Garis Panduan PKB v2

 

Embed or link this publication

Description

Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampung Bharu Edisi Kedua

Popular Pages


p. 1



[close]

p. 2

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU

[close]

p. 3

ISI KANDUNGAN Perutusan Pengerusi PKB Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif PKB Visi, Misi, Objektif Dan Moto Hala Tuju Pembangunan Semula Kampong Bharu Melangkaui 2020 - Latar Belakang - Potensi Utama pembangunan - Rangka Asas Pembangunan Kampong Bharu - Asas Pembangunan Kampong Bharu - Konsep Perancangan Masa Hadapan - Sasaran Pembangunan - Sasaran Kemampanan Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu - Tujuan - Latar Belakang - Rasional Garis Panduan - Skop Garis panduan - Keistimewaan Pembangunan Hartanah Di Kampong Bharu - Peranan dan Tanggungjawab Perbadanan pembangunan Kampong Bharu (PKB) - 7 Bidang Utama PKB - Definisi - Prosedur-Prosedur Yang Wajib Di patuhi - Pematuhan Garis Panduan Sumber Rujukan - Penutup - Lampiran A Proses Kerja Bagi Permohonan Pindaan Sekatan Kepentingan - Lampiran B Pengurusan Harta Pusaka Kecil Hartanah Di Kampong Bharu - Lampiran C Tatacara OSC Khas Dalam Pembangunan Hartanah Kampong Bharu - Lampiran D Model Perniagaan Soalan Lazim Pemuliharaan Nilai Kebudayaan, Warisan Dan Senibina Melayu-Islam Di Kampong Bharu Melangkaui 2020 - Sejarah Tamadun Melayu Dan Islam - Pembangunan Senibina Melayu-Islam - Kesimpulan Nombor-Nombor Kecemasan 1 2 3 5 5 8 11 13 17 30 31 33 33 33 34 34 35 39 40 41 43 47 48 50 51 55 59 65 73 80 81 84 89 90

[close]

p. 4

PERUTUSAN PENGERUSI PKB Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Sesungguhnya Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme – ETP) telah mendorong PKB untuk melangkah dengan lebih gigih bagi memajukan Kampong Bharu secara menyeluruh. Inisiatif ini bagi membolehkan pemilik tanah dan pewaris mendapat faedah yang optimum melalui pembangunan semula Kampong Bharu dengan wajah dan imej baru setanding dengan kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur melangkaui 2020.   Penubuhan PKB akan memacu masa depan generasi baharu di Kampong Bharu yang bersatu-padu dan berdaya saing. Adalah amat diyakini bahawa kualiti dan taraf hidup warga Kampong Bharu digolongkan di kalangan warga yang berpendapatan tinggi. Semoga wawasan dan gagasan penubuhan Perbadanan ini akan membawa Kampong Bharu ke mercu kejayaan dan kegemilangan. Moto PKB: “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” Datuk Astaman bin Abdul Aziz Pengerusi PKB 1 Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu

[close]

p. 5

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKB Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Penubuhan PKB secara rasminya pada 1 April 2012 merupakan satu lagi agenda perdana Negara dalam mengangkat martabat orang Melayu di kotaraya ini. PKB telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya sebagai agensi penyelaras, pemudahcara dan penggerak utama dalam pembangunan semula Kampong Bharu.   Transformasi yang dirancang adalah berlandaskan kepada peningkatan ekonomi dan kesejahteraan hidup yang seimbang dengan pengekalan nilai-nilai sejarah, warisan dan budaya Melayu-Islam di Kampong Bharu. Adalah menjadi misi PKB agar tiada pemilik tanah di Kampong Bharu akan tertinggal dan terpinggir dalam Arus Pembangunan Semula Kampong Bharu Menjelang 2020.   Dalam hal ini, PKB telah menyediakan beberapa insentif kepada pemilikpemilik tanah yang berhasrat untuk membangunkan tanah mereka. Antaranya ialah bantuan khidmat undang-undang, penyelesaian masalah Sekatan Kepentingan, kadar bayaran nominal sebanyak RM1,000 bagi menukar Syarat Nyata tanah di setiap lot, pengecualian fee bagi pemohonan pembangunan tanah, pengecualian denda 10% bagi permohonan pindaan kategori dan lain-lain. Kesemua insentif setelah kelulusan Perintah Pembangunan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diperolehi. PKB akan terus mendukung wawasan Kerajaan bagi melonjak pendapatan dan kesejahteraan hidup masyarakat Kampong Bharu. Dengan sokongan padu para pemilik dan pewaris, PKB yakin pembangunan semula yang dirancang akan membuahkan hasil yang dihasrat bersama. Moto PKB: “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” Haji Naharudin bin Abdullah (JMW, PCM, KMN) Ketua Pegawai Eksekutif PKB Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu 2

[close]

p. 6

VISI, MISI, OBJEKTIF DAN MOTO Visi Menjana potensi hartanah dan mentransformasi ekonomi ke arah peningkatan kesejahteraan hidup yang seimbang dengan pengekalan nilai sejarah, ciri-ciri budaya dan warisan Melayu Kampong Bharu. Misi Tiada pemilik dan pewaris yang akan terpinggir dan tertinggal di dalam arus Pembangunan Semula Kampong Bharu tahun 2020. Objektif 1. Menjadi penggerak dan pemudah cara utama dalam melaksanakan dasar, arahan dan strategi yang cekap dan berkesan di dalam kawasan Pembangunan Semula Kampong Bharu; 2. Menyediakan Pelbagai inisiatif perkhidmatan pembangunan dan khidmat nasihat yang berdaya maju dalam pembangunan semula atau penambahbaikan kawasan Pembangunan Semula Kampong Bharu; 3. Memacu, meransang dan menggalakkan aktiviti pertumbuhan ekonomi, komersial dan perindustrian melalui kerjasama dan perkongsian strategic yang menguntungkan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu; 4. Memastikan pengurusan secara professional dalam pentadbiran pembangunan dan kewangan; dan 5. Memastikan semua ciri-ciri pembangunan berteraskan pengekalan warisan, budaya Melayu dan kemuliaan Islam. Moto “Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” 3 Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu

[close]

p. 7

“Di sini Bermulanya Pembangunan Semula Kampong Bharu” HALA TUJU PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU MELANGKAUI 2020 Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu 4

[close]

p. 8

HALA TUJU PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU MELANGKAUI 2020 LATAR BELAKANG Inisiatif kerajaan membangun semula Kampong Bharu setanding dengan segitiga emas adalah merupakan kerangka kerja yang amat kompleks. Isu-isu utama yang dikaitkan dengan pembangunan semula Kampong Bharu antara lain adalah seperti berikut : Kampong Bharu mengalami penurunan bilangan penduduk semenjak tahun 1991 dimana taburan penduduk bagi tahun 1991 adalah pada 20,215.Sementara jumlah penduduk pada tahun 2000 adalah pada 15,718 orang. Pada tahun 2010 dijangka berada pada jumlah 17,000. Perbandingan bagi tahun 2010 dan 1991 menunjukkan terdapat kadar penurunan sekitar 16% bagi tempoh masa tersebut. Selain itu, terdapat isu kewujudan bilangan penduduk bukan warganegara yang bertambah dengan pantas melebihi 1,000 orang pada tahun 2010. 5 Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu

[close]

p. 9

HALA TUJU PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU MELANGKAUI 2020 Pembangunan tanah secara ‘adhoc’ telah memperlihatkan Kampong Bharu seakan ‘back yard’/ “stressed built enviroment” kepada pembangunan di sekitarnya dengan persekitarannya yang sesak dan tidak teratur. Tambahan pula, ketiadaan anjakan bangunan kediaman yang jelas dan dibina secara rapat-rapat mewujudkan persekitaran yang tidak kondusif. Sejumlah besar status pemilikan tanah adalah tanah milik persendirian. 1381 (2006) jumlah lot telah direkodkan oleh pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bilangan pemilik adalah seramai 4,300 pemilik dan purata pemilikan (31%) adalah 5 pemilik bagi satu lot dengan jumlah pemilikan tertinggi adalah berjumlah 143 orang bagi satu lot. Ini menunjukkan pemilikan tanah di Kampong Bharu adalah pemilikan berganda (‘multiple ownership’). Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu 6

[close]

p. 10

HALA TUJU PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU MELANGKAUI 2020 Lot kecil / lot sempit menyukarkan untuk pembangunan berintensiti tinggi. Keadaan ini menggalakkan pembangunan berskala kecil dan kurang pulangan yang optimum kepada tuan tanah / pemilik bangunan. Dianggarkan sejumlah 89% daripada lot-lot di Kampong Bharu berkeluasan kurang 1100 mps (11840 kps). Tiada perhubungan terus ke KLCC sama ada melalui jalan raya atau laluan pejalan kaki dan kurang mengoptimumkan potensi-potensi yang terdapat di kawasan sekitar menjadikan Kampong Bharu menerima impak pembangunan yang minimum dari aspek pengisian aktiviti-aktiviti bandar, aksessibiliti dan rangkaian hijau. 7 Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu

[close]

p. 11

HALA TUJU PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU MELANGKAUI 2020 POTENSI UTAMA PEMBANGUNAN Kedudukan strategik Kampong Bharu yang dikelilingi oleh pembangunan mega dan berprofil tinggi antaranya seperti KLCC, Menara Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa, Istana Budaya, Perpustakaan Negara, Bukit Bintang, MATIC serta kawasan perdagangan di Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak. Keadaan ini sangat berpotensi bagi Kampong Bharu dalam menawarkan premis perniagaan dan ruang kediaman yang lebih komprehensif dan moden. Kedudukan Kampong Bharu yang berhampiran dengan kemudahan perubatan seperti Hospital Besar Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara (IJN), Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) dan Pusat Rawatan Islam (IMC) berpotensi dalam memperkenalkan industri perkhidmatan perubatan seperti pusat perubatan pakar, farmasi, dan pusat kecantikan. Potensi Kampong Bharu menawarkan perkhidmatan ICT memandangkan kedudukannya berhampiran dengan KLCC dan Menara Kuala Lumpur yang merupakan salah satu daripada lima buah bandar siber di Wilayah Lembah Klang. Potensi Kampong Bharu dalam menyusun semula dan mengoptimumkan penggunaan tanah sebagai langkah memperbaiki kualiti persekitaran Kampong Bharu selari dengan pembangunan sekitarnya. Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu 8

[close]

p. 12

HALA TUJU PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU MELANGKAUI 2020 Kedudukan Kampong Bharu yang dikelilingi oleh institusi pengajian IPTA dan IPTS serta institusi pengajian tinggi lain mampu melonjak kawasan ini untuk muncul sebagai hub pendidikan dalam negeri dan antarabangsa yang unik dan tersohor. Potensi Kampong Bharu dihubungkan ke Presint Kebudayaan di sepanjang Jalan Tun Razak, Taman Tasik Titiwangsa, KLCC dan lain-lain tempat tarikan pelancong melalui koridor hijau. 9 Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu

[close]

p. 13

HALA TUJU PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU MELANGKAUI 2020 Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu 10

[close]

p. 14

HALA TUJU PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU MELANGKAUI 2020 RANGKA ASAS PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU PELAN STRUKTUR KUALA LUMPUR 2020 (PSKL 2020) Teras asas yang digariskan di dalam PSKL 2020 dalam membangunkan Kampong Bharu diperjelaskan melalui Strategi Pembangunan 6.4.4: Mengkhaskan dan Melaksanakan Kawasan Pembangunan Komprehensif. Dalam strategi tersebut dinyatakan Kampong Bharu yang merupakan salah satu daripada kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Pembangunan Komprehensif (KPK) akan dirancang secara menyeluruh dan dibangunkan sebagai pembangunan bercampur bersepadu yang mengandungi kegunaan kediaman, perdagangan dan industri termasuk kemudahan utiliti yang selaras dengan jumlah penduduknya. Setiap KPK juga akan dilengkapi terminal transit yang akan menghubungkan aktiviti-aktiviti utama dalam kawasan dan di sekitar pusat-pusat daerah dibangunkan. 11 Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu

[close]

p. 15

HALA TUJU PEMBANGUNAN SEMULA KAMPONG BHARU MELANGKAUI 2020 DRAF PELAN BANDAR RAYA KUALA LUMPUR 2020 (DPBRKL 2020) Draf PBRKL 2020 pula telah memperincikan penetapan PSKL 2020 melalui pembentukan satu hala tuju strategik khusus untuk kawasan Kampong Bharu. Hala Tuju Strategik 9.4: Pembaharuan Semula (Regenaration) Kampong Bharu KB1: Peningkatan pertumbuhan dengan menggalakkan penyelesaian dalam perancangan pembangunan tanah secara inovatif; KB2: Pembangunan semula kawasan dengan aktiviti-aktiviti pemangkin; KB3: Pemeliharaan nilai kebudayaan dan senibina dan warisan berteraskan budaya Melayu–Islam; KB4: Pembangunan rangkaian prasarana dengan kesaling hubungan dan kemudah-sampaian yang tinggi; KB5: Penggalakan reka bentuk perbandaran yang terbaik, dan seimbang dengan alam sekitar dan mesrahuni (liveable); KB6: Pembangunan Perbandaran berteraskan teknologi hijau; dan KB7: Pembangunan modal insan yang lestari, berdaya tahan, berdaya saing dari segi ekonomi, jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampong Bharu 12

[close]

Comments

no comments yet