Ucapan Bajet 2015

 

Embed or link this publication

Description

Ucapan Bajet 2015

Popular Pages


p. 1

UCAPAN BAJET NEGERI MELAKA TAHUN 2015 Oleh YAB DATUK SERI Ir. (DR) HJ IDRIS BIN HJ HARON KETUA MENTERI MELAKA KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2015) 2014 DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA ISNIN, 10 NOVEMBER 2014 “MEMANTAP EKONOMI, MENSEJAHTERA RAKYAT”

[close]

p. 2

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA; SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG; NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU; MELAKA 752 TAHUN DAN MELAKA MAJU FASA KE-II. YANG BERHORMAT DATUK WIRA SPEAKER; SAYA MOHON MENCADANGKAN SUPAYA RANG UNDANG- UNDANG BERTAJUK “SUATU ENAKMEN PERBEKALAN (2015) 2014 UNTUK MEMBOLEHKAN KEGUNAAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN BAGI MAKSUD PERBELANJAAN PENGURUSAN TAHUN 2015” DIBACA BAGI KALI KEDUA. 2

[close]

p. 3

YANG BERHORMAT DATUK WIRA SPEAKER; MUQADDIMAH 1. SAYA MULAKAN UCAPAN BAJET TAHUN 2015 INI DENGAN KALIMAH MULIA BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. MENYEBUT ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA MENJULANG SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT SERTA SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW, AHLI-AHLI KELUARGA DAN PARA SAHABAT, SERTA MEREKA YANG MENJADIKAN BAGINDA SEBAGAI TELADAN KERANA BAJET NEGERI MELAKA 2015 DAPAT SAYA BENTANGKAN DI DEWAN YANG MULIA INI. SAYA INGIN MENZAHIRKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN YANG TERUTAMA TUN DATUK SERI UTAMA MOHD KHALIL BIN YAAKOB, YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA DI ATAS SOKONGAN, PANDUAN DAN NASIHAT YANG TIDAK PUTUS-PUTUS BULAN KEPADA SAYA SEPANJANG MELAKA. SETAHUN TUJUH MENTADBIR NEGERI PENGALAMAN SEBAGAI DIPLOMAT, PENTADBIR DAN AHLI POLITIK MEMBOLEHKAN TUN MENANGANI APA JUA KEMELUT PENTADBIRAN KERAJAAN DENGAN BERKESAN DALAM TEMPOH 10 TAHUN LALU. TIDAK HAIRANLAH APABILA NEGERI MELAKA MENDAPAT BANYAK PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA DALAM PELBAGAI BIDANG. TERKINI PADA 30 OKTOBER LALU, MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB) MENJADI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) KETIGA DI NEGARA INI YANG MENERIMA ANUGERAH SEBAGAI BANDARAYA LESTARI ASEAN 2014 ATAU ASEAN ENVIRONMENTALLY SUSTAINABLE CITIES AWARD DI VIENTIANE, LAOS. KITA JUGA BERBANGGA APABILA 3

[close]

p. 4

SEORANG PELUMBA MUDA MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI IAITU MOHD SHAFIQ RASOL, BERASAL DARI BACHANG TELAH DINOBATKAN JUARA PERTANDINGAN SHELL ADVANCED ASIAN TALENT CUP 2014 DI LITAR SEPANG SEKALI GUS MENGHARUMKAN NAMA MELAKA DI PERSADA DUNIA. SESUNGGUHNYA, KITALAH RAKYAT MALAYSIA YANG BERNASIB BAIK DAN NEGERI YANG BERTUAH KERANA SEGALA KEPAKARAN DAN PENGETAHUAN TUN DICURAHKAN TANPA HAD DAN BATAS HANYA TIDAK LAIN MELAINKAN UNTUK NEGERI MELAKA DAN RAKYAT MELAKA. SAYA, KELUARGA DAN BARISAN KEPIMPINAN NEGERI MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI JADI TUN YANG KE-76. SEMOGA TUAN YANG TERUTAMA TUN DATUK SERI UTAMA MOHD KHALIL BIN YAAKOB DAN YANG AMAT BERBAHAGIA TOH PUAN DATUK SERI UTAMA DATO’ ZURINA BINTI KASSIM SEISI KELUARGA MENDAPAT MAGFIRAH DAN LINDUNGAN ALLAH SWT SERTA SIHAT SEJAHTERA SEPANJANG MASA UNTUK TERUS MEMAYUNGI MELAKA. 2. BERPEGANG KEPADA PRINSIP BAHAWA HARI INI HENDAKLAH LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, ESOK LEBIH BAIK DARI LUSA DAN HARI MUKA LEBIH BAIK DARI HARI-HARI YANG LALU, SEPERTIMANA YANG DISARANKAN OLEH RASULULLALLAH SAW, DIBANTU DENGAN SOKONGAN PADU DARIPADA KALANGAN ANGGOTA PENTADBIRAN, BARISAN AHLI EXCO NEGERI, PENJAWAT AWAM DAN SELURUH RAKYAT, TELAH MEMBERI KELEBIHAN SERTA KEKUATAN KEPADA SAYA UNTUK TERUS MENTADBIR DAN MENGANGKAT TARAF MELAKA 4

[close]

p. 5

SUPAYA IA BERADA SATU TINGKAT LEBIH BAIK BERBANDING HARI SEMALAM. OLEH NEGARA BANYAK KEJAYAAN YANG TELAH DICAPAI SEJAK AKHIR-AKHIR INI YANG BOLEH DIBANGGAKAN DAN MENJADI TUMPUAN DUNIA SEKALI GUS TEMPIASNYA DAPAT DIRASAI OLEH MELAKA. ANTARANYA MALAYSIA TELAH MEMENANGI KERUSI TIDAK TETAP MAJLIS KESELAMATAN PERTUBUHAN BANGSA BERSATU (UNSC) DENGAN MEMPEROLEH 187 DARIPADA 192 JUMLAH UNDI DAN BAKAL MENDUDUKI KERUSI BERKENAAN MENJELANG FAJAR JANUARI 2015 UNTUK KHIDMAT BAKTI KEPADA DUNIA SEHINGGA 31 DISEMBER 2016. SEBAGAI SEBUAH NEGERI YANG MEMAINKAN PERANANNYA SEBAGAI PENERAJU DALAM HALHAL DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM (DMDI), PEMILIHAN NEGARA DI UNSC DIHARAPKAN DAPAT MELEBARKAN SAYAP MELAKA KHUSUSNYA MENINGKATKAN JUMLAH KEANGGOTAAN DMDI. PADA KESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PRESIDEN BAHARU INDONESIA IAITU TYT JOKO WIDODO YANG PASTINYA PERLANTIKAN BELIAU DIHARAP MENGUKUHKAN MELAKA DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA DI ANTARA JAKARTA INDONESIA KHUSUSNYA KERANA ADALAH SALAH SEBUAH NEGARA DALAM ANGGOTA DMDI. TERKINI, KITA BERPELUANG MEMBANTU MELAKSANAKAN PROGRAM BAKTI SOSIAL PEMBEDAHAN BIBIR SUMBING DAN REKAHAN MULUT YANG BUAT JULUNG KALI DIADAKAN DI PUTRA SPECIALIST HOSPITAL SEMPENA KONVENSYEN DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM ANJURAN BIRO BELIA DMDI BARU-BARU INI. 5

[close]

p. 6

3. PADA TAHUN INI JUGA KITA MERAIKAN HUBUNGAN MALAYSIA – CHINA YANG TERJALIN SEJAK 40 DIPLOMATIK TAHUN LALU. DARI SATU SUDUT, HUBUNGAN DAGANGAN YANG BERTAMBAH ERAT INI BOLEH MENJADI BATU LONCATAN KEPADA MELAKA YANG MEMPUNYAI SEJAK ABAD KE-15 MASEHI HUBUNGAN LAMPAU CHINA NEGARA UNTUK DALAM DENGAN MEMPERERAT HUBUNGAN KEDUA-DUA PELBAGAI BIDANG. PELUANG BERTEMU DENGAN ZHENG BIJIAN, PENASIHAT POLITIK DAN EKONOMI KEPADA EMPAT PRESIDEN CHINA SEJAK YANG SHANGKUN (1988-1993), JIANG ZEMIN (1993-2003), JINTAO (2003-2013) DAN PRESIDEN KETUJUH SEKARANG XI JINPING YANG MERUPAKAN INDIVIDU PALING BERPENGARUH DI CHINA DAN MENGAMBIL KIRA CADANGAN BEBERAPA RAKAN DAGANGAN TERMASUK CHINA, INDONESIA DAN THAILAND SERTA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN, DUNIA SEBUAH PELABUHAN TERCANGGIH DAN TERMODEN YANG MENYEDIAKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN PELABUHAN PALING BAIK BERBANDING PELABUHAN LAIN PERLU DIBINA DI MELAKA. INI SEKALI GUS BAKAL MENJADIKAN MELAKA SEBUAH ATAU NEGARA CITY PELABUHAN PORT ATAU BANDAR YANG PELABUHAN (DENGAN IZIN) MELENGKAPKAN JALAN SUTERA LAUT ATAU MARINE SILK ROAD (DENGAN IZIN) YANG DI DALAMNYA TERDAPAT 40 BUAH BANDAR UTAMA YANG MERANGKUMI LEBIH 70% PERATUS ATAU 4 BILLION DARIPADA PENDUDUK DUNIA YANG BERADA DI DALAM RANGKAIAN INI. PELABUHAN MELAKA SANGAT STRATEGIK KERANA BERADA DI TENGAH-TENGAH LALUAN PERDAGANGAN SELAT MELAKA. 6

[close]

p. 7

4. HARI INI, MELAKA SEMAKIN TERKENAL ATAS FAKTOR PELANCONGAN DAN KELEBIHANNYA SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA YANG DIIKTIRAF UNESCO SEJAK 7 JULAI 2008. SELAIN MEMPERBANYAKKAN PRODUK PELANCONGAN SEDIA ADA, KITA JUGA PERLU SEBUAH JARINGAN PENGANGKUTAN YANG BAIK UNTUK MENAMBAHNILAI PRODUK SEDIA ADA. SAYA JUGA BERSYUKUR APABILA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATUK SERI UTAMA MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK MERESTUI HASRAT MELAKA APABILA JAJARAN SISTEM REL BERKELAJUAN TINGGI ATAU HIGH SPEED RAIL (HSR) YANG MENGHUBUNGKAN KUALA LUMPUR DAN SINGAPURA SEJAUH 350 KILOMETER MESTI MELALUI NEGERI MELAKA. SESUNGGUHNYA, KEPUTUSAN YAB PERDANA MENTERI ITU AKAN MELAKA. MENINGKATKAN PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI KEGEMBIRAAN DAN RAHMAT YANG KITA PEROLEH BERGANDA-GANDA DARIPADA ALLAH SWT, APABILA KITA MENERIMA PENERBANGAN PERTAMA DARIPADA SYARIKAT PENERBANGAN MALINDO AIRLINES UNTUK DESTINASI TERUS (MELAKA-PULAU PINANG) DAN (MELAKA-PEKANBARU) EMPAT HARI LALU. 5. DI KESEMPATAN INI, SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT ATAS PENGHARGAAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL PADA PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN UNDANGAN NEGERI PENGKALAN KUBOR PADA 25 SEPTEMBER, 2014 YANG SAYA KIRA AMAT CEMERLANG KERANA BARISAN NASIONAL MEMPEROLEH MAJORITI UNDI YANG LEBIH BESAR BERBANDING PADA PILIHAN RAYA UMUM KE-13. BUAT PERTAMA KALINYA, KAWASAN PETI UNDI YANG DIJAGA OLEH 7

[close]

p. 8

NEGERI MELAKA MENANG DENGAN KELEBIHAN TIGA UNDI. SEBELUM ITU, TIDAK PERNAH. 6. SAYA JUGA MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH TERLIBAT SERTA MENJAYAKAN PROGRAM MALAM CINTA RASUL – MELAKA BERSELAWAT PADA 18 OKTOBER 2014 DI STADIUM HANG TUAH YANG MENYAKSIKAN LEBIH 85,000 UMAT ISLAM MEMBANJIRI PERKARANGAN STADIUM TERSEBUT. PROGRAM BERSIARAN LANGSUNG OLEH TV AL-HIJRAH ANJURAN RICHWORKS GROUP BERSAMA KERAJAAN NEGERI MELAKA SERTA BEBERAPA PERTUBUHAN ISLAM SERTA SEKOLAH PONDOK TELAH DIKETUAI PENDAKWAH TERKENAL DARI SOLO, INDONESIA IAITU AL-HABIB SYECH ABDUL QADIR ASSEGAF. MESKIPUN BANYAK ANASIR JAHAT YANG MENABUR FITNAH KEPADA KERAJAAN NEGERI TENTANG ISU ‘OKTOBER FEST’, NAMUN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH SWT JUA, BEGITU RAMAI UMAT ISLAM DARI PELBAGAI PERINGKAT USIA MENGHADIRI PROGRAM BERSELAWAT PADA MALAM ITU. 7. KEPELBAGAIAN BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM YANG MERANGKUMI KESELURUHAN MASYARAKAT DI MELAKA SERING MENJADIKANNYA NEGERI PILIHAN SEBAGAI TUAN RUMAH UNTUK PERAYAAN BESAR ANTARANYA SEBAGAI TUAN RUMAH BAGI MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM) TAHUN BARU CINA, SEBAGAI KRISMAS, AIDILFITRI DAN KEPADA EMPAT (4) DEEPAVALI PERAYAAN PELENGKAP TERBESAR DI MALAYSIA. HARI PENEROKA UNTUK PERTAMA KALINYA JUGA, PERINGKAT KEBANGSAAN 8 FELDA

[close]

p. 9

DIANJURKAN DI JASIN. KITA JUGA TELAH MENERIMA DELEGASI SEMPENA PERSIDANGAN DWI TAHUNAN PERTUBUHAN KOMANWEL BAGI PENTADBIRAN AWAM DAN PENGURUSAN (CAPAM) KE-10 PADA 19 OKTOBER LALU. PADA KESEMPATAN INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KETUA SETIAUSAHA SEBAGAI NEGARA (KSN) ATAS YANG PELANTIKAN BAHARU BELIAU GUS PRESIDEN CAPAM SEKALI MENGIKTIRAF PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA AMNYA DAN MELAKA KHUSUSNYA. KEHADIRAN DELEGASI KE MELAKA SECARA TIDAK LANGSUNG MENYUMBANG KEPADA JUMLAH PELANCONG PADA TAHUN INI DENGAN HARAPAN TARGET UNTUK MENCAPAI 15 JUTA PELANCONG PADA PENGHUJUNG TAHUN INI AKAN TERCAPAI. 8. SAYA PERCAYA, SEMUA YANG BERLAKU INI MENGESAHKAN BAHAWA UNTUK MENGHASILKAN PRODUK YANG BAIK, KITA PERLU MELALUI SATU PROSES YANG PANJANG YANG DI DALAMNYA TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR PENTING MENYUMBANG KEPADA PENGHASILAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK YANG BERKUALITI IAITU FAKTOR MANUSIA, MESIN, MATERIAL, KEWANGAN DAN PERSEKITARAN ATAU 4M – 1E (MAN, MACHINE, MATERIAL, MONEY AND ENVIRONMENT) DENGAN IZIN. ITULAH, MENENTU PADA PENGHUJUNG BERPEGANG KEPADA PRINSIP PROSES, FAKTOR MANUSIA INI TIDAK SESEBUAH KEJAYAAN. SEMUANYA DATANG SECARA TIBA-TIBA IBARATNYA, ‘YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK TETAPI DAN IA YANG DATANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG,’ DARIPADA SEMANGAT BEKERJA YANG TERSUSUN RAPI DALAM KAEDAH MEMBELA 9

[close]

p. 10

AGAMA ALLAH SWT SEPERTI MANA PERINGATAN-NYA DI DALAM SURAH AS-SAF, AYAT 4: “SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT MENGASIHI ORANG YANG BERJUANG UNTUK MEMBELA AGAMA-NYA, DALAM BARISAN YANG TERATUR RAPI, SEOLAH-OLAH MEREKA SEBUAH BANGUNAN YANG TERSUSUN KUKUH." (AS-SAFF : AYAT 4). 9. SESUAI DENGAN FIRMAN ALLAH SWT YANG SAYA TELAH BACAKAN TADI, MALAYSIA KHUSUSNYA MELAKA MEMBINA SEBUAH NEGARA BANGSA YANG SEDEMIKIAN RAPI DAN SAYA PERCAYA, SEMUA YANG KITA LAKUKAN INI ADALAH DORONGAN DAN BERKAT, KEIZINAN SERTA PERTOLONGAN ALLAH S.W.T. INSYA-ALLAH DENGAN KERJASAMA SEMUA, KITA DAPAT MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN MELAKA ATAU THE GLORY OF MELAKA (DENGAN IZIN) SEPERTI MANA YANG BERLAKU PADA ABAD KE-15 LAMPAU DAN KALI INI DENGAN MENJADIKAN HIJAU SEBAGAI AGENDA UTAMA. THOMAS A. EDISON ADA MENYATAKAN, ‘I NEVER DID 10. ANYTHING BY ACCIDENT, NOR DID ANY OF MY INVENTIONS COME BY ACCIDENT; THEY CAME BY WORK’ (DENGAN IZIN) ATAU ‘SAYA TIDAK PERNAH MELAKUKAN SESUATU SECARA TIDAK SENGAJA, BEGITU JUGA DENGAN REKACIPTA SAYA. IA DIHASILKAN APABILA SAYA MEMBUATNYA.’ SAYA PERCAYA SEMUA TINDAK TANDUK KITA DARI SEGI AGAMA DAN UNDANG10

[close]

p. 11

UNDANG MANUSIA, NIAT DIAMBILKIRA SEBAGAI PERKARA POKOK ATAU UTAMA. KITA MESTILAH MEMULAKAN TINDAKAN DENGAN NIAT UNTUK MENDAPAT KEBERKATAN. DENGAN ITU, GERAK KERJA KE ARAH HASIL YANG TEPAT DAN CEPAT, INSYAALLAH, ADALAH PROSES YANG LURUS. TETAPI JIKA KITA MEMULAKAN TINDAKAN HANYA UNTUK TEPAT DAN CEPAT BELUM TENTU MELALUI PROSES YANG LURUS DAN BETUL DAN TENTUNYA TIDAK AKAN MENDAPAT KEBERKATAN. APALAH GUNANYA KERJA KITA TEPAT TETAPI TIDAK BERKAT. APALAH GUNANYA, TINDAKAN KITA CEPAT TETAPI TIDAK BERKAT. 11. MARILAH KITA MENGIKUT JEJAK LANGKAH EMPAT SAHABAT RASULULLAH SAW IAITU SAIDINA ABU BAKAR ASSIDDIQ YANG LEMBUT HATI DAN PEMURAH, SAIDINA UMAR ALKHATTAB YANG MEMENTINGKAN PERATURAN DAN UDANGUNDANG, SAIDINA UTHMAN AFFAN YANG BIJAK DAN BERPENGARUH SERTA SAIDINA ALI ABI TALIB YANG MUDA DAN GAGAH YANG BOLEH DITELADANI DALAM SEGENAP SPEKTRUM DAN DIMENSI KEHIDUPAN PADA HARI INI. PADA PAGI YANG INDAH DAN TENANG INI, SAYA INGIN MEMBAWA SEMUA MERENUNG SEKETIKA, TRAGEDI LETUPAN PESAWAT MH17 DAN KEHILANGAN MH370 PENERBANGAN MALAYSIA (MAS) YANG DIKIRA SATU TRAGIK YANG MENGANDUNGI HIKMAH YANG BANYAK DAN MEMERLUKAN PENGURUSAN SERTA KEPIMPINAN YANG CEKAP UNTUK MENANGANINYA. MASIH SEGAR DALAM INGATAN SAYA BAGAIMANA KITA TERPAKSA MELALUI SAATSAAT GETIR ITU BERTIMPA-TIMPA. SEBAGAI BERKONGSI KESEDIHAN YANG AMAT MENDALAM DAN MELAHIRKAN RASA SIMPATI, TAKZIAH SERTA BELASUNGKAWA, KEPADA SEMUA 11

[close]

p. 12

MANGSA, AHLI KELUARGA SERTA KRU KITA TERBABIT, MARILAH BERDOA KEPADA ALLAH SWT AGAR MEREKA YANG TERLIBAT TERUS TABAH DAN SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP INI DAN BERTAFAKUR SEKETIKA BAGI YANG BUKAN MUSLIM. AL-FATIHA. 12. BAJET YANG AKAN SAYA BENTANGKAN PADA PAGI INI BAJET NEGERI KALI KEDUA BAGI PIHAK KERAJAAN ADALAH SEMENJAK SAYA MULA MEMEGANG AMANAH SELAKU KETUA MENTERI PADA TAHUN 2013. BAJET 2015 DENGAN TEMA ‘MEMANTAP EKONOMI, MENSEJAHTERA RAKYAT’, AKAN MENJADI BINGKISAN DAN PELENGKAP KEPADA RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK-10). MENJELANG FAJAR MEI 2015, APABILA RANCANGAN MALAYSIA KE-11 (RMK-11) MENJADI PELONJAK AWAL MEMACU SEPARUH DEKAD MALAYSIA DAN MELAKA MENUJU NEGERI MAJU BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG 2020. PRESTASI EKONOMI TAHUN 2014 YANG BERHORMAT DATUK WIRA SPEAKER DAN AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, 13. EKONOMI MALAYSIA MENCATATKAN PERTUMBUHAN YANG MEMBERANGSANGKAN IAITU PADA KADAR 6.2% DALAM SUKU PERTAMA TAHUN INI DAN MENINGKAT PADA KADAR 6.4% PADA SUKU KEDUA. IA DIJANGKA AKAN BERKEMBANG LEBIH KUKUH PADA SUKU TAHUN YANG AKAN DATANG. SEKTOR PERKHIDMATAN TERUS MENJADI PEMANGKIN UTAMA DENGAN 12

[close]

p. 13

SUMBANGAN SEBANYAK 56.0% KEPADA KDNK NEGARA. INI DIBANTU OLEH PRESTASI LEBIH BAIK BIDANG PEMBUATAN IAITU SEBANYAK 25.1% SERTA SEKTOR PERLOMBONGAN DAN PERTANIAN, MASING-MASING MENYUMBANG SEBANYAK 7.8% DAN 7.1%. 14. PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI MELAKA MENCATAT PERTUMBUHAN YANG BAIK DI MANA BERKEMBANG SECARA PURATA PADA KADAR 5.6% SETAHUN DALAM TEMPOH 2004 HINGGA 2013. SEKTOR PERKHIDMATAN TERUS UNGGUL SEBAGAI PENYUMBANG UTAMA EKONOMI NEGERI MELAKA IAITU SEBANYAK 46.6%, DIIKUTI DENGAN SEKTOR PEMBUATAN SEBANYAK 40.6%. MANAKALA SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBINAAN MENYUMBANG SEBANYAK 9.6% DAN 3.1%. 15. KADAR PENGANGGURAN BAGI SUKU KEDUA TAHUN 2014 BAGI NEGERI INI IALAH 0.8% BERBANDING 2.8% DI PERINGKAT NASIONAL. KADAR INI JUGA ADALAH YANG TERENDAH BERBANDING DENGAN NEGERI-NEGERI LAIN DI MALAYSIA. INFLASI MASIH BERADA PADA PARAS TERKAWAL IAITU 3.4%. 16. BAGI TEMPOH JANUARI HINGGA JULAI TAHUN INI, NILAI PELABURAN YANG DILULUSKAN OLEH LEMBAGA PELABURAN INDUSTRI MALAYSIA (MIDA) DI PERINGKAT NASIONAL IALAH 53.2 BILION RINGGIT ATAU BERSAMAAN 498 BUAH PROJEK, DI MANA PELABURAN ASING BERJUMLAH 30.7 BILION RINGGIT MANAKALA PELABURAN DOMESTIK BERJUMLAH 22.5 BILION RINGGIT. 13

[close]

p. 14

17. DARIPADA JUMLAH ITU, 728.9 JUTA RINGGIT ADALAH NILAI DI NEGERI MELAKA, YANG MERANGKUMI PELABURAN SEJUMLAH 577.9 JUTA RINGGIT BAGI PELABURAN ASING DAN SEJUMLAH 151 JUTA RINGGIT BAGI PELABURAN DOMESTIK. STRATEGI BAJET NEGERI MELAKA 2015 YANG BERHORMAT DATUK WIRA SPEAKER, 18. DI DEWAN YANG MULIA INI, KERAJAAN NEGERI INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA KERANA BERJAYA MERANGKA BAJET YANG MANTAP DEMI KESEJAHTERAAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA. BAJET 2015 INI DIGUBAL BERFOKUS KEPADA EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT DENGAN MENGGARISKAN TUJUH (7) STRATEGI UTAMA, IAITU: PERTAMA : KEDUA KETIGA : : MEMPERKUKUHKAN PERTUMBUHAN EKONOMI MEMANTAP TADBIR URUS FISKAL MENGUPAYA KEUSAHAWANAN MODAL INSAN DAN KEEMPAT : KELIMA KEENAM : : MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA MEMARTABAT PERANAN WANITA MEMBANGUN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA NEGARA KETUJUH : MENSEJAHTERA RAKYAT 14

[close]

p. 15

19. BAJET 2015 YANG DIBENTANG OLEH YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA DI DEWAN RAKYAT PADA 10 OKTOBER YANG LALU MERUPAKAN BELANJAWAN PENTING BAGI MENYEDIAKAN PERUNTUKAN UNTUK PROJEK YANG BELUM DILAKSANAKAN DI BAWAH DAN KE RANCANGAN SETERUSNYA RANCANGAN MALAYSIA MEMASTIKAN KESEPULUH KELANCARAN (RMK-10) PERALIHAN MALAYSIA KESEBELAS (RMK-11). RMK-11 AKAN MENGHASILKAN DAYA TOLAKAN TERAKHIR KEPADA USAHA TRANSFORMASI BAGI MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG TAHUN 2020. MENURUT YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI, "ADALAH PENTING UNTUK MEMFOKUS SEMULA USAHA DAN TENAGA KITA DI BAWAH SEMANGAT 1MALAYSIA BAGI MENJANA LEBIH BANYAK KEKAYAAN SELAIN MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT”. 20. DALAM BAJET 2015 ITU, KERAJAAN PERSEKUTUAN MENYEDIAKAN PERUNTUKAN SEJUMLAH 273.9 BILION RINGGIT IAITU PENINGKATAN SEBANYAK 9.8 BILION RINGGIT BERBANDING PERUNTUKAN ASAL TAHUN 2014. DARIPADANYA, SEJUMLAH 223.4 BILION RINGGIT ADALAH BAGI PERBELANJAAN MENGURUS DAN 50.5 BILION RINGGIT ADALAH BAGI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN. SYABAS DIUCAPKAN KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI KERANA TELAH MERANGKA BAJET YANG DISIFATKAN REALISTIK DAN MESRA RAKYAT KERANA HAMPIR KESELURUHAN PEMBENTANGAN TERTUMPU RAKYAT. 15 KEPADA PEMBANGUNAN SERTA KEBAJIKAN

[close]

Comments

no comments yet