Buku Panduan Pelajar

 

Embed or link this publication

Description

Buku Panduan Pelajar SMK LKTP Belitong, Kluang

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

PENGERTIAN LENCANA SEKOLAH MERAH Melambangkan keberanian dan ketekalan dalam mencapai matlamat dan cita-cita bersama. Melambangkan kesetiaan kepada raja negara undangundang dan peraturan-peraturan sekolah. Melambangkan keindahan dan keceriaan. Melambangkan kejujuran dan kerohanian. KUNING HIJAU BIRU Melambangkan peluang pendidikan dan ilmu Buku yang terbuka pengetahuan yang begitu luas terbuka yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar. Jangkalukis Melambangkan teras sistem pendidikan era kini adalah berpusat kepada teknologi moden. Melambangkan kesejagatan dalam menimba ilmu pengetahuan. Menggambarkan kesejagatan iaitu empat penjuru alam yang seharusnya tidak menjadi sempadan dalam menimba ilmu pengetahuan di dunia ini. Bulatan Empat palang melintang Berilmu Beramal Berbakti SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 1

[close]

p. 3

LAGU SEKOLAH Sekolah Menengah Belitong Berdiri indah tersergam Menabur bakti mendidik kami Jasa mu guru kami hormati Kecemerlangan impian kami Berdisiplin jadi amalan Kami berazam menimba ilmu Agar menjadi insan berguna Warna biru lambang kemegahan Berilmu beramal dan berbakti Hasrat dan cita-cita kami semua Menuju ke arah wawasan Mari semua berganding bahu Impian jadi kenyataan Sekolah ku yang ku sayangi Jasamu jasamu tetap ku kenang SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 2

[close]

p. 4

JADUAL WAKTU SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. JUMAAT Page 3 KHAMIS SELASA RABU ISNIN

[close]

p. 5

GAMBAR BUTIR-BUTIR PERIBADI PELAJAR. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Nama Pelajar : No. Kad Pengenalan Tarikh Lahir Tingkatan : : ________________________________________________________ : _________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ___________________________________________ Nombor Pendaftaran Sekolah : Tugas-tugas Khas Pasukan Beruniform Kelab / Persatuan Sukan / Permainan Nama Penjaga Alamat Penjaga : : : : : : _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ : : Rumah Bimbit ______________________________ ______________________________ Nombor Telefon Penjaga 13. Tandatangan Pelajar : _________________________________________________ SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 4

[close]

p. 6

BAB 1 PERATURAN SEKOLAH MENENGAH LKTP BELITONG, KLUANG,JOHOR Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh ORDINAN Pelajaran, 1957 Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin sekolah) 1959; yang berkaitan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), dan e-disiplin maka dengan ini Pengetua telah membuat peraturan berikut: 1.1 Nama dan tarikh mula berkuat kuasa peraturan. Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan PERATURAN SEKOLAH MENENGAH LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR; dan hendaklah mula dikuatkuasakan ke atas semua pelajar Sekolah Menengah LKTP Belitong, kluang, Johor mulai TIGA haribulan JANUARI tahun 2012 (3 Januari 2012) Tafsiran Dalam peraturan-peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain ‘sekolah’ ertinya tempat pengajaran dan pembelajaran dijalankan di mana terdapat sepuluh orang atau lebih diajar di dalam satu bilik atau lebih; ‘Sekolah Menengah’ bermaksud sekolah menengah bantuan kerajaan yang menyediakan pendidikan menengah rendah dan menengah atas bagi murid yang telah menamatkan pendidikan sekolah rendah. ‘Pengetua’ ertinya seorang pegawai yang telah dilantik di dalam Perkhidmatan Pendidikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mentadbir sekolah. ‘Murid’ atau ‘Pelajar’ ertinya seseorang individu atau pelajar, tidak mengira umur yang sedang mengalami proses pendidikan di sekolah. ‘Salah laku’ ertinya perbuatan atau kelakuan sama ada nyata atau tidak yang menjadi kesalahan jika melakukannya atau melanggar hukum dan peraturan. ‘Tindakan disiplin’ ertinya sesuatu hukuman yang dikenakan/merit terhadap murid atau pelajar di sekolah kerana melakukan salah laku. ‘Larangan’ ertinya sesuatu perkara atau perbuatan yang ditegah atau salah dan melanggar peraturan. ‘Berat’ ertinya salah laku yang amat serius dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat sekolah dan masyarakat luar. ‘Sederhana’ ertinya salah laku yang serius dan jika diabaikan akan mengganggu dan boleh mendatangkan kemudaratan. ‘Ringan’ ertinya salah laku yang tidak serius dan jika diabaikan boleh mengganggu dan boleh mendatangkan kemudaratan. ‘Biasa’ ertinya salah laku yang kerap kali berlaku atau kelaziman dan perlu langkah pencegahan serta pengawalan agar tidak mendatangkan kemudaratan. ‘Ponteng’ ertinya menipu atau tidak menghadiri sesuatu aktiviti atau kegiatan yang diarah pengetua di sekolah tanpa atau dengan alasan-alasan yang tidak munasabah bertujuan untuk menghindarkan diri dari menjadi seorang pelajar yang bertanggungjawab. ‘Hari Persekolahan’ ertinya hari-hari pelajar hadir ke sekolah iaitu Isnin hingga Jumaat dan belajar mengikut Jadual Waktu Masa Belajar. Tanggungjawab dan Kuasa Pengetua 1.31 Pengetua hendaklah bertanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan Malaysia berhubungan dengan disiplin pelajar 1.2 1.3 SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 5

[close]

p. 7

1.3.2 Pengetua hendaklah : a. Mempunyai kuasa dalam semua perkara yang terkandung di dalam peraturan-peraturan ini bagi menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajarnya. b. Mempunyai kuasa menjalankan apa-apa tindakan disiplin yang terkandung di dalam peraturan-peraturan ini berdasarkan Peraturan 4 iaitu Pengetua sesebuah sekolah adalah bertanggungjawa atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu. Peraturan 8 iaitu Pengetua sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya. 1.4 Pengetua berkuasa mewakilkan kuasanya untuk menjalankan tindakan disiplin kepada guru lain. Pada bila-bila keadaan Pengetua berpuas hati bahawa adalah perlu bagi tujuan: a. Mengawal atau mendisiplinkan pelajar atau; b. Menjaga keselamatan pelajar dan ketenteraman sekolah. Tindakan Disiplin a. Pembuangan Sekolah Seseorang pelajar yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang menganggu, berulang kali dan didapati tidak berubah tingkah lakunya selepas tindakan pemulihan diambil oleh Pengetua atau; tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada pelajar lain atau; terhadap keseluruhan disiplin sekolah dan atau; markah merit melebihi 100 ; tindakan sesuai yang akan diambil ialah mengarahkan PEMBUANGAN SEKOLAH. b. Penggantungan Sekolah Penggantungan merupakan satu arahan; di mana pelajar yang akan terlibat melakukan salah laku dilarang memasuki kawasan sekolah dan atau menikmati kemudahan sekolah. Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja. Pengetua boleh menimbangkan tindakan disiplin yang lebih berat iatu Pembuangan Sekolah; jika pelajar tersebut mengulangi perbuatan melakukan mana-mana salahlaku yang terkandung di dalam Peraturan sekolah ini. c. Hukuman Dera (Merotan)/Corporal Punishment Hukuman dera(merotan) boleh dikenakan kepada pelajar mengikut syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Peraturan Disiplin Sekolah.Hukuman rotan adalah sangat berguna dan berkesan apabila dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh pelajar yang telah didapati bersalah. Kesan hukuman dera/rotan bukan sahaja sebagai pencegah kepada yang lain, malahan kesannya penting ke atas pelajar yang melakukan kesalahan itu sendiri. d. Penahanan/Detention Penahanan adalah untuk mengawal pelajar yang melakukan salah laku kenakalan atau ponteng persekolah supaya tingkah lakunya pada masa akan datang dapat dikawal dan diperbaiki dengan cara menafikannya menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan penahanan itu hendaklah ditentukan masa dan jumlah jam seseorang pelajar itu ditahan. Aktiviti-aktiviti semasa dalam penahanan hendaklah yang berfaedah dan membina. e. Denda Denda adalah merupakan satu hukuman yang perlu diperhalusi dengan teliti agar 1.5 SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 6

[close]

p. 8

f. g. h. boleh diseimbangkan dengan kemampuan pelajar. Denda seharusnya dibayar oleh pelajar sendiri dan tidak oleh ibu bapa pelajar supaya pelajar itu sendiri dapat merasakan yang dia dihukum. Mencatatkan di sijil berhenti dengan kelakuan memuaskan/kurang memuaskan Lembaga disiplin akan mengenakan tindakan dengan mencatatkan di sijil berhenti pelajar dengan catatan memuaskan/kurang memuaskan di bahagian kelakuan sekiranya pelajar tidak menunjukkan perubahan tingkahlaku setelah tindakan disiplin dilakukan. Amaran Amaran adalah sesuai apabila Pengetua telah mempertimbangkan keadaan dan jenis salah laku seseorang pelajar tersebut itu, di mana hukuman lebih berat adalah tidak wajar mengikut mata merit. Lain-lain Tindakan Disiplin dan tuntutan ganti rugi ke atas kerosakan harta sekolah Lain-lain jenis tindakan/ hukuman/ tuntutan ganti rugi ke atas kerosakan harta sekolah adalah mengikut budi bicara Pengetua/Badan Disiplin Sekolah yang dianggap perlu bagi memperbaiki tingkahlaku pelajar . Segala kerosakan harta sekolah disebabkan oleh perbuatan vandilisme atau kecuaian pelajar akan dikenakan tuntutan mengikut harga semasa barangan yang dirosakkan dan ketentuan oleh pentadbir sekolah. 1.6 Mana-mana pelajar atau kumpulan pelajar yang didapati melanggar apa-apa jua peraturan yang dicatatkan di dalam buku ini dianggap telah ingkar terhadap Pengetua dan boleh diambil tindakan/ hukuman seperti yang telah dinyatakan dalam buku ini. Dalam semua perkara, tafsiran yang terdapat di dalam buku ini adalah benar dan muktamad. Maksud dan tafsiran lain yang tidak bersangkut-paut adalah tidak benar dan tidak boleh diterima. Peraturan ini juga adalah tertakluk kepada Akta-Akta Pendidikan/ semua Arahan/SuratSurat Pekeliling Sedia Ada/ Surat Pekeliling Terkini/ Notis/ dan sebagainya/ sama ada secara lisan/ bertulis yang dikeluarkan oleh pihak Pengetua/Guru-guru/ Jabatan Pelajaran/ Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa. 1.7 1.8 SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 7

[close]

p. 9

BAB 2 PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR 2.1 Semua kes Salah Laku Jenayah hendaklah disiasat oleh guru yang bertanggungjawab dan melaporkannya kepada Ketua Guru Disiplin/Penolongnya untuk direkodkan di dalam sistem on-line e-disiplin bagi tindakan lanjut bersama PK HEM. Kes salah laku jenayah yang melibatkan keselamatan nyawa hendaklah segera dilaporkan kepada Pengetua. Setiap kejadian jenayah hendaklah dilaporkan kepada ibu bapa, polis dan Pejabat Pelajaran Daerah untuk tindakan selanjutnya. Hukuman rotan di punggung oleh guru yang diberikan kuasa menghukum hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan. Semua hukuman merotan hendaklah direkodkan dengan terperinci dan ditandatangani oleh pelajar yang dihukum/rotan, guru yang melakukan hukuman/merotan dan saksi. Jika kes tersebut merupakan Kes Siasatan Polis, pihak sekolah perlu mendapatkan keputusan Laporan Siasatan Polis sebelum mengambil tindakan/hukuman ke atas pelajar yang terlibat. Kes Salah Laku Lucah yang tidak melibatkan kes siasatan Polis/Jabatan Kebajikan Masyarakat hendaklah disiasat di peringkat guru/ guru disiplin sahaja. Bagi kes salah laku yang serius hendaklah disiasat oleh guru disiplin dan laporan lengkap dihantar kepada PK HEM/Pengetua untuk diambil tindakan/hukuman. Kes Salah Laku Pengabaian Kekemasan Diri adalah tanggungjawab guru tingkatan/semua guru. Penguatkuasaan peraturan kekemasan diri yang menyeluruh hendaklah dilakukan dua minggu sekali oleh guru tingkatan /guru disiplin dengan bantuan pengawas. Senarai nama pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini hendaklah direkodkan di dalam system e-disiplin untuk tindakan susulan dalam minggu itu juga. Kes Salah Laku Tidak Mementingkan Masa perlu dikuatkuasakan oleh semua guru khasnya guru bertugas mingguan dan pengawas bertugas. Tindakan serta merta untuk mengawal keadaan hendaklah dilakukan. Kes Salah Laku Kurang Sopan dan Biadap perlu di atasi oleh semua golongan pendidik. Laporan lengkap kesalahan yang serius yang gagal diselesaikan di peringkat guru hendaklah dilaporkan kepada guru disiplin bagi tindakan susulan serta melaporkannya kepada PK HEM/Pengetua untuk tindakan/hukuman. Kes Salah Laku Menyimpan/Membawa/Menggunakan rokok atau produk-produk yang berkaitan dengan tembakau hendaklah dirujuk kepada Pekeliling Ikhtisas 1997. Laporan lengkap, laporan tindakan dan hukuman yang diambil hendaklah direkodkan. Kes Salah Laku Musnah/Vandalisme adalah tanggungjawab semua guru dan kakitangan sekolah. Siasatan dan laporan lengkap hendaklah dibuat mengenai kes ini. Laporan siasatan hendaklah diserah kepada PK HEM/Pengetua untuk tindakan lanjut. Pelajar/kumpulan pelajar yang disahkan terlibat dengan kes salah laku musnah ini perlu diambil tindakan, termasuklah membayar balik ganti rugi kepada mangsa/individu yang mengalami kerugian/pihak sekolah; dengan kos sebenar kerugian yang dialami oleh mangsa. Laporan yang lengkap mengenai kes hendaklah direkodkan. Kes Salah Laku Menipu yang melibatkan wang/kepercayaan, hendaklah disiasat oleh guru yang terlibat dan menyerahkan laporan kes salah laku kepada guru disiplin untuk direkodPage 8 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR.

[close]

p. 10

kan dan diambil tindakan termasuk menghubungi ibu bapa/penjaga pelajar terlibat dan dirujuk kepada kaunselor sekolah. Bagi kes salah laku menipu semasa peperiksaan, tindakan/hukuman berat boleh dikenakan terhadap pelajar jika didapati bersalah termasuklah tidak diberi keputusan peperiksaan tersebut/gagal keseluruhan mata pelajaran pada peperiksaan tersebut 2.9 Kes Salah Laku Ponteng sekolah/ponteng kelas/ponteng peperiksaan/ponteng Perhimpunan/ponteng acara rasmi hendaklah diambil tindakan oleh guru tingkatan/ guru mata pelajaran/ guru bertugas dengan mengambil tindakan susulan yang kerap. Jika kes gagal diselesaikan, kes hendaklah diserahkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran /PK/PK HEM. Semua kes ponteng berkenaan hendaklah direkodkan dan laporan bulanan kes berkenaan hendaklah diserahkan kepada PK/PK HEM setiap hujung bulan untuk tindakan susulan. Oleh itu,semua Guru Penasihat/ Guru terlibat aktiviti ko-kurikulum hendaklah memaklumkan terlebih dahulu kepada guru tingkatan secara lisan/ bertulis mengenai pelajar yang terlibat dengan aktiviti yang dijalankan dan jangkamasa aktiviti serta jumlah pelajar untuk dikecualikan daripada mengikuti kelas pada satu jangkamasa tertentu. Kes Salah Laku Ponteng Perhimpunan Rasmi Mingguan hendaklah diserahkan kepada PK HEM sebaik tamat perhimpunan tersebut. Senarai pelajar yang terlibt hendaklah dicatatkan dan direkodkan bagi tindakan/hukuman. Kes Salah Laku Ponteng Sekolah perlu diambil tindakan oleh Guru Tingkatan mengikut prosedur yang ditetapkan(e-ponteng). Surat amaran hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga. Bagi kes-kes Ponteng sekolah semasa Peperiksaan sedang dijalankan. Guru Tingkatan/Guru Mata Pelajaran berhak mengikut budi bicarannya TIDAK membenarkan pelajar yang terlibat menduduki peperiksaan ULANGAN bagi mata pelajaran/peperiksaan tersebut. Bagi menangani kes-kes salah laku di sekolah, segala bahan-bahan/bahan yang bercetak/ tidak bercetak yang digunakan untuk tujuan siasatan/ rekod adalah merupakan/dianggap dokumen rasmi kes salah laku pelajar di sekolah dan boleh digunakan untuk tujuan rujukan/ rekod/perundangan. Bagi kes salah laku pelajar yang melibatkan siasatan polis dan tindakan mahkamah pihak sekolah digalakkan menunggu hasil siasatan atau keputusan mahkamah sebelum mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar tersebut, ini selaras dengan Surat Pekeliling Iktisas yang telah dikeluarkan oleh KPM. 2.10 2.11 2.12 2.13 2.14 SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 9

[close]

p. 11

BAB 3 PENGUATKUASA 3.1 Guru-guru/Pengawas-Pengawas Sekolah/ Pengawas-Pengawas PSS/Pemimpin-Pemimpin Unit Beruniform/Pemimpin-Pemimpin Kelab dan Persatuan/Pemimpin-Pemimpin sukan dan permainan/Kakitangan sekolah yang diarahkan oleh Pengetua diberi kuasa menguatkuasakan segala peraturan dan arahan-arahan yang terdapat dalam buku ini. Kuasa Menjalankan Tindakan atau Hukuman (Salah Laku Berat) 3.2.1 Pengetua 3.2.2 PK HEM 3.2.3 PK PENTADBIRAN 3.2.4 PK Ko-Kurikulum 3.2.5 Guru Disiplin Sekolah 3.2.6 Guru-guru Pengawas 3.27 Guru-guru yang diberi kuasa oleh Pengetua. TUGAS GURU DISIPLIN 3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.3.4 3.3.5 3.3.6 Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan sekolah. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin. 3.3.7 Tanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah dalam kalangan pelajar dan guru. 3.3.8 Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam system e-disiplin/borang disiplin/buku laporan disiplin. 3.3.9 Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM. 3.3.10 Menghubungi pihak polis jika perlu. 3.3.11 Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah (spot check) 3.3.12 Memberi maklumat kepada Penolong HEM berhubung kes-kes yang serius seperti: a. b. c. d. e. f. g. h. Penyalahgunaan dadah Gambar Lucah/Video Lucah/Majalah Lucah. Peras ugut / Kumpulan haram / Buli Bohsia/Bohjan Pergaduhan antara kaum atau sesama kaum Menghisap rokok dan seumpamanya. Gangguan seksual Kesalahan-kesalahan lain yang dianggap serius. 3.2 3.3 SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 10

[close]

p. 12

3.4 LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Setiausaha Penolong Setiausaha AJK : : : : : : : : : : : : : PENGETUA PK HEM PK PENTADBIRAN PK KO-KURIKULUM Guru Disiplin Guru Ketua-Ketua Bidang Guru Penyelaras Tingkatan Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling Guru Disiplin 2/Guru Pengawas Guru Pendidikan Agama Islam Guru Pendidikan Moral Ketua Pelajar. Tugas Jawatankuasa: 1. 2. 3. 4. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pelajaran. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh Pengawas. Membantu Lembaga Disiplin sekolah untuk mengesan dan mengesahkan penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan. Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip Ruku Negara. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengmbil tindakan yang sewajarnya. Menanam semangat kekitaan melalui slogan “SEKOLAHKU RUMAHKU” supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua. Menjalankan rondaan dengan bantuan Guru Bertugas Harian untuk mengesan pelajar yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/Jabatan dan PPD. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar. Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin. Mendapatkan bantuan pihak polis sekiranya pelajar terlibat dalam kes jenayah. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 11

[close]

p. 13

BAB 4 PERATURAN SEKOLAH MENENGAH LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR 4.0 4.1 PERATURAN SEKOLAH AM 4.1.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi segala peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Sekolah ini dan juga mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh Pengetua/Jabatan Pelajaran Negeri/ Kementerian Pelajaran Malaysia/mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan sekolah dari semasa ke semasa. Pelajar hendaklah pada setiap masa menghormati guru-guru, kakitangan sekolah, pengawas-pengawas, individu-individu yang berurusan dengan pihak sekolah dan rakan-rakan. Pelajar hendaklah pada setiap masa sentiasa mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan secara yang dianggap sebagai ingkar perintah/arahan pengetua, guru-guru, pengawas/mana pihak yang diberi kuasa berbuat demikian oleh Pengetua. Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan dianggap sebagai: 4.1.5.1 Mencemar nama baik/imej sekolah dengan berkelakuan tidak sopan/biadap dan sebagainya sama ada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. 4.1.5.2 Mencemar nama baik/menjatuhkan/menghina/menjatuhkan maruah/ mengugut/menyeksa mana-mana individu. 4.1.5.3 Melakukan perbuatan vandalisme terhadap harta benda sekolah guru-guru / kakitangan sekolah/orang perseorangan. 4.1.5.4 Mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah. 4.1.5.5 Menimbulkan rasa kegelisahan, ketakutan dan permusuhan di kalangan guru-guru, kakitangan dan pelajar di sekolah ini. Setiap pelajar hendaklah belajar bersungguh-sungguh/ mendengar nasihat/ mematuhi arahan/nasihat yang diberikan oleh guru-guru. 4.1.7 Setiap pelajar hendaklah menyertai/mengambil bahagian dalam semua aktiviti/kegiatan di sekolah sama ada bercorak akademik/kokurikulum jika diarahkan Pengetua 4.1.8 Setiap pelajar tidak dibeenarkan keluar dari bilik darjah/kawasan sekolah tanpa kebenaran guru/Pengetua. 4.1.9 Setiap pelajar pada setiap masa ketika hadir dan balik hendaklah melalui pintu pagar sekolah untuk laluan pelajar. 4.1.10 Pelajar hendaklah pada setiap masa sentiasa menunjukkan perasaan sangat sayangi akan sekolah (Esprit De Corp) dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, pergaulan, tingkahlaku di mana-mana pada setiap masa. 4.1.6 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.1.5 SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 12

[close]

p. 14

4.2 PERATURAN SEKOLAH : LARANGAN 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.2.5 4.2.6 4.2.7 4.2.8 Pelajar di bawah umur 21 tahun adalah dilarang menganggotai/mengambil bahagian dalam mana-mana /apa jua aktiviti politik. Pelajar dilarang menulis surat/ risalah/ apa-apa jua bahan bercetak yang berunsur hasutan/propaganda/dakyah ke kedutaaan atau organisasi yang diiktiraf sebagai blok komunis dan/untuk penyebaran di dalam negara. Pelajar dilarang membawa/ menyimpan/mempamerkan mana-mana risalah/bahan bercetak /lambang-lambang/simbol-simbol parti-parti politik dari dalam negara mahupun parti-parti politik dari luar negara. Pelajar yang ingin menulis surat/apa-apa jua bahan bercetak yang bukan berbentuk politik/hasutan/propaganda/dakyah kepada organisasi yang bukan blok komunis di dalam atau di luar negara hendaklah melalui Pengetua. Pelajar yang ingin menyertai apa-apa jua aktiviti atau kegiatan luar yang dianjurkan oleh badan-badan/organisasi luar yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia hendaklah mendapat kebenaran Pengetua. Pelajar dilarang menyertai sebarang bentuk pertandingan ratu cantik/pertunjukan fesyen/menjadi model peragaan sebarang produk kecantikan barangan (kecuali dengan kebenaran Pengetua. Pelajar dilarang membeli/ menganjurkan/ menjadi agen loteri/permainan untung/ kutu/ skim cepat kaya/ sesuatu aktiviti pengagihan wang hadiah dengan cara beradu nasib. Pelajar dilarang menyimpan/membawa/ mengedar/ terlibat dalam aktiviti penjualan apa-apa jua bahan-bahan berbahaya/gambar/ risalah bercetak/kaset/video kaset/ cakera padat/cakera optik dan apa-apa jua bahan material yang diharamkan/salah di sisi undang-undang. Pelajar dilarang menggunakan telefon awam di dalam kawasan sekolah sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jika terdapat urusan kecemasan, penggunaan telefon awam adalah dengan kebenaran guru. Penggunaan pemadam cecair (liquid paper) adalah dilarang sama sekali di sekolah. Pelajar dilarang menconteng/melukis/ menulis di dinding-dinding /meja/ kerusi papan kenyataan/dan mana-mana perabot/tempat yang menjadi harta benda sekolah/harta benda individu yang berada di kawasan sekolah. Perkara yang menjadi kesalahan dalam undang-undang awam adalah menjadi larangan kepada semua pelajar di sekolah ini. Pelajar dilarang membawa wang yang banyak ke sekolah. (Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan wang.) Pelajar dilarang memakai barang perhiasan/gelang perubatan dan lain-lain yang tidak bersesuaian. 4.2.9 4.2.10 4.2.11 4.2.12 4.2.13 4.2.14 4.3 PERATURAN SEKOLAH : WAKTU HADIR KE SEKOLAH 4.3.1 4.3.2 4.3.3 Pelajar-pelajar sekolah hendaklah hadir lebih awal iaitu pada pukul sebelum pukul 7.15 pagi. Pada loceng yang pertama dibunyikan (pukul 7.20 pagi) pelajar-pelajar hendaklah berkumpul dalam aturan kelas di Dataran Budi/tempat yang diarahkan oleh Pengetua/ Penolong Kanan/Guru Disiplin/Guru bertugas mingguan. Pelajar hendaklah berkumpul dalam barisan dan tertib di luar bilik darjah ketika bergerak ke bilik-bilik khas seperti Makmal Sains/Bengkel Kemahiran Hidup/mana-mana tempat yang diarahkan oleh guru tingkatan/guru mata pelajaran. Page 13 SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR.

[close]

p. 15

Pelajar- pelajar dilarang membuat bising/kekacauan yang boleh mengganggu ketenteram sekolah bergerak ke tempat-tempat tersebut. 4.3.4 Pelajar-pelajar hendaklah hadir ke sekolah dan mengikut jadual masa belajar pada hari-hari yang diumumkan sebagai hari bekerja/bersekolah (Isnin hingga Jumaat) kecuali hari-hari yang diumumkan sebagai hari seperti cuti umum negeri/persekutuan, cuti persekolahan/cuti-cuti yang diarahkan oleh Pengetua/pekeliling dari semasa ke semasa. Pelajar hendaklah sentiasa menepati semua masa belajar yang telah ditetapkan di dalam Jadual Waktu Masa Belajar dan sentiasa mengikuti/mematuhi segala program/aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Pelajar yang gagal hadir pada hari persekolahan biasa/ aktiviti-aktiviti ko-kurikulum hendaklah mengemukakan kenyataan sama ada Sijil Cuti Sakit (jika sakit ), surat pengesahan ibu bapa/penjaga yang sah/kenyataan yang munasabah/relevan. Selain itu, kenyataan ketidakhadiran ke sekolah bolehlah dipertimbangkan melalui panggilan telefon yang dibuat oleh ibu bapa/ penjaga pelajar yang sah. PERINGATAN : Pelajar yang gagal hadir ke sekolah pada hari yang diumumkan sebagai hari persekolahan tanpa kenyataan rasmi,pelajar tersebut dianggap sebagai Ponteng Sekolah Pihak sekolah berhak/mengikut budi bicara mempertimbangkan/mempertikaikan segala dokumen yang digunakan oleh ibu bapa/penjaga/ pelajar sebagai kenyataan tidak hadir sekolah dengan bersebab, sekiranya terdapat keraguan/kekeliruan terhadap isi kandungan yang tercatat di dalam dokumen/kenyataan tersebut. 4.3.5 4.3.6 4.4 PERATURAN SEKOLAH: WAKTU BALIK SEKOLAH 4.4.1 Apabila loceng akhir berbunyi, pelajar hendaklah menutup suis/menyimpan semua peralatan yang digunakan dengan arahan guru. Keluar berbaris di luar kelas/manamana bilik khas yang digunakan dengan arahan guru dengan tertib. Kemudian berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu utama sekolah dengan tenang, bersopan dan mengikut giliran. Aturan keluar: a) Keluar mengikut pintu yang telah ditetapkan dalam keadaan berbaris. b) Guru Bertugas Mingguan, Guru Keselamatan Jalan Raya dan Pengawal Keselamatan hendaklah menunggu di pintu masuk utama untuk memastikan keselamatan pelajar dan pergerakan pelajar balik dalam keadaan teratur dan tertib. 4.4.2 4.5 PERATURAN SEKOLAH: ETIKA BERPAKAIAN RASMI DAN KELENGKAPAN SEKOLAH 4.5.1 a) Pakaian Pelajar Lelaki Seluar Seluar panjang berwarna hijau tua/hijau lumut (Dark Olive). Dilarang memakai seluar panjang yang ketat/terlalu labuh/besar/bebentuk tirus/lebar di bahagian bawah /buku lali (bell bottom) dan ketat di bahagian peha/celah peha atau berfesyen. Buka lilitan kaki seluar ialah 40-45 sm. Seluar hendaklah tidak terlalu panjang/ labuh ke bawah terlalu singkat dan tidak boleh berlipat di bahagian bawah. Page 14 SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR.

[close]

Comments

no comments yet