BULETIN 2 PPDL

 

Embed or link this publication

Description

Sila Baca

Popular Pages


p. 1

BIL 2/2014 http://langkawi.kedah.edu.my JUL - DIS 2014 MALAYSIA... Di sini Lahirnya Sebuah Cinta Lawatan pertama Pengarah JPN Kedah ke PPD Langkawi telah diadakan pada 26 Jun 2014. Yang Berusaha Tuan Pengarah tiba diperkarangan PPD Langkawi tepat pada jam 8.30 pagi dan disambut mesra oleh semua pegawai dan staf PPD Langkawi. Sesi bergambar bersama beliau diadakan di perkarangan pintu masuk PPD Langkawi. Seterusnya majlis diserikan dengan ucapan sulung Yang Berusaha Tuan Pengarah JPN Kedah. Dalam ucapan sulunganya beliau telah menceritakan latar belakang beliau sebagai pendidik dan secara berperingkat telah dinaikkan pangkat ke jawatan yang disandang sekarang. Antara inti pati ucapan beliau yang perlu diberikan perhatian ialah: 1. Budaya saling menyayangi antara pihak atasan dan staf bawahan. 2. Kita sebagai penjawat awam perlu akur dengan tugasan sebagai penjawat awam. 3. Pihak PPD perlu menjadi pemudah cara kerana pegawai di PPD adalah ‟public figure‟ yang sentiasa diperhatikan oleh masyarakat. 4. Bagi mengatasi masalah ponteng yang kronik, semua pihak perlu memainkan peranan, iaitu murid perlu dibelai dengan kasih sayang dan ambil berat terhadap mereka. Insya-Allah dengan cara ini dan sedikit doa, masalah ini pasti dapat diatasi. ANTARA YANG MENARIK...           VISI PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA PEMAKAIAN PANGKAT KRS NUZUL AL-QURAN HARI GURU 2014 MERDEKA SAMBUTAN HARI MALAYSIA MTQSS WAVE OF ENGLISH FUN PROGRAM LEARNING (LINUS) LAWATAN SUB KE PPDL KOLOKIUM PLC „OPEN CLASS‟ 2014 MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba: "Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat . Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari neraka." (Riwayat Bukhari) Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 2

Sekapur Sirih… Seulas Pinang Assalamualikum dan Salam Sejahtera… Terlebih dahulu saya panjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus berkhidmat dalam bidang pendidikan kepada semua warga pendidik daerah langkawi khasnya. Pengurusan disiplin murid sekolah merupakan aspek penting kerana disiplin yang baik dalam kalangan murid dan masyarakat sekolah akan mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran (PdP). Pengurusan disiplin yang baik sudah pasti akan mengurangkan kes-kes salah laku murid. SIDANG REDAKSI PENASIHAT TN HAJI MARZUKI BIN HJ DAUD PENGERUSI EN HALID BIN ALI Daerah Langkawi merupakan daerah tercorot daripada lapan daerah dalam kes ponteng sekolah. KPI 96% kehadiran murid ke sekolah bagi tahun 2014 tidak akan tercapai sekiranya semua pihak tidak memberi kerjasama yang jitu untuk menangani masalah tersebut. Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Rab-ul-’Alamin, moga-moga anak didik kita dan semua pihak yang terlibat dapat memahami Visi dan Misi Pejabat Pendidikan Daerah untuk mencapai TOP 3, tahun 2015. NAIB PENGERUSI EN RAZALI BIN TAHRIM KETUA PENGARANG EN SUKRI BIN HJ ISA PENGARANG EN ZAMRI BIN HANAFI PN ZAINAB BT MOHD SAID EN ROSLAN BIN MUSTAFA EN AHMAD SUFIAN BIN ABDUL RAHMAN GRAFIK & SUSUN ATUR EN AHMAD YANI BIN GHAZALI EN MUHAMMAD FAIZ BIN MISWAN Sekian, terima kasih. “LANGKAWI SETANDING” Ikhlas daripada, Razali bin Tahrim Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. PERCETAKAN UNIT AKADEMIK PPD LANGKAWI UNIT KEWANGAN PPD LANGKAWI PENGEDARAN UNIT PENTADBIRAN PPD LANGKAWI 2 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 3

NUZUL AL-QURAN Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah. Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al -Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadan. Malam ini juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah). Firman Allah SWT: 1. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3). 2. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1). 3. “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) „Malam yang berkat‟ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya daripada amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalamNya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu, malam al-Qadr itu sendiri. Ketiga-tiga ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadan dan secara khususnya al-Quran diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadan. Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan “Dialah….yang menurunkan Taurat dan Injil.” (Ali Imran:3). . „Nuzul‟ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. „Al-Quran‟ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya. Kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segala-galanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: ْ ‫ر‬ ْ ‫طنَا فِي ا‬ ْ ‫من دَابَّة فِي‬ ُ ُ‫مثَال‬ ﴾٨٣﴿ َ‫رون‬ ٰ َ‫م إِل‬ َ ‫ح‬ ْ ُ‫م ي‬ ْ ‫اح‬ ْ َ‫اْل‬ َّ َ‫ما ف‬ ُ‫ش‬ ُ ‫طي‬ َ ‫ى‬ َ َ ‫جن‬ َ ِ‫ر ب‬ ِ ‫ب‬ ِ ‫كتَا‬ ِ‫ل‬ ِ ‫ي‬ ِ َ‫و ََل طَائِر ي‬ ِ ‫ما‬ َ ‫ض‬ َ ْ‫ه‬ ْ ‫من ش‬ ْ َ‫م أ‬ ِ ِّ‫رب‬ َّ ُ‫َيء ۚ ث‬ َّ ۚ ‫كم‬ ٌ‫م‬ ِ ‫ر‬ َ ُ‫ه إِ ََّل أ‬ َ‫و‬ Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38) Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 3

[close]

p. 4

Pada tarikh 5 Jun 2014 satu majlis perjumpaan antara Pegawai PPD Langkawi dengan anggota pelaksana Daerah Langkawi telah diadakan dengan jayanya. Majlis telah berlangsung di Auditorium LADA dan dihadiri oleh semua anggota pelaksana Daerah Langkawi yang terdiri daripada Pembantu Tadbir dan Juruteknik dari semua sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan PPD Daerah Langkawi. Majlis ini diteruskan dengan slot motivasi yang disampaikan oleh En Abd Rashid bin Hussein selaku Kaunselor Organisasi, PPD Langkawi. Majlis diakhiri dengan mesyuarat Agung „Kapten‟ untuk melantik Jawatankuasa Sidang 2014-2015. LAWATAN PENANDAARASAN Lawatan penandaarasan dari PPD Segamat telah diadakan pada 17 Jun 2014. Tuan PPD Langkawi selaku tuan rumah telah menyambut peserta lawatan dan taklimat telah disampaikan oleh En Lee Kim Kak selaku pegawai unit Kualiti di PPD Langkawi Pada 25 Jun pula seramai lebih kurang 25 orang Pegawai PPD Johor Bahru pula telah bertandang ke PPD Langkawi. Tujuan lawatan adalah berkenaan pelaksanaan SiP+ dan SISC+ serta program peningkatan kecemerlangan akademik. Sementara itu, pada 24 September pula lawatan dari Negeri di Bawah Bayu turut bertandang ke sini. Seramai 60 orang wakil dari PPD Sandakan dan Tawau menyertai lawatan kali ini. 4 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 5

PEMAKAIAN PANGKAT KRS Pada Rabu 18 Jun lalu, seramai 20 orang Guru Besar dan Pegawai di PPD Langkawi telah berjaya pangkat menamatkan kursus dan ditauliahkan Pegawai KRS bertempat di SMK Kelibang. Majlis dimulakan dengan taklimat cara pemakaian pakaian pegawai dan adab-adab ketika berpakaian pakaian seragam pegawai KRS oleh Pegawai KRS Negeri Kedah, Mejar Amrimi dan Kapten Shahril. Majlis perasmian dan pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Tuan PPD Langkawi selaku Pegawai Pemerintah Daerah Langkawi . PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH LANGKAWI 2014 TARIKH : 24 & 25 JUN 2014 JAM 8.00 HINGGA 5.00 PETANG TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN DAERAH LANGKAWI PERASMIAN OLEH : TUAN PPD LANGKAWI Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 5

[close]

p. 6

WAVE OF ENGLISH 22 JUN 2014 DI AUDITORIUM LADA, LANGKAWI Program ‘Waves of English’ yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah adalah langkah berkesan dalam usaha mengangka t dan memperkukuh pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Usaha yang dilakukan oleh Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah itu adalah antara usaha yang bersungguh-sungguh dalam melonjakkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di negeri ini. Bersempena dengan ini, maka pada tanggal 22 Jun 2014 telah diadakan majlis pelancaran ‘Wave of English’ di Peringkat Daerah Langkawi bertempat di Auditorium LADA. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. En Norsaidi bin Nayan selaku ADUN Kuah. Majlis turut dihadiri oleh Pn Zuraiza Abd Hamid dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Tn Haji Marzuki bin Hj Daud, PPD Langkawi. Pengisian aktiviti majlis ini dimulai dengan ucapan dari pada Tuan PPD Langkawi, ucapan oleh wakil JPn dan ucapan perasmian oleh YB Norsaidi Nayan. Aktiviti persembahan telah dijayakan oleh pelajar dari SK Bayas dan SK Seri Negeri. Majlis Pameran yang diadakan di ruang legar LADA juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Bahan pameran ini telah disediakan oleh semua guru bahasa Inggeris yang telibat dan melibatkan semua sekolah dan PPD Langkawi. Antara objektif ‘ Waves of English’ ini ialah : To create awareness on the importance of English To improve students’ English Language proficiency with back-to- basic programmes To promote the environment for fun learning of English To provide support for teachers and promote sharing of best practice and materials One language sets you in a corridor for life. Two languages open every door along the way. 6 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi ‒Frank Smith

[close]

p. 7

Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu, berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menyediakan pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Tema Hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu, berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak, agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia. Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar. “Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif” Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 7

[close]

p. 8

PERTANDINGAN PUISI & LAGU SERTA PALUAN KOMPANG FORMASI 2014 Pertandingan ini telah diadakan pada 4 Ogos 2014 bertempat di SMK Ayer Hangat selaku tuan rumah. Bagi acara Paluan Kompang formasi, Pengelola pertandingan ialah En Abdullah Sani dari SMK Tunku Putra dan Johan telah disandang oleh SMK Ayer Hangat manakala naib johan disandang oleh SMK Tunku Putra Bagi acara puisi dan lagu pula pihak pengelola pertandingan adalah SMK Ayer Hangat. Juara bagi acara ini juga telah diungguli oleh SMK Ayer hangat dan diikuti oleh SMK Tunku Putra selaku Naib Johan Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Timbalan PPD Langkawi En Halid bin Ali Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk 1. Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat muzik. 2. Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman sesame mereka 3. Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif Pada 5 Ogos 2014 pula telah diadakan pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Sekolah Menengah Langkawi. Pertandingan ini telah dijuarai oleh SMK Ayer Hangat diikuti SMK Mahsuri dan SMK Kelibang ditempat ketiga. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh En Halid bin Ali selaku Timbalan PPD Langkawi. 8 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 9

PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH DAERAH LANGKAWI 2014 Pertandingan ini telah diadakan pada 5 Ogos 2014 bertempat di SMK Mahsuri selaku tuan rumah. Johan pertandingan ini telah disandang oleh SMK Ayer Hangat. Sementara SMK Kelibang di tempat kedua dan SMK Mahsuri di tempat ketiga. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Timbalan PPD Langkawi En Halid bin Ali PERTANDINGAN CORAL SPEAKING SEKOLAH SEKOLAH DAERAH LANGKAWI 2014 Pada 12 Ogos 2014 pula pertandingan Coral Speaking Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Langkawi telah diadakan dengan jayanya di Kolej Vokasional Langkawi selaku tuan rumah. Pertandingan ini telah diungguli oleh SMK Mahsuri ketagori sekolah Menengah dan bagi Kategori Sekolah Rendah Johan telah disandang oleh SK Kelibang. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh En Razali bin Tahrim Penolong PPD Unit HEM. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 9

[close]

p. 10

Majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana telah diadakan dengan jayanya pada 09 Oktober 2014 bertempat diKompleks Sukan Lada hasil kerjasama PPD Langkawi, Lada, Golden Sand Travel dan Masjid Al-Hana Kuah. Penyertaan amat menggalakkan daripada pelajar sekolah menengah sekitar Langkawi dan Waris pelajar turut hadir. Dianggarkan seramai 3,000 peserta mengambil bahagian dalam program ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat En Rawi Bin Abd Hamid selaku ADUN Ayer Hangat merangkap Exco Pelancongan Negeri Kedah. Turut serta dalam majlis ini ilah Pegawai PPD langkawi, Timbalan Pengerusi Lada, YB En Nor Saidi Nayan, Adun Kuah dan AJK PIBG Sekolah terlibat. Majlis turut diserikan dengan kehadiran personaliti tv, Dato‟ Fazley Yaacob yang juga merupakan pakar motivasi. 10 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 11

PEMANTAUAN BERKELOMPOK PPD LANGKAWI KE SK KUALA TERIANG DAN SK TEMONYONG Pada 12 Ogos 2014 seramai 15 orang pegawai dari PPD Langkawi telah mengadakan pemantauan berkelompok dan berkampung di SK Kuala Teriang Langkawi dan keesokannya pula satu kumpulan lagi seramai 15 pegawai telah menjalankan pemantauan di SK Temonyong. Tujuan pemantauan ini adalah untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah dan pdp guru. Pegawai PPD yang turun membuat pemantauan terdiri daripada semua unit dan membuat pemantuan secara menyeluruh mengikut unit masing-masing. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang dipantau atas komitmen yang diberikan demi menjayakan misi dan visi KPM. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 11

[close]

p. 12

GERKORAMA PERINGKAT NEGERI KEDAH TARIKH : 14-16 OGOS 2014 I TEMPAT : PPD PADANG TERAP Pertandingan ini telah diadakan pada 14 Ogos hingga 16 2014 bertempat di PPD padang Terap selaku tuan rumah. Seramai 46 Pelajar terdiri daripada sekolah rendah diwakili oleh SK Selat Bagan Nyior (Nyanyian Solo, Futsal dan Bola Jaring) dan sekolah menengah diwakili oleh SMK Langkawi (Nyanyian Solo Lelaki ), SMK Kedawang (Nyanyian Solo Perempuan), SMK Mahsuri (Bola Tampar dan Futsal ) dan SMK Tunku Putra (Bola Jaring dan Pidato) Bagi acara sekolah rendah Daerah Langkawi Berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan Futsal, Ke Tiga bola sepak dan ketiga Nyanyian solo lelaki manakala kategori menengah Daerah Langkawi mendapat Naib Johan Dalam Pertandingan Bola Jaring yang diadakan di SMK Pedu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan pegawai kontigen yang telah berjaya mengharumkan nama daerah kita. Semoga tahun depan kita beroleh lebih kecemerlangan dalam pertandingan yang akan diadakan di Daerah Kota Setar. 12 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 13

PROGRAM DIALOG AKADEMIK GURU PENDIDIKAN ISLAM & JAMUAN AIDIL FITRI Pada 18 Ogos 2014 Program dialog Akademik Pendidikan Islam telah diadakan di PPD Langkawi. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Tn Haji Mohamad Zaki selaku Ketua Sektor baharu unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Selepas sesi dialog diadakan pula Jamuan Hari Raya bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara pegawai semua terlibat. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa ingin supaya dipermudahkan (oleh Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).” Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 13

[close]

p. 14

FUN LEARNING PROGRAM (LINUS) TARIKH : 18-19 OGOS DAN 25 OGOS 2014 ; TEMPAT : DEWAN AL SIFA’ PDG MATSIRAT Bertempat di Dewan Al– Syifa Padang Matsirat, satu program „Fun Learning Program‟ telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Unit Linus PPD Langkawi. Program ini merupakan satu program yang berbentuk „Fun & Leaning‟ yang melibatkan murid dan pada yang hari berbeza. „Fun Learning Programed‟ telah diadakan pada 18 Ogos yang melibatkan 121 murid dan 33 orang guru Bahasa Inggeris. Sementara pada 19 Ogos 2014 pula „Fun Learning Numerasi‟ seramai 74 murid dan 32 guru mengambil bahagian. Pada 25 Ogos 2014 pula „Fun learning Programme Literasi‟ pula diadakan. Ianya melibatkan seramai 113 murid dan 39 guru. Antara objektif ialah meningkatkan penguasaan murid program LINUS 2.0 dalam kemahiran 3M. 14 Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

[close]

p. 15

31 Ogos 2014 yang lalu telah diadakan sambutan hari kemerdekaan negera kita. Kemeriahan ini turut dikongsi oleh semua warga daerah langkawi dan tidak ketinggalan warga pendidikan. Berbagai acara diadakan seperti kibaran jalur gemilang dan membuat poster serta majlis bacaan yassin sempena kemerdekaan tahun ini. Pada tanggal 16 September 2014 pula telah diadakan perarakan sempena sambutan Hari Malaysia. Ianya bermula tepat jam 8.30 pagi di Dataran Marmar Langkawi. Perasmian telah disempurnakan oleh Dato’ Ir. Hj Nawawi selaku Ahli Parlimen Langkawi. Penyertaan melibatkan semua Jabatan Daerah Langkawi. Pertandingan perbarisan tercantik turut diadakan bagi memeriahkan acara ini. Diterbitkan oleh Unit KGSK/GG Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi 15

[close]

Comments

no comments yet