Bulettin MDP

 

Embed or link this publication

Description

Bulletin Keluaran edisi 2 2014

Popular Pages


p. 1

BULETIN EDISI 1 : 2014, EDISI 2 : 2013 Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian MAJLIS DAERAH PONTIAN PONTIAN BERSIH, INDAH DAN MENARIK ‘’ Sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem pengurusan khususnya sistem pemyampaian perkhidmatan bagi memenuhi permintaan pelanggan seperti saranan kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. MENARIK DI DALAM : Kembara Mahkota Johor Sambutan Ambang Kemerdekaan Le Tour de’ Langkawi

[close]

p. 2

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH PONTIAN EDISI 2/2013 DARI TINTA PENA Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi,Buletin Edisi 1 2014 Majlis Daerah Pontian berjaya diterbitkan buat pertama kalinya dalam versi digital untuk menjadi penghubung dalam menghebahkan segala tindakan dan program-program yang dijalankan oleh Majlis Daerah Pontian buat seluruh warga daerah pontian. Saya ingin mengucapkan setinggitinggi penghargaan diatas usaha sama semua kakitangan Majlis Daerah Pontian bersama agensi kerajaan dan swasta dalam memberikan sepenuh komitmen bagi merealisasikan matlamat Majlis Daerah Pontian dengan jayanya sepanjang tahun 2014. Setiap aktiviti serta program yang dijalankan oleh MDP juga telah mendapat sokongan dan sambutan menggalakkan oleh masyarakat dan hal ini menunjukkan bahawa MDP berperanan aktif di kalangan masyarakat. Justeru itu, kakitangan MDP akan terus dibekalkan dengan pengalaman, pengetahuan,kecekapan agar setiap apa yang dilaksanakan dapat memenuhi permintaan masyarakat. Walaubagaimanapun, usaha menjadikan semua aktiviti serta program MDP bukan hanya dipikul oleh kakitangan MDP tetapi juga terletak di bahu setiap warga daerah Pontian bagi mewujudkan kerjasama dan silaturrahim di antara masyarakat dan juga kakitangan MDP dalam menjayakan sesebuah aktiviti dan program. Akhir kata, semoga semua kakitangan Majlis Daerah Pontian akan terus berganding bahu, bersatu hati dan minda menjalankan tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Sekian, Terima Kasih. MISWAN BIN YUNUS YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH PONTIAN 1 Malaysia Pontian Bersih, Indah dan Menarik

[close]

p. 3

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN SIDANG REDAKSI PENAUNG En. Miswan Bin Yunus Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian SETIAUSAHA, MAJLIS DAERAH PONTIAN NOR SYAZLAN BIN ABD RAZAK ( SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH PONTIAN ) EDISI 1 2014 Majlis Daerah Pontian dengan ingatan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada unit perhubungan Awan dan Korporat, sidang redekasi buletin, seluruh warga kerja majlis daerah pontian serta semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan penerbitan buletin majlis daerah pontian edisi 1/2014. PENASIHAT En. Nor Syazlan Bin Abd Razak Setiausaha Majlis Daerah Pontian KETUA EDITOR Pn. Khairunisah Binti Mazlan EDITOR En. Muniri Bin Arshad Pn. Kelawin Bin Jema’an En. Muhammad Asyrafaizud Bin Daud En. Hj Mhd Izwan Bin Mohamed Awal En. Mohd Falaah Bin Shairi Pn. Normah Bin Md Said Tn. Hj Mohd Shahrizad Bin Mhd Nasir En. Muhammad Syukri Faiz Bin Ahmadun Pn. Nur Zaimah Binti Ab Jabal Pn. Asmah Arabie Bte Abdullah Arabie En. Abdul Hakim Bin Ab Majid Pn. Hjh Hamidah Binti Samad Pn. Siti Suhaila Binti Hussin En. Abdul Aziz Bin Shari JURUFOTO PENERBIT Unit Perhubungan Awam Dan Korporat Majlis Daerah Pontian Kami mengalu-alukan sumbangan artikel, cadangan atau komen daripada pembaca. Sila hantarkan sumbangan anda kepada : Unit Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Daerah Pontian, Jalan Alsago , 82000 Pontian, Johor Darul Ta’zim. Tel : 07 6871 442. 07 6875 292 Hotline : 07 6871 144 Faks : 07 6873 131 Emel : mdpjohor@gmail.com Website : www.mdpontian.gov.my

[close]

p. 4

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN PERISTIWA LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT DATUK HAJI ABDUL LATIFF BIN HAJI BANDI PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI JOHOR KE MAJLIS DAERAH PONTIAN. Satu lawatan kerja ke Majlis Daerah Pontian telah diadakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 19 Julai 2013 sempena pelantikan beliau sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru. Lawatan ini turut disertai oleh Ketua Penolong Setiausaha, bahagian kerajaan tempatan, Tuan Haji Salleh, Ahli-ahli Majlis dan Ketua Jabatan, Bahagian dan Unit Majlis Daerah Pontian. Tujuan Lawatan Kerja tersebut adalah untuk mengetahui kedudukan PBT dari segi pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat. Dalam siri lawatan tersebut, pihak MDP telah memberikan penerangan berkenaan hasil dan pembangunan yang telah dilaksanakan di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Pontian serta beberapa perancangan pembangunan pada masa hadapan.

[close]

p. 5

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN PERISTIWA LAWATAN PEMERIKSAAN PENGGREDAN SISTEM PENARAFAN BINTANG (22 OGOS 2013) Lawatan ini dilakukan oleh Bahagian Inspektorat, KPKT yang telah diketuai oleh Puan Nor Hamidah Binti Hamid @ Abdul Hamid bersama-sama ahli yang lain pada 22 Ogos 2013 bermula jam 8.30 pagi. Tujuan lawatan dilakukan bagi memastikan Majlis Daerah Pontian sentiasa akur dengan indikator yang telah ditetapkan. Setiap indikator telah berjaya diaudit di semua jabatan/bahagian/unit dan di tapak/lapangan. Ulasan dan cadangan penambahbaikan telah diberikan dari pegawaipegawai inspektorat KPKT bagi meningkatkan mutu pengurusan dan tahap perkhidmatan kepada orang awam khususnya di dalam kawasan pentadbiran MDP.

[close]

p. 6

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN PERISTIWA PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013 Program Kembara Mahkota Johor 2013 telah diadakan pada 24 Ogos 2013 bertempat dia kampung Sungai Tempayan, Pekan Nanas, Pontian dan Dataran Dato’ Jalok, Benut. DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah melakukan lawatan ke 10 daerah Negeri Johor membabitkan perjalanan 1100km dan disertai oleh 393 peserta konvoi. Program yang bertemakan “Kembara ke Arah Perpaduan” ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang dan dihadiri oleh para VIP termasuklah Tuan Pegawai Daerah Pontian, Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian, Setiausaha Majlis Daerah Pontian, Ketua Whip dan Ahli Majlis, Ketua Jabatan Agensi Kerajaan Daerah Pontian dan rakyat setempat. Wargakerja Majlis Daerah Pontian telah terlibat secara langsung sebagai Jawatankuasa Persiapan dan Pameran bagi memastikan program Kembara Mahkota Johor berjalan lancar. Sepanjang program berlangsung, DYMM Sultan Johor telah menyaksikan pameran dan demonstrasi pembuatan makanan tradisional tempatan. Selain itu DYMM turut melawat pameran masyarakat tempatan, produkproduk IKS, demo anyaman, pembuatan parang dan klinik kaligra masyarakat Cina. Ketika di khemah santapan, DYMM Sultan Johor juga menyaksikan persembahan keroncong dari kumpulan Gema Simfoni Majlis Daerah Pontian. DYMM Sultan Johor dan rombongan KMJ seterusnya berangkat ke Desa Sri Banang, Minyak Beku, Batu Pahat pada jam 1.00 petang.

[close]

p. 7

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN PERISTIWA MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS, MAJLIS DAERAH PONTIAN SESI 2014/2015 BAGI TEMPOH 1 FEBRUARI 2014 HINGGA 31 DISEMBER 2015. Pada 12 Februari 2014, satu majlis angkat sumpah bagi ahliahli majlis yang baru telah diadakan di Dewan Persidangan, Aras 3, Majlis Daerah Pontian. Seramai 24 orang Ahli Majlis telah mengangkat sumpah bagi memikul tanggungjawab tersebut bagi perlantikan sesi 2014/2015 untuk tempoh dari 1 Februari 2014 hingga 31 Disember 2015. Puan Norzita Bte A.Kahar telah dilantik sebagai Ketua WHIP sekaligus menjadi Ketua WHIP wanita pertama dalam sejarah Majlis Daerah Pontian sejak ditubuhkan pada tahun 1976. Senarai Ahli Majlis , Majlis Daerah Pontian bagi tempoh 1 Februari 2014 hingga 31 Disember 2015 BIL NAMA Encik Mohd Helmi Bin Buang Tuan Hj. Rosele Bin Mohd Tahir Puan Noor Shuhada Binti Sulaiman Encik Shahril Bin Ismail Tuan Hj. Khalid Bin Ibrahim Encik Tan Chin Hock Encik Toh Cheng Chew Encik T. Sarvendaraja a/l Guaindasamy Dorasamy Tuan Haji Md. Israk Bin Abdullah 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 Encik Tan Lye Huat Puan Zarina Binti Mohamed Bain Encik Lee Kam Kian Encik Tan Eng Meng Encik Krishnan Kumar a/l Letchumenan Encik Hairulanuar Bin Turiman Puan Oo see Moay Encik Nasrihat Bin Turiman Encik Loh Eng Hock Puan Norzita Bte A. Kahar Tuan Haji Mohd Don Bin Abdullah Encik Ang Lin In Puan Koh See Chin Encik Modh Nazrol Hassan Bin Abdullah Cik Ching Gua Nang 019-7798989 019-7574492 013-7237969 012-7079765 017-7797688 016-7652432 019-7300558 012-7127116 6872786 NO. TELEFON 013-7123137 019- 7158026 012-7326766 012-7086098 013-7715700 019-7507332 013-7518233 013-7476020 016-7762356 012-7286788 019-7651245 019-7357299 012-7707608 019-7124368 019-7447845 ZON Pontian A Pontian B Pontian C Pontian D Pontian E Pontian F Pontian G Pontian H Pontian I Pontian J Pekan Nenas A Pekan Nenas B Pekan Nenas C Pekan Nenas D Ayer Baloi A Ayer Baloi B Benut A Benut B Benut C Benut D Benut E Permas A Permas B Permas C

[close]

p. 8

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN PERISTIWA MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MAJLIS DAERAH PONTIAN Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, MDP bagi tahun 2012 telah diadakan di A’Famosa Resort Melaka pada 28 Disember 2013, bersekali dengan Program Hari Keluarga MDP 2013. Bertempat di Dewan A1, Cowboy Town, Program APC ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua, Encik Miswan Bin Yunus. Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan seramai 15 orang penerima APC telah diraikan di dalam majlis ini. Penganugerahan ini bertujuan untuk menjadikan anggota berkenaan sebgai contoh kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi. SENARAI PENERIMA APC 2012 BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. NAMA EN. MAHZAN B. MOHAMED EN. MOHD FAIRUZ B. MD. AZMI EN. ARMAN B. MISRAN CIK NORAZWIRA BT. SARKAWI EN. ABD. KADIR B. BACHOK EN. MUHAMAD FAISAL B. OTHMAN PN. KELAWIN BT. JEMAAN EN. MOHD YATIM B. AHMAD EN. HARMIN B. TAIB EN. WAHID B. SARPAN EN. SULIMAN B. ABD KADIR EN. ZAILAN B. AHMAD PN. YULIZA BT. TAMAT EN. MOHD FAIZUL B. ADHAK EN. MOHD NOH B. HASHIM JABATAN / BAHAGIAN / UNIT JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN ( BAHAGIAN PENTADBIRAN ) JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN ( BAHAGIAN PENTADBIRAN ) JABATAN PELESENAN & PENGUATKUASAAN ( BAHAGIAN PENGUATKUASAAN ) JABATAN KEWANGAN JABATAN KEWANGAN JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN LANDSKAP JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN LANDSKAP JABATAN PERANCANGAN BANDAR BANDAR (UNIT TASK FORCE) JABATAN KEJURUTERAAN DAN BANGUNAN (UNIT TASK FORCE) JABATAN KEJURUTERAAN DAN BANGUNAN JABATAN KEJURUTERAAN DAN BANGUNAN JABATAN KESIHATAN JABATAN KESIHATAN Tempoh Perkhidmatan sehingga 31.12.2013 4 TAHUN 4 TAHUN 4 TAHUN 4 TAHUN 9 TAHUN 3 BULAN 20 TAHUN 8 BULAN 4 TAHUN 4 TAHUN 4 TAHUN 6 BULAN 17 TAHUN 11 TAHUN 22 TAHUN 3 BULAN 9 TAHUN 9 BULAN 14 TAHUN 17 TAHUN

[close]

p. 9

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN PERISTIWA PROGRAM SAMBUTAN MALAM AMBANG KEMERDEKAAN 2013 Program Ambang Merdeka 2013 telah diadakan pada 30 Ogos 2013 bertempat di Dataran Stadium Mini Pontian. Program Ambang Merdeka ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Yang Berhormat Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat. Selain itu program ini turut memeriahkan dengan persembahan artis-artis tanah air, Kumpulan Keroncong Mdp Gema Simfoni, Kumpulan Realband, Kumpulan Zapin S.K Bandar Pontian, Kumpulan Zapin Sri Wanna, Persembahan Pantonim dari Kolej Matrikulasi Teknikal Johor dan nyanyian lagu partriotik yang diiringi persembahan bunga Api.

[close]

p. 10

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN PERISTIWA MAJLIS PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT DAERAH PONTIAN Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56 telah diadakan di Dataran Stadium Mini Pontian. Majlis Perbarisan dan Perhimpunan Hari Kemerdekaan ke-56 telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 Peringkat Daerah Pontian telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Yang Berhormat Datuk Haji Ayub Bin Rahmat. Bagi memeriahkan Majlis Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-56 kali ini, kakitangan Majlis Daerah Pontian telah terlibat secara langsung di dalam acara persembahan koir lagu-lagu kebangsaan. Kontinjen Majlis Daerah Pontian telah muncul sebagai pemenang kategori Pakaian tercantik. Tahniah diucapkan!

[close]

p. 11

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN PERISTIWA LE TOUR de LANGKAWI Pada 4 Mac 2014, Daerah Pontian telah dipilih sebagai destinasi penamat perlumbaan peringkat ke-6 Le Tour De Langkawi. Rombongan pelumba LTdL ini berlepas dari Melaka ke Pontian dengan catatan 199.1KM melalui daerah Muar, Yong Peng dan Rengit. Garisan penamat adalah di jalan Al-Sago , Pontian berhadapan dengan bangunan MDP. Pelbagai acara menarik telah diadakan bagi menarik minat dan kunjungan orang ramai bagi memeriahkan acara penamat LTdL peringkat ke-6. Antara aktiviti-aktiviti sampingan adalah seperti pameran, pertandingan melukis, persembahan nyanyian, persembahan tarian dan gamelan. PAMERAN PENAJA LTdL 2014 1. Kementerian Belia & sukan Malaysia -Majlis Sukan Negara -Institut Sukan Negara 2. Tourism Terengganu 3. Terengganu Pro Cycling Team 4. Pembangunan Usahawan Terengganu 5. Telekom Malaysia(TM) 6. Cislista (Merchandising) 7. Hotel Seri Malaysia 8. E’Den 9. Vittoria Tahniah kepada kakitangan MDP terutamanya Unit Persiapan Landskap, Bahagian Penguatkuasaan dan Jabatan Kejuruteraan dan Bangunan kerana telah memberikan komitmen yang tinggi di dalam menjayakan persiapan LTdL 2013 ini.

[close]

p. 12

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN PERISTIWA PELANCARAN JOHOR CYCLING TEAM (JCT) DI PONTIAN Sekali lagi Daerah Pontian cukup bertuah kerana telah terpilih sebagai tuan rumah bagi mengadakan Majlis Pelancaran Johor Cycling Team yang pastinya menjadi sejarah kepada seluruh rakyat Negeri Johor. Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh YB Datuk Zulkurnaian Bin Hj Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor sebagai wakil rasmi Menteri Besar Johor pada 4 Mac 2014. Majlis bermula seawal jam 11.30 pagi dengan ucapan alu-aluan Y. Bhg Datuk Hj Samat Bin Aripin, Pengerusi Persatuan Berbasikal Negeri Johor, Dalam isi Ucapannya Y. Bhg Datuk sempat melahirkan kesyukuran kerana dengan adanya Johor Cycling Team ini, zaman kegemilangan sukan berbasikal Johor akan dapat diulangi semula.Beliau melahirkan harapan agar Johor Cycling Team akan bersaing sehingga ke peringkat Le Tour De Langkawi pada tahun 2015. Sehubungan itu,berbagai aktiviti dan perancangan rapi telah pun berjalan bagi merealisasikan harapan itu. Pada Jam 12.15 tengah hari, YB Datuk Zulkurnaian Bin Hj Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor sebagai Wakil rasmi Menteri Besar Johor merasmikan Johor Cycling Team. Program pelancaran ini telah diadakan pada hari yang sama dengan acara penamat LTdL peringkat ke-6 di daerah Pontian.

[close]

p. 13

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN PERISTIWA PROGRAM LAWATAN KE TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SANITARI LANDFILL DI SEELONG KULAI DAN TARUKA TRANSFER STATION PROGRAM LAWATAN KE TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SANITARI LANDFILL DI SEELONG KULAI DAN TARUKA TRANSFER STATION Tarikh Masa Lokasi : : : 4 November 2013 10.00 Pagi Taruka Transfer Station dan, Tapak Pelupusan Sanitari Seelong. Maklumat Lawatan Pihak Majlis Daerah Pontian telah mengadakan satu lawatan ke tapak pelupusan sanitari di Seelong dan Taruka Transfer Station yang telah diadakan pada 4 November 2013. Seramai 17 peserta yang mengikuti program lawatan ini. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi melihat pengoperasian Sistem Pengurusan Sampah di Tapak Pelupusan Sampah Sinitari Seelong, Kulai Johor yang merangkumi : Pembuangan Sampah Secara Sistematik Dan Tersusun Penggunaan Semula Tenaga Daripada Pembuangan Sampah Yang Terkumpul Mempunyai Sistem Timbangan Dan Pembuangan Sampah Secara Berkomputer Semasa sesi lawatan yang dijalankan di Taruka Transfer Station dan tapak Pelupusan Sampah Sanitari Seelong, Jurutera SWM En. Abdul Mutalib Mohammad dan Pengurus Johor SWM Enviroment, Dr. Al’ Ashari Hj Othman telah memberikan taklimat dan penerangan mengenai kaedah serta proses yang dijalankan di kawasan tersebut. Ucapan aluan dan terima kasih daripada En Miswan bin Yunus, yang Dipertua Majlis Daerah Pontian kerana pihak SWM sudi menerima jemputan program lawatan ini dan seterusnya apa yang disampaikan dapat dimanfaatkan. GAMBARAN PROSES-PROSES KERJA PELUPUSAN SAMPAH YANG DIJALANKAN DI TARUKA TRANSFER STATION

[close]

p. 14

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN PERISTIWA PROGRAM LAWATAN KE TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SANITARI LANDFILL DI SEELONG KULAI, JOHOR.

[close]

p. 15

BULETIN MAJLIS DAERAH PONTIAN PERISTIWA PENYAMPAIAN DUIT RAYA TAHUN 2013 Majlis penyampaian duit raya oleh kelab sukan dan kebajikan telah diadakan pada 2 ogos 2013 dan disempurnakan oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Pontian kepada 199 orang kakitangan Majlis Daerah Pontian. Penyampaian sumbangan duit raya diadakan setiap tahun bagi meraikan dan menceriakan warga kerja MDP dalam menyambut Aidil tri.

[close]

Comments

no comments yet