Buku Aturcara PITPKB

 

Embed or link this publication

Description

Buku Aturcara PITPKB

Popular Pages


p. 1

01

[close]

p. 2

1. Perutusan YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI - MS03 Perutusan YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - MS04 Sekapur Sireh YBHG. DATUK HAJI ASTAMAN BIN ABDUL AZIZ PENGERUSI PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU - MS05 Seulas Pinang YBRS. TUAN HAJI NAHARUDIN BIN HAJI ABDULLAH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU - MS06 Aturcara - MS07 Visi Dan Aspirasi Kampong Bharu 2035 - MS08 Pelan InduK Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) - MS09 - MS17 Info Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) - MS18 Galeri - MS19 - MS23 Penghargaan - MS24 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 02

[close]

p. 3

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI A Perutusan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam 1 Malaysia “Permata Melayu” di tengah Kuala Lumpur. Saya yakin Pembangunan Kampong Bharu ini mampu berubah ke arah yang lebih baik dan menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan penduduk Kampong Bharu sebagaimana yang mereka harapharapkan sebelum ini dan hasrat semua pihak untuk melihat Kampong Bharu sebgai pusat kebudayaan, intelek dan komersial akhirnya akan menjadi realiti dengan komitmen dan usaha yang berterusan dari semua pihak. Sempena majlis pelancaran ini, saya merakamkan sekali lagi setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, PKB serta agensi terlibat dan seluruh pemilik dan pewaris tanah yang terlibat dalam penggubalan Pelan Induk. Didoakan Pelan Induk diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan selaras dengan hasrat murni kita semua. Sekian, Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. lhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya, Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) telah dimuktamadkan. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) di atas inisiatif strategik ini. Saya percaya Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu bukan sahaja akan meningkatkan imej Kampong Bharu dan melonjakkan nilai komersial tanah di dalam kawasan persekitarannya malah inisiatif ini bakal menjadikan Kampong Bharu sebagai kawasan pelancongan utama di Kuala Lumpur. Sudah pasti inisiatif strategik ini akan menjadi katalis kepada kepada pembangunanpembangunan lain yang bakal menyusul tiba. Kerajaan yakin pelaksanaan Pelan Induk ini berupaya menjana potensi hartanah dan mentransformasi ekonomi ke arah peningkatan kesejahteraan hidup yang seimbang. Penyediaan Pelan Induk oleh PKB secara jelas telah menetapkan visi untuk Kampong Bharu sebagai “Sebuah Pusat Kebudayaan Melayu dan Enklaf Aktiviti Ekonomi Baru Bandaraya Kuala Lumpur” tanpa mengkompromi nilai sejarah, budaya dan warisan Melayu Islam di Kampong Bharu sebagai 03

[close]

p. 4

YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN S Perutusan 04 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam 1 Malaysia zon pembangunan yang ditetapkan dalam PITPKB akan terus dijalankan. Proses ‘match maker’ di antara pemilik/pewaris dan pelabur atau pemaju akan lebih giat dijalankan dalam merealisasikan pembangunan semula Kampong Bharu. Program taklimat dan sesi-sesi khusus juga terus digerakkan bersama pihakpihak GLC dan rakan strategik bagi memberikan gambaran lebih jelas akan potensi dan perancangan PITPKB. Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, saya berdoa ke hadrat Allah SWT dan berharap, agar pelan pembangunan ini akan berjaya direalisasikan demi untuk memartabatkan sosio-ekonomi kaum Melayu di bandar. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB). Sekian, Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. aya merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) telah dimuktamadkan. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB). Sesungguhnya, saya optimis Pelan Induk ini bakal merubah landskap bandaraya Kuala Lumpur sekaligus menjadikan Kampong Bharu sebagai satu-satunya penempatan Melayu yang ikonik di tengah-tengah ibu negara. Penggubalan Pelan Induk melalui proses yang amat teliti serta melalui beberapa siri engagement yang berterusan bersama pemilik dan pewaris tanah seperti Program Turun Padang (TUPA), Sesi-sesi Perbincangan Fokus dan Sesi-sesi Pameran Awam yang menunjukkan penerimaan dan persetujuan untuk Kampong Bharu dibangunkan semakin meningkat. Hasilnya, 88% daripada mereka yang hadir bersetuju untuk Kampong Bharu dibangunkan selaras dengan Pelan Induk ini. Hakikatnya, semua usaha ini adalah bagi memastikan penyediaan Pelan Induk adalah bersifat menyeluruh dan meraih sokongan serta persetujuan penduduk. Selain itu, perbincangan-perbincangan terperinci dengan pemilik/pewaris tanah Kampong Bharu mengikut zon-

[close]

p. 5

YBHG. DATUK HAJI ASTAMAN BIN ABDUL AZIZ PENGERUSI PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU B Sekapur Sireh Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam 1 Malaysia semula Kampong Bharu. PITPKB telah dibentang dan mendapat pandangan serta persetujuan daripada Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, YAB Timbalan Perdana Menteri dan YB Menteri Wilayah Persekutuan dan pegawai-pegawai tertinggi Kementerian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Beberapa pandangan daripada pihak-pihak individu dan kumpulan yang berwibawa seperti ahli-ahli korporat utama, institusi-institusi pengajian tinggi dan pegawai-pegawai perbankan serta profesional telah diperolehi bagi memberikan sumbangan menyempurnakan pelan induk ini. Sesungguhnya, kami yakin dan percaya Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu ini akan terus menjadi pemacu penempatan Melayu terunggul di bandaraya Kuala Lumpur. Sekian, wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. ersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, setelah melalui proses penggubalan yang amat ketat, Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) akhirnya dapat dimuktamad dan dilancarkan pada hari ini. Semua ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa kerjasama dan komitmen jitu semua pihak termasuklah pewaris dan pemilik tanah, warga kerja Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi. Setinggi penghargaan diucapkan kepada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri di atas kesudian melancarkan Pelan Induk. Tahun 2015, usia Kampong Bharu genap 115 tahun, sejak ia mula diwartakan pada 12 Januari 1900 oleh Residen Selangor di bawah kebenaran Seksyen 6 Enakmen Tanah 1887. Menyusuri tempoh lebih 11 dekad itu, Kampong Bharu terkenal sebagai satu-satunya penempatan Melayu di tengah-tengah Kuala Lumpur yang masih berpegang utuh kepada nilai sejarah dan budaya bangsa Melayu. Menginjak ke tahun baharu ini, Pelan Induk diyakini akan menjadi pemangkin dalam menjana pembangunan 05

[close]

p. 6

YBRS. TUAN HAJI NAHARUDIN BIN HAJI ABDULLAH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam 1 Malaysia P Seulas Pinang 06 elancaran Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, adalah mandat kepada Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dalam memacu pembangunan kawasan strategik ini. Pembangunan semula Kampong Bharu melibatkan sebuah kawasan strategik seluas 301.28 ekar, dijana oleh 90 juta kaki persegi luas lantai pembangunan yang dianggarkan 3 kali ganda daripada pembangunan keseluruhan KLCC. PKB optimis Pelan Induk ini dapat merangsang sehingga RM 61 bilion bagi Nilai Pembangunan Kasar (GDV). Pembangunan ini pastinya akan mengimbangi Segi Tiga Emas Kuala Lumpur dengan imej ikoniknya yang tersendiri. Justeru, kerjasama dan iltizam padu daripada semua Captains of GLCs atau Ketua GLC dan Rakan Strategik PKB amat diperlukan demi mencetuskan sinergi baharu ke arah pemerkasaan Melayu di kotaraya ini. Mendepani segala ranjau dan cabaran, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) selaku Agensi Penyelaras, Pemudahcara dan Penggerak Utama dalam pembangunan semula Kampong Bharu sentiasa komited memastikan PITPKB dapat direalisasikan dengan jayanya. Saya mewakili warga PKB mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penggubalan PITPKB terutamanya buat Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi, para pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu. Semoga usaha murni “Menggilap Permata Kuala Lumpur” ini akan menjadi kenyataan. Sekian, wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

[close]

p. 7

ATURCARA 8.30 pagi Ketibaan Jemputan VVIP/Khas 8.50 pagi Ketibaan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan 9.00 pagi Ketibaan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Sesi Bergambar YAB TPM dan YB Menteri bersama Ketua GLC dan Rakan Strategik 9.10 pagi Nyanyian lagu Negaraku & Wilayah Persekutuan Alu-aluan Pengacara Majlis Bacaan Doa • Ucapan YB Menteri Wilayah Persekutuan • Ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri dan Pelancaran PITPKB • Tayangan Video Korporat dan Logo PKB • Taklimat Khas “Menggilap Permata Kuala Lumpur” bersama Ketua GLC oleh Pengerusi PKB • Sesi Q&A • Jamuan makan • Sidang media 11.00 pagi Bersurai 07

[close]

p. 8

BUDAYA mengekalkan lapisan kebudayaan dan mewujudkan hub kebudayaan Kuala Lumpur. Ke arah pembangunan bandar hijau, bersih dan kehidupan yang sihat. HIJAU MAMPAN 08 Memastikan kemampuan ekonomi dan kualiti hidup perbandaran berterusan.

[close]

p. 9

PELAN INDUK TERPERINCI PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (PITPKB) P elan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) merupakan kerangka teras dalam memandu hala tuju perancangan dan pelaksanaan pembangunan Kampong Bharu melangkaui tahun 2020. Matlamat utama penyediaan PITPKB adalah bagi menyediakan satu pelan terperinci berhubung perspektif yang lengkap, tatacara serta kaedah dalam menguruskan dan melaksanakan pembangunan Kampong Bharu melalui penyediaan perincian dua komponen penting iaitu Pelan Perancangan Fizikal dan Pelan Pengurusan Pembangunan Kampong Bharu melangkaui 2020 (“Kampong Bharu Beyond 2020”). Seluas 301.28 ekar yang melibatkan 1355 lot dengan jumlah pemilik berdaftar seramai 5300 orang akan terlibat dalam arus pembangunan perdana ini. Penggubalan PITPKB ini telah melalui satu proses yang ketat dan teliti. Program awal sesi rundingan/engagement bersama pemilik/pewaris dan pihak berkepentingan telah diadakan melalui lima (5) Sesi Program Turun Padang (TUPA) bermula Jun sehingga November 2013. Program TUPA telah dihadiri oleh 4,304 orang dan 2,388 daripadanya adalah merupakan pemilik tanah Kampong Bharu. Analisis yang dilakukan menunjukkan 88% daripada pemilik yang hadir bersetuju dengan inisiatif membangunkan Kampong Bharu. Melalui sesi-sesi taklimat khusus kepada YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, Menteri di JPM (YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar), Menteri Wilayah Persekutuan, Ketua Audit Negara, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan juga Pengerusi SPAD juga turut diadakan dalam mendapatkan persetujuan semua peringkat ke atas pelan yang disediakan ini. Ulasan, pandangan, maklum balas dan cadangan yang dikemukakan semasa semua sesi yang diadakan ini telah diambilkira dalam menyedia dan memuktamadkan PITPKB. 09

[close]

p. 10

Jumlah kawasan: Nombor lot: Jumlah pemilik tanah berdaftar: Bilangan pemilik tanah tertinggi di dalam satu lot: Jumlah bilangan lot kurang daripada 11,840 kaki persegi @ < 0.27ac: Saiz Mininum Lot: 301.38 Ekar (2013) 1,355 lot (2013) 5,300 (2013) 208 orang (2013) 1,193 (23%) (2013) 80.04 kaki persegi (2013) 10

[close]

p. 11

KAMPONG BHARU 2035 1. Masjid Jamek Kampong Bharu 2. ‘Grand Bazaar’ (Pekan Ahad) 3. Kelab Sultan Sulaiman 4. Taman Warisan Sultan Sulaiman 5. Pusat Kebudayaan dan Kesenian 6. Pusat Konvensyen 7. Stesen MRT Cadangan 8. Stesen MRT Sedia Ada 9. Taman Bandar 10. Taman Linear 11. Taman Rekreasi 12. Pembukaan Sg. Bonus 13. Pasar Raja Bot 14. ‘Food Alley’ 15. Industri Kreatif 16. Masjid Pakistan 17. Kuil Gudwara Sahib 18. Balai Bomba 19. Kompleks Sekolah 20. Plaza Rah Kediaman Kediaman Sedia Ada MXIH - Kediaman Berpendapatan Rendah Komersial Komersial Sedia Ada MXC - Komersial Bercampur MXR - Kediaman Bercampur MXCI - Kegunaan Bercampur Komersial & Industri Kemudahan Masyarakat Kegunaan Khas Rizab Sungai Infrastruktur dan Utiliti Rizab Jalan Kawasan Lapang dan Rekreasi Tasik/Badan Air Sempadan Kampong Bharu 11

[close]

p. 12

Komponen utama PITPKB Visi dan aspirasi pembangunan semula Kampong Bharu adalah untuk ditransformasi menjadi Sebuah Pusat Kebudayaan dan Ekonomi Melayu bagi Kuala Lumpur khasnya dan Greater Kuala Lumpur amnya. Cadangan pembangunannya akan berteras kepada tiga (3) aspek utama iaitu pengekalan elemen budaya, mewujudkan suatu pembangunan hijau yang lengkap dengan reruang awam dan taman serta elemen landskap indah serta mewujudkan suatu pembangunan mampan dari aspek pembangunan ekonomi, sosial dan kewangan. Aspek pengekalan budaya, sejarah dan warisan diberi penekanan dan diintegrasikan dalam cadangan PITPKB. Cadangan PITPKB dijangka akan menjana sejumlah 90 juta kaki persegi ruang lantai berdasarkan nisbah plot maksimum yang telah dibenarkan dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 yang disediakan pada peringkat DBKL. Sejumlah 30 peratus diperuntukkan bagi ruang lantai kediaman, 60 peratus diperuntukkan bagi ruang lantai perdagangan dan pembangunan bercampur sementara 10 peratus lagi adalah bagi pembangunan institusi dan kemudahan kemasyarakatan. Pembangunan semula Kampong Bharu yang dijangka akan dilaksanakan sehingga tahun 2035, akan menjana jumlah penduduk seramai 77,000 orang dengan sejumlah 17,500 unit kediaman akan disediakan. 12

[close]

p. 13

MISI DAN KOMITMEN KEPADA PENDUDUK KAMPONG BHARU Tidak ada seorang (pemilik tanah dan pewarisnya) yang akan tertinggal atau terpinggir daripada pembangunan semula Kampong Bharu. SASARAN PEMBANGUNAN Memberi manfaat kepada pemilik, pewaris dan penduduk setempat Menjadi contoh pendekatan pembangunan semula kawasan dalam bandar Mencapai matlamat ‘Tripple Bottom Line’ 13

[close]

p. 14

STRATEGI PELAKSANAAN PEMBANGUNAN 3 strategi untuk pelaksanaan pembangunan C Program ‘Business Improvement District Scheme’ Pembaikan dan pengindahan jalan raya, rangkaian pejalan kaki dan sistem perparitan. A Penyatuan Lot Penyatuan lot individu kepada saiz minimum dan pembangunan adalah berpandukan Pelan Induk Terperinci. Pembangunan Semula Secara Komprehensif Pembangunan setiap lot adalah berpandukan kepada Pelan Induk Terperinci. B 14

[close]

p. 15

311 Lot (bilangan lot terlibat) Kaedah yang digunakan adalah dengan mencantumkan sekurangkurangnya enam (6) lot dalam menyediakan sebuah bangunan Gred ‘A’ dengan keluasan tanah adalah 30,000kps dan luas tapak bangunan adalah sekitar 10,000kps - 12,000kps yang mampu memberikan pulangan tinggi samada untuk tujuan penjualan ataupun penyewaan. Ia juga dilihat memadai dalam memenuhi keperluan-keperluan teknikal seperti penyediaan tempat letak kereta, kawasan lapang dan sebagainya. Kawasan Terlibat: Kg. Atas A Kg. Atas B Sebahagian Kg. Periok 15

[close]

Comments

no comments yet