PANDUAN PENGURUSAN PBS

 

Embed or link this publication

Description

Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 21 April 2014

Popular Pages


p. 1

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH LEMBAGA PEPERIKSAAN 2014 i

[close]

p. 2

PRAKATA Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menerbitkan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan penerbitan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Penghasilan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terdiri daripada 4 Komponen PBS iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan PeraturanPeraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dapat dilaksanakan mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang menjalankan tugas penataran dan pemeriksaan. Manakala ibu bapa boleh menggunakan dokumen ini sebagai rujukan. Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen ini amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini berterusan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah. Terima kasih. DR. NA’IMAH BINTI ISHAK Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia ii

[close]

p. 3

KANDUNGAN HALAMAN PRAKATA BAB 1 DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Dasar Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Punca Kuasa Syarat Pelaksanaan Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah Jadual Pelaksanaan Pelaporan Dokumen Rujukan 2 2 3 4 5 6 7 KANDUNGAN HALAMAN BAB 2 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.0 2.1 Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bidang Tugas Jawatankuasa PBS Jadual Pengoperasian PBS 9 9 2.2 2.3 14 16 iii

[close]

p. 4

KANDUNGAN HALAMAN BAB 3 PENTAKSIRAN PUSAT 3.0 3.1 3.2 Dasar Pelaksanaan PBS Definisi Pentaksiran Pusat Prinsip Pentaksiran Pusat (Pentaksiran Tingkatan 3) Instrumen Pentaksiran PT3 Kelayakan Menduduki PT3 Mata Pelajaran Yang Ditawarkan PT3 Yuran Pendaftaran PT3 Pengurusan PT3 Pelaporan PT3 Pemasangan Instrumen PT 3 Pemeriksaan PT 3 19 19 19 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 21 23 24 25 26 27 28 30 iv

[close]

p. 5

KANDUNGAN HALAMAN BAB 4 PENTAKSIRAN SEKOLAH 4.0 4.1 4.2 4.3 Definisi Pentaksiran Sekolah Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Rujukan Standard Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Kerangka Standard Prestasi Penggunaan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Dalam Pentaksiran Sekolah Instrumen Pentaksiran Jenis-jenis Instrumen Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran Pelaporan Pengurusan Evidens Pentaksiran Berasaskan Sekolah 36 37 39 40 4.4 4.5 41 43 4.6 45 - 4.7 4.8 46 v

[close]

p. 6

KANDUNGAN HALAMAN BAB 5 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM 5.0 Definisi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran SEGAK Pentaksiran BMI Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum Borang - Borang PAJSK 48 5.1 48 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 49 50 51 52 53 KANDUNGAN HALAMAN BAB 6 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 6.0 6.1 6.2 6.3 Definisi Pentaksiran Psikometrik Komponen Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Khusus Ujian Personaliti 60 60 61 62 AKRONIM GLOSORI vi

[close]

p. 7

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 BAB 1 DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 1

[close]

p. 8

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 1.0 DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selari dengan transformasi Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). PBS bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI). Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). 1.1 PUNCA KUASA Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah mulai kohort Tahun 1 tahun 2011 dan di peringkat menengah rendah mulai kohort Tingkatan Satu tahun 2012 adalah berdasarkan: 1.1.1 Akta Pendidikan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah: a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah; Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturanperaturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan. b. c. 2

[close]

p. 9

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 1.1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), KPM telah mengeluarkan: a. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 - KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 - KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011. Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 1 Tahun 2014: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bertarikh 31 Mac 2014. b. c. d. e. 1.2 SYARAT PELAKSANAAN a. Semua murid sekolah rendah di sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM di peringkat sekolah rendah atau Sekolah Swasta yang Tidak Berdaftar dengan KPM tetapi mengikuti kurikulum kebangsaan hendaklah melaksanakan PBS di peringkat sekolah rendah. Semua murid sekolah menengah di sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM atau Sekolah Swasta yang Tidak Berdaftar tetapi mengikuti kurikulum kebangsaan hendaklah melaksanakan PBS di peringkat menengah rendah. b. 3

[close]

p. 10

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 1.3 KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS). Kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH AKADEMIK BUKAN AKADEMIK Pentaksiran Pusat Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik 4

[close]

p. 11

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 1.4 JADUAL PELAKSANAAN 1.4.1 Sekolah Rendah KOMPONEN PBS Pentaksiran Sekolah Pentaksiran PAJSK Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Pusat Peperiksaan Pusat TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN 1 2 3 4 5 6 1.4.2 Sekolah Menengah KOMPONEN PBS Pentaksiran Sekolah Pentaksiran PAJSK Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Pusat (Pentaksiran Tingkatan 3 - PT3) TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN 1 2 3 5

[close]

p. 12

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 1.4.3 Pentaksiran Sekolah Rendah dan Menengah SEKOLAH RENDAH 1 Peperiksan Pusat Pentaksiran Pusat Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Psikometrik PAJSK 2 3 4 5 6 SEKOLAH MENENGAH 1 2 3 4 5 1.5 PELAPORAN SEKOLAH RENDAH 1 Peperiksan Pusat PK Pentaksiran Pusat Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Psikometrik PAJSK S S S S S S S S S S S 2 3 4 5 6 SEKOLAH MENENGAH 1 2 3 4 5 S S S S S S S S S S S SIJIL SPM S S NOTA: S PK SIJIL Laporan disediakan oleh sekolah Penyataan Keputusan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Sijil dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan 6

[close]

p. 13

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 1.6 a. b. DOKUMEN RUJUKAN Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (Tahap 1 Sekolah Rendah dan Tingkatan 1, 2 dan 3) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) (Tahap 2 Sekolah Rendah) Panduan Penjaminan Kualiti Manual Pentaksiran Psikometrik Manual Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Instrumen Pentaksiran Psikometrik Format Instrumen Pentaksiran Pusat c. d. e. f. g. 7

[close]

p. 14

Pentaksiran Pusat 2014 BAB 2 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 8

[close]

p. 15

Pengoperasian PBS 2014 2.0 2.1 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1.1 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA PENGARAH PEPERIKSAAN (SEKRETARIAT) SISTEM DAN PENGURUSAN TKPPM (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) KEFAHAMAN DAN PENYEBARAN MAKLUMAT TKPPM (Operasi Pendidikan) dan Rektor IPGM INTEGRITI DAN PELAKSANAAN TKPPM (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) LP (SEKRETARIAT) LP (SEKRETARIAT) LP (SEKRETARIAT) LP,BPSH, BTP, BPM, BKK, BS, BPPDP, BPSBPSK, BPTV, BPI LP,BPK, BPSH, BPG, IPGM, IAB, BKK, BS LP,BPK, BPSH, BKK, BS, JNJK  Melaksanakan proses semakan pelaksanaan dasar secara berterusan..  Membangunkan sistem aplikasi untuk kemasukan skor  Menyediakan mekanisme pemilihan kemasukan ke pelbagai aliran.  Menganalisis, memantau dan menambah baik kemudahan dan infrastruktur ICT  Merancang dan melaksanakan penataran format pentaksiran dan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran.  Memberikan pendedahan dan latihan peningkatan kefahaman kepada stakeholders.  Melaksanakan program outreach.  Melaksanakan program jerayawara. a. Memantapkan proses penjaminan kualiti. b. Menanamkan nilai integriti. c. Melaksanakan kajian secara berkala. d. Memantau kemasukan SKPM. e. Merujuk kepada tindakan pentadbiran yang boleh diambil terMerancang dan melaksanakan penataran format pentaksiran dan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran. f. Memberikan pendedahan 9

[close]

Comments

no comments yet