoh pelawaan sebut harga hendaklah di antara dua (2) hari bekerja sehingga 7 hari bekerja, dari tarikh surat pelawaan difax/e-mail/pos kepada vendor. 25. PENYERTAAN SEBUT HARGA Vendor boleh menyertai sebut harga sama ada dengan melengkapkan Borang Sebut Harga yang diberikan oleh Pusat Tanggungjawab atau menggunakan kepala surat (letter head) vendor dengan syarat maklumat penting seperti nama item, spesifikasi, jenama, model, tempoh serahan, tempoh jaminan, negara pembuat, kuantiti, harga seunit, jumlah harga, nombor telefon/fax, tandatangan dan nama pegawai vendor tersebut dimasukkan dalam dokumen sebut harga berkenaan. 26. SEBUT HARGA MELALUI FAX / E-MEL (a) (b) Vendor hendaklah menghantar sebut harga dalam sampul surat yang bergam. Sebut harga yang dihantar oleh vendor melalui fax atau e-mel TIDAK BOLEH DITERIMA atau dipertimbangkan kecuali jika melibatkan perolehan bekalan / perkhidmatan yang memerlukan hanya satu (1) sebut harga. 27. PEMBUKAAN SEBUT HARGA (a) Sebut harga bagi setiap pelawaan hendaklah dibuka oleh dua (2) orang pegawai dari Pusat Tanggungjawab yang sama secara serentak pada hari yang telah ditetapkan. Pegawai Pembuka Sebut Harga hendaklah menuliskan kod vendor di muka hadapan setiap borang/dokumen sebut harga. Tarikh pembukaan sebut harga, nama dan tandatangan Pegawai Pembuka Sebut Harga hendaklah dicatatkan pada dokumen sebut harga, sebelum ianya ditandatangani oleh kedua-dua mereka. (b) (c) 28. PENILAIAN SEBUT HARGA 11 Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 13

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN Penilaian ke atas sebut harga bagi bekalan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh vendor hendaklah dibuat oleh Pusat Tanggungjawab yang memerlukan barang atau perkhidmatan tersebut. 29. JADUAL PENILAIAN HARGA (a) Jadual Penilaian Harga dan syor pemilihan vendor hendaklah disediakan oleh Pusat Tanggungjawab dan diluluskan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab, sebelum dikemukakan kepada Pejabat Bendahari yang berkenaan. Jadual Penilaian Harga tidak perlu disediakan bagi: (i) perolehan bekalan atau perkhidmatan di mana hanya satu (1) sebut harga sahaja diterima; atau perolehan daripada vendor/pembuat tunggal, di mana hanya satu (1) sebut harga sahaja diterima. (b) (ii) Ketua Pusat Tanggungjawab hanya perlu memberi kelulusan serta mengesahkan bahawa harga tawaran adalah munasabah. 30. PESANAN TEMPATAN Vendor yang dipilih untuk membekalkan barang atau perkhidmatan melalui pembelian terus tidak diberikan surat tawaran tetapi sebaliknya Bahagian /Unit Kewangan Zon / Pejabat Bendahari UiTM Negeri/Cawangan/Kampus akan mengeluarkan Pesanan Tempatan. PENGECUALIAN Pengeluaran Pesanan Tempatan bagi Pembelian Terus adalah dikecualikan bagi: (a) Setiap perolehan bekalan sehingga RM1,000 atau setiap perolehan perkhidmatan sehingga RM5,000 di mana kadar harga telah ditetapkan oleh UiTM seperti kadar keraian bagi perkhidmatan makanan bermasak, atau; Bekalan/perkhidmatan di mana kadar harga telah ditetapkan secara umum (published rate) oleh vendor seperti surat khabar 12 (b) Kemas kini : Januari 2014

[close]

p. 14

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN tempatan, kadar yuran penyertaan seminar/kursus/yuran badan akreditasi /profesional, kadar-kadar hotel, tambang kapal terbang dan seumpamanya. Memadai dengan mendapatkan senarai kadar harga daripada vendor yang berkenaan, atau; (c) Perolehan bahan di mana setiap satu pembeliannya bernilai sehingga RM1,000.00 dan keperluan bagi setiap PTJ adalah secara kecil-kecilan seperti alat tulis, bahan kimia khusus, ubat khusus, bahan penyelidikan atau; Perolehan barangan mesin /peralatan (kecuali perabot) yang tidak kerap dan tidak banyak, di mana setiap satu unit kurang dari RM500.00 dan setiap satu pembelian bernilai sehingga RM1,000.00 seperti mesin penebuk lubang heavy duty, mesin stapler heavy duty, atau; perolehan perkhidmatan kecuali yang dinyatakan di perenggan 30(b), yang setiap satu nilai perkhidmatan bernilai sehingga RM5,000.00 seperti perkhidmatan makanan bermasak, pembaikan kerosakan peralatan/mesin pejabat/makmal (termasuk alat ganti) dan sebagainya. Jenis item perolehan yang pengecualian khas oleh Bendahari. diberi (d) (e) (f) (g) Perolehan yang telah dilaksanakan dan telah mendapat kelulusan khas perolehan misalannya daripada Naib Canselor / Bendahari / Rektor / Kementerian Kewangan. Kemas kini : Januari 2014 13

[close]

p. 15

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 5 – PENGURUSAN PEROLEHAN BAHAGIAN 5C – SEBUT HARGA RASMI Proses perolehan bekalan/perkhidmatan/kerja melalui Arahan sebut harga rasmi bagi Kampus Induk diuruskan oleh Perbendaharaan 170 – Sebut Harga Bahagian Pengurusan Perolehan, Pejabat Bendahari manakala di peringkat Negeri/Cawangan, diuruskan oleh Kampus masing-masing. 31. HAD NILAI SEBUT HARGA RASMI BAGI BEKALAN / 1. Surat Pekeliling Perbendaharaan PERKHIDMATAN / KERJA (a) Perolehan bekalan dan perkhidmatan bernilai RM50,000 sehingga RM500,000 bagi setiap pelawaan. Perolehan kerja awam yang bernilai melebihi RM20,000 sehingga RM500,000 bagi setiap pelawaan. (b) Bil. 5 Tahun 2009 – Perubahan Had Nilai Dan Tatacara Pengurusan Perolehan Secara Sebut Harga (c) Pelantikan perunding mengikut syarat-syarat 2. Pekeliling Bendahari perolehan pelantikan perunding semasa. Bilangan 8/ 2009 – Garis Panduan Proses Pelawaan Dan Penilaian Sebut Harga Rasmi / Tender 32. KUASA SETUJU TERIMA SEBUT HARGA RASMI Perolehan melalui sebut harga rasmi bagi Kampus Induk hendaklah dibawa kepada Jawatankuasa Sebut Harga Rasmi UiTM Induk untuk kelulusan manakala perolehan melalui sebut harga rasmi di UiTM Kampus perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Sebut Harga UiTM Negeri/Cawangan berkenaan. Pekeliling Bendahari Bilangan 9 /2009 – Garis Panduan Pembukaan Tender Dan Sebut Harga Rasmi Universiti Teknologi MARA 33. PENYEDIAAN SPESIFIKASI (a) (i) Spesifikasi Barang/Perkhidmatan Spesifikasi barang / perkhidmatan yang lengkap, termasuk keperluan latihan yang akan dilaksanakan dalam negara/ penyelenggaraan (jika berkaitan) hendaklah disediakan oleh Pusat Tanggungjawab atau pegawai yang memerlukan barang/perkhidmatan berkenaan. Keperluan latihan di luar negara tidak perlu dimasukkan dalam spesifikasi barang / perkhidmatan. 14 Kemas kini : Januari 2014

[close]

Comments

no comments yet