Peraturan Kewangan & Perakaunan Bhg2

 

Embed or link this publication

Description

Tanggunjawab Pengurusan Kewangan

Popular Pages


p. 1

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

[close]

p. 2

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 2 – TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN KEWANGAN BAHAGIAN 2 - TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN KEWANGAN 1. LEMBAGA PENGARAH Anggaran Hasil Universiti adalah semua jenis pendapatan yang dijangkakan akan diterima bagi pihak atau atas akaun Universiti. Hasil Universiti terdiri daripada pemberian kerajaan, yuran pelajar, faedah dan perolehan pelaburan, sumbangan/hadiah, hasil jualan, sewaan ruang/kemudahan/ peralatan, royalti harta intelek dan terimaan-terimaan lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kewangan Dan Pembangunan dan Lembaga Pengarah Universiti. 2. NAIB CANSELOR Naib Canselor dilantik oleh Menteri dan hendaklah memegang jawatan tersebut atas kehendak Menteri. Naib Canselor hendaklah bertindak sebagai Ketua Eksekutif, pentadbir dan pegawai akademik Universiti. Naib Canselor hendaklah memastikan semua peraturan dipatuhi dan dikuatkuasakan. 3. BENDAHARI Bendahari Universiti ialah Pegawai Kewangan Utama Universiti yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti bertanggungjawab kepada Naib Canselor bagi menjaga hal ehwal kewangan dan perakaunan Universiti. 4. PEGAWAI PENGAWAL Naib Canselor adalah Pegawai Pengawal yang menjalankan kuasa-kuasa di bawah Akta Badan Berkanun (Akaun Dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] dan Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] untuk mengawal perbelanjaan di bawah sesuatu maksud perbelanjaan yang dipertanggungjawabkan kepadanya seperti yang dinyatakan dalam anggaran / belanjawan tahunan dan menjadi pegawai pengakaun utama untuk semua wang awam Universiti yang dipungut, diterima atau dibayar dan semua barang-barang awam Universiti yang diterima, dipegang atau dilupuskan. 5. PERWAKILAN KUASA PEGAWAI PENGAWAL Pegawai Pengawal boleh mewakilkan kuasa kepada Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTJ) untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut had dan kuasa yang dibenarkan. Kemas kini : Januari 2014 Bahagian 111, Seksyen 16(3) Akta 173 Lembaga Pengarah Universiti 1

[close]

p. 3

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 2 – TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN KEWANGAN 6. JAWATANKUASA BERKAITAN PENGURUSAN KEWANGAN UNIVERSITI Bagi tujuan mengatur dan megawal pengurusan kewangan Universiti, Lembaga Pengarah hendaklah melantik suatu jawatankuasa seperti berikut: (i) Jawatankuasa Pelaburan Pengerusi Ahli-ahli Ahli Lembaga Pengarah (i) Naib Canselor atau wakil (ii) Dua orang Ahli Lembaga Pengarah, salah seorang adalah wakil Kementerian Kewangan. Bendahari Setiausaha - Kuasa dan fungsi Jawatankuasa Pelaburan Universiti ialah: (a) Mengemukakan cadangan berikut kepada Lembaga Pengarah Universiti (i) Dasar pelaburan (ii) Agihan keuntungan daripada pelaburan (iii) Pelaburan baru dan penjualan saham Melabur wang lebihan UiTM dari Kumpulan Wang UiTM yang tidak berpunca daripada Kerajaan. Memantau prestasi pelaburan. Memperakukan pelantikan pengurus dana atau firma pengurus dana atau mewujudkan jawatankuasa khas. Menerima dan meneliti laporan daripada pengurus dana tentang strategi pelaburan dan kedudukan semasa. Membuat laporan berkala Pengarah Universiti. kepada Lembaga (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Pelaporan prestasi kewangan anak syarikat. Pembentangan permohonan pelaburan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang di Institusi Kewangan tempatan. Kemas kini : Januari 2014 2

[close]

p. 4

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 2 – TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN KEWANGAN (ii) Jawatankuasa Kewangan Dan Pembangunan Keanggotaan Jawatankuasa Kewangan Pembangunan adalah seperti berikut:Pengerusi Ahli-ahli Naib Canselor (i) Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) (ii) Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) (iii) Wakil Perbendaharaan Malaysia (iv) Pendaftar (v) Bendahari Ketua Bahagian Dasar, Pentadbiran Dan Kualiti Pejabat Bendahari Dan Setiausaha - Kuasa dan fungsi Jawatankuasa Kewangan Dan Pembangunan ialah untuk menilai dan meluluskan cadangan dasar perakaunan dan kewangan yang sesuai diamalkan atau digunapakai oleh pengurusan Universiti. Dasar Perakaunan meliputi kelulusan polisi perakaunan, kelulusan menghapuskira berkaitan hasil/terimaan/ sumbangan /tajaan /pinjaman dana/ harta benda Universiti, kelulusan penubuhan/pindaan pengurusan/ pembubaran /penggabungan / pemindahan pengurusan Akaun Amanah serta pindaan pada Arahan Amanah dan Jawatankuasa Akaun Amanah dan seumpamanya. Dasar Kewangan meliputi pengiktirafan/pengagihan hasil/ terimaan/keuntungan dan kadar kenaan / sewaan /bayaran/caj. Jawatankuasa Kewangan Dan Pembangunan juga bertanggungjawab untuk memperakukan tindakan surcaj bagi kes-kes kehilangan harta benda Universiti. Kemas kini : Januari 2014 3

[close]

p. 5

PERATURAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAHAGIAN 2 – TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN KEWANGAN Kemas kini : Januari 2014 4

[close]

Comments

no comments yet